Sunday, October 9, 2011

A133740 LJ03 Nurhidayah Binti Mohd Darunai ~Bias dalam Keputusan

Assalamualaikum dan salam sejahtera…Minggu ini adalah minggu yang mencabar diri saya sebab saya terlalu banyak sibuk dengan pelbagai aktiviti. Mencabar diri saya untuk menguruskan masa, kewangan, emosi dan semua itu memerlukan ilmu dalam membuat keputusan yang efektif. Walaubagaimanapun saya tetap berusaha untuk membuat jurnal saya yang ketiga. Sekejap sahaja saya sudah masuk minggu yang ketiga dalam kelas kemahiran membuat keputusan ini. Langsung tidak terasa berlalunya waktu dengan begitu pantas.

 

 Kali ini kita akan pergi kepada tajuk bias. Mengikut fahaman saya, bias bermaksud pilihan yang berat sebelah. Selalunya saya sering gunakan dan mendengar perkataan ini semasa melihat sesuatu perlawanan sebagai contoh perlawanan bola sepak. Apabila pasukan yang saya sokong bermain dengan baik dan tiba-tiba terdapat keslahan yang mereka lakukan dan dikenakan tindakan walhal pasukan pihak lawan juga ada buat kesalahan yang sama berulang kali tetapi pengadil tiada kenekan tindakan. Jadi saya akan mengatakan pengadil itu bias. Sehinggalah pada minggu tadi dalam kelas kemahiran membuat keputusan saya melihat bias itu terdapat dalam membuat keputusan yang membawa makksud kecenderungan melihat sesuatu dengan dipengaruhi sesuatu perkara yang menyebabkan kita membuat keputusan yang salah pada sesuatu masa.

 

Bias terbit daripada dua perkara iaitu :-

 

-Heuristika representatif

-Heuristika ketercapaian

 

Heuristika adalah keadaan kita membuat keputusan bedasarkan kebarangkalian yang mungkin berlaku dan mungkin satu keputusan yang tepat boleh dilakukan. Heuristika representatif, kita membuat keputusan berdasarkan pandangan prtama tanpa melihat keseluruhan aspek dan hanya melihat pada aspek fizikal atau luaran sahaja. Sebagai contoh luaran yang kita nampak cantik tapi hakikat di dalamnya kita belum tahu adakah masih elok? Itulah konsep atau analogi yang saya cuba bawakan untuk heuristika representative. Manakala heuristika ketercapaian pula adalah bermaksud keputusan yang dibuat berdasarkan pada ingatan yang lepas yang mungkin dalam situasi yang sama. Contohnya, kawan saya pernah dimalukan ketika berucap dihadapan ramai orang dan kini apabila tiba giliran saya untuk berucap membuatkan saya rasa fobia dan tidak yakin kerana tidak mahu peristiwa itu berlaku pada saya pula.

Terdapat banyak lagi jenis bias yang sering berlaku seperti:-

 

1.      Bias terlalu yakin (overconfidence bias)

2.      Bias tersangkut (anchoring bias)

3.      Bias pengesahan (confirmation bias)

4.      Bias ketercapaian (availability bias)

5.      Bias representative (representative bias)

6.      Bias peningkatan komitmen (escalation of commitment)

  

Itu sahaja saya dapat kongsikan mengikut fahaman saya kerana masiih lagi terdapat idea-idea yang masih belum betul-betul jelas mengenai beberapa perkara. Diharap pada kelas akan datang saya dapat menguasai fahaman saya lagi.

 

Sekian.. 

No comments:

Post a Comment