Wednesday, October 12, 2011

A134167 Nor Adinah Mohamad Ali LJ04 Ingatan,Perhatian dalam Persepsi MK.

Assalamualaikum dan selamat kembali di jurnal minggu ini. Alhamdulillah kerana saya masih mampu untuk meneruskan dan menghadirkan diri dalam kuliah minggu ini. Kuliah minggu ini agak menarik kerana Dr Zamri akan membincangkan tajuk Persepsi, Ingatan dan Perhatian. Apakah itu persepsi dan ingatan? Dan apakah pula perhatian itu?

Sebelum memulakan kuliah, Dr Zamri ada menunjukkan satu video yang agak terkenal di dalam iklan di kaca televisyen satu masa dahulu. Masih ingatkah kalian akan video di mana pemain bola sepak terkenal satu masa dahulu iaitu David Beckham dan seorang kanak-kanak lelaki yang boleh dikira sebagai peminatnya? Sebelum video itu berakhir, kami diminta untuk memikirkan 'kenapa peminat tersebut meminta baju yang telah dipakai oleh pemain bola tersebut?'. Bermacam-macam jawapan dan persepsi yang dibuat oleh kami. 

Tapi ternyata, persepsi yang dibuat itu adalah tidak benar. Oleh yang demikian, dapat lah dibuat kesimpulan di sini bahawa persepsi yang dibuat semasa membuat keputusan tidak semestinya benar dan kadang kala keputusan yang dibuat juga turut tidak bertepatan dengan pilihan kita.
Dalam membuat keputusan, seseorang perlu berupaya mengenalpasti keserupaan dan kelainan dalam membuat keputusan. Mereka juga perlu membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan symptom masalah dan seterusnya dapat memecahkan masalahn kepada komponen-komponen yang lebih kecil. Persepsi menurut Stephen Pepper(1967), persepsi ialah aktiviti yang menghubungkan individu melalui data deria yang diterima kepada alam sekitar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi persepsi.
i)                 Faktor pada pemersepsi
-        Sikap
-        Motif
-        Kepentingan
-        Pengalaman
-        Pengharapan
ii)                Faktor pada target
-        Hal baru
-        Gerakan
-        Bunyi
-        Ukuran
-        Latar belakang
-        Kedekatan
iii)               Faktor dalam situasi
-        Waktu
-        Keadaan / tempat kerja
-        Keadaan social

Persepsi turut mempunyai batasannya. Pandangan yang kita buat boleh mengalami illusion. Ruang lingkup persepsi juga terhd dengan ruangan fizikal dan keupayaan berfikir. Pentafsiran apa yang dipersepsikan hanya boleh dibuat jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan yang ada.  Bagaimana pula dengan persepsi dalam proses membuat keputusan? Persepsi diguna dalam melihat masalah secara fizikal atau konseptual. Ianya dilakukan dengan ada tujuan yang tertentu dan dicapai dengan menentukan rujukan objektif. Dalam proses membuat keputusan, jika persepsi betul dan tepat, pemahaman kita mengenai masalah pun akan jadi betul dan ini akan membantu kita dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, di dalam sebuah syarikat terdapat seorang pekerja wanita baru yang agak sopan pakaiannya dan menutup aurat. Selain itu, pekerja tersebut juga, mempunyai budi bahasa yang amat tinggi dan murah dengan senyuman. Pekerja-pekerja lain membuat persepsi bahawa pekerja baru itu, sememangnya baik malah pekerja baru tersebut memang berasal dari keluarga golongan baik. Tetapi pada satu hari, terdapat satu kes kecurian. Apabila dikaji dan diselidik, pekerja wanita yang bari itulah yang melakukan kecurian itu. Hal ini membuktikan, persepsi yang dibuat kadang-kala tidak tepat.

Ingatan ('memory') amat berguna dalam proses membuat keputusan ataupun penyelesaian masalah. Ini kerana, memori adalah suatu peringatan atau pemikiran dan pengalaman lepas manakal membuat keputusan dan penyelesaian masalah pula adalah satu pelaksanaan yang memerlukan pemikiran semasa melakukannya. Dalam proses membuat keputusan, ia perlu berpandukan pengalaman dan kemahiran lepas iaitu ingatan yang disimpan dalam memori bagi membolehkannya melakukan dengan lebih efektif dan efisen. Ingatan kita agak terbatas. Sebagai contoh, jika disuruh menyebut susunan nama-nama planet, mungkin kita akan tunggang langgang menyebutnya..mungkin ada yang akan menyebut planet Pluto dahulu baru planet bumi. Ini tidak mustahil. Oleh yang demikian, jika menggunakan ingatan, mungkin hal ini tidak akan berlaku. Contohnya kita membuat ayat dengan menggunakan setiap huruf depan nama planet.

Fungsi ingatan dalam membuat keputusan :
-        Membantu ingatan semula
-        Mengaitkan keadaan terdahulu dengan keadaan sekarang
-        Membantu proses pencaman dan perbandingan dengan peristiwa terdahulu atau pengetahuan, pengalaman yang berkaitan
 
Bagaimana pula peranan perhatian dalam langkah untuk membuat keputusan? Saya amat tertarik dengan contoh yang diberikan oleh Dr Zamri dalam nota kuliah.
 
Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.. "Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.  
"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.
"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....
"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk....."
 
Menurut Kahneman(1973), "Attention is the allocation of information processing capacity to mental activity". Fungsi-fungsi perhatian adalah sebagai 'selective agent' dan ejen pengurusan tugas.
 
Hubungan antara persepsi, ingatan dan perhatian
·        Persepsi menyebabkan ingatan dirangsang
·        Ingatan yang dirangsang akan menumpukan perhatian kepada masalah
·        Ini akan memulakan proses analisis membuat keputusan
·        Persepsi, ingatan dan perhatian saling berhubungan tetapi terbatas
·        Jika perhatian, persepsi dan ingatan manusia terbatas dan dipengaruhi oleh prioriti, makan usaha untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan perlu dilakukan mengikut prioriti.


Oleh yang demikian, sebelum membuat sebarang keputusan kita haruslah mengelakkan dari membuat persepsi yang salah. Kita juga harus memberi perhatian terhadap masalah dan keputusan yang akan kita buat. Dan berdasarkan ingatan dan memori dari pengalaman yang lalu, diharap kita dapat membuat keputusan dengan bijak.
Sekian dahulu untuk jurnal kali ini.
Terima kasih.

No comments:

Post a Comment