Assalamualaikum dan selamat sejahtera,berjumpa lagi kita dalam penulisan journal yang ketiga ini.terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada DR Ahmad Zamri yang telah memberikan saya ilmu sehingga ke minggu ini dan mengharapkan dapat meneruskan kursus ini sehingga ke pnhujung kuliah.Terima kasih juga kepada kawan-kawan seangkatan di dalam kursus KMK ini terutama yang sudi membaca journal saya pada kali ini,dan sentiasa mengikuti journal tulisan saya ini.Seperti minggu-minggu yang sebelumnya ,pada hari isnin kuliah KMK hanya berlansung satu jam,daripada jam 12 sehingga jam 1pagi.Saya menghadiri kuliah seperti biasa,ok tajuk yang saya pelajari pada minggu ni dari Dr Ahmad Zamri ialah tentang heuristika dan bias. Dr Ahmad Zamri telah menerangkan kepada saya dan kawan-kawan yang lain tentang apa yang dimaksudkan dengan konsep heuristika.Apa yang saya faham tentang konsep heuristika ialah Heuristika menerangkan bagaimana manusia membuat keputusan dalam keadaan kekurangan maklumat.Heuristika ini juga merupakan suatu teknik atau peraturan yang digunakan oleh individu bagi menjawab sesuatu persoalan.Selepas mendengar hujah-hujah Dr Ahmad Zamri tentang konsep hueristika itu saya mula memahami sedikit demi sedikit.
Saya diterangkan lagi oleh Dr Ahmad Zamri dengan lebih terperinci iaitu tentang jenis-jenis heuristika,apa yang saya perolehi dari kuliah kali ini,heuristika dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu Heuristika jalan jawapan,yang mana heuristika ini seseorang individu yang tentukan sendiri apa yang dia mahukan dengan melakukan proses-proses untuk mencapai apa yang dia inginkan.Dapat diringkaskan,individu merancang matlamat kemudia membuat proses.Contohnya seorang pelajar yang mempunya cita-cita untuk menjadi seorang doktor telah meletakkan bahawa kerjaya sebagai doktor adalah pilihan dia ,maka dia akan berusaha untuk mencapai matlamatnya itu dengan cara yang terbaik,contoh mula melibatkan diri dengan aliran sains pada peringkat awal dan kemudiannya mengembangkan proses nya itu.Heuristika kedua ialah heuristika anologi,dalam menyelesaikan masalah,seseorang itu menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan pengalaman yang lepas.pengalaman yang lepas merupakan faktor yang utama untuk seseorang itu membuat sesuatu keputusan apabila menghadapi masalah.sebagai contoh,seseorang diberi jawatan untuk mengetuai sesuatu program tertentu,ini merupakan masalah yang akan dihadapi oleh orang tersebut untuk melancarkan program yang ditugaskan itu,jadi dalam situasi ini,orang tersbut akan menggunakan pengalaman yang lepas diman dia pernah menjadi ketua pengawas dan mengaplikasikan apa yang dia pernah alamai ,sebagai contoh ianya akan mewujudkan organisasi untuk membahagikan jawatan bagi melancarkan program tersebut.heuristika keperwakilan , apa yang saya faham tentang herustika ini ialah seseorang yang membuat keputusan berdasarkan perwakilan bagi memperolehi keputusan secara umum.sebagai contoh yang dapat kita lihat,peristiwa keganasan bola sepak yang berlaku di stadium kota bharu yang menyebabkan penyokong membakar trak polis,di sini segelintir pendedek yang bukan berasal daripada kelantan akan menggangap orang kelantan adalah orang yang terlibat dengan keganasan.keputusan yang diperolehi itu adalah keputusan yang tidak rasiaonal,ianya kerana kita tidak boleh menyimpulkan sesuatu perkara tanpa mengambil pengetahuan dari perspektif yang lain.Heuristika yang terakhir ialah heuristika ketercapaian iaitu yang berpandukan apa yang sedia ada dalam minda seseorang dalam membuat sesuatu keputusan.
Ok,sampai disini untuk kuliah hari isnin,kuliah KMK ini akan disambung pada keesokkan hari nya,
Hari selasa jam 8pagi kuliah KMK merupakan satu aktiviti yang saya perlu libatkan diri,sperti biasa bangun pagi untuk ke kuliah walaupun agak liat sedikit untuk bangkit dati tidur.
Dr Ahmad Zamri telah menyambungkan kuliah yang semalam dengan membincangkan apa yang dimaksudkan dengan BIAS..ok apa yang say faham tentang bias ialah,ia bermaksud keputusan yang berat sebelah,bias ini dipengaruhi oleh perspektif tertentu dan kadang kala heurstika ini juga terlibat dengan bias yang akhirnya telah mewujudkan keputusan yang tidak rasional.Bias yang sentiasa berlaku dalam kehidupan manusia ialah Bias terlalu yakin ,seseorang begitu percaya dengan kebolehan diri dalam membuat keputusan yang akhirnya keputusan yang dibuat olehnya menjadi tidak rasional. Bias tersangkut ,menggunakan maklumat yang pertama dalam membuat keputusan.Bias pengesahan,menggunakan fakta yang menyebelahi keputusan kita.sebagai contoh penjual produk akan menyakinkan pembeli dengan memberitahu fakta-fakta yang baik sahaja kepada pembeli untuk meyakinkkan pembeli supaya membeli barang.Bias ketercapaian,menggunakan matlamat yang sedia ada.Bias seterusnya ialah Bias representatif dapat difahamkan seperti heuristika represntatif dimana mengambil satu wakil dan membuat keputusan secara umum berdasarkan semua pihak.Bias terakhir,peningkatan komitmen ,walaupun terdapat maklumat yang negatif,keputusan dilakukan kerana terdapat peningkatan komitmen,sebagai contoh seseorang itu pergi ke kedai baju sedangkan niat asalnya adalah untuk membeli kasut,penjual baju mula memberikan komitmen kepada orang tersebut,kerang abgi penjual orang tersebut mempunyai potensi untuk membeli baju nya.
Group thinking merupakan bias terkahir,saya didedahkan dengan panjang lebar oleh Dr Ahmad Zamri,ciri-ciri group thinking ini ,ahli kumpulan akan memperlekehkan sebarang idea-idea yang bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh ketua.keputusan banyak dipengaruhi oleh individu penting walaupun terdapat maklumat yang menyatakan keputusan tersebut adalah tidak tepat.orang yang mengkritik idea akan dipulaukan.
Dr Ahmad telah menceritakan kepada saya dan kawan-kawan lain tentang peristiwa yang berlaku semasa amerika diserang jepun.Tentera amerika percaya bahawa mereka tidak dapat ditumpaskan oleh jepun,amerika menganggap jepun tidak mampu menyerang,sebaliknya apa yang terjadi bila jepun menyerang,banyak berlakunya kemusnahan di amerika.kesimpulannya,daripada cerita itu,kita kena berfikir secara rasional untuk menghadapi sesuatu perkara,kita perlu fikir apa kesan dari perkara tersebut terlebih dahulu.
Ok lah,sekian sahaja journal daripada saya untuk kali ini,harap berjumpa lagi di masa akan datang.
ASSALAMUALAIKUM......
No comments:
Post a Comment