Sunday, October 9, 2011

A132948 Nor Farhana Binti Idris LJ03 Jurnalku yang ketiga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan. Sungguh cepat masa berlalu dan tidak sangka sudah tiba masanya untuk jurnal yang ke-tiga pula. Minggu ini seperti musim pula kerana ramai diantara rakan-rakan saya yang pulang ke kampung halaman. Rindu kepada kampung dan masakan ibu masing-masing. Baiklah, minggu ini kita telah berkuliah tentang heuristika dan bias dan saya akan bincangkan dengan rakan-rakan mengenai tajuk ini.

            Apa itu heuristika? Satu konsep yang diperkenalkan oleh Herbet Simon. Iaitu satu teknik atau peraturan yang digunakan untuk permasalahan yang diselesaikan oleh manusia itu dengan membuat keputusan dalam keadaan yang kurang maklumat tentang perkara yang hendak diselesaikan tersebut. Selain itu, terdapat juga tokoh lain seperti Tversky dan Kahneman yang banyak membuat kajian tentang manusia, mencadangkan bahawa pembuat keputusan biasanya menilai keberangkalian sesuatu peristiwa dengan menggunakan heuristika. Oleh itu, dalam konsep heuristika ini ia tebahagi kepada empat iaitu, Heuristika Jalan-jawapan, Heuristika Analogi, Heuristika Resresentatif dan Heuristika Ketercapaian.

            Kita mula dengan konsep Heuristika Jalan-Jawapan dahulu. Satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulu apa jawapan atau jalan penyelesaian yang diingini, barulah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan menggunakan kaedah ini, kita boleh menyelesaikan mana-mana bahagian dahulu yang kita suka. Contohnya, pemilihan konsep perkahwinan bertemakan warna gold, putih dan ungu. Kemudian barulah barang-barang hiasan dibeli berdasarkan konsep warna tadi.

            Seterusnya, Heuristika Anologi. Menyelesaikan masalah berdasarkan keserupaan masalah yang pernah kita alami dahulu dari segi strukturnya. Gunakan penagalaman yang hamper serupa untuk meneyelesaikan masalah baru. Contohnya, semasa didalam latihan memandu, saya menggunakan kereta Kancil untuk latihan. Tetapi, apabila ujian memandu dijalankan, kereta Viva pula digunakan. Maka, untuk menyelesaikan masalah ini saya telah menggukan pengalaman dan cara saya memandu kereta Kancil untuk ujian memandu kereta menggunakan kereta Viva.

            Untuk Heuristaka Representif pula, menyelesaikan masalah berdasarkan pilhan daripada salah satu wakil (representative) yang dipilih. Contohnya, sebuah kilang menghasilkan 1,000,000 kompenan dalam untuk televisyen. Oleh itu, untuk memastikan kualiti kompenan yang dihasilkan itu pihak kilang memeriksa satu atau dua wakil yang dipilh secara rambang daripada 1000 kompenan yang dihasilkan untuk mewakili kualiti 1000 kompenan tadi.

            Kemudian apa pula Heuristika Ketercapaian? Merupakan kaedah yang dimana masalah kita diselesaikan berdasarkan peristiwa yang diingati. Berkait rapat dengan ingatan jangka panjang. Oleh itu, apabila membuat keputusan berdasarkan kepada apa yang mudah kita ingati dalam ingatan kita. Contohnya, apabila saya ingin menempah baju kurung yang ingin dipakai, saya akan pergi ke kedai Cik Ana kerana dalam ingatan saya bahawa baju kurung yang dijahit oleh Cik Ana cantik dan kemas.

            Jadi apa pendapat rakan-rakan tentang heuristika? Adakah rakan-rakan menggunakan heuristika dalam menjalani kehidupan seharian? Jikalau saya, saya pernah menggunakan keempat-empat heuristika dalam penyelesaian masalah yang saya hadapi. Baiklah, apa kata kita mengetahui pula apa itu Bias? Bias adalah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh sesuatu perspektif tertentu. Heuristika boleh menyebabkan kita bias dalam sesuatu perkara. Bias selalu terbit dari Heuristika Representatif dan Heuristika Ketercapaian.

            Terdapat lapan jenis Bias. Yang pertama, Bias yang Terlampau Yakin (Overconfidence Bias) iaitu terlalu percaya tentang kebolehan diri dapat membuat keputusan yang baik. Seterusnya, Bias Tersangkut (Anchoring Bias) menerangkan tentang keputusan yang diambil berdasarkan maklumat yang terawal didapati. Sama seperti konsep satisfising iaitu membuat keputusan berdasarkan pilihan yang pertama. Tidak membuat keputusan yang terbaik tetapi hanya memuas hati. Kemudian, Bias Pengesahan (Confirmation Bias) iaitu menggukan fakta yang hanya menyokong keputusan yang dibuat. Seterusnya Bias Ketercapaian (Bias Availability) membuat keputusan menggunakan maklumat/infomasi yang telah ada ditangan sama ada yang terkini dan jelas. Kemudian, Wakil Bias (Representative Bias) yang berkaitan dengan Heuristika Representative. Iaitu menganggap sesuatu itu mempunyai persamaan jika ia berda dalam satu kumpulan. Contohnya, apabila satu jenama produk kecantikan yang digunakan memberikan kesan yang positif kepada si pemakai, maka dia beranggapan bahawa semua produk kecantikan yang berjemana tersebut bagus dan elok sedangkan kadang-kala tidak semuanya elok dan boleh dipercayai. Yang terakhir, Bias dalam Komitmen (Escalation of Commitment) iaitu menerangkan walaupun terdapat maklumat yang negative, komitmen sebenarnya bertambah. Maka, ini saja dapat asaya terangkan mengenai Bias.

            Disini saya juga ingin menerangkan sedikit tentang Groupthink. " The mode of thinking that the person engage in when concurrence seeking in group that it tends to over-ride realistic appraisals of alternative courses of action." Groupthink lebih kepada kecenderungan kepada kumpulan untuk berfikir secara seragam, sebarang idea yang berlainan akan ditolak dan diperlekehkan, keputusan yang dibuat banyak dipengaruhi oleh seseorang indvidu yang berpengaruh walaupun kadang-kal tidak tepat dan orang yang mengkritik akan dipulaukan.

Sampai sini sajalah jurnalku pada kali ini. Minggu hadapan jangan lupa rakan-rakan. masih ada lagi kuiz yang perlu dijawab dan kuiz dua yang telah dijawab itu, kita tunggu saja apa jawapannya. Salam. 

No comments:

Post a Comment