Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnia-NYA dapat juga aku menyiapkan jurnal KMK pada minggu ketiga ini. Ini merupakan jurnal kedua aku. Tajuk yang kami semua pelajari pada minggu ini adalah model-model membuat keputusan. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah model-model membuat keputusan,suka aku ingin menerangkan fungsi sesuatu model itu. Fungsi model adalah untuk memahami sesuatu perkara serta untuk menerangkan sesuatu perkara. Ini bertujuan agar setiap yang kita lakukan ada garis panduan supaya ianya tidak tersalah arah dan matlamat.
Sekarang aku akan terangkan serba sedikit apa yang aku faham tentang model-model membuat keputusan. Model ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu model klasikal, model pentadbiran dan model political. Untuk memahami model kita mesti memahami situasi kerasionalan,kerasionalan terikat dan pendapat Herbert Simon. Kerasionalan boleh ditakrifkan sebagai munasabah,berlaku secara sedar,masuk akal,logik dan berdasarkan kepada fakta. Kerasionalan adalah pengetahuan tentang setiap satu jalan penyelesaian. Daripada kerasionalan kita tahu kesan daripada sesuatu alternative. Kita sudah dapat gambaran mengenai setiap alternative. Dengan itu kita dapat menilai sesuatu alternative berbanding dengan alternative yang lain.
Simon berpendapat manusia membuat keputusan bercirikan pemerosesan maklumat yang terbatas,penggunaan jalan pintas dan penggunaan "satisficing". Situasi yang sesuai untuk pemerosesan maklumat yang terbatas contohnya aku ingin memilih exco bagi organisasi kelab. Aku hanya memilih kawan-kawan yang aku rapat sahaja. Kerana bagi aku semua maklumat sudah aku ketahui. Bahkan sikap mereka juga aku sudah faham. Dengan ini aku tidak perlu bersusah payah mencari calon yang lain lagi. Bagi situasi penggunaan jalan pintas,contohnya seorang pembeli yang membeli meja makan. Apabila pembeli itu ingin memasang bahagian-bahagian meja tersebut,dia terus memasang tanpa merujuk panduan yang telah diberikan. Penggunaan jalan pintas menyebabkan kita tidak perlu mengikut prosedur dan mengurangkan proses untuk berfikir. Contoh lain ialah mekanik. Mekanik sudah mengetahui apa yang perlu diperbaikinya apabila pelanggan datang ke bengkelnya. Ini dapat menjimatkan masa. Kebiasaannya jalan pintas ini sesuai untuk mereka yang telah pakar dalam bidang masing-masing. Untuk memahami "satisficing" suka aku jelaskan istilah "satisficing". Dalam bahasa melayu bermaksud kepuasan. "Satisficing" adalah penyelesaian yang memenuhi keperluan minimum sahaja. "Satisficing" biasanya dipadankan dengan "maximizing". "Maximizing" pula penyelesaian yang memenuhi keperluan yang sangat maksimum. Contoh "satisficing" adalah aku ingin membeli handphone yang ada kamera. Apabila sampai di kedai tersebut aku terus membelinya tanpa melihat model-model yang lain yang mempunyai lebih banyak fungsi dan lebih terkini. Berlawanan pula dengan "maximizing". Dimana contohnya aku ingin membeli handphone kamera. Dan setibanya di kedai tersebut,jurujual ada menawarkan handphone yang ada kamera,MP3, dan GPS. Aku tertarik dan aku terus membelinya. Jika "satisficing" hanya sekadar ikut kata hati dan tidak memilih yang terbaik,berbeza pula dengan "maximizing" yang mana memilih yang terbaik antara yang terbaik untuk kepuasan yang sangat maksimum.
Berbalik kepada tiga model membuat keputusan. Model klasikal ialah keputusan yang logikal dan tidak dipengaruhi untuk tingkatkan ekonomi organisasi. Keputusan ini lebih rasional dan memerlukan perincian dan perancangan yang lebih mendalam.Sebagai contoh kontraktor yang ingin menjalankan sesuatu projek besar-besaran. Mereka perlu melihat dari segala aspek. Melihat kebaikan dan keburukan projek tersebut kepada masyarakat setempat. Bagi model pentadbiran pula merupakan satu model yang menerangkan bagaimana seorang pengurus sebenarnya membuat keputusan dalam situasi yang tidak berprogram,tidak pasti dan ragu-ragu. Mengikut model pentadbiran,kita boleh andaikan objektif keputusan selalunya tidak jelas,bercanggah dan kurang mendapat persetujuan di kalangan pengurus. Prosedur yang rasional tidak selalu digunakan dan apabila digunakan,selalunya tidak memandang masalah tersebut secara kasar dan tidak menelitinya secara mendalam. Model pentadbiran ini merupakan pendekatan deskriptif. Satu aspek model pentadbiran ialah pembuatan keputusan secara intuisi di mana keputusan dibuat berdasarkan pengalaman atau kefahaman tanpa perlu fikir panjang. Model politikal pula adalah model yang hampir menyerupai keadaan sebenar. Keputusan yang dibuat adalah rumit dan kompleks. Dalam membuat keputusan untuk model politikal kita haruslah meneliti dengan lebih terperinci setiap masalah tersebut.
Sekian saja penulisan aku untuk kali ini. Terima kasih kepada pengunjung blog jurnal KMK yang sudi membaca penulisan ini. Sekian,terima kasih. Assalamualaikum w.b.t…..
No comments:
Post a Comment