Saturday, September 24, 2011

A131288 Nur Hasyimah Binti Zulkepli LJ02 PENULISAN PERTAMA

A131288 Nur Hasyimah Binti Zulkepli LJ02 PENULISAN PERTAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca setia dalam ruangan jurnal edisi kemahiran membuat keputusan(KMK) ini. Ini adalah jurnal pertama yang telah dikaryakan oleh saya. Harap semua pembaca sekalian setia membaca ruangan ini sehinggalah minggu kelima. Seperti yang kita sedia maklum, jurnal ini adalah hasil karya semua pelajar-pelajar yang mengambil khusus ZZZT2263. Persoalannya disini adakah kita tahu apa itu KMK ini.? Pada tanggal 12 september saya dengan rasminya telah menjadi pelajar tahun dua semester tiga di bumi tercinta UKM . Kelas KMK ini merupakan kelas kelima pada saya pada hari ini. Kelas bermula dengan perkenalan pensyarah saya iaitu Dr Ahmad Zamri Mansur. Beliau lebih dikenali sebagai Dr Zam. Pada hari pertama saya dikelas ini, saya sungguh menyukainya kerana mendapat pensyarah yang agak steady dan berfikiran terbuka. Cara percakapan Dr Zam juga sungguh teratur dan tidak kabur. Beliau memperkenalkan cara pembelajaran secara terbuka bukan hanya duduk dan mendengar. Oleh itu, kita semua boleh berkongsi idea. Berbalik kepada persoalan apakah itu kemahiran membuat keputusan, bagi saya maksud KMK itu ialah cara terbaik atau langkah sewajarnya yang perlu dibuat bagi memilih keputusan yang paling ideal dan muktamad. Ini adalah definisi dari fahaman saya. Bagi fahaman dalam khusus Kemahiran Membuat Keputusan pula ialah:

Definisi 1 : Tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternative dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan . –Messie- -1987-
Defines 2 : Aktiviti memulihan yang pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan   .            -Koontz & Damel- -1978-

Pengalaman saya tentang membuat keputusan. Saya ni merupakan seorang insan yang suka membuat keputusan secara terburu-buru. Itu saya tidak nafikan.  Pernah suatu ketika, saya membeli telefon bimbit. Perkara ini terjadi di perhentian R&R di lebuh raya. Oleh kerana telefon tu!! saya telah rugi,! dan membazir.! Saya hanya mendengar promater itu menjelaskan semua keistimewaan dalam telefon itu. Tapi orang cakap promoter ni memang mulut jer manis, sebab nak melakukan barang mereka. Seterusnya, saya yang lurus dan bendul ini percayalah cakap si promoter itu. Ingat mula-mula telefon itu adalah dari original set dan mepunyai perisian MP4, MP5, kamera 5MP, 3G, last2 hamprak pun tarak. Saya tertipu, telefon itu hanyalah barang dari china dan boleh dapat hanya RM2++ tapi saya beli RM 7++. Membazirkan? Oleh itu saya sarankan jika ingin membeli sesuatu lihat dari mana sumber barang itu dan jangan percaya dengan omong kosong penjual. Oleh itu bijak berfikir dalam membuat keputusan. Jangan jadi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Dari kisah ini kita boleh lihat beza antara keputusan dan pembuat keputusan. Keputusan ialah pemilihan yang dibuat contoh mengambil keputusan membeli telefon bimbit tadi. Manakala, Pembuat keputusan ialah proses membuat keputusan contoh saya hanya menanyakan prometer tidak membuat kajian terlebih dahulu,pada kisah ini saya kurang membuat proses membuat keputusan. Oleh sebab itu, saya salah dalam membuat keputusan.
Situasi membuat keputusan pula ada tiga iaitu, situasi mudah. Sederhana, dan rumit.   Situasi mudah merupakan situasi yang tidak memberi  kesan kepada kita. Contohnya. Nak pakai baju apa hari ni? Dalam hal ini, jika kita membuat pilihan memakai baju apa-apa sahaja ianya tetap tidak memberi  kesan pada diri kita. Situasi sederhana pula ialah situasi yang hanya member kesan sedikit pada kita. Contohnya, sama ada nak sambung belajar atau bekerja? Dalam hal ini pula, jika kita memilih untuk menyambung pelajaran ini akan member kesan pada masa depan kita. Situasi rumit pula ialah situasi yang member kesan yang besar dalam keputusan yang dibuat. Contohnya, nak pilih kampus cawangan mana? Dalam situasi ini, jika kita memilih untuk pilih cawangan jauh dari tempat tinggal, ini akan member kesan pada masalah kewangan, kerana tempat jauh memerlukan modal yang banyak.
Cuba anda fikir sebenarnya, membuat keputusan ni best dan mesti dalam minda anda mempertikaikan "nak buat keputusan pun perlu belajar ke?!" dan ini adalah jawapan saya. YES! Buat keputusan itu perlu belajar tak kiralah dari pengalaman ataupun pembelajaran dari kelas. Cuba anda renung-renungkan, "berapa banyak agaknya keputusan yang salah telah dibuat oleh kamu?!" hmmmmmm....banyak..! ok,saya anggarkan itu adalah jawapan kamu kan?! Jadi, tak kira anda bijak, kurang bijak atau terlalu bijak mesti akan ada yang keputusan yang dibuat salah, sebab kita bukanlah komputer yang telah diprogram. Oleh itu, jadilah manusia yang selalu ingin belajar dalam kehidupan mereka. Bersungguh-sungguhlah dalam membuat sesuatu, jangan jadi pak kaduk yang menuruti sahaja apa yang dikatakan.
Ini merupakan cirri-ciri membuat keputusan :
1)      Merupakan satu proses
2)      Pemilihan yang sengaja dan reflektif
3)      Mencipta sesuatu ketentuan dan pendapat
4)      Memerlukan penelitian dan pengetahuan yang mendalam
5)      Pemilihan pelbagai alternative
6)      Jenis keputusan bergantung pada jenis masalah
7)      Tidak ada satu keputusan yang muktamad dalam penyelesai segala jenis masalah
8)      Pengumpulan maklumat yang tepat
9)      Punca masalah biasanya di luar kawalan si pembuat keputusan
 
Apa yang menjadikan keputusan itu baik sebenarnya ialah pengalaman, kecekapan, ketepatan maklumat, dan analisa yang betul.  Melalui pengalaman kita boleh membuat keputusan yang bijak, contohnya, kita boleh memilih kaedah temubual dengan orang-orang yang berpengalaman. Contohnya jika kita ingin membeli kereta, kita boleh tanya pada ahli keluarga yang arif dalam pengalaman membeli kereta itu. Jadi ini akan mengurangkan hal negative selepas membeli kereta itu. Melalui kecekapan, pula kita perlu tekun dan terperinci dengan apa keputusan yang ingin dibuat jangan sambil lewa. Ketetapan maklumat juga penting kerana jika salah maklumat buruk padahnya. Dan jangan jadi seperti nasi sudah menjadi bubur . analisa yang betul juga harus dipraktikkan.
Oleh itu, kemahiran membuat keputusan ini penting, Bagi mengelak daripada melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Kita hanyalah manusia biasa yang selalu membuat salah dan silap. Sesungguhnya semua yang baik hanya datang dari ALLAH S.W.T. InsyaAllah dengan penulisan ini anda akan tertarik untuk mengikuti jurnal yang mendatang. Penulisan ini diakhiri dengan salam assalamualaikum dan dibawah merupakan sedikit pengenalan apa itu KMK... semoga anda yang membaca mendapat rahmatNYA. Amiin..........

A132696,Khairul Bariah Binti Jailani, LJ01

 Inilah Keputusanku          
      
              Tanggal 11 September 2001, aku telah dipanggil untuk menyambung semula perananku sebagai seorang pelajar di UKM setelah empat bulan aku bercuti di kampung.  Seperkara yang terlintas di fikiranku semasa menjejakkan kaki ke UKM adalah mengenai kursus-kursus yang ingin aku daftar. Pastinya lebih banyak cabaran yang perlu aku tempuhi ketika berada di semester tiga ini berbanding semester lalu.  Oleh yang demikian,aku perlu membuat keputusan yang terbaik dalam memilih kursus agar apa yang aku pelajari agar memberi makna dalam hidupku pada masa akan datang.
             Pada pagi ahad tersebut,aku telah dihantar oleh keluargaku mendaftar sebagai penghuni Kolej Rahim  Kajai. Setelah selesai mendaftar aku telah menghantar barang-barang di bilik kediaman,dan kemudian aku kembali semula ke rumah sepupuku yang tinggal tidak jauh dari UKM kerana kami sekeluarga telah bercadang untuk membeli-belah di Nilai pada petang tersebut. Aku pula mencadangkan supaya aku dihantar semula ke UKM pada malam tersebut sebelum keluargaku pulang semula ke kampung. Sewaktu aku berada di Nilai 3,hatiku tidak tenang kerana masih memikir kursus apa yang perlu aku daftar untuk u2. Oleh itu,aku lantas menelefon kawanku yang bernama Rosnani untuk mengetahui mengenai pendaftaran kursus tersebut. Nani memberitahu aku bahawa dia telah memilih kursus Kemahiran Membuat Keputusan(KMK) setelah dia menerima pendapat daripada kawan-kawan yang lain. Lalu, aku juga telah membuat keputusan untuk memilih kursus tersebut atas saranannya. Tambahan lagi, aku memikirkan bahawa aku perlu belajar cara membuat keputusan  untuk kehidupanku pada masa akan datang apabila aku menjadi seorang pekerja, isteri dan ibu. Oleh itu,aku meminta tolong Nani mendartarkan kursus tersebut untuk aku. Kemudian Nani memberitahu aku bahawa kelas  kursus tersebut akan diadakan pada hari Isnin dan Selasa.
                Selesai membeli-belah di Nilai,kami ke Putrajaya untuk melihat suasana malam di sana. Pada waktu itu jam menunjukkan tepat pukul 7 malam. Walaupun keluargaku  ingin balik ke Pahang pada malam itu juga tapi kami tetap ingin ke Putrajaya kerana kakakku  ingin anaknya melihat sendiri tempat pentadbiran negara ini. Setelah selesai menikmati pandangan malam di sana, kami pulang semula ke rumah sepupuku untuk keluarga aku berehat sebelum pulang ke kampung. Pada masa itu juga anak saudara aku telah mengalami demam panas secara mengejut. Oleh yang demikian,aku terpaksa membuat keputusan untuk tidak kembali ke UKM pada malam itu kerana keluargaku  sudah letih untuk menghantar aku pulang ke kampus tambahan pula mereka perlu melalui perjalanan yang jauh. Sepupu aku pula tidak dapat menghantar aku pulang ke kampus kerana masing-masing keletihan dan perlu bekerja pada syif pagi pada keesokan harinya. Mereka hanya boleh menghantar saya pada waktu malam selepas mereka pulang dari bekerja.
                 Pada 12 September 2011,aku tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran KMK pada hari pertama. Oleh yang demikian, aku masih tidak mengetahui lagi sejauh mana keistimewaan kursus ini. Namun begitu,aku tidak kisah jika kursus ini susah kerana aku mempunyai kawan-kawan yang boleh mengharungi cabaran bersama-sama aku. Pada malam tersebut sepupuku telah menghantar aku pulang ke kampus. Setibanya aku di bilik kediaman,aku segera membuka laptop untuk melihat jadual kursusku pada semester 3 ini. Aku melupakan dahulu barang-barangku yang masih belum berkemas. Aku dapati terdapat kelas KMK pada pukul lapan pagi pada keesokan hari. Setelah menyalin jadual, aku mula mengemas barang-barangku. Setelah selesai mengemas barang, barulah aku tersedar bahawa telefon bimbitku telah tertinggal di rumah sepupuku. Lalu aku membuat keputusan meminjam telefon bimbit kawan sebilikku untuk menghubungi sepupuku dan dia akan menghantar telefonku pada waktu malam esoknya setelah pulang dari bekerja. Kini aku mempunyai masalah untuk mengunci jam pada waktu pagi esok untuk pergi ke kelas kerana aku sememangnya bergantung pada telefon bimbitku sahaja apabila ingin mengunci jam untuk bangun pagi. Lalu aku berpesan kepada rakan sebilikku untuk mengejutkan aku pada pagi esok.
              Kita hanya mampu merancang tapi tuhan sudah menentukan segalanya. Pagi keesokannya kami berdua tidak sedar jam telah berbunyi mungkin akibat kepenatan mengemas barang. Aku  hanya tersedar setelah satu jam sesi pembelajaran sudah bermula. Mujurlah aku di 'excuss'kan bersolat  dalam minggu itu. Oleh itu, aku sekali lagi tidak dapat pergi ke kelas KMK pada minggu tersebut. Aku hanya mengetahui serba sedikit mengenai nota dan kerja melalui kawan-kawanku. Kawanku memberitahu pensyarah KMK bernama Dr. Ahmad Zamri bin Mansor atau dikenali sebagai Ayah long .Kami sebagai pelajar  memanggil beliau dengan panggilan Dr.Zam. Kawan ku juga memberitahu bahawa Dr Zam menyuruh semua pelajar mengisi borang yang ada dalam SPIN untuk mengesahkan pelajar mendaftar secara rasmi selepas mendaftar dalam smpweb. Aku segera melakukan apa yang disuruh oleh kawanku walaupun masih belum hadir ke kelas tersebut.
 
        Akhirnya pada seminggu kemudian aku dapat juga menghadirkan diri ke kelas KMK yang merupakan kelas ketiga bagi kawan-kawanku tapi kelas permulaan bagiku. Dr. Zam telah memberikan taklimat semula secara ringkas mengenai kursus ini kepada rakan-rakan kelas yang tidak hadir sepertiku pada minggu lepas. Dia juga telah memberitahu definisi mengenai membuat keputusan. Menurut beliau, Massie(1987) menyatakan bahawa membuat keputusan adalah tindakan yang diambil secara sedar daripelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan .Hal ini berbeza pula dari sudut pandangan Koontz dan  Dannel (1978) yang mengatakan bahawa membuat keputusan adalah aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan. Membuat keputusan pula telah terbahagi kepada tiga situasi iaitu mudah,sederhana, dan sukar. Kini aku baru mengetahui bahawa aku telah banyak membuat keputusan dalam situasi yang mudah dalam kehidupanku seharian seperti aku memilih makanan apa untuk dimakan,memilih tudung untuk dibeli dan memilih tempat duduk di dalam kelas. Semua setuasi ini tidak memerlukan masa yang lama untuk berfikir.
               Aku juga mengetahui bahawa aku telah mengalami situasi sederhana untuk membuat keputusan iaitu ketika cuti semester baru-baru ini. Aku susah untuk membuat keputusan samada ingin bekerja sambilan atau tidak kerana sekiranya aku bekerja, aku terpaksa  menyewa bilik di bandar yang berdekatan memandangkan tiada kenderaan untuk berulang-alik. Aku juga dalam dilema kerana sebagai anak tunggal perempuan,sudah tentu aku sahaja yang diharapkan untuk membantu ibuku membuat kerja-kerja di rumah . Namun begitu,aku tetap teguhkan niat aku untuk bekerja bagi mendapat  pengalaman di samping dapat meringankan beban keluarga. Pada hujung minggu aku pulang ke rumah untuk membantu ibuku meringankan bebannya sebagai seorang suri rumah.
          Kembali semula dalam sesi pembelajaran KMK, Dr.Zam telah memberitahu pelajar bahawa beliau suka kepada sesi soal jawab di dalam kelas. Kepada pelajar yang dapat menjawab pertanyaannya,beliau akan memberi markah percuma yang akan dimasukkan dalam sistem pemarkahan semester.  Kelas keesokannya pula, beliau  menerangkan tentang penilaian kursus ini seperti tugasan individu dan kumpulan,peperiksaan akhir,dan kehadiran yang membawa markah 100% untuk keseluruhan markah. Disamping itu juga,Dr.Zam memberitahu bahawa terdapat sebuah blog dimana nota kuliah dan tugasan boleh didapati disitu. Para pelajar juga perlu menulis tentang pemberian istimewa mereka di dalam kelas seperti menjawab soalan dan memberikan pendapat. Semua ini boleh membawa markah tambahan kepada pelajar. Dr Zam menerangkan secara terperinci tentang tugasan individu yang mana tugasan ini perlu dihantar setiap minggu selama 5 minggu,selepas itu disambung dengan tugasan 2 pula berbentuk tugasan berkumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada lima  orang ahli. Sebelum itu, terdapat satu ujian ringkas yang perlu dijawab mengikut masa yang telah ditentukan.
            Kursus ini amat menarik bagiku kerana tugasan yang diberikan berlainan sekali dengan tugasan-tugasan yang terdapat dalam kursus lain. Aku telah banyak belajar sesuatu yang baru walaupun baru sahaja bertatih dalam kursus ini. Aku harap dengan mengambil kursus ini,aku akan lebih berfikir panjang sebelum membuat keputusan. Kepada kawan-kawanku, bersama-samalah kita berjuang dan melakukan yang terbaik dalam kursus ini bagi mendapatkan markah yang cemerlang. Doakan kejayaan kita bersama. Sekian dari saya,Berry….. assalamualaikum.
 
A134527 MOHD AMIRUL SHAFIQ BIN SHAFIEE LJ01 KEPUTUSAN?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Kenapa saya membuat keputusan untuk menyertai kuliah ini? Saya berpendapat bahawa seseorang itu perlu mempunyai kebolehan untuk membuat keputusan dengan baik terutamanya bagi seorang mahasiswa.
Sebelum saya menyertai kelas ini, saya telah dapat menjangkakan bahawa kelas ini akan memberi pendedahan tentang teknik-teknik dalam membuat keputusan. Tetapi setelah menyertai kelas ini barulah saya sedar bahawa membuat keputusan adalah satu proses yang tidak keterlaluan jika saya katakan agak teknikal. Di dalam jurnal pembelajaran yang pertama ini, saya akan menyentuh tentang perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam dua minggu pertama perkuliahan ini. Terdapat dua definisi tentang membuat keputusan yang dinyatakan dalam kuliah ZZZT 2063 ini. Membuat keputusan ialah tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan - Massie (1987). Menurut Koontz & Dannel pula, membuat keputusan ialah aktiviti alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan. Dengan kata mudah, keputusan adalah pilihan yang dibuat daripada pelbagai alternatif manakala pembuatan keputusan pula adalah proses pemilihan alternatif tersebut untuk memyelesaikan sesuatu masalah. 
Sebagai seorang manusia, kita memang tidak dapat lari daripada membuat keputusan. Terdapat keputusan yang perlu dibuat daripada situasi mudah, situasi sederhana, dan situasi rumit. Saya percaya kita berdepan dengan situasi mudah setiap hari sejak dari kecil. Contohnya situasi memilih makanan untuk makan tengah hari, memilih warna baju untuk hari raya Aildilfitri dan sebagainya. Namun apabila kita meningkat dewasa, kita akan berdepan dengan situasi-situasi yang lebih memerlukan ketilitian dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan. Satu contoh pembuatan keputusan dalam situasi sederhana ialah membuat pilihan sama ada untuk menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh atau meneruskan pelajaran di sekolah asal. Berbanding situasi mudah, untuk situasi sebegini, penelitian yang lebih amat diperlukan. Hal ini kerana, untuk kedua-dua pilihan ini terdapat kelebihan dan kekurangan yang tertentu. Seseorang berkemungkinan besar untuk menghadapi situasi rumit apabila berada di alam pekerjaan. Senario ini dapat dilihat apabila seseorang individu yang berpangkat lebih besar perlu membuat keputusan yang secara langsung atau tidak langsung melibatkan kehidupan orang lain terutamanya orang bawahannya. Sebagai contoh, keputusan untuk menggubah polisi syarikat.
Di dalam kuliah ini, Dr Ahmad Zamri Mansor telah menyenaraikan beberapa ciri dalam mebuat keputusan. Saya tertarik dengan satu ciri iaitu tiada keputusan yang muktamad dalam menyelesaikan segala jenis masalah. Perkara ini memang ada benarnya kerana setiap perkara di dumia ini boleh dilihat dari pelbagai perspektif. Keputusan yang baik untuk seseorang individu mungkin tidak baik untuk individu yang lain. Sebagai contoh, seorang pengurus yang terpaksa memilih antara dua orang bawahannya untuk kenaikan pangkat. Tidak mustahil disebabkan perkara ini, hubungan antara individu yang tidak dinaikkan pangkat dan pengurus itu akan renggang dan produktiviti individu yang tidak dinaikkan pangkat itu akan turun kerana rasa rendah diri dan hilangnya motivasi akibat kepercayaan dalam diri bahawa dia kurang berkebolehan. Dari perspektif lain pula, mungkin individu yang tidak dinaikkan pangkat itu akan lebih berusaha untuk memajukan dirinya sendiri dan mungkin lebih berjaya daripada orang lain. Justeru, pengurus tersebut perlu membuat keputusan yang palimg rasional. Ciri-ciri yang akan melahirkan keputusan yang baik adalah kecekapan, ketepatan maklumat, analisis yang betul, dan pengalaman. Pengalaman mematangkan manusia. Vernon Sanders Law, yang merupakan bekas pemain besbol pernah berkata, "pengalaman adalah guru yang kejam sebab ia menguji terlebih dahulu, kemudian baru memberi pengajaran". Maka, maanfaatkanlah setiap pengalaman yang kita ada. 
Keputusan dapat dibahagikan kepada dua iaitu keputusan yang diprogramkan dan keputusan yang tidak diprogramkan. Perkataan program membawa pelbagai maksud namun dalam skop ini, maksud perkataan program terarah kepada rancangan yang menentukan langkah-langkah yang akan dijalankan. Maka dapat kita fahami bahawa keputusan yang diprogramkan merujuk kepada keputusan yang dibuat berdasarkan rancangan yang telah ditetapkan terlebih dahulu langkah-langkah yang akan diambil. Keputusan dibuat berdasarkan panduan yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu. Sebagai contoh, apabila berlaku kebakaran di sesebuah bangunan, keputusan untuk jalan keluar paling cepat dari bangunan tersebut telah ditetapkan dan diberi nama 'Pelan pengosongan bangunan'. Untuk keputusan yang tidak diprogramkan, pembuat keputusan perlu membuat keputusan pengalaman atau jangkaan tersendiri. Keputusan tidak diprogramkan adalah berpunca daripada keadaan yang tidak begitu jelas dan tidak berstruktur. 
Terdapat beberapa keadaan dalam pembuatan keputusan iatu kepastian, risiko, ketidakpastian dan kekaburan. Perbezaan keempat-empat keadaan ini adalah berdasarkan beberapa kriteria iaitu matlamat yang ingin dicapai, alternatif yang ada, dan ketercapaian maklumat. Justeru itu, kita perlulah mempunyai matlamat yang jelas yang ingin dicapai sebelum membuat keputusan.
Berdasarkan apa yang telah dipelajari dalam dua minggu pertama perkuliahan kursus ini, saya percaya saya akan dapat mempelajari lebih banyak perkara baru yang tidak pernah saya pelajari sebelum ini. Mudah-mudahan, apa yang bakal saya pelajari dalam kuliah dapat saya manfaatkan dalam kehidupan saya dan dapat menjadikan saya insan yang lebih baik. Sekian, terima kasih.

A131204,Nur Aqilah Dalilah Bte Mohammed Alim,LJ01,Catatanku

   Assalamualaikum…

Semester baru telah bermula dan semua pelajar mula berpusu-pusu untuk mendaftarkan subjek bagi yang belum cukup matapelajaran ataupun kredit. Aku juga tidak terkecuali untuk mendaftar subjek Universiti. Aku terfikir subjek apa yang sesuai dengan diriku dan subjek mana juga yang tidak bertindih masanya. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri bagi subjek Kemahiran Membuat Keputusan(KMK). Aku rasa subjek ini mungkin sesuai buat diriku mentelah lagi mungkin akan ada teori yang tidak ku ketahui. Tidak semestinya sebelum ini aku tidak pandai membuat keputusan, akan tetapi mungkin tidak berapa tepat atau kurang tepat. Dengan mengambil subjek ini, langkah seterusnya di dalam membuat keputusan akan menjadi lebih tepat dan mengikut landasan yang sebenar. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, ingin aku mendalami subjek ini agar aku jatuh cinta dengan teori-teorinya seterusnya dapat dijadikan panduan hidup di masa akan datang.
Kelas  pertama yang bermula pada hari Isnin dan kelas kedua pada hari Selasa.  Pada kelas pertama, Dr Zam, iaitu pensyarah KMK itu sendiri telah menerangkan serba sedikit tentang subjek ini. Pada fikiranku, agak menarik juga subjek ini. Mungkin, apabila telah mempelajari subjek ini, minat akan mula bercambah dari hari ke hari.
Terfikir di benak fikiranku adakah  subjek ini mampu untuk aku fahami  dengan lebih mendalam lagi dengan pelbagai persoalan yang timbul. Di sini, di  dalam kuliah KMK, definisi tentang KMK itu telah dihuraikan oleh Dr Zam. Definisi yang diterangkan cuba difahami dan diserap ke akal fikiran. Pada mulanya, agak sukar untuk aku memahami secara jelas, akan tetapi setelah diterangkan oleh Dr. Zam, aku sudah mula faham. Menurut Massie, definisi kemahiran membuat keputusan ialah, tindakan yang diambil secara sedarvdari pelbagai alternative dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan. Yang dimaksudkan dengan pelbagai alternative ialah terbahagi kepada dua; yang pertama ialah 'maximising' dan yang kedua ialah ' satisficing'. Pada mulanya aku memikirkan yang 'maximising' itu adalah sesuatu yang maksimal dan 'satisficing' adalah setakat berpuas hati sahaja. Di sini, Dr Zam telah menerangkan bahawa 'maximising' adalah kita menyemak dahulu(survey), kemudian baru membuat keputusan, manakala 'satisficing' pula ialah apabila kita berjumpa dengan sesuatu, terus diambil. Ini adalah dua pendekatan yang mana tidak aku ketahui istilah tersebut, akan tetapi telah diaplikasikan dalam kehidupan seharianku sebelum ini.
Seperti diriku, aku telah dididik oleh ayahku untuk menjadi seorang yang 'maximising', yang mana kita perlu menyemak dahulu akan harga untuk sesuatu benda sebelum membelinya. Dengan menyemak dahulu mungkin akan mengambil waktu yang lama, akan tetapi akhirnya kelak kita akan berpuas hati tentang sesuatu produk tersebut.
Kadangkala, aku juga boleh menjadi seorang yang ' satisficing', yang mana kadangkala apabila aku pergi ke pasaraya, aku terus mengambil sesuatu produk itu tanpa membandingkan harga dahulu.  Kadangkala aku boleh jadi seorang yang 'fickle-minded'. Ini yang menyebabkan aku selalu dimarahi oleh ayah kerana bersikap tidak tetap pendirian. Sekejap benar aku menukar fikiran tanpa memikirkan akan natijahnya pada kemudian hari.
Menurut Koontz& Dannel pula, aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan. Aku bersetuju dengan kata-kata sedemikian,kerana padaku melalui pemilihan, kita akan mendapat sesuatu yang lebih baik. Dari situ, perancangan kita akan berjalan dengan baik dan lancar.
Aku juga telah pelajari tentang situasi membuat keputusan. Selama aku hidup, tidak aku ketahui rupanya aku telah membuat keputusan berdasarkan situasi. Situasi yang dipelajari ada tiga. Yang pertama ialah mudah manakala yang kedua pula ialah sederhana dan yang terakhir ialah rumit. Yang pertama dan kedua kebiasaannya berlaku dalam kehidupanku manakala yang ketiga setakat ini belum lagi diaplikasikan.
Dr Zam juga telah meneranglan tentang ciri-ciri membuat keputusan. Tidak aku ketahui bahawa ciri-cirinya ada banyak. Yang difahami ialah ia merupakan satu proses yang mana kita perlu ketahui bahawa pemilihan itu adalah sengaja dan reflektif. Kita perlu tahu akan akibatnya jika sesuatu keputusan itu diambil. Seterusnya menjurus kepada penelitian dan pengetahuan yang mendalam. Di sini, aku terfikir sejenak. Kadangkala, keputusan yang aku buat tidak ada penelitian dan pengetahuan yang mendalam. Mungkin disebabkan itu, kadangkala hasilnya amat tidak memuaskan hatiku. Seperti contoh, apabila aku ingin membeli pencuci muka. Aku boleh dikategorikan sebagai boleh terpedaya dengan iklan-iklan di tv, hasilnya apabila aku mencuba sesuatu produk, ianya tidak bersesuaian dengan kulit mukaku dan akhirnya aku mula merasa kulit mukaku berminyak sedikit dan permukaan muka akan merasa sedikit kelainan. Untuk mencari produk yang sesuai dengan diriku tidak berapa susah tapi akhirnya aku hanaya membazirkan wang dan menjadikan produk-produk yang tidak diguna sebagai perhiasan sahaja. Disebabkan ghairah dengan iklan di televisyen sehingga terpengaruh, aku telah membazirkan wangku pada tempat yang tidak sepatutnya ku bazirkan. Aku juga tahu bahawa Allah telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa kita tidak digalakkan membazir kerana membazir adalah kawan kepada syaitan.
Seterusnya, aku mula faham bahawa tidak semua masalah perlu pada penyelesaian yang sama. Setiap masalah akan ada jalan penyelesaian yang berbeza bergantung kepada keadaan dan situasi keadaan. Oleh yang demikian, aku mula faham kenapa ayahku apabila mahu menasihati anak-anaknya, dia memakai pendekatan yang berbeza, kerana setiap daripada anaknya mempunyai karakter yang berbeza. Dapat diterapkan dalam fikiran bahawa, janganlah membuat sesuatu fikiran berdasarkan emosi. Oleh itu, kita mesti berfikiran waras untuk membuat keputusan.
Pada minggu kedua pembelajaran, kami sekelas telah mengambil  ujian 'open book' yang mana kita diberi soalan dan jawapan boleh dilihat melalui nota. Masa yang diberikan pada setiap soalan adalah selama 30 saat. Agak cuak juga pada permulaannya, akn tetapi setelah dilihat pada soalannya, sikit sebanyak  merupakan daripada definisi dan ciri-ciri membuat keputusan. Kumpulanku hanya mendapat 7/10 sahaja, kerana jawapan yang salah itu kami keliru akan soalannya.
Kami juga diberi penerangan dengan lebih lanjut tentang membuat 'learning journal' dan bagaimana untuk menghantar tugasan tersebut. Agak kelam kabut juga aku. Mungkin banyak yang perlu dibuat akan tetapi jika sudah biasa, akan menganggapnya sebagai mudah. Bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'.
Tidak dinafikan  bahawa subjek ini agak mencabar mindaku kerana aku tidak berapa biasa dengan penulisan formal yang formatnya ala-ala 'diary'. Akan aku cuba untuk mengasah penulisanku dengan baik untuk penulisan yang seterusnya.
Kesimpulanku pada dua minggu pertama sesi pembelajaran bermula, aku akan cuba untuk mengaplikasikan tentang definisi-definisi yang telah diutarakan dan dibincangkan di dalam kehidupan seharianku. Akan ada banyak lagi pelajaran yang akan datang yang tunggu untuk dipelajari. Sampai di sini sahaja catatanku, berjumpa lagi pada minggu hadapan.

Wassalam.
 
A134177 Syazana Binti Zainuddin Keputusan

    Setelah dua hari aku menghadiri kelas Kemahiran Membuatkan Keputusan yang diajar oleh Dr. Ahmad Zamri Mansor barulah aku mengetahui akan pentingnya kemahiran-kemahiran untuk membuat sesuatu keputusan. Ini kerana sesuatu masalah yang yang kita hadapi itu tidak perlulah kita selesaikan mengikut emosi malah kita juga boleh menyelesaikannya dengan kemahiran tertentu. Sebagai contoh, dalam kuliah yang lepas, Dr. Ahmad Zamri ade menerangkan tentang kategori-kategori keputusan. Salah satu daripadanya ialah keputusan yang diprogramkan. Apa yang aku faham dalam konsep ini adalah sesuatu yang kerap berlaku dan panduan dibuat untuk mengatasi masalah tersebut. Dalam konsep ini, aku ingin berkongsi sedikit contoh yang boleh dikaitkan dengan konsep ini. Contohnya, seseorang pelajar Tahun 1 berminat untuk memasuki Biro Sukan Dan Rekreasi Kolej Tun HUssein Onn. Tetapi pelajar ini tidak mengetahui exco yang memegang biro ini. Jadi salah satu jalan yang pelajar ini perlu untuk dia mengetahui ialah melihat carta organisasi yang telah terpapar di papan kenyataan.
 
    Selain itu, dalam konsep ini juga aku ingin kaitkan dengan pengalaman yang telah aku alami sebelum ini iaitu keputusan yang paling penting dalam hidup dan juga akan menetukan masa depan kelak. Keputusan untuk aku menyambung pengajian ku. Setelah mendapat dua tawaran, Program Matrikulasi dan juga Diploma, dalam fikiran aku adalah kosong. Ini kerana kedua-dua tawaran yang aku terima adalah jurusan yang amat aku minati dimana matrikulasi aku mendapat jurusan Sains Fizik manakala diploma aku mendapat jurusan Sains Statistik. Aku mula bingung memikirkannya. Tidak tahu untuk membuat keputusan. Sana sini aku menanyakan pendapat. BUkan sahaja dalam kalangan ahli keluarga malah rakan taulan juga turut aku meminta pendapat. Setelah ku canang-canang, ku fikir-fikir, ku renung-renungkan aku memilih untuk menerima tawaran ke Program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Johor. Aku mengambil keputusan ini setelah aku mencari-cari keburukan dan kebaikan kedua-dua tempat pengajian ini, ternyata aku menemui banyak kebaikan berbanding keburukan di matrikulasi. Apa yang dapat aku simpulkan adalah sekiranya aku tidak menerima tawaran di matrikulasi, sudah diprogramkan untuk aku menerima tawaran diploma di Universiti Teknologi Mara, Seri Iskandar. Dalam pengalaman yang aku telah ceritakan diatas juga boleh dikaitkan dalam situasi membuat keputusan sedrhana.

    Kategori-kategori lain ialah keputusan yang tidak diprogramkan. Dalam kategori ini pula apa yang aku faham adalah sesuatu yang berlaku tidak dapat diselesaikan menerusi tatacara yang telah ditetapkan. Dalam kategori ini, situasi yang dapat aku berikan adalah sepasang tunang ini telah ditetapkan tarikh pernikahan mereka. Tiba-tiba sehari sebelum hari bahagia mereka,salah seorang daripadanya meninggal akibat kemalangan. Situsasi ini amat menyedihkan bagi mereka yang mengalaminya. kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini semua takdir. Jodoh, ajal maut kita tidak boleh diprogramkan melainkan anda yang merancang untuk membunuh diri. Ada lagi contoh yang ingin saya berikan. Sesuatu organisasi telah merancang untuk mengadakan majlis makan malam. Setelah mereka bermesyuarat, jumlah tetamu yang akan hadir ke majlis itu adalah 200 orang sahaja dan mereka tidak membincangkan langsung sekiranya jumlah tetamu yang akan hadir pada malam itu melebihi jumlah yang mereka telah tetapkan. Ini juga adalah salah satu keputusan yang tidak diprogramkan.

    Di hari yang pertama aku memasuki kelas Kemahiran Membuat Keputusan ini aku telah didedahkan dengan situasi membuatkan keputusan. Dalam situasi ini dibahagi kepada tiga iaitu situasi mudah, situasi sederhana dan juga situasi rumit. Contoh situasi mudah adalah situasi yang tidak memerlukan masa yang
panjang untuk membuat keputusan seperti apa yang hendak dipakai baju hari ini, apa yang hendak dimakan hari ini dan sebagainya. Dalam situasi rumit pula aku menggambarkan situasi dimana seorang pelabur ingin melabur di syarikat luar negara. Situasi ini dikatakan rumit kerana pelabur perlu memikirkannya dengan lebih teliti dan bukannya sewenang-sewenangnya membuat keputusan kerana pelaburan ini melibatkan wang, jika tersalah membuat keputusan, ia akan makan diri kita sendiri. Situasi sederhana aku telah memberikan pengalaman yang telah aku ceritakan di atas sebagai contoh untuk situasi ini.

    Selain itu, Dr. Ahmad Zamri juga telah menerangkan kepada kami tentang ciri-ciri untuk membuat keputusan. Antara ciri-cirinya ialah jenis keputusan bergantung kepada jenis masalah, tidak ada datu keputusan yang muktamad dalam menyelesaikan segala jenis masalah. Contohnya, sekiranya kita telah membuat satu keputusan, tidak semestinya tiada jalam lain untuk membuat keputusan. Ciri-ciri lain adalah pegumpulan maklumat yang tepat. Sebagai contoh, aku ingin membuat keputusan untuk menerima tawaran ke Program Matrikulasi. Apa yang perlu aku buat adalaha mencari sebanyak mana maklumat tentang program yang ditawarkan itu supaya apabila aku membuat keputusan,keputusan itu adalah tepat dan tidak akan menyesal. Ciri yang terakhir adalah punca masalah. Punca masalah ini biasanya di luar kawalan kepada pembuat keputusan dan pada masa ini lah pentingnya pembuat keputusan ini mempunyai kreativiti.Ciri ini dapat digambarkan sekiranya anda mengalami kerosakan kereta di tengah jalan.

    Setelah dua hari aku menghadiri dan mengikuti kelas Dr Ahmad Zamri, baru aku sedari bukan mudah untuk membuatkan keputusan dalam sesuatu masalah yang kita hadapi. Secara tidak langsung kelas ini dapat memberi aku sedikit sebanyak ilmu untuk membuat keputusan dengan lebih berkesan.

Friday, September 23, 2011

A132932 MUHAMMAD ZULKIFLIE BIN MOHD NAWI LJ01 INILAH KEPUTUSANKU

       Assalamualaikum w.b.t.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang membaca journal saya yang pertama ini dalam kursus kemahiran membuat keputusan.Alhamdulillah kerana saya masih dapat meneruskan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk semester ke-3 tahun 2 ini.Dalam minggu daftar dan gugur kursus ini saya teramat sukar untuk membuat keputusan untuk mengambil kursus yang betul-betul berguna untuk diri saya.Dalam proses pengambilan kursus ini,saya perlu megambil pelbagai jenis kursus,termasuklah kursus U2.Semasa memilih kursus yang wajib diambil ini,saya mempunyai banyak pilihan,antara pilihan saya ialah kursus kemahiran membuat keputusan dan kursus hubungan insan.Akhirnya,setelah penat memikirkan kursus mana yang lebih penting buat diri saya,saya telah membuat keputusan dengan memilih kursus kemahiran membuat keputusan.Pendapat saya ini adalah kursus yang begitu penting untuk diri saya,ini kerana tidak mustahil seseorang manusia tidak mengalami masalah dari segi membuat sesuatu keputusan,ianya kerana kemajuan Negara yang dicapai telah membuat kan banyak pilihan yang patut kita lakuakan ,tidak kira dari aspek pembelajaran atau proses pemilihan kerja.Bagi saya,wajarlah saya mengambil kursus ini,kerana pada masa dahulu,saya juga mempunyai masalah dari segi membuat keputusan.Membuat keputusan yang tepat adalah sangat penting bagi diri saya.
   Setelah hari pertama saya menghadirkan diri dalam kursus kemahiran membuat keputusan ini,saya begitu teruja dengan kursus yang diajar oleh Dr Ahmad Zamri Bin Mansor.Saya mula memahami konsep membuat keputusan iaitu, Proses Membuat Keputusan merupakan proses yang paling penting untuk kesempurnaan dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Proses membuat keputusan bukan hanya wujud dalam bidang pengurusan tetapi juga dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di rumah dan di tempat kerja. Kadang-kala kehidupan kita boleh dirasakan terdiri daripada beribu-ribu keputusan, baik kecil mahupun yang besar.
       Membuat keputusan yang tepat mampu mengelakkan diri kita dari ditimpa pelbagai masalah,contohnya,pada masa dahulu saya juga keliru untuk membuat keputusan untuk memasuki unversiti atau pun tidak,ianya kerana saya tidak yakin pada diri saya sendiri.Tapi setelah penat memikirkan mahu melanjutkan pelajaran atau tidak,saya bersetuju untuk melanjutkan pelajaran ke university ini,ianya kerana,pada pandangan saya masa depan amat lah penting bagi seseorang individu,tanpa pendidikan yang tinggi sukar untuk saya memiliki kerja.Dari sini,saya mula sedar bahawa membuat keputusan yang tepat begitu berguna untuk diri seseorang yang bergelar sebagai seorang manusia.Kini saya selesa dengan keputusan saya dan saya perlu belajar dengan lebih mendalam lagi untuk membuat keputusan yang tepat supaya diri saya terus maju ke hadapan.
      Dalam pemilihan saya memilih kursus ini yang begitu yakin mahu mempelajari untuk membuat keputusan yang lebih tepat,saya juga mahu mengembangkan apa yang saya pelajari dari kursus ini kepada kawan-kawan saya lain yang juga mengalami masalah untuk membuat keputusan.Saya begitu bersyukur kepada ALLAH S.W.T. kerana menempatkan saya ke Universiti Kebangsaan Malaysia ini dan berpeluang untuk mengambil kursus-kursus yang hebat dan mencabar ini.Ianya begitu berguna pada saya untuk saya memanfaatkan apa yang saya pelajari apabila di alam pekerjaan nanti.
    Pada pandangan saya,pemilihan saya untuk mengambil kursus kemahiran membuat keputusan adalah keputusan yang tepat,kerana bagi saya,kursus ini amat berguna untuk saya di masa hadapan,hal ini kerana kita akan terlibat dalam kes untuk membuat keputusan sepanjang hidup .Proses membuat keputusan merupakan proses yang paling penting untuk kesempurnaan dalam bidang pengurusan diri ataupun organisasi. Proses membuat keputusan bukan hanya wujud dalam bidang pengurusan tetapi juga dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di rumah dan di tempat kerja. Kadang-kala kehidupan kita boleh dirasakan terdiri daripada beribu-ribu keputusan, baik kecil mahupun yang besar,pada pandangan saya juga,untuk membuat keputusan yang tepat kita haruslah berada dalam keadaan yang tenang,contohnya sekiranya saya meghadapi sesuatu masalah,saya sering ke tempat yang boleh menenagkan fikiran saya,setiap kali saya sukar untuk membuat keputusan saya sering ke kawasan pantai untuk menenangkan fikiran saya agar saya dapat memilih keputusan yang tepat dalam menghadapi sesuatu masalah.
     Akhir kata dari saya sebelum saya menghabiskan tulisan journal ini,sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada DR. Ahmad Zamri Bin Mansor dan juga kawan-kawan sekalia yang sudi membaca journal saya ini.
 "Berindak bijak,Hasil yang Memuaskan.