Sunday, October 2, 2011

A132982 MOHD KHAIRUL BIN ROSLI ADAKAH KEPERLUAN ATAU KEMAHUAN????

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kita untuk jurnal pembelajaran kursus kemahiran membuat keputusan yang kedua. Di dalam jurnal pertama, kita telah membincangkan ciri-ciri keputusan yang baik, kategori-kategori dalam pembuatan keputusan dan keadaan-keadaan dalam pembuatan keputusan. Dalam minggu ketiga ini, Dr Zamri telah menyentuh tentang beberapa model dalam membuat keputusan. Berdasarkan pemahaman saya, saya cuba meghuraikan semula apa yang telah di ajar oleh Dr Ahmad Zamri Mansor dan memasukkan contoh.
            Kenapa model membuat keputusan perlu dibincangkan dalam kuliah ini? Apakah kepentingan model membuat keputusan? Model adalah perlu supaya sesuatu situasi dapat diterangkan dengan lebih jelas sekali gus dapat difahahami dengan lebih mudah. Ini adalah penting kerana dalam membuat keputusan, seseorang perlu arif tentang situasi yang dihadapi supaya segala alternatif yang ada dapat dikemukakan dan alternatif yang terbaik dapat dipilih dan mengahasilkan keputusan yang terbaik.
            Terdapat tiga model dalam membuat keputusan. Model-model tersebut adalah model klasikal, model pentadbiran, dan model politik. Kita lihat kepada model yang pertama iatu model klasikal. Model klasikal adalah model yang paling mudah kerana beberapa faktor. Di dalam model klasikal, matlamat pembuatan keputusan adalah jelas dan dipersetujui bersama jika keputusan perlu dibuat di dalam sesebuah organisasi. Model klasikal adalah dalam keadaan kepastian. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat empat keadaan dalam membuat keputusan iatu kepastian, risiko, kekaburan dan ketidakpastian. Ini bermakna, untuk model ini, segala maklumat dan alternatif yang ada adalah lengkap dan jelas. Untuk model ini juga, keputusan di buat berdasarkan rasional, logik dan tidak dipengaruhi oleh perkara-perkara lain. Terdapat lima langkah dalam proses pembuatan keputusan yang rasional. Langkah pertama adalah mengenalpasti masalah, seterusnya menyenaraikan langkah penyelesaian dan kemudian memilih langkah penyelesaian yang terbaik. Setelah itu, langkah yang dipilih tersebut hendaklah dilaksanakan dan langkah terakhir adalah menilai keputusan yang telah dibuat itu. Contoh model klasikal adalah keputusan dalam membina kawasan perniagaan yang baru. Pihak kerajaan atau pihak bertanggungjawab perlu melaksanakan kajian sebelum menjalankan projek ini bagi mendapatkan maklumat selengkap mungkin. Antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah populasi penduduk di kawasan tersebut, kemampuan untuk kawasan perniagaan baru tersebut berkembang dan keperluan untuk kawasan perniagaan baru di kawasan tersebut.
            Walaubagaimanapun, menurut Herbert Simon, yang merupakan pemenang hadiah Nobel berdasarkan sumbangannya dalam kajian pembuatan keputusan, model klasikal jarang berlaku.  Herbert Simon menerangkan dalam teorinya bahawa manusia membuat keputusan tidak berdasarkan prosedur rasional. Ini merujuk kepada model seterusnya iaitu model pentadbiran. Terdapat dua konsep penting dalam model pentadbiran iatu 'bounded rationality' dan 'satisficing'. 'Bounded rationality' atau kerasionalan terikat merujuk kepada kekangan atau had yang wujud terhadap seseorang dalam membuat keputusan secara rasional. Kekangan ini terdiri daripada pelbagai perkara antaranya emosi. Konsep 'satisficing' pula merujuk kepada alternatif yang dipilih hanya sekadar untuk keperluan minimum.Contoh yang dapat diberi di sini ialah saya ingin membeli computer dan berharga kurang daripada RM 2000.00.Apabila saya pergi ke sebuah kedai menjual computer maka saya pon memberitahu pekerja kedai tersebut lalu saya terus membelinya tanpa membuat bandingan dengan computer jenama lain.Dalam erti kata yang lain ialah saya membeli computer tersebut sekadar cukup syarat. Berbeza dengan konsep 'maximising' yang merujuk kepada keputusan yang dibuat untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Konsep 'maximising' dipraktikkan dalam model klasikal.Contoh bagi konsep 'maximising ialah seperti membeli computer tadi.Tapi kali ini saya membuat perbandingan dengan jenama lain yang mungkin lebih baik dari yang disyorkan oleh pekerja tersebut.Manakala contoh model pentadbiran yang paling dekat dalam kehidupan seorang mahasiswa dalam membuat keputusan adalah dalam membuat tugasan penulisan esei. Mahasiswa tersebut sepatutnya mampu untuk membuat esei yang lebih baik jika melakukan sedikit kajian dan pembacaan internet namun mahasiswa tersebut mengambil konsep 'satisficing' dengan membuat esei tersebut dengan jumlah minimum perkataan yang telah ditetapkan oleh pensyarah tersebut sahaja. Ini juga mungkin disebabkan oleh kekangan masa dan tenaga.
            Model seterusnya adalah model politik. Model politik adalah lebih mirip kepada situasi sebenar dan berguna dalam membuat keputusan untuk keputusan yang tidak diprogramkan. Keputusan untuk model politik adalah kompleks dan disebabkan itu, percanggahan pendapat berkemungkinan besar akan terjadi. Disebabkan percanggahan pendapat yang wujud antara pihak-pihak tertentu, akan wujud pakatan-pakatan tidak rasmi yang mempunyai matlamat yang sama dalam pembuatan keputusan tersebut. Maka, rundingan perlu dibuat untuk menghasilkan keputusan yang akan menguntungkan semua pihak.
            Sekian sahaja untuk jurnal kali ini dan terima kasih kerana sudi membaca. Bersama-sama kita berkongsi pengalaman serta pelajaran yang dipelajari untuk kegunaan di masa akan datang.Sekian terima kasih

A132696 LJO2 Khairul Bariah Jailani~model keputusanku~

 Bismillahirrahmanirrahim…
         Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi di atas petunjuk dariNya kerana memberi hidayah kepadaku  untuk meneruskan pengajian di dalam kursus ini. Hatiku kuat menyatakan bahawa kursus ini dapat memberi pengajaran dan panduan yang baik buatku pada masa akan datang. Lalu, pada 26 september 2011 aku telah melalui sesi pembelajaranku yang kedua pada pukul 12 tengahari. Tajuk pembelajaranku kali ini sudah tentulah berlainan dengan pengajaran yang sebelumnya. Kali ini kau belajar mengenai model-model membuat keputusan. Bukan dalam majalah sahaja ada model,dalam KMK pun ada juga, tapi bukanlah model untuk mempamerkan alat 'make up' dan baju. Model yang digunakan di sini bermaksud panduan untuk kita membuat keputusan. Model ini berfungsi juga sebagai penerang dalam membuat keputusan. Dalam erti kata lain ialah model merupakan sudut pandang kita terhadap sesuatu. Jika tiada model bagaimana kita hendak mempamirkan sesuatu keputusan yang tepat. Oleh itu, model-model ini sangat penting dalam KMK.
Model- modal yang dimaksudkan ialah klasikal(classical),pentadbiran(Administrative), dan politikal(political). Dr.Zam mencadangkan supaya kami menghafal model ini dengan menggunakan singkatan iaitu CAP yang merujuk kepada classical,administrative,dan political. Sebelum kami diajar dengan lebih mendalam mengenai model-model membuat keputusan, kami terlebih dahulu diperkenalkan dengan tiga konsep penting untuk memahami model-model membuat keputusan iaitu kerationalan (rationality), kerationalan terikat (bounded rationality), dan pendapat Herbert Simon.
Rasionaliti ialah berfikir secara waras dan mestilah berada dalam keadaan sedar. Buah fikiran kita mestilah logic akal dan tidak mempunyai unsur-unsur mitos. Terdapat beberapa andaian dalam berfikir secara rasional iaitu pertama,mempunyai pengetahuan tentang semua kemungkinan dalam sesuatu alternatif. Kedua, mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang akibat dalam setiap alternatif. Ketiga,mempunyai satu set yang teratur dan stabil untuk kesan alternatif  ini dan keempat, mempunyai keupayaan mengira untuk membandingkan akibat dan untuk menentukan mana satu yang lebih diutamakan. Setelah mengetahui tentang andaian, aku perlu tahu mengenai langkah-langkah membuat keputusan sacara rasional. Terdapat limalangkah disusun secara teratur iaitu  mengenalpasti masalah, jangkakan penyelesaian, pilih alternatif terbaik, laksanakan penyelesaian, dan menilai keputusan.                                           
Langkah-langkah ini amat berguna sekiranya ingin menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, seorang pengusaha ingin membina sebuah restaurant makanan tempatan. Oleh itu, pengusaha tersebut harus mengkaji masalah sekiranya dia mendirikan restauran di tempat yang diingini seperti kawasan yang strategik, tempat tumpuan orang ramai,stuktur tanah yang baik dan mempunyai tempat  untuk meletakkan kenderaan bagi kesenangan pelanggan. Dengan itu, dia perlu memikirkan cara penyelesaian yang sesuai untuk memastikan semua pihak berpuas hati dan pilih penyelesaian yang terbaik. Setelah laksanakan penyelesaian, barulah menilai keputusan yang terbaik sama ada memilih tempat tersebut atau memilih lokasi lain untuk membina restauran tersebut..
      Cara ketiga untuk memahami model-model membuat keputusan ialah pendapat  Herbert Simon iaitu merupakan seorang ahli teori membuat keputusan yang mendapat Hadiah Nobel pada tahun 1978.  Beliau menyatakan bahawa
"The human being striving for rationality and restricted within the limits of his knowledge has developed some working procedures that partially overcome these difficulties. These procedures consist in assuming that he can isolate from the rest of the world a closed system containing a limited number of variables and a limited range of consequences."  
Maksudnya:" "manusia yang berusaha untuk rasional dan terhad dalam had pengetahuan beliau telah membuat beberapa prosedur kerja yang sebahagiannya mengatasi kesukaran. Prosedur ini terdiri dalam menganggap bahawa dia boleh mengasingkan dari seluruh dunia satu sistem tertutup yang mengandungi bilangan pemboleh ubah yang terhad dan pelbagai akibat yang terhad."
Simon menunjukkan bahawa membuat keputusan bercirikan proses maklumat yang terbatas(maklumat tertentu sahaja), guna jalan pintas, dan guna satisficing. Maklumat yang terbatas yang dimaksudkan oleh Simom ialah maklumat "disempadani" atau disekat oleh  pelbagai  kekangan apabila membuat keputusan. Maklumat yang diperlukan berada di luar batasan akal, tidak jelas dan kabur. Pendapat Simon yang kedua pula ialah menggunakan jalan pintas. Cara ini adalah cara yang senang bagi membuat keputusan dan ianya tidak memerlukan pekerjaan akal yang banyak. Jalan pintas ini selalunya digunakan oleh mereka yang sudah berpengalaman dan mempunyai ilmu yang padat tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, seorang pembaiki komputer yang mahir tidak lagi perlu membuat kajian atau mempelajari tentang cara-cara membaikinya. Dia boleh membaikinya terus tanpa memikirkannya dengan lebih mendalam terlebih dahulu kerana dia sudah berpengalaman dalam bidang tersebut. Namun begitu,pemikiran menggunakan cara jalan pintas boleh terdedah kepada keputusan berat sebalah atau bias.  
            Satisficing merupakan pendapat Simon yang ketiga mengenai cara membuat keputusan. Satisficing bermaksud membuat keputusan sekadar memuaskan hati kerana tidak mempunyai masa, maklumat dan kebolehan untuk menangani kerumitan jika mengikut proses yang rasional. Pembuat keputusan hanya memilih penyelesaian untuk keperluan yang minimum. Ianya hanya menurut keperluan asas dan tidak bersifat optimal. Sebagai contoh, Aminah pergi ke sebuah kedai untuk membeli jam tangan berbentuk segi empat. Lalu, Aminah membeli jam tangan tersebut sekadar memenuhi kehendaknya yang  inginkan jam tangan  berbertuk segi empat tanpa mengambil kira tentang warna,jenama, dan ketahanan jam tersebut. Semasa kuliah tersebut, Dr Zam ada meyelitkan sedikit mengenai maximizing. Apa yang aku paham mengenai maximizing ini ialah konsep ini bertentangan dengan satisficing. Pembuat keputusan menggunakan maklumat atau mencari maklumat yang banyak sebelum membuat keputusan. Pembuat keputusan membuat pilihan yang terbaik setelah mempertimbangkan segala maklumat yang ada. Jika dikaitkan dengan contoh di atas yang mana Aminah ingin membeli jam tangan berbentuk empat segi, dia akan mencari maklumat dahulu mengenai jenama, harga,ketahanan terhadap air dan warna yang disukainya sebelum membeli. Dia juga akan meneliti banyak jam tangan yang ada di kedai tersebut sebelum membuat keputusan.
              Setelah mengetahui tentang konsep penting untuk memahami model-model membuat keputusan, maka aku ingin memberitahu pula mengenai konsep model –model tersebut. model pertama yang patut aku beritahu ialah model klasikal. Model klasikal merupakan normatif iaitu  menggambarkan  bagaimana seorang pengurus dan menyediakan  garis panduan bagi  mencapai  keputusan  yang  ideal. Terdapat andaian dalam model ini iaitu pembuat  keputusan  beroperasi  untuk mencapai matlamat yang diketahui  dan dipersetujui.Pembuat keputusan berusaha untuk keadaan kepastian  iaitu mengumpulkan maklumat yang lengkap.Kemudian  kriteria  menilai  alternatif dikenali dan akhirnya pembuat keputusan adalah rasional dan menggunakan logik akal.
              Model yang kedua pula ialah model pentadbiran. Model ini menggunakan dua konsep yang menjadi peranan penting iaitu pertama,kerasionalan yang berkaitan dengan disempadani iaitu orang mempunyai had atau sempadan yang melibatkan maklumat yang kabur. Kedua ialah
Satisficing  bermakna pembuat keputusan memilih penyelesaian alternatif yang pertama yang memenuhi minimum keputusan kriteria seperti yang diterangkan dia atas.
               Model yang terakhir ialah model politikal iaitu model rapat  menyerupai  persekitaran  sebenar di mana kebanyakan pengurus dan pembuat keputusan beroperasi  berguna  dalam membuat keputusan bukan diprogram, keputusan adalah kompleks, dan percanggahan pendapat  dan konflik ke atas masalah danpenyelesaian adalah normal. Terdapat gabungan  iaitu perikatan tidak formal di kalangan menguruskan  yang menyokong  matlamat  tertentu. Sewaktu kami diberi penerangan tentang konsep model ini. Kami disuruh oleh Dr Zam duduk secara berkumpulan dan kumpulan tersebut ditentukan oleh kiraan nombor. Aku dapat mengenali dengan lebih dekat dengan rakan-rakan sekelas. Terdapat banyak contoh model pentadbiran yang dikemukakan oleh setiap kumpulan antaranya ialah mengenai bajet belanjawan yang dikemukakan oleh perdana menteri kita pada setiap tahun. Bajet itu mestilah diselidik dan dibuat kajian dahulu kemudian dibincang dan dipersetujui oleh ahli-ahli kabinet yang lain.
Model-model ini amat perlu difahami dengan baik kerana ini adalah permulaan bagi kelas ini. Aku ber harap agar aku akan dapat memahami dan mengingatinya dengan lebih baik selepas ini. Aku juga berharap agar kawan-kawanku tidak putus asa dalam menimba ilmu dalam kelas KMK ini. Sekian....wassalam.
 
 
 

A134124 MOHAMAD REZWAN JURNAL2

Asalamualaikum, bertemu lagi kita dalam penulisan jurnal untuk kali kedua bagi subjek kemahiran membuat keputusan. Kuliah pada kali ini membawa kami lebih memahami tentang proses membuat keputusan. Dr. Zamri telah menerangkan mengenai model-model tertentu dalam membuat keputusaN. Pada mulanya ia penerangan ini telah membuatkan saya terkeliru tentang dan kurang jelas apakah pentingnya model-model ini dalam membuat keputusan.  Hal ini membuatkan saya  tertarik untuk mendengar kuliah yang akan disampaikan.
Apakah itu model dalam membuat keputusan? Model membuat keputusan dapat dibahagikan kepada tiga ketegori iaitu model klasikal, pentadbiran dan political.
Sebelum memahami ketiga-tiga model ini, kita perlu memahami apa itu rationaliti dan rationaliti terikat (bounded rationality). rationaliti itu adalah kewarasan akal berfikir, kesedaran, fakta dan tidak mempunyai unsur mitos. Pemahaman saya melalaui kuliah ialah rationaliti dapat dikaitkan dengan pengetahuan kesemua alternatif yang ada serta mengetahui kesan setiap alternatif yang diambil. Selain itu, mempunyai rujukan yang lengkap dan tersusun mengenai sesuatu perkara. Malah, dengan maklumat yang ada boleh dibandingkan untuk pilihan yang terbaik. Langkahnya seperti, mengenalpasti masalah, jangkakan penyelesaian, pilih alternatif terbaik. Seterusnya, bounded rationality adalah sudut pandangan Herbet Simon. Jadi mengikut apa yang dikatakan oleh Simon ialah pembuatan keputusan berdasarkan tiga perkara iaitu pemerosesan maklumat yang terbatas, penggunaan jalan pintas, pengguanaan 'satisficing'. Bounded rationality ini dikaitkan dengan tanggapan yang terikat atau kekangan apabila membuat keputusan. Dikaitkan sama ada kekangan yang dihadapi itu merupakan masalah peribadi yang mengurangkan sifatt rationaliti dalam pembuatan keputusan.
Menurut Dr. Zamri, model klasikal bersifat normatif. Model ini menerangkan apa yang sepatutnya dilakukan oleh pembuat keputusan berasakan maklumat yang telah lengkap dan juga persetujuan dari semua pihak. Model ini jarang sekali digunakan. Model Klasikal adalah satu proses rasional dimana pembuat keputusan memaksimumkan peluang mencapai objektif, menimbang semua alternatif, meneroka semua akibat seterusnya membuat keputusan yang terbaik. Model ini juga boleh disama ertikan dengan mencari yang terbaik dari yang terbaik. Sebagai contoh seseorang individu ingin membina sebuah rumah. Di perlu menimbangkan setiap aspek-aspek secara terperinci baik dari soal kewangan, kesesuian tapak dan berbagai lagi aspek yang menuntutnya mencari satu keputusan yang sempurna.
Model yang kedua ialah model pentadbiran. Model pentadbiran  ini melibatkan keputusan yang tidak diprogramkan hasil daripada kekaburan dan ketidakpastian. Di bawah model ini terdapat dua konsep yang saya rasakan berkaitan dengan  model tersebut iaitu konsep satisfising dan maximizing. Menurut pemahaman saya, satisfising ialah si pembuat keputusan berdasarkan cirri-ciri asas yang telah ditetapkan olehnya sebelum memuat keputusan. Sebagai contoh, jika seseorang itu membeli telefon bimbit. Sebelum itu, dia telah menetapkan bahawa telefon yang hendak dibelinya haruslah mempunyai kamera dan boleh menghatar gambar. Setibanya di kedai telefon, dia terus mencari telefon yang mempunyai ciri-ciri yang telah ditetapkanyan dan setelah berjumpa terus membelinya. Hal ini berbeza dengan konsep maximising. Seseorang yang mengunakan konsep maximising akan bertanaya kepada tuan kedai adakah terdapat telefon bimbit yang lain yang memiliki cirri-ciri telefon yang dicarinya. Menurut Dr.Zamri, model satisfising bukanlah menerangkan kepada pembuat keputusan yang berindak sekadar yang mampu sahaja atau maksud lainya sekadar puas sahaja. Terdapat kelebihan kepada konsep maximising kerana si pembuat keputusan akan dapat membuat keputusan yang lebih baik sekiranya menggunakan kosep maximising.
Pada hari Selasa juga iaitu hari kedua kuliah kami telah dipecahkan kepada beberapa buah kumpulan yang mengandungi 2 atau 3 orang bagi setiap kumpulan. Saya merasakan ia adalah kaedah yang baik bagi mengerat hubungan antara rakan sekelas. Kami diminta membincangkan dan berkongsi kefahaman dengan rakan sekumpulan yang lain.
Bagi model seterusnya ialah model political yang mirip kepada keadaan yang sebenar. Model ini diangap rumit kerana kebiasaanya sesuatu yang dirancang tidak dapat dilakukan kerana terdapat maklumat yang bercanggah dan ia merupakan perkara yang biasa. Maka, satu keputusan yang hendak dicapai adalah rumit. Oleh itu, pakatan (coalition) iaitu pakatan yang tidak rasmi untuk individu yang mempunyai maklumat tertentu yang sama diperlukan dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Begitulah serba sedikit yang dapat saya simpulkan pada kuliah yang lalu. Walaupun  kuliah pada minggu ketiga ini sedikit berat, tetapi dengan sesi perbincangan dan penerangan yang diberikan oleh Dr, Zamri, saya dapat memahami apa yang disampaikan. Begitu juga dengan bantuan rakan-rakan yang memberi pandangan sewaktu kuliah, ia juga dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada saya. Sekian, terima kasih.

A131204 Nur Aqilah Dalilah Bte Mohammed Alim Model CAP


 


 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi pada minggu ini untuk menulis jurnal yang kedua. Pada minggu ini, kelas semakin berkurangan pelajar dan mungkin dengan ini senang bagi pensyarah untuk memfokuskan pada setiap pelajar yang sedia ada. Walaupun pelajar semakin berkurangan, ini tidak mematahkan semangat aku untuk berada dalam kelas ini.
Pada kuliah kali ini, Dr Zam telah menyentuh tentang model-model  membuat keputusan. Model yang dikatakan di sini bukan model yang memperagakan barangan sebaliknya model yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah satu garis panduan yang yang membantu kita dalam membuat keputusan.  Apakah fungsi bagi model ini? Fungsinya ialah untuk memahami sesuatu perkara dan juga menerangkan sesuatu perkara. Dalam usaha untuk memahami fungsi ini, terlebih dahulu kita perlu memahami tentang kerasionalan(rationality), kerasionalan yang terikat(outbounded rationality) dan juga pendapat Herbert A.Simon.
Yang dimaksudkan dengan kerasionalan ialah ianya adalah secara sedar, yang mana ianya berdasarkan kepada fakta, logik akal dan munasabah. Langkah yang diambil pada model ini ialah mengenalpasti akan sesbuah masalah kemudian kita menjanakan penyelesaian, iaitu macamana hendak selesaikan sesuatu masalah itu, kemudian di antara alternatif yang terbentang, kita pilih alternatif yang terbaik pada permasalahan tersebut, kemudian kita laksanakan penyelesaian tersebut dan akhirnya kita menilai kembali keputusan tersebut. Sebaliknya, Herbert menyatakan tidak. Dia berpendapat bahawa kita membuat keputusan tidak berdasarkan kerasionalan.  Sebabnya, apabila kita berasa sedih dan kecewa, sesuatu perkara yang kita buat biasanya bukan rasional. Kita akan ikut kehendak hati sahaja tanpa memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya. Ini kerana pada rasional itu, kita tahu apa yang akan dibuat, kita tahu akan kesannya dan boleh buat perbandingan. Tetapi, bila sudah dirundung kecewa, fikiran akan jadi tidak fokus.
Kerasionalan yang terikat pula ialah pembuat keputusan diikat oleh pelbagai bentuk kekangan dalam membuat keputusan. Inilah yang kita jalani dalam kehidupan seharian yang mana kekangan tersebut adalah berkaitan dengan factor dalaman dan juga faktor luaran yang mana ianya mengurangkan kerasionalan ketika membuat keputusan.
Pendapat Herbert pula ialah keputusan manusia bercirikan kepada tiga benda iaitu yang pertama, pemerosotan yang terbatas, yang kedua ialah penggunaan jalan pintas dan yang ketiga ialah penggunaan satisficing. Yang dimaksudkan dengan pemerosotan yang terbatas ialah terbatas dari segi banyak mana maklumat dapat diproses dan di sini pembuat keputusan sukar untuk mengenal pasti semua bentuk alternatif penyelesaian dan dengan itu sukar untuk menilai setiap satu. Manakala bagi jalan pintas pula, mencerminkan pengetahuan daripada pengalaman yang lepas dan dapat menilai masalah yang dihadapi. Malangnya, keadaan ini akan membawa kepada keputusan yang berat sebelah. Manakala bagi satisficing pula ialah kita membuat keputusan yang mana ianya sekadar memuaskan hati kerana kita tidak mempunyai masa, maklumat dan kebolehan untuk menangani kerumitan jika mengikuti proses yang rasional. Ini yang mana kita boleh katakan ianya memenuhi keperluan yang minimum atau yang agak baik. Asalkan ianya ada, sudah memadai.
Kita masuk pula pada tiga model membuat keputusan. Ketiga-tiga model ini ialah model Klasikal, model Pentadbiran dan model Politikal.  Kami juga diajar olah Dr Zam cara yang senang untuk mengingati nama model-model ini. Nama akronim bagi model-model ini ialah CAP. Mengapa kita memanggilnya dengan CAP? Ini kerana huruf C member maksud Classical, A pula merujuk kepada Administration dan P pula ialah Political. Agak senang untuk mengingatinya apabila sudah ditukar kepada akronim.
Model klasikal ialah keputusan yang logical untuk tingkatkan ekonomi Negara.  Selain itu, model ini dianggap sebagai normatif, iaitu menerangkan apa yang sepatutnya yang dilakukan oleh pembuat keputusan .  Dari situ, kita sudah ada satu garis panduan untuk melakukan sesuatu perkara.  Seperti contoh, di suatu tempat  akan dibina sebuah bank. Sebelum itu, syarikat yang ingin membuat bank telah terlebih dahulu  memeriksa lokasi serta penduduk di sekitarnya, adakah ianya sesuai untuk dibagunkan sebuah bank di situ? Jawapannya ialah ia kerana  di tempat itu ada ramai penduduknya dan mereka memerlukan bank di kawasan tersebut  tanpa perlu pergi kepada kawasan orang lain.
Kemudian, masuk pula kepada model Pentadbiran. Model ini adalah hasil kajian daripada Herbert yang mana beliau telah mencadangkan dua konsep iaitu kerasionalan terikat ( outbounded rationality) dan satisficing. Yang dimaksudkan dengan kerasionalan terikat ialah terdapat had dan kekangan akan sejauh mana seseorang itu boleh bertindak secara rasional. Seperti contoh, apabila kita telah merancang untuk pergi berkelah di tepi pantai bersama keluarga, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Maka, dengan itu tidak dapat kami meneruskan rancangan untuk berkelah seperti yang dirancangkan sebelum ini. Manakala, bagi satisficing pula, alternatif pertama yang memenuhi keperluan minima dipilih. Seperti contoh, sebelum memasuki Universiti, aku diberi pilihan oleh kakakku untuk membeli komputer riba.  Aku yang sebelum ini tidak sempat untuk mencari maklumat yang ingin diperlukan bagi sesebuah komputer akibat kekangan masa yang pada ketika itu aku sedang bekerja sambilan, terus membuat keputusan untuk mengambil komputer riba yang berjenama Acer untuk dibeli. Tanpa ada maklumat yang mencukupi dan sekadar tahu ianya adalah murah dan "friendly user", maka aku pun membelinya tanpa maklumat yang penuh.
Masuk pula pada model yang ketiga iaitu model politik. Aku agak tertarik dengan model tersebut. Yang dimaksudkan dengan model ini ialah ianya mirip kepada suasana sebenar. Akan tetapi keputusan yang dihasilkan agak rumit. Seperti contoh,apabila kita berada di bawah sesebuah organisasi dan kita pula berkawan rapat dengan seseorang, apabila organisasi tersebut perlukan sesuatu dari kita, kita akan cuba dapatkan matlamat tersebut dan mengenepikan kawan tersebut asalkan matlamat kita tercapai kerana kita mempunyai matlamat yang sama dengan orang atasan. Kebiasaannya, inilah yang berlaku pada masa sekarang, yang mana kita akan mengikut keperluan organisasi tersebut. Mungkin kita akan merasakan agak sebal pada permulaannya, tetapi apabila mengenangkan tentang keuntungan sesebuah organisasi, kita sanggup melakukan apa sahaja hingga perasaan kawan tadi terasa. Kadangkala, inilah yang dikatakan lumrah kehidupan. Oleh itu, kadangkala rasa tersepit itu ada dan untuk mengembalikan keadaan kita bersama rakan itu pulih semula, kita akan meminta maaf agar tidak rasa ralit sangat akan hal organisasi tersebut.
Itulah di antara perkara-perkara yang telah aku pelajari pada kuliah ketiga ini. Walaupun aku agak keliru dengan model-model tersebut, akan tetapi aku cuba untuk mehamkan lagi akan model tersebut dengan membaca berulang kali akan tajuk tersebut. Mungkin agak lambat untuk aku menghadamkan segala intipati yang telah diberikan oleh Dr Zam, tetapi aku yakin pada diri sendiri bahawa aku boleh memahami subjek ini. Chaiyok Qila!!
 
 

A134527 Mohd Amirul Shafiq Bin Shafiee LJ02 Rasional?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kita untuk jurnal pembelajaran kursus kemahiran membuat keputusan yang kedua. Di dalam jurnal pertama, kita telah membincangkan ciri-ciri keputusan yang baik, kategori-kategori dalam pembuatan keputusan dan keadaan-keadaan dalam pembuatan keputusan. Dalam minggu ketiga ini, Dr Zambri telah menyentuh tentang beberapa model dalam membuat keputusan. Berdasarkan pemahaman saya, saya cuba meghuraikan semula apa yang telah di ajar oleh Dr Ahmad Zamri Mansor dan memasukkan contoh.
            Kenapa model membuat keputusan perlu dibincangkan dalam kuliah ini? Apakah kepentingan model membuat keputusan? Model adalah perlu supaya sesuatu situasi dapat diterangkan dengan lebih jelas sekali gus dapat difahahami dengan lebih mudah. Ini adalah penting kerana dalam membuat keputusan, seseorang perlu arif tentang situasi yang dihadapi supaya segala alternatif yang ada dapat dikemukakan dan alternatif yang terbaik dapat dipilih dan mengahasilkan keputusan yang terbaik.
            Terdapat tiga model dalam membuat keputusan. Model-model tersebut adalah model klasikal, model pentadbiran, dan model politik. Kita lihat kepada model yang pertama iatu model klasikal. Model klasikal adalah model yang paling mudah kerana beberapa faktor. Di dalam model klasikal, matlamat pembuatan keputusan adalah jelas dan dipersetujui bersama jika keputusan perlu dibuat di dalam sesebuah organisasi. Model klasikal adalah dalam keadaan kepastian. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat empat keadaan dalam membuat keputusan iatu kepastian, risiko, kekaburan dan ketidakpastian. Ini bermakna, untuk model ini, segala maklumat dan alternatif yang ada adalah lengkap dan jelas. Untuk model ini juga, keputusan di buat berdasarkan rasional, logik dan tidak dipengaruhi oleh perkara-perkara lain. Terdapat lima langkah dalam proses pembuatan keputusan yang rasional. Langkah pertama adalah mengenalpasti masalah, seterusnya menyenaraikan langkah penyelesaian dan kemudian memilih langkah penyelesaian yang terbaik. Setelah itu, langkah yang dipilih tersebut hendaklah dilaksanakan dan langkah terakhir adalah menilai keputusan yang telah dibuat itu. Contoh model klasikal adalah keputusan dalam membina kawasan perniagaan yang baru. Pihak kerajaan atau pihak bertanggungjawab perlu melaksanakan kajian sebelum menjalankan projek ini bagi mendapatkan maklumat selengkap mungkin. Antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah populasi penduduk di kawasan tersebut, kemampuan untuk kawasan perniagaan baru tersebut berkembang dan keperluan untuk kawasan perniagaan baru di kawasan tersebut.
            Walaubagaimanapun, menurut Herbert Simon, yang merupakan pemenang hadiah Nobel berdasarkan sumbangannya dalam kajian pembuatan keputusan, model klasikal jarang berlaku. Menurut Herbert Simon, "The assumption of perfect rationality are contrary to fact. It is not a question of approximation; they do not even remotely describe the process that human being use for making decisions in complex situation". Herbert Simon menerangkan dalam teorinya bahawa manusia membuat keputusan tidak berdasarkan prosedur rasional. Ini merujuk kepada model seterusnya iaitu model pentadbiran. Terdapat dua konsep penting dalam model pentadbiran iatu 'bounded rationality' dan 'satisficing'. 'Bounded rationality' atau kerasionalan terikat merujuk kepada kekangan atau had yang wujud terhadap seseorang dalam membuat keputusan secara rasional. Kekangan ini terdiri daripada pelbagai perkara antaranya emosi. Konsep 'satisficing' pula merujuk kepada alternatif yang dipilih hanya sekadar untuk keperluan minimum. Berbeza dengan konsep 'maximising' yang merujuk kepada keputusan yang dibuat untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Konsep 'maximising' dipraktikkan dalam model klasikal. Contoh model pentadbiran yang paling dekat dalam kehidupan seorang mahasiswa dalam membuat keputusan adalah dalam membuat tugasan penulisan esei. Mahasiswa tersebut sepatutnya mampu untuk membuat esei yang lebih baik jika melakukan sedikit kajian dan pembacaan internet namun mahasiswa tersebut mengambil konsep 'satisficing' dengan membuat esei tersebut dengan jumlah minimum perkataan yang telah ditetapkan oleh pensyarah tersebut sahaja. Ini juga mungkin disebabkan oleh kekangan masa dan tenaga.
            Model seterusnya adalah model politik. Model politik adalah lebih mirip kepada situasi sebenar dan berguna dalam membuat keputusan untuk keputusan yang tidak diprogramkan. Keputusan untuk model politik adalah kompleks dan disebabkan itu, percanggahan pendapat berkemungkinan besar akan terjadi. Disebabkan percanggahan pendapat yang wujud antara pihak-pihak tertentu, akan wujud pakatan-pakatan tidak rasmi yang mempunyai matlamat yang sama dalam pembuatan keputusan tersebut. Maka, rundingan perlu dibuat untuk menghasilkan keputusan yang akan menguntungkan semua pihak.
            Sekian sahaja untuk jurnal kali ini dan terima kasih kerana sudi membaca. Terima kasih.

SITI FADILAH BT MOHD NOR

Salam Dr,saya nak minta maaf sebab saya hantar 2 kali jurnal untuk minggu kedua,sebab saya mengalami kesulitan semasa mengisi borang permarkahan untuk jurnal.

A135317 SITI FADILAH BINTI MOHD NOR

A135317  SITI FADILAH BINTI MOHD NOR
MODEL-MODEL YANG TERDAPAT DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN
 

 
Bismillahhirahmanirahim...syukur alhamdulillah kepada allah,dengan izinya aku dapat teruskan tugasan aku buat kali kedua .Tugasan jurnal untuk minggu kedua ini,aku ingin menjelaskan tentang kefahaman aku mengenai model-model yang terdapat dalam membuat keputusan seperti mana yang diberitahu oleh pensyarah kita pada minggu ini.
Model membuat keputusan terbahagi kepada tiga kategori,yang mana setiap daripadanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.Seperti kita juga sebagai manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam menjalani hidup.Antara model-model yang aku ingin perkatakan adalah model klasikal,model pentadbiran dan juga model politikel.Apa yang aku ingin nyatakan disini bukanlah semata-mata untuk bercakap mengenai model-model ini saja,tetapi aku juga ingin menambahkan perkara-perkara lain yang mana aku fikir penting untuk kita membuat pilihan yang bijak dalam menentukan pilihan yang terbaik.
Terlebih dahulu aku ingin menyatakan tentang kefahaman aku dalam kemahiran membuat keputusan,untuk minggu ini.Hal ini kerana  ada juga sesetengah perkara yang menyerabutkan kepala aku ,.kerana pada pendapat Herbert Simon andaian tentang kerasionalan yang sempurna adalah bercanggah dengan fakta yang sebenar.Bagi pendapat aku, setakat yang aku faham buat masa kini,sememangnya andaian itu adalah rekaan semata-mata yang hanya diterima oleh akal ,sebab jika ianya berdasarkan fakta sememangnya ianya bukan dianggap sebagai andaian lagi.Tetapi jika ianya betul-betul fakta,andaian yang dibuat walaupun dianggap rasional tetapi ianya tetap dianggap sebagai andaian kerana tidak ada bukti yang kukuh,walaupun ianya diterima sebagai rasional bagi akal manusia.Walaubagaimanapun aku tetap boleh terima pendapat yang dinyatakan oleh Herbert Simon tentang andaian kerasionalan yang sempurna adalah bercanggah dengan fakta.
Sebelum aku jelaskan apa yang diperkatakan dalam tiga model yang aku nyatakan tadi,aku ingin menyatakan dalam kefahaman aku dahulu tentang beberapa perkara,iaitu yang pertama mengenai satisficing.Yang mana ,ianya adalah perkara yang tidak banyak memerlukan pemikiran kerana ianya hanyalah membuat sesuatu keputusan berdasarkan memuaskan hati tanpa berfikir panjang.Tetapi bagi aku,aku tidak suka mengambil langkah ini sebagai panduan hidup aku,kerana ianya boleh memakan diri sendiri.Hal ini kerana jika kita mengikut apa sahaja yang memuaskan hati sahaja ianya mungkin akan memberi kesan disebalik apa yang kita buat.Seperti yang selalu orang katakan membuat keputusan secara membabi buta,yang bermaksud membuat keputusan tanpa berfikir banyak.
Sebagai contoh untuk satisficing ,seorang ibu yang ingin membeli sayur-sayuran di pasar untuk dimasak ,tetapi ianya membuat keputusan tanpa berfikir panjang,iaitu dengan menggambil sahaja sayuran yang berdekatan denganya,tanpa menilai kesegaran sayuran tersebut,apa sayuran yang ingin dimasak ,dan tanpa membandingkan harga sayuran tersebut.Hal ini kerana ianya hanyalah sekadar memuaskan hati,iaitu ingin memasak sayuran tanpa memilih jenis sayuran yang berkhasiat dan segar.
Bagi kefahaman aku tentang mexsimaizing,ianya adalah yang bentuk membuat keputusan yang bijak,hal ini kerana maxsimaizing adalah satu langkah yang mana membantu kita membuat keputusan yang bijak ,iaitu ianya banyak membuat pilihan,memilih apa yang terbaik ,bertanya pendapat dalam membuat keputusan dan tahu apa yang diperlukan.Sebagai contoh,seorang bapa yang ingin membeli sebuah basikal kepada anaknya yang baru sahaja mencapai kejayaan dalam pelajaran,dan ianya ingin menghadiahkan anaknya sebuah basikal,tetapi bapa ini menggunakan maxsimaizing untuk memilih basikal bagi anaknya,iaitu memilih jenis basikal yang sesuai dengan anaknya,memilih warna yang sesuai,menilai ketahanan sesebuah basikal yang ingin dibeli.
OK,sekarang aku nak nyatakan apa yang aku faham mengenai tiga model,yang aku katakan pada awal-awal tadi,sebelum aku melalut mengenai perkara lain.Pertama adalah model klasikal,yang mana pada pemahaman aku,pembuat keputuan ingin mencari punca sesuatu masalah dengan jelas,maka ianya akan menggambil langkah iaitu dengan cara mengumpul maklumat yang dirasakanya berkaitan dengan apa yang diingini,malah matlamat pembuat keputusan juga haruslah bersifat rasional dan logik,agar matlamat yang ingin dicapai oleh pembuat keputusan dipersetujui dan diketahuai oleh mereka yang terlibat.Normatif dalam model klasikal ini adalah untuk menerangkan apa sepatutnya yang dilakukan oleh pembuat keputusan oleh hal yang demikian maka,panduan diperlukan untuk mencapai keputusan.Aku suka mengambil pepatah yang menyatakan,dimana ada kemahuan disitu ada jalan,yang bermaksud,jika kita berhasrat untuk mendapatkan apa yang kita nak,kita akan pasti peroleh cara untuk mendapatkanya.
Sebagai contoh,seperti dalam jurnal pertama aku dulu,yang mana aku ingin mencapai dua perkara dalam masa serentak tanpa ada perasaan putus asa. Aku ingin tunaikan hasrat ibubapa aku supaya menbantu ahli keluarga aku,dan juga mendapatkan lelaki yang aku sayangi.Dengan itu,aku harus faham permasalahan yang aku hadapi,dan mencari maklumat macam mana aku ingin memperoleh kedua-dua benda yang aku inginkan ,dan langkah-langkah yang perlu akau ambil supaya kedua-dua benda yang aku inginkan itu menjadi milik aku,dan dipersetujui oleh  kedua-dua pihak yang aku sayangi itu.
Baiklah,seterusnya aku nak bagitau mengenai model pentadbiran,yang mana program yang tidak diprogramkan dibuat.Pada pandangan aku,model yang kedua ini ,janganlah kita amalkan selalu,melainkan kita berada dalam keadaan terdesak.Hal ini kerana menerusi model pentadbiran ini, permasalahan yang timbul dibuat tanpa ada perancangan yang teliti,dan ianya amat berisiko,terutama dalam membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan hidup.Sebagai contoh,aku suka pada lelaki yang memang aku sayangi,tetapi apabila aku terdesak untuk melupakanya atas permintaan perempuan lain yang turut sayang padanya, ,aku membuat keputusan dengan menerima lelaki lain dalam hidup aku,tanpa berfikir panjang.Padahal aku tidak begitu pasti adakah aku akan bahagia dengan lelaki yang aku pilih,sedangkan aku menyayangi lelaki lain.Jadi apa yang aku nak kaitkan dengan model ini adalah,model pentadbiran ini mempunyai kerasionalan yang terikat,yang mana ada had dan kekangan sejauh mana seseorang yang mengalami masalah boleh bertindak secara rasional.
Keadaan model kedua ini,iaitu pentadbiran mempunyai banyak kecelaruan dalam membuat keputusan,kerana jika ada masalah,ianya kabur terhadap permasaalahan yang dihadapi.Malah ianya tidak ada kepastian dalam keadaan yang dihadapi,maklumat yang diinginkan terbatas,malah sesuatu perkara yang dibuat adalah sekadar memenuhi syarat sahaja,dan apa yang dibuat adalah dengan membuat keputusan sekadar memuaskan hati dan alakadar sahaja.
 
Bagi model yang terakhir yang aku ingin katakan disini adalah,model politikal yang mana bagi model ini ianya mirip kepada keadaan yang sebenar,apa yang sering berlaku.Pada pandangan aku,model ini adalah model yang  dirancang tetapi keadaan yang dirancang tidak semestinya berlaku seperti dengan apa yang dirancangn.Bagi mereka yang mengalami keadaan ini,keputusan yang akan dibuat oleh mereka amatlah rumit,kerana kadang kala terdapat pencanggahan pendapat,tetapi semua ini adalah normal dalam model membuat keputusan politikal.Perkara ini dapat  dilihat,jika kita bandingkan ketiga-tiga model yang aku nyatakan.Kerana bagi model politikal ini,apabila mempunyai masalah dan matlamat,ianya akan mempunyai banyak pilihan dan percanggahan.Malah bila untuk mendapatkan maklumat,ianya akan berada dalam keadaan kekaburan dan juga keadaan yang bercanggah dalam menghadapi sesuatu keadaan,keadaan yang sering berlaku apabila ingin membuat pilihan,ianya suka membuat rundingan dan juga tawar-menawar .Jadi hasil yang akan dicapai oleh model politikal ini ialah rumit untuk dicapai.
Setakat ini sahajalah dapat aku kongsikan,tentang pemahaman yang aku faham dalam ketiga-tiga model ini.Apa-apapun jika pemaham aku ini salah,sila jelaskan ok kawan-kawan.assalamualaikum...bye.