Tuesday, October 18, 2011

a133537 Afidatul Nafisha Binti Hamdan LJ05 Personaliti Diri -ISFJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Alhamdulillah, ini merupakan jurnal saya yang terakhir  dalam minggu yang keenam bagi kursus Kemahiran Membuat Keputusan. Mungkin ini adalah kali pertama saya menghantar jurnal lebih awal daripada yang biasa kerana kononnya personaliti saya dan ahli kumpulan saya ketika kuliah adalah  ISFJ dan kami memberi contoh bahawa kami bukanlah jenis yang menangguh sesuatu tugasan yang diberikan. =) apakah itu ISFJ? Saya akan menerangkan dengan sedikit terperinci dengan apa yang saya pelajari di dalam kuliah KMK pada minggu ini. Pada minggu ini kami mempelajari topik mengenai Personaliti dan Emosi.
          
  Bagi saya, topik ini sangat menarik kerana ianya berkaitan dengan personaliti seseorang . jadi dengan kuliah inilah kami dapat mengetahui personaliti rakan-rakan kita berdasarkan soalan-soalan yang diberikan oleh Dr.Zamri. Ketika kuliah hari isnin yang lepas, Dr.Zamri ada beri kepada kami 4 soalan bagi mengetahui personaliti kami dan daripada soalan tersebutlah kami dapat mengetahui personaliti kami. Ia terbahagi kepada empat jenis personaliti iaitu:
1.      Introvert(I) dan Extravert(E)
2.      Sensing(S) dan Intuitive (N)
3.      Feeling(F) dan Thinking(T)
4.      Judging(J) dan Perceiving(P)

Bagi huraian serba sedikit tentang Introvert adalah dimana ianya lebih kepada bersendiri atau lebih mudah dengan contoh seseorang itu lebih suka bersendirian apabila ingin menyelesaikan sesuatu masalah dan dia tidak suka berada didalam suasana yang terlalu ramai. Extravert pula adalah mereka yang lebih suka suasana yang ramai ataupun tidak suka bersendiri dan lebih cenderung untuk berkongsi masalah dengan rakan-rakan dan bertanya dengan rama pendapat orang.

Sensing pula bermaksud memberi perhatian terhadap apa yang dilihatnya berdasarkan lima deria iaitu lihat, dengar, bau, sentuh dan rasa. Sebagai contoh soalan yang telah diberikan Dr.Zamri mengenai cawan kertas yang terdapat sedikit corak dan berwarna. Bagi personaliti saya, iaitu Sensing(S)  hanya melihat cawan kertas itu dengan mata kasar tanpa apa-apa maksud yang mendalam. Melihat ianya hanyalah satu cawan yang mempunyai corak dan berwarna, namun bagi seseorang yang bersifat Intuitive(I) pula berbeza sama sekali. Meraka akan melihat cawan kertas itu dengan hati mereka dimana mereka dapat menggambarkan pelbagai benda yang tersirat pada cawan kertas tersebut. Ini bermakna mereka mempunyai deria yang keenam atau 'sixth sense' kerana mampu mengolah sesuatu benda itu dengan lebih terperinci dan mendalam serta mengikut gerak hati mereka.

Bagi personaliti Thinking(T) dan Feeling(F) pula, saya lebih cenderung kepada personaliti Feeling dimana dalam membuat sesuatu keputusan itu lebih memikirkan tentang hati dan perasaan orang lain. Keputusan itu dicapai juga hendaklah dengan mengikut persetujuan ramai dan bukannya dengan hanya mengikut fakta ataupun persetujuan sendiri. Namun begitu, personaliti Thinking sangat berbeza kerana personaliti ini apabila membuat sesuatu keputusan lebih mengutamakan mengikut landasan sesuatu perkara dan lebih tetap dengan keputusan dan pendiriannya sendiri. Biasanya personaliti Thinking ini membuat keputusan yang berat sebelah dimana mereka lebih mementingkan prinsip yang berterusan dan logiknya sesuatu keputusan itu dibuat. Berbeza pula dengan personaliti Feeling  yang membuat keputusan berdasarkan nilai-nilai dan sentiasa memastikan keputusan yang dibuat adalah mendapat keharmonian dan persetujuan ramai.

Jenis personaliti yang terakhir adalah Judging(J)  dan juga Perceiving(P). Menurut kefahaman saya ketika kuliah, apa yang dimaksudkan dengan Judging ini adalah apabila seseorang  itu jenis yang membuat sesuatu perkara mengikut arahan yang telah diberikan, manakala Perceiving pula mereka yang susah untuk menerima arahan terutamanya yang berunsur ugutan. Personaliti Judging ini juga seorang yang jenis merancang dengan bain sebelum melakukan sesuatu keputusan atau perkara, berbeza pula dengan Perceving yang hanya membuat sesuatu perkara itu tanpa merancang dan mengikut kata hati atau lebih mudah bahasanya mereka lebih suka membuat sesuatu main redah sahaja. Sebagai contoh situasi adalah dimana personaliti jenis Judging ini akan merancang perjalanan percutiannya sebelum pergi dengan mencari peta arah dan lokasi sesuatu tempat secara terperinci. Tetapi bagi personaliti Perceiving pula, mereka lebih cenderung untuk terus pergi tanpa merancang perjalanan dan berfikir dengan hanya melihat papan tanda mereka akan sampai ke destinasi yang ingin dituju, tetapi akhirnya sesat.

Akhir sekali, saya ingin menghuraikan serba sedikit personaliti yang saya perolehi berdasarkan ujian yang kami jalani ketika kuliah iaitu ISFJ atau dikenali sebagai The Nurturers. Biasanya ISFJ ini  lebih mengutamakan kerjasama dan sangat sensitif terhadap perasaan orang lain. Personaliti The Nurturers ini juga mempunyai ingatan yang luar biasa mengenai perkara-perkara yang penting seperti sesuatu keadaan atau kejadian yang berlaku walaupun sudah lama berlalu. Selain itu, personaliti ISFJ ini sukar untuk berkata "tidak" apabila diminta melakukan sesuatu perkara kerana mereka adalah jenis yang lebih mementingkan keperluan orang lain berbanding mereka sendiri.
Sampai disini sahajalah jurnal saya yang terakhir ini. Semoga Dr.Zamri berpuas hati dengan jurnal saya yang terakhir dan juga yang sebelum ini. Sesungguhnya saya masih didalam proses mempelajari membuat jurnal, dan mungkin masih terdapat banyak kekurangan didalam jurnal-jurnal saya. insyaAllah saya akan cuba mempraktikkan gaya hidup yang telah saya pelajari didalam kuliah Kemahiran Membuat Keputusan ini. Sekian =)
 
 

A128390 MOHAMAD NAZRUL HAFEEZ BIN MD RIFFIN LJ05 PERSONALITI & EMOSI

PERSONALITI &  EMOSI

 
   Assalamualaikum.salam sejahtera.Bersyukur hadrat Ilhai kerana berpeluang melulis jurnal buat kali terakhir iaitu jurnal yang ke-5 dalam tugasan 1 Kamahiran membuat keputusan pada semester ini.Pejam celik pejam celik sudah masuk minggu ke enam dalam sesi pengkuliahan pada semester ini.Sudah sebulan setengah sesi kuliah berlangsung.

       Pada hari ini,Isnin 17 Oktober 2011 kelas pertama ku seperti biasa kelas Instrumentasi Kimia yang berlangsung di Dewan Anuar Mahmud (DAM) di Fakulti Sains Dan Teknologi selama dua jam bermula pukul 10 pagi tamat pukul 12 tengahari.Selepas itu bermulalah kelas Kemahiran Membuat Keputusan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan FSSK pada pukul 12 tengahari.Setibanya aku ke kelas Kemahiran Membuat keputusan aku melihat Dr.Zam sedang berdiri dan sesi kuliah telah bermula.Aku melihat jam menunjukkan  pukul 12.15 tengahari.Rupa rupanya aku terlewat 15 minit.Ohh tidak,.selama ini aku tak pernah lewat pun,Aku duduk mendengar kuliah dari Dr. Zam.

       Pada hari ini Dr.Zam menerangkan tentang Personaliti dan Emosi.Personaliti bermaksud keperibadian seseorang.Personaliti ialah hal yang paling penting dalam psikologi kehidupan manusia.Personaliti juga menentukan seseorang itu gembira atau gembira,bertenaga atau tidak,pandai atau bodoh.Secara umumnya,personality ialah cara atau corak manusia berfikir.perkara psikologi yang timbul seperti perasaan,pemikiran.Personaliti dinyatakan melalui pengaruh pada badan,dalam kehidupan mental yang sedar melalui tingkah laku individu.

          Memandangkan masa hanya satu jam sahaja,Dr.Zam pun mula membuat ujian personaliti dengan memberi empat soalan kepada pelajar.Pelajar perlu membincangkan tentang jawapannya berdasarkan corak pemikiran setiap pelajar.Soalan pertama ialah Siapa yang penting dalam hidup anda?iaitu untuk menentukan seseorang itu sama ada seorang yang 'introvert' atau 'ekstrovet' dalam membuat keputusan.Seseorang yang Introvert merupakan seseorang yang tak perlu kawan sepanjang hidupnya,dia perlu kawan bila dia menghadapi masalah.Orang yang introvert ialah seorang yang meriah apabila ramai kawan.Berasa dirinya meriah apabila didampingi ramai kawan.Seseorang yang introvert juga selesa hidup seorang.Bila dia membuat keputusan,tak perlu kawan,hanya bergantung pada keputusannya sendiri.Minda orang yang introvert ialah sangat aktif.Selain itu,orang yang introvert juga memerlukan masa untuk berfikir,untuk menenangkan fikirannya dan untuk mengembalikan semangat yang hilang.Introvert juga ialah cara seseorang memperolehi tenaga atau semangat.

         Soalan yang kedua ialah apa yang anda fikirkan tentang cawan kertas yang dipaparkan di paparan nota kuliah.Soalan ini untuk menguji sama ada seseorang itu mempunyai sifat 'Sensing' atau 'Intuitive'.Sensing bermaksud seseorang itu  tidak mampu berfikir jauh ketika bercakap dan berfikir.Tidak ada pemikiran yang krestif dalam membuat keputusan,dan tiada kesenian.Sensoring ialah cara pemikiran bergantung kepada kelima lima deria manusia.Intuitive pula bermaksud seseorang itu menggunakan intuisi iaiti menggunakan deria ke enam dalam berfikir dan menilai sesuatu.Orang yang intuitif mampu membayangkan sesuatu perkara dengan lebih baik dan mendalam apabila membuat keputusan.Beberapa pelajar memberi pandangan masing masing tentang apa yang mereka fikirkan tentang cawan tersebut.Ada juga yang mengatakan bahawa cawan itu melambangkan  hati seseorang,persahabatan.Jika pecah cawan itu,maka hilanglah persahabatan.Ada juga pelajar yang menyatakan tentang sifat fizikan cawan itu,yang mempunyai corak dan bewwarna coklat.Soalan yang ketiga ialah Apa yang anda pentingkan bila buat keputusan ? .Soalan ini untuk menguji seseorang itu sama ada mempunyai sifat 'Thinking' atau 'Feeling'.Thinking bermaksud seseorang itu berfikir kerana fakta semata mata,tidak ada perasaan.Feeling pula bermaksud,seseorang itu berfikir mengikut perasaan yang mereka rasa.Contoh,dalam memilih calon isteri,seorang lelaki akan memilih calon isterinya berdasarkan kebaikan,tolak ansur yang dilakukan oleh calon isterinya.Manakala orang yang thinking berpendapat bahawa,calon isterinya itu dah sesuai dari segi perwatakan,pakaian,nilai kesopanan,mereka fikir calon isteri yang dipilihnya itu akan member kabaikan kepada dia tanpa tahu isi hati dan kebakan yang calon isterinya pernah buat.Soalan yang ke empat ialah bagaimanakah anda uruskan tugas atau kehidupan seharian anda?.Soalan ini untuk mengetahui seseorang itu mempunyai sifat 'Judging' atau 'Preceiving'.Orang yang mempunyai sifat judging ini merupakan orang yang mampu menganalisis perkara yang dilakukannya,yang akan dilakukan dan yang bakal dia akan lakukan.Orang yang sistematik dalam membuat keputusan,orang yang lebih berdisiplin.Setiap aya yang dilakukan akan dinilai balik untuk memberi suatu kebaikan kepada mereka.Preceiving pula ialah seseorangyang tiada rancangan apa apa dalam membuat keputusan atau kehidupan seharian.Apa yang mereka inginkan mereka tidak nilai,mereka akan membuat keputusan secara serta merta tanap dinilai balik.Itulah sedikit sebanyak sesi ujian personalisi pada hari pertama kuliah.

       Pada hari kedua kuliah Kemahiran membuat keputusan iaitu hari selasa 18 Oktober 2011,Dr.Zam sekali lagi membuat Ujian kepada pelajar mengenai personaliti.Ujian kali ini adalah untuk menentukan personaliti seseorang berdasarkan kod.Ujian ini berdasarkan teori Myers-Briggs Type Indicator (MTBI).Kecerdasan emosi juga dikenalpasti dalam spectrum thinker.Dr.Zam juga mengulas kembali tentang dikotonomi seperti Judging.Seseorang yang judging akan melakukan kerja serentak,tidak boleh melakukan sesuatu dalam satu masa.Mereka amat risau dengan tarikh akhir kalau mereka tidak siapkan dalam masa yang ditetapkan.Selain itu,mereka juga tidak suka dikongkong.Mereka lebih suks menyendiri daripada bersama kawan.Mereke perlu masa seorangan untuk berfikir,atau menenangkan fikiran.Orang yang perceiving pula mampu membuat berbagai perkara dalam satu masa.Mampu campurkan kerja sambil melakukan kerja lain.Mereka tidak risau dengan tarikh akhir hantar tugasan.Mereka juga tidak peka dalam apa yang harus mereka lakukan.Mereka membuat sesuatu dalam masa yang terakhir(last minute).
 
       Ujian personaliti ini juga member manfaat seperti ia mampu menunjukkan personality seseorang.Kod kod akan terhasil apabila dugabungkan menjadi empat dikotomi ini.Saya mendapat kod INFJ iaitu bermaksud ' protector'.Pelindung..Berikut adalah cirri ciri orang yang mempunyai personality INFJ :
 
-       -   Cara utama hidup anda tertumpu dalaman, di mana anda mengambil perkara-perkara dalam terutamanya melalui gerak hati. Mod kedua anda adalah luaran, di mana anda berurusan dengan perkara-perkara mengikut bagaimana perasaan anda terhadap mereka, atau bagaimana mereka sesuai dengan sistem nilai peribadi anda.
 
-         -  INFJ mempunyai sifat yang lemah lembut, penyayang, individu yang kompleks dan sangat intuitif. Artistik dan kreatif, mereka hidup di dunia yang tersembunyi. Hanya satu peratus daripada penduduk mempunyai Jenis Personaliti INFJ, membuat semua jenis yang paling jarang berlaku.
 
-         -  INFJ  meletakkan kepentingan yang besar ke atas perkara yang teratur dan sistematik di dunia luar mereka. Mereka meletakkan banyak tenaga ke dalam mengenal pasti cara terbaik untuk mendapatkan apa yang diinginkan, dan sentiasa mentakrifkan semula keutamaan dalam kehidupan mereka.
 
-          INFJ  beroperasi dalam diri mereka secara intuitif yang sepenuhnya spontan. Mereka tahu perkara-perkara yang intuitif, tanpa mampu untuk menentukan mengapa, dan tanpa pengetahuan yang terperinci tentang subjek di tangan. Mereka biasanya betul, dan mereka biasanya tahu.
 
 
-          - INFJ  mempunyai pandangan yang luar biasa kepada rakyat dan situasi. Mereka mendapat "perasaan" mengenai perkara-perkara dan intuitif.
 

   Berikut adalah ulasan sesi kuliah pada minggu ke enam dan jurnal pembelajaran yang ke-5.Saya mengundur diri dahulu..Assalamualaikum.


A131258, Rozaini Nor Bin Rostamizi, LJ 05 Inilah Diriku!!

JURNAL 05  ( INILAH DIRIKU!! )
Assalamualaikum dan berjumpa kita sekali lagi buat kali terakhir dalam ruangan jurnal Kemahiran Membuat Keputusan. Sebab apa aku cakap kali terakhir? Sebabnya, minggu ini merupakan minggu terakhir aku dan sahabat-sahabat aku yag lain menyelesaikan jurnal Kemahiran Membuat Keputusan. Alhamdulilah, setelah lima minggu berturut-turut menulis jurnal, banyak yang telah aku pelajari dan peroleh dari konsep pembelajaran seperti ini. Terima kasih aku ucapkan kepada pensyarah Kemahiran Membuat Keputusan, Dr. Zamri kerana telah mengajar kami semua.
            Walaubagaimanapun, sesi perkuliahan tetap terus dilaksanakan, kerana kuliah tetap akan berjalan seperti biasa hingga minggu ke 14. Tajuk dan topik agak menarik yang telah aku pelajari pada minggu ini iaitu personaliti dan emosi. Aku percaya, bahawa setiap orang mesti mempunyai personaliti tersendiri, bak kata pepatah, lain orang, lain ragamnya. Aku pun merasakan demikian dan aku tidak boleh hendak menilai perihal personaliti diri aku, sebab hanya orang lain yang boleh menilai diri kita.
            Seperti biasa, hari Isnin pensyarah telah memulakan sesi perkuliahan dengan menerangkan kepada pelajar mengenai personaliti. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan personaliti itu? Personaliti adalah ciri-ciri pada pemikiran, perasaan dan tingkahlaku yang membuatkan seseorang itu unik. Personaliti juga berada dalam diri seseorang dan konsisten sepanjang hidup. Menurut pendapat Mayer, personaliti dilahirkan menerusi pengaruhnya dalam badan, dalam minda sedar dan dalam tingkahlaku sosial seseorang. Sebagai contoh, apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri pada pemikiran adalah seperti, seseorang yang mengatakan kepada diri aku bahawa aku seorang yang berfikiran kreatif kerana banyak melahirkan idea-idea yang jarang difikirkan oleh orang lain. Kalau ciri-ciri perasaan pula, seseorang yang mengatakan bahawa rakannya mempunyai personaliti yang cepat merajuk, kerana tidak boleh dibawa bergurau , pasti akan merajuk. Tingkahlaku pula adalah seperti,  sifat berani, penakut, malas, rajin dan sebagainya.
            Pada hari Selasa, kelas berjalan seperti biasa bermula jam 8 pagi. Aku merasakan bahawa, pensyarah telah membuat suatu sistem pembelajaran yang unik untuk mengenal dan mengetahui personaliti diri dalam setiap pelajar. Kami semua telah membentuk kumpulan berdasarkan kepada nombor akhir dalam kad pelajar. Dalam penilaian yang dijalankan, pelajar telah didedahkan mengenai teori Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Kami semua telah membuat penilaian berdasarkan kepada 4 perkara iaitu, pertama adalah mengenai bagaimana seseorang itu berinteraksi, samada Extrovet ataupun Introvert. Keduanya pula adalah mengenai bagaimana seseorang itu mendapatkan maklumat. Seterusnya mengenai bagaimana seseorang itu membuat keputusan dan akhir sekali adalah, gaya seseorang dalam membuat keputusan. Hasil yang telah aku dapat daripada penilain tersebut adalah ISFJ.
            Setelah selesai membuat penilaian mengenai diri sendiri, pensyarah telah mengarahkan agar pelajar duduk dalam kumpulan mengikut kod yang telah diperolehi setiap pelajar. Apa yang paling membanggakan aku adalah, kumpulan aku yang berkod ISFJ paling ramai ahlinya, iaitu seramai 6 orang. Pensyarah telah mengarahkan agar setiap kumpulan mencari persamaan paling ketara mengenai personaliti yang wujud dalam diri masing-masing. Setelah beberapa minit berbincang, kami telah pun menemui beberapa ciri mahupun personaliti yang sama dan ketara dalam setiap diri kami .
            Pertama, dari segi interaksi, kami sekumpulan lebih gemar berinteraksi antara sesama rakan yang telah kenal. Contoh situasi yang diberi adalah, kami semua lebih gemar menghabiskan dan meluangkan masa antara rakan-rakan yang kami kenal sahaja. Bukan bermaksud kami semua ni sombong, cuma lambat hendak mesra dengan orang lain. Tetapi, kalau dah kenal seseorang, bukan sekadar rapat, tapi terlebih mesra bagaikan sudah setahun kenal. Oleh sebab itu, kami semua lebih cenderung kepada Introvert. Dari segi mendapatkan keputusan pula, kami sekumpulan lagi suka membuat keputusan yang tidak membebankan kepala otak kami sendiri. Kami lagi suka membuat keputusan yang biasa sahaja tetapi boleh memberikan kesan yang baik. Senang cerita, kami tidak suka akan benda yang rumit-rumit, biasa sahaja sudah mencukupi. Ini sudah jelas membuktikan bahawa kami semua lebih cenderong kepada Sensing berbanding Intuitive.
            Aku teringat suasana bersama rakan-rakanku apabila keluar berjalan bersama-sama. Mesti terdapat perselisihan yang berlaku dalam kami semua jika kami hendak membuat sesuatu keputusan. Contohnya, hendak pergi ke mana, hendak menonton wayang apa, hendak makan dimana dan pelbagai lagi situasi. Aku lebih suka membuat keputusan mengikut majoriti berbanding membuat keputusan sendiri. Misalnya, walaupun aku tidak berminat hendak menonton cerita jiwang, tetapi aku akan  terpaksa menonton juga sekiranya ramai sahabatku hendak menonton cerita tersebut. Ini membuktikan bahawa aku lebih kepada personaliti Feeling berbanding Thinking. Akhir sekali, bukti yang menunjukkan bahawa aku bersifat Judgmental berbanding Perceptive adalah jadual harian yang telah aku sediakan. Aku jenis manusia yang tidak suka bertangguh dan melengahkan masa. Masa itu kan lebih bernilai dan beharga berbanding emas. Jadi, sebagai contoh situasi, aku akan hantar tugasan Jurnal Kemahiran membuat Keputusan dengan secepat yang aku mampu. Selasa malam kalau boleh, aku telah hantar tugasan ini. Contoh seperti ini jelas menunjukkan bahawa aku seorang yang suka merancang sebelum bertindak. Bukan hendak angkat bakul sendiri, tetapi itulah hakikatnya mengenai personaliti diri aku.
            Jam tepat menunjukkan pukul 10 pagi. Aku berasa sangat gembira akan sesi pembelajaran Kemahiran Membuat Keputusan pada minggu ini. Aku mula menyedari akan kelebihan mahupun keburukan yang ada pada diri aku. Aku bersyukur dengan segala kelebihan yang Allah kurniakan pada diriku, dan aku cuba untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam diriku. Kini, aku lebih menghargai diri ku sendiri, dan aku tidak kisah apa orang hendak cakap atau mengata mengenai keburukan diriku. Janji aku bahagia hidup bersama keluarga, dan rakan-rakan aku. Ada aku kisah??

A133740 Nurhidayah Binti Mohd Darunai LJ05 Kenali Diri Anda~

Alhamdulillah akhirnya telah sampai journal penulisan saya yang kelima juga merupakan journal yang terakhir untuk tugasan pertama. Minggu ini merupakan minggu yang saya kurang sibuk berbanding sebelum ini atau adakah saya sudah semakin membuat keputusan untuk membuat perkara-perkara yang lebih utama?? Kedua-dua itu ada kemungkinannya. Apa-apa pun kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang personaliti diri. Bagi saya semakin umur saya meningkat pelbagai perangai baru yang muncul dalam hidup saya tapi saya sering cuba untuk mengenali diri ini lebih mendalam. Ada orang mengatakan jika kita ingin mengenali sikap diri kita yang sebenarnya mendengar kata apa yang musuh kita katakan kerana kita tahu dimana kelemahan kita yang sebenarnya. Saya sering mengambil kata-kata ini sebagai cermin diri ini yang kita sendiri tahu bahawa manusia itu tidak sempurna maka mestilah ada kelemahannya pada setiap individu itu sendiri. Saya suka topik personaliti diri ini kerana ia merupakan salah satu ilmu yang ada dalam bidang psikologi yang amat saya minati.

Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran.personaliti memainkan peranan penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karektor diri. (Sumber daripada Wikipedia). Ujian personaliti boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah MBTI (Myers-Briggs Type Indicator) dan hanya golongan profesional sahaja yang boleh mengendalikannya.  Terdapat 16 kombinasi daripada ciri-ciiri berikut yang mempunyai simbolik tertentu seperti berikut:-

 

Ø  Attitudes         : extraversion/introversion (E/I)

Ø  Functions       : sensing/intuition (S/N) ~ rational and

  thinking/feeling (T/F) ~ irrational

Ø  Lifestyle         : judgment/perception (J/P)

 

 

Manakala bagi perkaitan dalam membuat keputusan pula adalah :-

 

Ø  Type of Social Interaction                           : extraversion/introversion (E/I)

Ø  Preference for Gathering                             : sensing/intuition (S/N)

Ø  Data Preference for Decision Making       : thinking/feeling (T/F)

Ø  Style of Decision Making                            : judgment/perceiving (J/P)

 

Sebagai contoh kombinasi :-

● ESTJ - Extraversion, Sensing, Thinking, Judging

● INFP - Introversion, iNtuition, Feeling, Perceiving

Jadi, mari uraikan satu persatu ciri-ciri yang telah dinyatakan. Pertama sekali adalah extraverts, orang yang mempunyai ciri ini adalah orang yang suka bersosial. Boleh mengubah keputusan diri demi kepentingan orang lain ataupun boleh dikatakan sebagai menjaga hati pihak lain. Mereka lebih kepada akan mengikut suara majoriti untuk membuat keputusan. Manakala introvert adalah sebaliknya yang suka bersendiri, suka bekerja di belakag tabir mungkin golongan ini adalah golongan yang pemalu saya fikir. Sentiasa berhati-hati dengan setiap tindakan yang di ambil. Contohnya dalam membuat keputusan, golongan ini akan meneliti setiap perkara dan akan mengambil masa yang agak panjang berbanding dengan orang extravert yang terus membuat keputusan tanpa berfikir panjang.

Sukar bagi pandangan saya kita hendak membuat keputusan dengan tepat setelah mengambil kira segala kebaikan dan keburukan tanpa ruang waktu yang lama tetapi perkara ini boleh dibentuk dan sikap seperti itu sangat penting apabila kita di alam pekerjaan kelak.    

Seterusnya adalah sensing dan intuition yang merupakan cara pengumpulan maklumat. Golongan sensing mempercayai meklumat yang kini, nyata dan hanya boleh difahami lima deria yang ada serta lebih mengikut kepada gerak hati. Sebaliknya, golongan intuition lebih kepada menerima atau melihat sesuatu itu secara abstrak atau lebih mudah dikatakan dari segi konteks yang lebih luas bukan hanya pada zahir sahaja. Melihat dengan menggunakan enam deria.

Thinking dan Feeling adalah indikator untuk membuat keputusan. Individu thinking selalunya hanya berdasarkan fakta. Dia akan membuat keputusan berdasarkan logik dari segi fakta dan akan cuba pertahankannya manakala feeling akan mendapat kejasama dan kata putus bersama dalam membuat keputusan.  

Judgement lebih kepada mengikut landasan, mengikut seperti apa yang telah dirancang, kurang membenarkan gangguan kepada keputusan yang dilekukan tetapi perceiving lebih flexible boleh mengikut keadaan semasa, membenarkan gangguan dan keputusan llebih terbuka.

Setelah saya membuat ujian personaliti diri dalam kelas  saya mendapati saya adalah seorang pemikir, ciri yang saya dapat adalah INTP (introversion, intuitive, thinking, perceiving). 

Dan ini pula adalah keputusan yang saya dapat apabila cube membuat ujian personaliti dalam cara saya bekerja :-

Smooth-talking persuaders : They are life's salespeople, natural convincers. Prefer to live their daily lives in a structured, scheduled and orderly fashion. Aware of interpersonal dynamics in every situation, but have a strong need to lead. Females fit in well at work and have a high need to please others. Those males with these characteristics sometimes have the problem of being seen as wimpy and seek out jobs in psychology, theology and other people-oriented careers.


Banyak yang saya dapat pelajari dalam kelas kemahiran membuat keputusan ini. Sedikit sebanyak ilmu yang telah saya pelajari itu, saya cuba mengaplikasikannya pula dalam kehidupan seharian saya. Sekian…

Sunday, October 16, 2011

A133740 Nurhidayah Binti Mohd Darunai LJ04

Alhamdulillah saya masih diberi peluang waktu untuk meneruskan journal saya yang keempat. Topik pada minggu ini membincangkan proses kognitif dalam proses membuat keputusan.

 

Setiap proses mesti ada alat atau bahan barulah lengkap suatu proses itu. Dalam kemahiran membuat keputusan lebih dikenali sebagai 'cognitive tool' yang terdiri daripada persepsi, ingatan dan perhatian. Semua itu berperanan melihat, memikirkan dan mentafsir dan akhirnya menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan yang paling bijak. Kita  juga perlu ada sikap seperti berupaya mengenalpasti keserupaan dan kelainan, membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan simtom masalah, memecahkan masalah kepada komponen-komponen yang lebih kecil dan mengenalpasti masalah mengikut kepentingan (priority). Dengan menerapkan sikap seperti itu, maka kita bolehlah membuat keputusan yang terbaik.

 

Kuliah kali ini lebih menarik lagi kerana kami diberi melihat gambar-gambar yang berkenaan dengan persepsi ilusi dan yang berkaitan. Persepsi digunakan dalam melihat masalah secara  fizikal atau konseptual. Persepsi setiap individu adalah berbeza dan ada yang tepat dan ada yang tidak tepat. Pada pendapat saya persepsi ini boleh dikatakan dipengaruhi oleh keadaan sekeliling, emosi dan pengalaman lepas. Bagi Stephen Pepper (1967) definisi persepsi adalah "Perceptual act as a conscious activity linking an individual through received sense data to the environment". Kita melihat kembali definisi membuat keputusan yang kita pelajari pada minggu pertama iaitu tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan - Massie (1987). Seandainya persepsi kita tepat maka keputusan yang kita peroleh juga tepat jika tidak maka sebaliknya berlaku. Persepsi juga mempunyai batasan :-

 

·         Pandangan yang boleh kita mengalami ilusi

·         Ruang lingkup persepsi terhad dengan ruangan fizikal dan keupayaan berfikir

·         Pentafsiran apa yang dipersepsikan hanya boleh dibuat jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan yang ada

 

Jadi, kita sering menggunakan persepsi sebagai cara kita membuat keputusan kita perlu mempunyai banyak pengalaman, bertanya untuk mengetahui juga pandangan orang lain. Dengan itu, kita akan mendapat persepsi yang lebih tepat.

 

Ingatan juga merupakan salah satu alat kognitif dalam proses membuat keputusan. Ingatan penting dalam membuat keputusan berdasarkan pencaman dan peristiwa lalu sebagai contoh kejadian tsunami bagaimana tanda-tanda awal terjadi dengan itu kita boleh membuat persediaan lebih awal untuk mengahadapinya. Ingatan terbahagi kepada dua iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Selalunya ingatan masa panjang adalah sesuatu yang kita alami sendiri manakala ingatan masa pendek biasanya adalah yang tidak penting, itu bagi pendapat saya.

 

Perhatian berperanan dalam langkah framing membuat keputusan. Kahneman (1973) – "Attention is the allocation of information processing capacity to mental activity". Perhatian hanya dalam ruang lingkup kita sahaja. Lumrah manusia hanya akan memberi perhatian pada sesuatu yang menarik sahaja selalunya. Sebagai contoh saya melihat ramai orang pergi menonton cerita di penggung wayang jadi saya berpendapat menarik jika pergi tapi setelah pergi lagi seronok menonton di rumah kerana ttidak perlu mengeluarkan modal yang banyak.

 

Kesimpulannya persepsi, ingatan dan pperhatian saling berkaitan dalam membuat keputusan kerana persepsi menyebabkan ingatan diransang yang membuatkan kiat memberi perhatian dalam masalah. Jadi proses menganalisis boleh dilakukan untuk membuat keputusan yang terbaik. Tapi setiap perkara itu ada had batasnya maka kita perlu membuat keputusan mengikut kepentingannya. Sekian~~   

 

 

 

 

 

 

 

A135317 SITI FADILAH BINTI MOHD NOR

Alhamdulilah  syukur kehadrat ilahi kerana membolehkan aku teruskan kerja yang perlu aku selesaikan.Ini merupakan jurnal aku yang kali ke 4.Harap kamu semua tidak rasa bosan untuk membacanya.
Minggu ini kita semua tahu ,apa yang telah kita pelajari,walaupun benda yang kita  semua belajar adalah sama,tetapi bagi aku pendapat kita mungkin  berbeza mengikut pendapat masing-masing dan tentu banyak contoh-contoh yang berbeza daripada kita semua kan.?Dalam memahami proses kognitif yang berlaku semasa proses membuat keputusan ,memahami  peranan 'cognitive tool' tiga perkara ,iaitu persepsi,ingatan dan juga perhatian.Kita harus memahami interaksi ketiga-tiga aktiviti kognitif tersebut dalam proses membuat keputusan.Disini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya pelajari dalam khusus psikologi,yang mana turut melibatkan persepsi.Apa yang ingin aku kongsikan adalah tentang Psikologi Gestalt,yang mana ahli-ahli psikologi gestalt menentang pendekatan atomis golongan strukturalisma dan juga behaviorisma.Pendekatan atomis adalah satu pendekatan yang percaya bahawa untuk memahami sesuatu fenomena ,adalah baik jika dipecahkan dan dikaji secara kecil-kecil.
Dalam kemahiran membuat keputusan ini,kita perlu mempunyai tiga aspek yang perlu dipertengahkan.Yang mana kita perlu mendapatkan tiga peralatan yang  merangkumi tiga kognitif.Peralatan yang dimaksudkan,bukanya peralatan untuk membaiki barang ok,,,,,,heheh...maksud peralatan yang aku katakan adalah komponen persepsi,memori dan juga perhatian.Pada sudut persepsi ianya lebih kepada pandangan,tanggapan yang kita simpulkan sendiri,tanpa mendapatkan kepastian yang jelas.Manakala bagi memori pula,ianya berkaitan dengan ingatan kita terhadap sesuatu perkara yang telah berlaku sama ada perkara tersebut berlaku pada diri kita,ataupun pada orang lain.Peralatan yang terakhir yang perlu kita ada,bagi membuat sesuatu keputusan adalah,perhatian,yang mana sejauh manakah perhatian yang kita berikan dalam sesuatu perkara.Dengan apa yang telah aku pelajari, persepsi   melibatkan stimulus ynag diperolehi oleh indera yang menyebabkan persepsi terbahagi kepada lima ,iaitu persepsi visual,persepsi auditori,persepsi perciuman,persepsi pengecapan dan juga persepsi perabaan.Bagi persepsi visual telah aku pelajari dalam bidang psikologi dahulu,ianya datang daripada penglihatan,kerana persepsi ini merupakan persepsi yang paling awal berkembang pada peringkat bayi lagi.Sebagai contoh persepsi yang melibatkan penglihatan adalah,apabila kita melihat sesuatu perkara,kita mempunyai pendapat sendiri mengenainya,kerana ianya adalah berdasarkan apa yang kita lihat.Jadi dengan persepsi penglihatan ini ,ianya membantu kita membuat penyimpulan tentang apa yang kita lihat.
Persepsi auditori pula ianya melibatkan pendengaran iaitu melalui telinga.Sebagai contoh,Apabila kita mendengar sesebuah percakapan daripada pihak lain,dan kita tidak fokus kepada apa yang dibincangkan maka ,kita akan terpesong daripada apa yang dibincangkan,jadi kepentingan dalam persepsi pendengaran adalah dengan membantu kita ,daripada beranggapan salah.Manakala persepsi yang seterusnya,adalah persepsi pergerabaan yang mana dari taktil iaitu kulit.Persepsi dari sentuhan kulit.Sebagai contoh,sentuhan ibu terhadap anak.Persepsi perciuman,atau olaktori yang didapati daripada indera perciuman iaitu melalui hidung.Sebagai contoh,mencium bau makanan ,atau apa sahaja bau.Persepsi yang terakhir yang ingin aku kongsi adalah,persepsi pengecapan,iaitu indera rasa.semua orang tahu,kalau indera rasa berkaitan dengan apa kan?hehe...berkaitan dengan makanan.emmmm bestnya...
Sebelum masuk dalam kognitif memori,aku ingin kogsi serba sedikit tentang,kepintara dan kebijaksanaan luar biasa hasil tradisi keilmuan yang kuat.Ayat 5 surah An-Naml menjelaskan kenyataan "maka kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman",siapa kata Nabi Sulaiman boleh jadi nabi hebat ,sebab bagainda dapat rezeki "terpijak" dengan mewarisi kekayaan bapanya?.Tidak sekali-kali ,bukan itu sebab sulaiman hebat .Baginda ingin menyatakan "JIKA ENGKAU BERKUASA DAN KAYA RAYA ,ITU TIDAK BERGUNA JIKA OTAKMU KOSONG"

 Bagi mereka berdua ,kekayaan dan kekuasaan bukanlah factor utama yang dinilai tinggi ,tetapi ilmu pengetahuan yang berapda di kedudukan nombor 1,kerana itulah mereka telah menzahirkan penghargaan tinggi kepada tuhan terhadap kelebih tersebut:

"keduanya mengucapkan 'segala puji bagi allah yang melebihkan kami daripada kebanyakan hambanay yang beriman".(surah An-Naml,aya 15)

Kognitif berdasarkan ingatan pula,melibatkan rangsangan tentang masalah yang pernah kita lalui. Sebagai contoh,peristiwa tragedies yang pernah kita lalui,akan menbuatkan kita sentiasa berwaspada jika cirri-ciri perkara tersebut berulang lagi.Iaitu,ingatan akan dirangsang dan ianya akan memulakan  proses analisis membuat keputusan .Manakala bagi  perhatian pula,akan dirangsang jika berlaku sessuatu masalah.Sebagai contoh,kenderaan yang dinaik tiba-tiba terlanggar bahagian belakang kereta kenderaan lain,maka perhatian akan terus dirangsang.

 
TERIMA KASIH