Saturday, October 22, 2011

A133026 SAADATUN NISA ABDUL JAMAL LJO5 PERSONALITIKU?

Assalamualaikum w.b.t….
 Bersyukur ke  hadrat Illahi kerana memberi aku ilham untuk menyiapkan penulisan jurnal yang ke-5 dan merupakan penulisan jurnal yang terakhir. Tajuk kuliah pada minggu ke-6 ini ialah personality.  Sebelum melangkah lebih jauh suka aku menjelaskan definisi personaliti. Personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. Personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang  yang ingin menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran.Personaliti memainkan peranan penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karakter diri.
  Bagi aku topik pada minggu ini sangat menarik dan terasa lebih dekat dengan diri kita kerana sememangnya setiap manusia ada personaliti masing-masing yang tersendiri. Kuliah pada hari Isnin itu,kami diberi 4 soalan yang perlu dijawab untuk menentukan personaliti masing-masing mengikut MBTI  (Myers-Briggs Type Indicator) yang diperkenalkan pada 1920-an. Soalan pertama ialah orang lain dalam hidup aku. Bagi aku sangat penting dan aku sangat memerlukan orang sentiasa di sisi aku. Ini menunjukkan personaliti aku jenis extrovert iaitu rasa tertekan bila tidak dapat berjumpa dengan orang lain. Aku sangat tidak suka bersendirian. Oleh kerana sikap aku sebegitu aku mudah mesra dengan orang lain walaupun baru berkenalan. Kerana bagi aku orang di sekeliling penting untuk aku berkongsi segala macam masalah,cerita atau apa sahaja. Lawan kepada extrovert ialah introvert yang maksudnya berlawanan sahaja.
  Soalan kedua pula ialah apa yang anda fikir tentang cawan kertas yang ditayangkan di slaid. Aku hanya mampu melihat fungsi cawan itu saja sebagai bahan yang digunakan untuk minum, corak yang cantik dan abstrak, dan menjimatkan masa kerana tidak perlu dibasuh dan terus boleh buang terutama ketika sesuatu majlis diadakan.  Aku hanya menggunakan 5 deria sahaja untuk mentafsir gambar tersebut.  Ini digelar personaliti jenis sensing.Berbanding terdapat beberapa orang rakan lain yang melihat cawan itu dengan maksud yang tersendiri. Mereka menggunakan deria ke-6. Ada yang memandang cawan itu sebagai kehidupan kita. Jika kita tidak manfaatkan hidup ini maka kosonglah hidup ini seperti cawan kertas kosong yang ditayangkan. Begitu sekali pandangan mereka. Personaliti ini jenis intuitive.
    Soalan ketiga,apa yang anda pentingkan apabila membuat keputusan. Bagi aku,apabila aku membuat sesuatu keputusan itu,aku akan berfikir mengikut fakta kerana boleh mengurangkan risiko. Aku akan berfikir secara rasional dan tidak mengikut emosi semata-mata serta logik. Bagi aku dalam membuat keputusan,konflik sangat perlu dan dianggap perkara biasa kerana kita boleh melihat idea yang pelbagai dari sudut yang berbeza. Personaliti ini jenis thinking. Berlawanan pula dengan personaliti jenis feeling yang lebih mementingkan kepada nilai atau perhubungan. Personaliti jenis feeling sangat mengutamakan kebaikan bersama dan mengelakkan konflik. Kerana pada mereka konflik adalah racun dan sangat berbahaya.
   Soalan keempat mengenai bagaimana anda menguruskan tugas atau kehidupan seharian anda.  Secara jujurnya aku adalah orang yang jenis buat kerja mengikut mood atau situasi. Aku memang tidak ada jadual atau apa-apa perancangan aktiviti yang ingin dibuat. Kerana bagi aku jadual akan menyebabkan hidup aku seperti dikongkong. Aku tidak menggemari terikat seperti itu. Aku sukakan kebebasan. Tetapi tidak bermakna aku seorang gadis yang sosial.  Aku suka membuat kerja di saat-saat akhir. Ketika itulah idea sepeti mencurah-curah ke ladang gandum.hehe…dan aku membuat 2 3 kerja serentak. Belum siap yang ini aku sudah buat yang itu. Akhirnya apa-apa pun x siap.hehehe.. personaliti ini jenis perceiving.  Bagi personaliti yang berlawanan dengan perceiving ialah judging. Orang yang berpersonaliti ini banyak membuat perancangan. Fokus pada tindakan yang berbentuk tugas,buat secara berperingkat dan berterusan.  Mereka memegang kata-kata sepeti "if you fail to plan,you plan to fail". Sungguh bagus kan personaliti judging. Aku pun berubah lah. Nak jadi macam tu jugak.
       Kuliah pada hari Selasa pula kami perlu membentuk kumpulan berdasarkan nombor akhir pada kad matrik pelajar. Kami perlu menjawab soalan-soalan mengenai karakter personaliti. Selesai menjawab soalan tersebut kami perlu berpecah dan membina kumpulan baru mengikut kod tertentu. Hasil yang aku dapat ialah ESTP (extrovert,sensing,thinking,perceiving). Kodnya ialah the doers. Tetapi tidak ada pun orang yang sama dengan kod aku.  Terdapat juga 2 rakan lain yang tidak berkongsi kod dengan orang lain iaitu Hidayah (INTP) dan Faizul (ENFJ). Jadi kami perlu bergabung dan membentuk satu kumpulan. Dr.Zamri meminta untuk kami mencari beberapa persamaan dan perbezaan karakter. Seterusnya membentangkan di dalam kelas. Kuliah pada minggu ke-6 pun selesai. Kami beredar dari dewan kuliah 3B 301.
   Sekian saja penulisan aku untuk yang terakhir ini. Panjang jugak aku mengarang kali ni. Semangat.hehehe. Kerana bagi aku topik ini sangat menarik. Semoga kita semua tahu personaliti kita sepertimana. Jika ada personaliti yang perlu diubah segerakanlah. Belum terlambat untuk kita menjadi lebih baik. Sekian,terima kasih. Assalamualaikum w.b.t… semoga kita semua cemerlang untuk kursus U2 kemahiran membuat keputusan. Bye…tata…

No comments:

Post a Comment