Saturday, October 8, 2011

A128881 Heng Yew Ping Hueristika dan Bias

Salam sejahtera kepada semua. Pada minggu keempat pembelajaran ini, saya dan rakan-rakan saya telah mempelajari  topik ketiga iaitu Hueristika dan Bias.  Ini merupakan jurnal saya yang ketiga.  Sebelum ini, saya menjelaskan apa itu Heuristika. Konsep ini diperkenalkan oleh Herbert Simon. Ini merupakan satu kajiang tentang bagaimana manusia membuat keputusan  dan banyak dilakukan oleh Tversky dan Kahneman. Pada tahun 1974, Tversky dan Kahneman mencadangkan pembuat keputusan biasanya menilai kebarangkalian sesuatu peristiwa dengan menggunakan heuristika. Konsep ini adalah teknik atau peraturan yang digunkan oleh indvidu bagi menjawab soalan-soalan seperti " Apakah kebarangkalian peristiwa seperti ini berlaku ? " Ia juga sentiasa berkaitrapat dengan pedoman-pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul.

 

Terdapat empat jenis heuristika iaitu Heuristika Jalan-Jawapan, Heuristika Analogi, Heuristika Representatif, dan Heuristika Ketercapaian.

 

Heuristika Jalan-Jawapan merupakan satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudian barulah kita cari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya. Contohnya,  untuk mendapat johan dalam acara badminton di Pertandingan Olimpik, Dato Lee Chong Wei perlulah menjalankan latihan kecergasan setiap hari. Heuristika Analogi pula berkaitan dengan penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur. Contohnya, seseorang pelajar Tahun 3 telah menggunakan teknik yang digunakan pada Tahun 1 untuk menyediakan report makmal. Walaupun latihan makmal yang berbeza, tetapi dia telah menyelesaikannya dengan cara yang sema seperti dulu.

 

Heuristika yang seterusnya iaitu Heuristika Representatif. Manusia menggunakan sesuatu peristiwa dengan bentuk prototaipnya, dan jikalau terdapat banyak persamaan antara kedua-duanya, kita akan percaya ianya adalah munasabah. Video yang dibuka oleh Dr. Zamri dapat menjelaskan Heuristika ini. Seorang pegawai bank telah meluluskan pinjaman yang dimohon oleh seorang doktor. Namun, pegawai tersebut hanya beranggap Doktor = Money.  Oleh sebab tanggapan yang tidak betul ini, dia telah meluluskan permohonan tanpa mengambil berat keadaan ekonomi yang sebenarnya. Heuristika yang terakhir iaitu Heuristika Ketercapaian. Ini adalah bedasarkan peristiwa-peristiwa yang melekat dalam ingatan kita atau yang mudah diingat dalam ingatan kita. Contohnya, Ali pernah mengalami peristiwa digigit oleh ular. Selepas itu, dia menggunakan pengalaman dahulu untuk menyelesaikan masalah yang berulang kembali.

 

Topik kedua yang dipelajari dalam minggu ini ialah Bias. Bias merupakan kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan ini mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Bias biasanya diterbikan daripada Heuristika Representatif dan Ketercapaian. Terdapat lapan jenis bias. Antaranya bias terkeyakinan dimana terlalu yakin dengan diri sendiri dalam membuat keputusan. Bias tersangkut pula menggunakan informasi pertama sebagai asas dalam membuat keputusan. Bias pengesahan pula hanya mengunakan fakta untuk menyokong keputusan yang dibuat. Bias ketercapaian dimana menggunakan informasi yang sedia ada seperti informasi yang terkini. Bias representatif dapat dikaitkan dengan heuristika representatif dimana  kita akan mempercayai sesuatu itu apabila terdapat persamaan. Contohnya, selepas mencuba sebiji epal dalam bakul dan didapati epal itu masam, Ali mengganggap keseluruhan bakul epal itu adalah masam. Bias seterusnya ialah bias pengalaman sendiri dimana seseorang itu membuat keputusan dipengaruhi oleh pengalamannya yang lepas dan mengabaikan informasi – informasi yang ada.

 

Sebelum mengakhiri kuliah, Dr. Zamri menjelaskan tentang 'Groupthink'. ' Groupthink' adalah bias yang terjadi apabila di dalam satu kumpulan. Ini biasanya terjadi apabila kita berada dalam situasi bersama-sama. Contohnya, bersama rakan –rakan kuliah yang sedang melakukan perbincangan. Salah seorang akan menjadi ketua projek dan berkemungkinan ketua itu tidak mahu menerima idea rakan-rakan yang lain. Ini juga dikatakan bias di dalam 'Groupthink'.

 

 

A134479 Nur Nadeeya Binti Muhamad Khair LJ03 "Heuristika & Bias"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.  Sekarang kita sudahpun berada pada minggu keempat pembelajaran. Saya dan rakan-rakan yang lain telahpun menjalani empat minggu pembelajaran di dalam kursus Kemahiran Membuat Keputusan. Ini merupakan jurnal saya untuk kali ketiga. Banyak perkara baru yang telah saya pelajari pada minggu ini. Sebelum itu, ingin saya nyatakan tajuk jurnal saya yang kedua iaitu, "Heuristika dan Bias". Sedar ataupun tidak, kita sudah hampir dengan minggu keenam di mana penulisan jurnal akan berakhir. Jadinya saya akan cuba menulis jurnal pada kali ini dengan lebih baik dari sebelum ini.

Heuristika adalah satu konsep yg diperkenalkan oleh Herbert Simon. Manakala kajian tentang bagaimana manusia membuat keputusan banyak dilakukan oleh Tversky dan Kahneman. Apa yang dimaksudkan dengan heuristika ialah bagaimana manusia membuat keputusan dalam keadaan kurangnya maklumat. Cadangan yg di cadangkan Tversky dan Kahneman ialah pembuat keputusan biasanya menilai kebarangkalian sesuatu peristiwa dengan menggunakan heuristika.

Terdapat empat jenis heuristika. Heuristika Jalan-Jawapan, Heuristika Analogi, Heuristika Representatif dan Heuristika Ketercapaian. Satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudia baru fikirkan jalan penyelesaiannya adalah heuristika jalan-jawapan. Menggunakan kaedah ini kita dapat menyelesaikan masalah di bahagian yang kita mahukan terlebih dahulu. Bagi heuristika analogi pula penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur iaitu menggunakan penyelesaian masalah lain untuk selesaikan masalah baru. Heuristika representatif pula, menggunakan sesuatu peristiwa dengan bentuk prototaipnya, dan jikalau terdapat banyak persamaan antara kedua-duanya, kita akan percaya ianya lebih munasabah. Seterusnya adalah heuristika ketercapaian, ia adalah berkaitan dengan peristiwa yang melekat dalam ingatan kita atau berkait rapat dengan ingatan jangka panjang. Penyelesaian masalah adalah bergantung kepada ingatan seseorang berdasarkan pengalaman masa lalu.

 

Bias ialah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi perspektif tertentu. Kecenderungan ini menyebabkan seseorang tidak mampu bertindak dengan adil. Bias terhasil daripada heuristika representatif dan heuristika ketercapaian. Terdapat lapan jenis bias yang berbeza yang dapat dikaitkan dalam membuat keputusan. Antaranya bias terkeyakinan dimana terlalu yakin dengan diri sendiri dalam membuat keputusan. Bias tersangkut pula menggunakan informasi pertama sebagai asas dalam membuat keputusan. Bias pengesahan pula hanya mengunakan fakta untuk menyokong keputusan yang dibuat.

 

Seterusnya ialah bias ketercapaian dimana menggunakan informasi yang sedia ada seperti informasi yang terkini. Bias representatif dapat dikaitkan dengan heuristika representatif dimana  kita akan mempercayai sesuatu itu apabila terdapat persamaan. Sebagai contohnya ialah, terdapat sebakul oren dan Ahmad memakan satu biji oren dari bakul tersebut. Kebetulannya, oren tersebut masam. Namun, Ahmad simpulkan keseluruhan oren di dalam bakul tersebut masam. Walhalnya terdapat juga oren yang manis. Selain itu, terdapat bias pengalaman sendiri. Dimana seseorang itu membuat keputusan di pengaruhi oleh pengalamannya yang lepas dan mengabaikan informasi – informasi yang ada.

 

Sebelum berakhirnya minggu empat perkuliahan, pensyarah sempat menerangkan sedikit sebanyak tentang "groupthink". Ia biasanya berlaku dalam situasi berkumpulan dimana akan ada seorang yang menjadi ketua untuk sesuatu kumpulan dan cenderung bersikap bias terhadap ahli-ahli mahupun dari segi membuat keputusan. Namun terdapat juga cara kita untuk menghalang benda ini dari terus berlaku iaitu dengan menyuarakan pendapat kita, membantah, membuat debat terbuka sehingga mendapat suara bulat.

"Groupthink" ini selalu berlaku dek kerana kebanyakkan orang ingin mengelakkan konfliks antara satu sama lain lalu menyetujui sahaja. Walaupun terdapat individu yang mempunyai idea yang bernas. Bukan itu sahaja, terdapat juga individu yang merasakan idea yang mereka ada tidak cukup bernas atau bagus untuk disuarakan. Selain itu, ada juga yang takut ideanya di tolak lantas langsung tidak menyuarakan pendapat mereka. Oleh kerana keadaan ini, satu keputusan yang tidak tepat boleh diputuskan. Jadinya "groupthink" ini seharusnya dielakkan.

 

Kesimpulannya, kita mudah terpengaruh dengan beberapa faktor dalam membuat keputusan yang mana boleh mendorong kita membuat keputusan yang tersasar dari landasan tepat. Oleh itu kita seharusnya cuba elakkan aspek-aspek heuristika, bias dan groupthink dalam membuat keputusan. Sekian, jumpa lagi di penulisan jurnal yang seterusnya.

 

Friday, October 7, 2011

A134177 Syazana Zainuddin JL3 Heuristika & Bias

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca blog ini terutamanya kepada Dr Ahmad Zamri kerana beliau yang merupakan pembaca setia jurnal Kemahiran Membuat Keputusan (KMK) ini. Syukur Alhamdulillah, di minggu ke empat ini aku masih bernyawa dan bersemangat untuk mengarang jurnal KMK ini. Walaupun tugasan-tugasan subjek major menimbun bagaikan gunung tetapi aku masih mampu mencuri sedikit ruang untuk mengarang jurnal ini. Tajuk pada minggu ke empat ini agak menarik juga bagi aku iaitu Heuristika Dan Bias. Apa itu Heuristika? Apa itu Bias?? Aku tahu segelintir masyarakat tidak tahu apa pengertian istilah-istilah itu dan aku percaya bahawa ada juga yang tidak pernah langsung mengetahui kewujudan istilah-istilah itu dan salah satu daripada mereka itu adalah aku. Ini pertama kali aku mendengar istilah ini. Setelah Dr Ahmad Zamri menerangkan satu per satu mengenai tajuk ini, barulah aku fahami apa itu heuristika dan bias.
    Konsep 'heuristika' diperkenalkan oleh Herbert Simon yang membuat kajian tentang bagaimana manusia membuat keputusan yang banyak dilakukan oleh Tversky dan Kahneman. Heuristika juga menerangkan bagaimana manusia membuat keputusan dalam keadaan kekurangan maklumat. Tversky dan Kahneman (1974) telah mencadangkan pembuat keputusan dan biasanya menilai kebarabgkalian sesuatu peristiwa dengan menggunakan heuristika.Heuristika ialah teknik atau peraturan yang digunakan oleh individu bagi menjawab soalan-soalan seperti apakah yang akan berlaku sekiranya kita memandu kereta dalam keadaan yang mengantuk? Selain itu, konsep ini juga boleh diertikan sebagai pedoman-pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul dan berperanan dalam membuat proses menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Terdapat beberapa jenis heuristika iaitu heuristika jalan-jawapan, heuristika analogi, heuristika representatif dan juga heuristika ketercapaian.
    Heuristika jalan-jawapan merupakan satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudian barulah kita cari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya dan dengan menggunakan kaedah ini kita boleh menyelesaikan dimana-mana bahagian yang kita mahu. Dalam konsep ini, contoh yang boleh digambarkan adalah, seorang pendaki Malaysia yang ingin memecahkan rekod Malaysia mendaki Gunung Everest perlulah membuat persiapan dengan melakukan ujian kecergasan sebelum melakukan pendakian supaya misi itu tercapai. Heuristika analogi pula merupakan jalan penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur. Dalam konsep ini juga menggunakan penyelesaian masalah lain untuk selesaikan masalah baru. Maksud dalam konsep ini ialah menggunakan pengalaman yang lepas untuk menyelesaikan masalah baru. Contohnya, seorang pelajar Tahun 3 ini menghadapi masalah untuk mendaftar  kursus. Oleh itu, dia menggunakan pengalaman yang dia pernah lalui semasa di Tahun 1 untuk menyelesaikan masalah yang dia telah lalui sekarang.
    Tambahan lagi dalam heuristika representatif pula adalah menggunakan sesuatu peristiwa dengan bentuk prototaipnya, dan jikalau terdapat banyak persamaan antara kedua-duanya, kita akan percaya ianya lebih munasabah. Melalui tontonan video yang ditontonkan oleh Dr Ahmad Zamri mengenai seorang pegawai bank ingin meluluskan pinjaman yang ingin dibuat oleh seorang doktor. Tanpa memikir panjang, pegawai bank ini telah meluluskan pinjaman doktor ini kerana dia menganggap bahawa seorang yang bekerja sebagai doktor mempunyai ekonomi yang teguh. Oleh itu, dengan tanggapan yang begitu,dia terus meluluskan pinjaman tersebut. Manakala heuristika ketercapaian pula berdasarkan peristiwa-peristiwa yang melekat dalam ingatan kita dan ia juga berkait rapat dengan ingatan jangka panjang serta penyelesaian masalah atau membuat keputusan berdasarkan kepada apa yang mudah diingat semula dalam ingatan mereka. Melalui pengalaman yang aku pernah lalui iaitu ketika di lebuh raya utara selatan, tayar kereta aku dengan secara tiba-tiba meletup. Syukur Alhamdulillah kereta aku tidak terbalik dan aku pun masih hidup sampai sekarang. Mujur aku tidak panik semasa kejadian tayar meletup dan masih sempat berfikir. Aku pun dengan perlahan-lahan memandu dan memberhentikan kereta di lorong kecemasan dan baru-baru ini,kejadian ini berulang kembali. Oleh itu, aku menggunakan pengalaman dahulu untuk aku menyelesaikan masalah yang berulang kembali ini.
    Selain kami belajar konsep heuristika, konsep bias juga telah diperkenalkan kepada kami yang mengambil kursus ini. Sebelum ini aku hanya memahami konsep bias melalui ayat yang selali diungkapkan kepada sesiapa sahaja yang menonton perlawanan tidak kiralah perlawanan bola sepak, ragbi dan sebagainya. Sekiranya mereka melihat pengadil menyebelahi satu pihak sahaja maka ayat ini akan terungkap "bias betul pengadil ni." Dalam konsep ini heuristika kadangkala membawa kepada kesilapan dan bias yang bersistematik. Konsep ini diterbitkan dari heuristika representatif dan juga heuristika ketercapaian.
    Cukup setakat ini sahaja jurnal aku pada minggu ini. Konsep-konsep baru yang aku pelajari dalam kursus KMK ini membuatkan aku lebih matang untuk membuat keputusan sekiranya aku menghadapi masalah kelak.

A134517 Nur Aqilah Syazwani Binti Mohd Nor LJ03 : Heuristika

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan saya menimba ilmu di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Dan alhamdulillah, ini merupakan kesempatan ketiga saya untuk menulis, meluahkan pandangan dan memberikan pendapat dalam kursus Kemahiran Membuat Keputusan yang semakin hari semakin menarik. Saya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian di dalam kelas pada minggu ini di atas sebab-sebab kesihatan. Namun, saya masih menghadiri kedua-dua kuliah iaitu pada hari Isnin dan hari Selasa.
 
Pada minggu ini, Dr Zamri memberi penekanan pada topik baru dalam pembelajaran iaitu Heuristika dan Bias. Ia merupakan tajuk ketiga sejak kursus ini bermula. Apa itu heuristika? Apa itu bias? Heuristika atau heuristik ,jika dirujuk pada Wikipedia merupakan salah satu istilah dalam bidnag psikologi. Heuristika  secara amnya bermaksud pedoman . Secara istilah pula, heuristika bermaksud teknik dan peraturan yang digunakan oleh individu  atau boleh juga diertikan sebagai pedoman-pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul.
 
Heuristika terbahagi kepada empat jenis iaitu :-
1)      Heuristika Jalan-Jawapan
-          Satu kaedah berfikir kea rah menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diingini,kemudian barulah kita cari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya.
 
2)      Heuristika Analogi
-          Penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi  struktur dan kebiasaannya, menggunakan penyelesaian masalah lain untuk selesaikan masalah baru.
 
3)      Heuristika Representatif
-          Menggunakan sesuatu peristiwa denga bentuk prototaipnya, dan jikalau terdapat banyak persamaan antara kedua-duanya,kita akan percaya ianya lebih munasabah.
 
4)      Heuristika Ketercapaian
-          Penyelesaian masalah atau membuat keputusan berdasarkan kepada apa yang mudah diingat semula dalam ingatan mereka.
 
Dalam topik ini , Dr Zamri telah memaparkan satu video tentang seekor chimpanzee yang ingin mengambil makanannya yang tersepit dibawah sebuah bongkah batu. Ia telah mencuba dengan berbagai-bagai cara. Akhirnya, chimpanzee comel itu telah belajar membuat keputusan dengan meminta pertolongan daripadan orang terdekat dengannya.
 
Seterusnya, kami mendalami tajuk bias pada hari Selasa, hari kedua kuliah. Apa itu bias? Apa yang saya faham tentang bias sebelum ini , bias adalah penyebab atau punca sesuatu perkara itu berlaku dengan 'error'. Namun, setelah diterangkan secara terperinci oleh pensyarah kami iaitu Dr Zamri, bias adalah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perpekstif tertentu. Mlah, kecenderungan ini mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis.
Bias terbahagi kepada dua iaitu :- bias yang terhasil daripada heuristika..
1)      Heuristika Representatif
2)      Heuristika Ketercapaian
Bias selalunya terjadi kerana perasaan 'overconfident' atau terlalu yakin akan kemampuan diri. Apabila seseorang itu terlalu yakin dengan diri sendiri, dalam tak sedar dia telah membuat kesilapan dan akhirnya akan memakannya kembali. Selain itu, terdapat juga beberapa jenis bias iaitu:-
1)       bias tersangkut (Anchoring Bias)
2)       bias pengesahan (Confirmation Bias)
3)      bias ketercapaian (Availability Bias)
4)      bias representative ( Representative Bias)
5)      bias dalam komitmen ( Escalation OF Commitment).
 
Sebelum Dr Zamri mengakhiri kuliah, beliau sempat member penerangan tentang 'Groupthink'. Apa itu 'groupthink'? ' Groupthink' adalah bias yang terjadi apabila di dalam satu kumpulan. Ini biasanya terjadi apabila kita berada dalam situasi bersama-sama. Contohnya, bersama rakan –rakan kuliah yang sedang melakukan perbincangan untuk grup projek. Salah seorang sudah tentu akan menjadi pengurus projek atau 'leader group' dan berkemungkinan 'leader group' itu bersikap bias, dan tidak mahu menerima buah fikiran anak-anak buah dan rakan-rakan yang lain. Ini yang dikatakan bias di dalam 'Groupthink'. Sudah tentu anda semua pernah menaglaminya kan?
Rasanya, sehingga sini sahajalah yang saya termampu untuk penulisan jurnal. Saya akui, topic untuk minggu ini agak payah dan 'tough' untuk difahami dan dibuat ulasan. Semoga berjumpa lagi dalam penulisan jurnal akan dating yang berkisar tentang Persepsi, Ingatan dan Perhatian dalam Proses Membuat Keputusan. 

A131157 FAIZULNIZAN WAHID LJ3 HEURISTIKA



 salam sejahtera semua, pejam celik, pejam celik, dah masuk minggu ke 4. nampaknya dah sebulan berada di UKM, begitu juga dengan kursus kemahiran membuat keputusan,
sebanyak 8 kuliah yang telah diadakan.kuliah kali ni dr z cuba menerangkan tentang Heuristika.Konsep 'heuristika' diperkenalkan oleh Herbert Simon.konsep ini lebih
kepada Kajian tentang bagaimana manusia membuat keputusan, ianya banyak dilakukan oleh Tversky dan Kahneman.Heuristika juga menerangkan bagaimana manusia membuat
keputusan dalam keadaan kekurangan maklumat.dua orang pengkaji iaitu Tversky dan Kahneman (1974) mencadangkan pembuat keputusan biasanya menilai kebarangkalian sesuatu
peristiwa dengan menggunakan heuristika. Apa itu heuristika? dr zam juga cuba mengulas  sedikit sebanyak berkenaan dengan apa itu heuristika, apa definisinya, apa yang
boleh difahami tentangnya. jika diteliti terdapat 2 makna tentang heuristika, yang pertama, teknik atau peraturan yang digunakan oleh individu bagi menjawab soalan-
soalan seperti, "Apakah kebarangkalian sesuatu peristiwa itu berlaku?". dan yang kedua, pedoman-pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian
masalah yang betul. Heuristika juga mempunyai peranan dalam proses menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Tversky & Kahneman (1959) berpendapat bahawa manusia
membuat keputusan berpandukan beberapa jenis heuristika di peringkat 'framing the problem'. terdapat empat Jenis Heuristika iaitu:

    * 1. Heuristika Jalan-Jawapan
    * 2. Heuristika Analogi
    * 3. Heuristika Representatif
    * 4. Heuristika Ketercapaian

dr zam menerangkan empat jenis heuristika ini. apa yang menarik tentang topik ini, dr zam cuba terangkan beserta contoh yang dapat membina cara pemikiran setiap pelajar.
walaubagaimanapun apa yang dapat difahami daripada penerangan tersebut bahawa Heuristika Jalan-Jawapan merupakan salah Satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulu apa
jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudian barulah kita cari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikanya. selain itu, Menggunakan kaedah ini kita boleh menyelesaikan
di mana-mana bahagian yang kita mahu. contohnya, seorang pelajar pintar. sudah tentu pelajar ini telah menetapkan matlamt untuk berjaya dalam apa yang dipelajarinya. kemudian pelajar
ini akan menyusun strategi dan kaedah belajar yang betul. sekiranya gagal pasti pelajar ini akan cuba cara berkesan yang lain. dan akhirnya kejayaan di capai seperti yang diimpikan.
Contoh lain, Pilih dulu siapa akan jadi pasangan hidup, kemudian fikirkan bagaimana nak dapatkan.Tiada tertib tertentu, penyelesaian masalah boleh dimulakan dari mana-mana bahagian
Heuristika Analogi pula merupakan Penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur dan menggunakan penyelesaian masalah lain untuk selesaikan masalah baru.
Contoh masalah yang serupa  berkaitan tentang heuristika ini pandu kereta buatan Malaysia & pandu kereta buatan Eropah. apabila memandu kereta malaysia pemandu akan duduk disebelah
kanan. apabila melancong ke eropah, pelancong dari negara malaysia terpaksa membiasakan diri untuk memandu di sebelah kiri. pengalaman memandu di sebelah kanan digunakan untuk
memandu kereta eropah.Heuristika yang ketiga iaitu Representatif dapat di misalkan dalam satu situasi apabila terdapat Sebakul rambutan – bagaimana nak tahu elok ke tidak?
Buah rambutan pertama daripada semua rambutan dalam bakul tadi sebagai representatif/wakil kepada semua buah tersebut. sekiranya baik buah tersebut maka sebakul rambutan tadi juga baik
jika tidak baik maka sebaliknya yang akan berlaku.oleh itu dapat difahami heuristika representatif merupakan Menggunakan sesuatu peristiwa dengan bentuk prototaipnya,
dan jikalau terdapat banyak persamaan antara kedua-duanya, kita akan percaya ianya lebih munasabah.Heuristika Ketercapaian pula adalah berdasarkan peristiwa-peristiwa yang
melekat dalam ingatan kita. heuristika jenis ini Berkait rapat dengan ingatan jangka panjang. Penyelesaian masalah atau membuat keputusan berdasarkan kepada apa yang mudah
diingat semula dalam ingatan mereka.
 selain heuristika dr zam juga menerangkan tentang Apa itu Bias? daripada apa yang diterangkan, dapat difahami bias merupakan Kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara denga
dipengaruhi oleh perspektif tertentu. disamping itu, Kecenderungan ini mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis.Heuristika kadangkala
membawa kepada kesilapan dan bias yang bersistematik. Bias terbit dari:
          o Heuristika representatif
          o Heuristika ketercapaian
heuristika representatif contohnya, dalam satu situasi yang mudah difahami, situasi yang biasa berlaku iaitu terlalu memilih kawan yang dikenali sahaja. situasi ini menjadikan
seseorang tidak pandai bersosial dan wujud sifat kekitaan. bias yang wujud daripada heuristika ketercapaian seperti apabila seseorang mengalami kemalangan ketika menunggang
motosikalmennyebabkan seseorang trauma untuk menunggang motosikal akibat daripada kemalangan tersebut. antara bias yang biasa berlaku:
 -bias terlalu yakin
 -bias tersangkut
 -bias pengesahan
 -bias ketercapain
 -bias representatif
 -peningkatan komitmen
groupthink example seperti yang diterangkan dr z tidak dapat diterjemahkan dari sudut bahasa ke dalam bahasa melayu. namun groupthink example adalah kecenderungan untuk satu-satu kumpulan
berfikir secara seragam. sebarang idea yang bertentangan dilayan sebaliknya diperlekehkan. si pembuat keputusan banyak dipengaruhi oleh individu penting walaupun banyak maklumat
yang dinyatakan tidak tepat. manakala orang yang mengkritik idea tersebut akan dipulaukan. groupthink merupakan salah satu tindakan yang prejudis atau berat sebelah
kerana pendapat hanya datang dari ketua dan perlu dipatuhi tanpa ada perbincangan dan kesepakatan daintara semua pihak. antara tanda-tanda groupthink seperti:
- merasakan diri hebat
-merasakan tindakan yang difikirkan adalah rasional
-pandangan ersifat stereotype
-memberi tekanan kepada orang yang mengkritik
-tidak yakin pada diri
-merasakan semua orang berfikir tentang cara yang sama
apabila menghadapi sesuatu masalah dan tidak mencari alternatif penyelesaian sepenuhnya menyebabkan keputusan yang dibuat adalah salah. selain itu jika gagal menilai risiko
juga mengundang kepada hal ini. kurang mencari maklumat, bias dalam memilih maklumat, dan gagal membuat plan alternatif menyebabkan kebarangkalian keputusan yang  dibuat adalah salah.
disamping menjelaskan topik dalam minggu ini, dr zam juga bertanyakan soalan kepada pelajar agar interaksi dan kefahaman dapat dibina. semoga bertemu di dalam ruangan ini
pada minggu hadapan. assalammualaikum......... 

A 131258, Rozaini Nor Rostamizi, LJ 03, Semangat Terus Membara

JURNAL 03 ( SEMANGAT TERUS MEMBARA )

Pejam mata, celik mata, tidak sedar bahawa masa berlalu begitu pantas. Kini sudah empat minggu aku menuntut ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun ke dua ini. Seperti biasalah, setiap hari Isnin dan Selasa aku akan pergi ke kuliah Kemahiran Membuat Keputusan untuk subjek wajib Universiti ini. Kali ini aku melangkah dengan penuh keyakinan dan bersemangat untuk ke kelas walaupun ramai pelajar yang telah gugur daripada subjek ini. Alhamdulilah, aku masih diberi kekuatan oleh Allah untuk aku meneruskan perjuangan menuntut ilmu bagi subjek ini. Hal ini demikian kerana, pada minggu lepas aku terfikir samada mahu gugur kursus ini ataupun teruskan sahaja kerana ramai sahabat-sahabatku dari Fakulti Pengajian Islam telah gugur akan kursus ini. Aku bersyukur kerana aku dapat membuat keputusan untuk meneruskan subjek ini walaupun tiada sahabatku disisi.
            Aku melangkah masuk dewan kuliah yang penuh kedinginan. Pensyarah telah memulakan sesi perkuliahan dengan tajuk baru iaitu Heuristica dan Bias. Pasti anda semua tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Heuristica dan Bias tersebut. Apa yang aku masih ingat penjelasan daripada pensyarah, Bias adalah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan inilah yang menganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Heuristika dan Bias mempunyai hubungan dan saling berkait rapat dimana kadangkala Heuristika membawa kepada kesilapan dan bias yang bersistematik.
            Merujuk pada nota Kemahiran Membuat Keputusan aku, bias ini terbit dari dua peristiwa heuristica iaitu pertama Heuristca Representatif dan kedua adalah Heuristica Ketercapaian. Apakah perbezaan diantara Heuristica Representatif dan Heuristica Ketercapaian ini? Persoalan yang bermain di benak fikiranku mengenai kedua-dua heuristica ini. Kemudian, pensyarah pun menjelaskan mengenai perbezaan kedua-dua heuristica. Bias Ketercapaian  menggunakan maklumat yang sedia ada di dalam tangan kita, dimana maklumat tersebut masih segar dalam ingatan dan terkini. Manakala, bias representatif pula adalah menggunakan representatif yang salah dalam membuat keputusan.
            Aku tertarik dengan contoh video yang telah ditunjukkan oleh pensyarah semasa sesi perkuliahan mengenai contoh bias representative. Video yang mengisahkan antara seorang doktor dengan pegawai bank. Contoh tersebut jelas menunjukkan bahawa seorang pegawai bank tersebut telah membuat keputusan berdasarkan representatif yang salah dimana beliau terfikir bahawa semua doktor mempunyai banyak wang, hidup mewah dan sebagainya. Akan tetapi, ternyata semua yang digambarkan oleh pegawai bank tersebut adalah salah. Contoh lain yang aku ingin kaitkan dalam kehidupan seharian mengenai bias representative yang berlaku dalam diri sahabat aku adalah, apabila beliau telah dipengaruhi oleh seniornya. Perkara ini telah berlaku pada tahun lepas, dimana sahabat aku yang masih berada di tahun pertama sering bertanya pendapat para senior mengenai setiap pensyarah yang mengajar tiap-tiap subjek. Sahabat aku sanggup tukar set tutor yang lain kerana mendapat tahu pensyarah yang mengajar set tersebut banyak memberi kerja dan tekanan. Tetapi ternyata sangkaan sahabat aku itu salah seratus peratus kerana pensyarah yang mengajar di set tutor tersebut sangat peramah. Segala yang digambarkan oleh sahabat aku mengenai pensyarah tersebut membuktikan bahawa beliau menggunakan representatif yang salah ketika membuat keputusan.
            Seterusnya, pensyarah telah menerang kan pula mengenai Heuristica Ketercapaian kepada semua pelajar. Antara contoh  telah dikemukakan yang sempat aku dengar adalah mengenai, sesuatu peristiwa kemalanagan yang berlaku kepada seseorang. Impaknya, seseorang tersebut telah membuat keputusan untuk tidak memenadu kereta lagi untuk mengelakkan dirinya daripada ditimpa kemalangan sekali lagi. Aku teringat peristiwa yang pernah berlaku dalam diri aku pada lima tahun dahulu, dimana aku pernah terjatuh dalam keadaan yang sangat memalukan sewaktu aku bermain ice skeating di Sunway Pyramid bersama rakan-rakanku. Semenjak daripada peristiwa tersebut, aku berazam  dan mengambil keputusan tidak akan bermian ice skeating lagi. Bila difikirkan kembali, aku rasa nak tergelak terbaha-bahak apabila mengingatkan cara aku jatuh macam nangka busuk. Lawak sungguh dan amat memalukan!
            Jam menunjukkan hampir tamat sesi perkuliahan. Namun demikian, pensyarah sempat menerangkan kepada kami semua mengenai Groupthink. Antara beberapa isi penting berkaitan groupthink yang sempat aku catat adalah, pertama, groupthink adalah mengenai kecenderungan untuk sesuatu kumpulan berfikir secara seragam. Sebarang idea yang bertentangan dalam perbincangan, tidak akan dilayan bahkan diperlekehkan. Seterusnya adalah mengenai keputusan yang dibuat banyak dipengaruhi oleh individu-individu penting walaupun terdapat beberapa maklumat yang kurang tepat. Akhir sekali, orang-orang yang mengkritik idea tersebut, maka dia akan dipulaukan.
            Sebelum semua pelajar bersurai untuk ke kelas seterusnya, pensyarah telah memberikan soalan kuiz mengenai bab ke 2 yang telah dipelajari. Walaubagaimanapun, kami semua hanya sempat menjawab soalan sebanyak 10 soalan sahaja. Tidak sabarnya rasa hendak menanti hari Isnin minggu hadapan untuk menyemak jawapan bersama pensyarah. Hendak tahu sebab apa? Pensyarah mengatakan bahawa, pelajar-pelajar yang berjaya menjawab 10 soalan dengan betul, maka akan dapat kod 4 markah untuk pemarkahan dalam kehadiran dan penglibatan. Apa-apapun tunggu sahajalah jawapannya minggu hadapan.

Thursday, October 6, 2011

A133537 Afidatul Nafisha Binti Hamdan LJ03 Heuristika & Bias

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Alhamdulillah, ini merupakan junal saya yang ketiga dalam kursus Kemahiran membuat keputusan. Pada hari isnin yang lepas 3 Oktober, kelas bermula seperti biasa. Walaupun saya sedikit kurang fokus ketika sesi kuliah kerana kurang sihat, tetapi ada juga sedikit sebanyak input yang saya terima. Pada minggu ini Dr.Zamri masuk kedalam topik baru iaitu mengenai Heuristika dan Bias.
            Apa yang dimaksudkan dengan Heuristika? Berdasarkan apa yang saya faham, heuristika bermaksud seseorang itu membuat keputusan di dalam keadaan nya yang kekurangan maklumat. Berdasarkan nota kuliah yang telah diberikan oleh Dr.Zamri,  Heuristika terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti Heuristika Jalan-Jawapan, Heuristika Analogi, Heuristika Representif dan juga Heuristika Ketercapaian. Ketika kuliah, kami ada membincangkan serba sedikit mengenai heuristika  jalan-jawapan, dimana saya faham ianya sesuatu keputusan yang dilakukan berdasarkan matlamat yang kita ingin capai. Ianya seperti kita hanya perlu mencari cara-cara yang sesuai untuk mencapai target dan jalan penyelesaian yang telah kita fikirkan. Sebagai contoh yang telah ditunjukkan oleh Dr.Zamri iaitu video klip dimana seekor Cipanzee yang sedang berusaha untuk mengambil makanannya dibawah batu tetapi tidak mampu menarik batu tersebut. Dengan adanya bantuan seseorang disitu, dia berjaya mendapatkan makanan tersebut, dan ketika dia ingin melakukannya sekali lagi, dia sudah tahu cara-cara untuk mengambilnya iaitu dengan meminta bantuan seseorang. Hebat kan cipanzee tersebut? =) 
            Pada hari kedua kuliah pada minggu tersebut, Dr.zamri menyambung dengan tajuk berkaitan dengan Bias. Bias bererti sesuatu keputusan itu dilakukan secara tidak adil kerana ia cenderung untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi leh perspektif tertentu. Hal inilah yang menyebabkan seseorang itu menjadi objektif dan tidak prejudis. Kadangkala Bias terhasil daripada dua heuristika iaitu antara heuristika representatif ataupun heuristika ketercapaian.  Mungkin saya ada pengalaman didalam bias yang berkaitan dengan heuristika ketercapaian dimana kejadian itu berlaku kepada adik bongsu saya yang masih berumur 3 tahun. Ketika itu dia bermain didalam bilik air saya, dan tiba-tiba muncul seekor lipan yang sangat besar dan membuatkan dia terlalu taku. Sehingga sekarang die masih fobia untuk masuk kedalam bilik air saya, kerana beranggapan bahawa masih ada lipan didalamnya. Jadi, berdasarkan cnth yang saya berikan ini, bias bagi heuristika ketercapaian bermaksud sesuatu keputusan itu dibuat berdasarkan pengalaman atau peristiwa lepas yang berkait dengan ingatan jangka panjang.  Selain itu, bagi cntoh yang saya fahami bagi heuristika representatif didalam bias adalah apabila sesuatu kumpulan rugbi ingin mencari ahli-ahli baru, mereka mengadakan uji bakat, tetapi pemilihan adalah secara bias dimana peserta-peserta yang dipilih adalah berdasarkan saiz badan mereka yang besar dan tinggi sahaja. Manakala bagi yang berbadan kecil serta merta tawaran ditolak. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana sesuatu keputusan itu tidak seharusnya dibuat berdasarkan apa yang dilihat secara luaran dan sepatutnya mereka melakukan uji bakat secara adil dengan menguji kekuatan daya fizikal masing-masing tidak kira apa jua saiz badan mareka.
            Bias biasanya terjadi adalah dengan beberapa sebab antaranya apabila seseorang itu terlalu yakin dan percaya akan kebolehan dirinya dalam membuat keputusan. Hal ini digelar Bias terlalu yakin atau 'Overconfidence Bias'.  Selain itu, terdapat beberapa lagi jenis bias lain iaitu Bias 'tersangkut' (Achoring Bias), Bias 'pengesahan' (Confirmation Bias), Bias ketercapaian, Bias representatif dan juga peningkatan komitmen. Bagi maksud Bias 'tersangkut' adalah dimana seseorang tersebut hanya menggunakan maklumat yang awal atau yang diterima sebagai asas membuat keputusan.  Sebagai contoh pengalaman yang pernah saya alami bagi Bias 'tersangkut' ini dimana saya ingin mendaftar kursus kemahiran Membuat Keputusan ini. Saya mendapat maklumat dari rakan-rakan saya yang mengambil kursus KMK sebelum ini, dan mereka memberitahu bahawa kursus ini menarik dan mudah untuk skor. Jadi, saya mengambil keputusan untuk terus memilih kursus ini selepas mendapat maklumat awal dari mereka.
            Akhir sekali, Dr.Zamri ada sedikit sebanyak menghuraikan kepada kami mengenai 'groupthink' sebelum habis waktu kuliah. Apa yang saya fahami mengenai istilah 'groupthink' ini adalah kecenderungan sesuatu kumpulan ini berfikir dan bekerjasama dalam mencapai sesuatu keputusan yang seragam, dan sebarang idea yang bertentangan dari ahli kumpulan tersebut akan diperlekehkan dan diabaikan. Selalunya situasi ini terjadi di dalam mesyuarat ataupun perbincangan kumpulan yang membincangkan hal-hal yang penting dan memerlukan keputusan yang betul. Bagi saya, hal ini dikatakan 'groupthink' yang bias kerana tidak semestinya idea yang diberikan oleh seseorang itu bertentangan dengan idea yang lain adalah tidak tepat dan berguna. Seharusnya hal ini tidak selalu terjadi dan kita haruslah sentiasa berfikiran rasional dan hormat dengan pendapat orang lain. Sampai disini sahajalah jurnal saya bagi minggu ini. Mungkin pada minggu hadapan ada tajuk yang lebih menarik dalam kuliah Kemahiran Membuat Keputusan. =)
 

A132343 Noor Adibah Binti Mohd Khair LJ03 Heuristika dan Bias Dalam Membuat Keputusan

            Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah sudah tamat minggu keempat perkuliahan aku pada semester ini dan ini merupakan jurnal hasil tulisanku yang ketiga dalam kursus membuat keputusan. Pada minggu ini, Dr. Ahmad Zamri Mansor telah menerangkan dan memperkenalkan kepada kami satu konsep dalam membuat keputusan iaitu heuristika dan ketidakadilan (bias) dalam membuat keputusan. Ini merupakan kali pertama aku mendengar tentang heuristika dan ini sangat menarik perhatian aku untuk lebih mendalami konsep ini.
 
            Konsep heuristika ini diperkenalkan oleh Herbert Simon dan kajian tentang bagaimana manusia membuat keputusan banyak dilakukan oleh Tversky dan Kahneman. Heuristika menerangkan bagaimana manusia membuat keputusan dalam keadaan kekurangan maklumat. Tversky dan Kahneman (1974) mencadangkan pembuat keputusan biasanya menilai kebarangkalian sesuatu peristiwa dengan menggunakan heuristika. Heuristika. Apa itu heuristika? Heuristika merupakan teknik atau peraturan yang digunakan oleh individu bagi menjawab soalan-soalan seperti tentang apakah kebarangkalian sesuatu peristiwa itu berlaku. Ia adalah pedoman-pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul.
 
Heuristika mempunyai peranan dalam proses menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Tversky dan kahneman (1959) berpendapat bahawa manusia membuat keputusan berpandukan beberapa jenis heuristika. Antara jenis-jenis heuristika adalah heuristika jalan jawapan, heuristika analogi (perbandingan), heuristika representatif (keperwakilan) dan heuristika ketercapaian. Heuristika jalan jawapan boleh ditafsirkan sebagai satu kaedah berfikir dengan menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diingini. Selepas dapat mengetahui jalan penyelesaian yang diinginkan barulah sesuatu cara dan jalan jawapan dirangka untuk mendapatkan keputusan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, aku telah berjanji dengan rakanku untuk membuat perbincangan di perpustakaan pada pukul 10 pagi dan selepas itu baru aku berfikir bagaimana aku mahu pergi ke sana sama ada menaiki bas atau meminta kawanku untuk menghantar kerana memandangkan kedudukan perpustakaan itu agak jauh dari kolejku.
 
Heuristika analogi pula merupakan sesuatu jalan penyelesaian masalah yang diambil berdasarkan kepada keserupaan masalah daripada segi struktur. Secara lebih mendalamnya, heuristika ini menggunakan penyelesaian masalah lain untuk menyelesaikan masalah baru yang dihadapi. Manakala heuristika representatif adalah merujuk kepada kebarangkalian subjektif bagi sesuatu acara, peristiwa atau sampel. Ia adalah penilaian terhadap darjah pengukuran antara sampel dan populasi. Sebagai contoh, aku ingin membeli sebakul durian tetapi sebelum membeli durian tersebut aku perlu merasai durian tersebut untuk memastikan ia memenuhi citarasaku. Namun begitu aku hanya merasa beberapa ulas durian sahaja dan menganggap ia mewakili kepada semua buah tersebut. Akhirnya, heuristika ketercapaian. Ia merupakan satu keputusan yang harus dibuat berdasarkan peristiwa serta pengalaman yang ada dalam diri seseorang. Peristiwa yang berlaku juga amat berkait rapat dengan ingatan jangka panjang dan pengalaman seharian seseorang. Pengalaman harian menunjukkan peristiwa yang kerap berlaku lebih senang diingati dibandingkan dengan peristiwa yang jarang sekali berlaku.
 
Dr. zam juga telah menerangkan kepada kami mengenai bias dalam membuat keputusan. Bias atau ketidakadilan merupakan kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan ini mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Heuristika juga kadanglaka membawa kepada kesilapan dan bias yang bersistematik. Bias terbit dari heuristika representatif dan heuristika ketercapaian.
 
Antara bias-bias dalam membuat keputusan yang selalu terjadi adalah bias terlalu yakin (overconfidence bias) iaitu begitu mempercayai kebolehan diri dalam membuat keputusan, bias tersangkut (anchoring bias) iaitu menggunakan maklumat yang paling awal atau yang pertama diperoleh sebagai asas membuat keputusan, bias pengesahan (confirmation bias) iaitu menggunakan fakta yang hanya menyebelahi keputusan kita, bias ketercapaian (availability bias) iaitu hanya menggunakan maklumat yang sedia ada serta maklumat terkini dan masih segar dalam ingatan, bias representatif (representative bias) iaitu pengambilan keputusan dengan mewakilkan sebahagian data kepada bentuk umum dari data tersebut, peningkatan komitmen (escalation of commitment) iaitu pengambilan keputusan yang tidak rasional berdasarkan satu keputusan di masa lampau atau dengan kata lain untuk membenarkan keputusan yang dibuat sebelumnya, bias implisit (implicit for bias) iaitu cara untuk menjelaskan mengapa diskriminasi tetap ada walaupun pungutan suara dan kajian lain jelas menunjukkan bahawa banyak orang menentangnya (Tversky & Kahneman, 1974), bias menghindar kehilangan (loss aversion bias) iaitu merujuk kepada kecenderungan orang untuk mengelakkan kerugian lebih kuat untuk mendapat keuntungan dan akhir sekali bias pendapat peribadi (personal experience bias) iaitu membuat keputusan berdasarkan data dan informasi yang dimiliknya sendiri.
 
Sekian sahaja penulisan aku pada kali ini. Terima kasih.

A131288 Nur Hasyimah Binti Zulkepli LJ03 Penulisan Ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca setia dalam ruangan jurnal edisi kemahiran membuat keputusan(KMK) ini.Alhamdullilah bertemu lagi kita semua di minggu ke-4 pengkulihan.dan Alhamdullilah jurnal saya di dalam blog kemahiran membuat keputusan sudah 3 kali saya mengarangnya. Minggu keempat kuliah, saya masih sibuk lagi dengan aktiviti dan kerja-kerja projek subjek yang dipelajari yang perlu disiapkan,tetapi dengan kekuatan diri  , semangat mak ayah dan kecekalan yang merangsang saya untuk terus bersemangat menghadapi minggu yang penuh dengan aktiviti dan onak duri berliku yang berlaku dalam kehidupan ini. Mungkin saya perlu menyusun jadual dengan lebih teratur lagi selepas ini, insyaAllah.  Kadang-kadang setiap masalah yang berlaku ada hikmahnya, dan setiap berlaku sebenarnya telah ditentukan olehNYA. Kita hanya merancang tetapi jauh diatas sana, DIA telah merancang yang terbaik untuk kita sebenarnya. Ok, cukup sudah permulaan kata-kata yang diselitkan dalam pembacaan kali ini, bukan apa macam tak syok jer, asyik baca pasal pelajaran kan, ini saya selitkan juga jurnal peribadi say. Hanya menghilangkan rasa bosan.

Pada minggu keempat pengkuliahan, saya telah mempelajari tentang tajuk ketiga iaitu heuristika dan bias. Korang mesti dengar perkataan heuristika ni macam pelik kan. Haha. Sebenarnya saya pun baru pertama kali dengar apa itu heuristika ni. Benar kata orang semakin kita mempelajari sesuatu sebagai banyak kefahaman atau benda baru yang dapat kita pelajari. Secara definisinya, heuristika ialah teknik atau peraturan yang digunakan oleh individu bagi menjawab soalan-soalan seperti , " Apakah kebarangkalian sesuatu peristiwa itu berlaku?". Definisi lain juga menyebut heuristika ialah pedoman-pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul. Jenis-jenis heuristika ialah:

1: heuristika jalan-jawapan
2: heuristika analogy
3: heuristika representative
3: heuristika ketercapaian

Mesti perkataan heuristika ni macam pelik-pelik je kan, saya yang dengar pun rasa pelik. Ok, sekarang saya terangkan, apa itu heuristika jalan-jawapan,. Definisi heuristika jalan jawapan ialah satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulukan apa jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudian berulah kita cari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya. Menggunakan kaedah ini kita boleh menyelesaikan di mana-mana bahagian yang kita mahu.  Contoh peristiwa yang menerangkan maksud heuristika ini ialah contohnya ali nak pilih pasangan hidup, kemudian ali akan fikir bagaimananya dia  nak mencari pasangan hidup dia.

Heuristika Anologi pula ialah penyelesainan masalah berdasarkan kepada keseropaan masalah dari segi struktur. Heuristika ini menngunakan penyelesaian masalah lain unuk selesaikan masalah baru. Heuristika ini kata Dr zamri ialah lebih kepada perbandingan. Contohnya , apabila saya berada di luar Negara, saya pelu menggunakan plan handphone, contoh ada lima plan, jadi saya perlu membuat keputusan sama ada ingin menggunakan plan yang mana satu. Disini kita dapat lihat perbandingan yang dilakukan. Heuristika representative pula ialah menggunakan sesuatu peristiwa dengan bentuk protaipnya, dan jikalau terdapat banyak persamaan anta kedua-duanya, kita akan percaya ianya lebih munsabah. Contohnya, kita ada sebakul rambutan, jadi bagaimana kita nak tentukan sama ada buah rambutan itu manis atau tidak, maka kita akan merasa atau membuat kebarangkalian diatas buah pertama yang di uji.jika satu buah rambutan dikatakan manis, maka kita akan simpulkan, semua buah rambutan dalam bakul itu manis. Heuristika ketercapainan pula ialah berkait rapat dengan peristiwa-peritiwa yang melekat dalam ingatan kita,yang berjangka panjang. Atau penyelesaian masalah atau membuat keputusan berdasarkan kepada apa yang mudah diingat semula dalam ingatan mereka. Cotih peristiwa yang boleh kita kaitkan ialah, contohnya, anda pernah lemas di kolam renang, maka sejak dari itu anda tidak lagi ke kolam renang kerana takut akan lemas lagi. Maka anda mengambil keputusan dengan tidak ke kolam renang kerana takut akan lemas.

Selepas itu mari kita semua dengar cerita pasal bias pula. Bias ialah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu ataukecenderungan ini menganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Heuristika kadangkala membawa kepada kesilapan dan bias yang bersistematik. Bias terdiri daripada :

1)      Heuristika representif
2)      Heuristika ketercapaian
 
Common Bias pula ialah :
1)      Bias ketercapaian – menggunakan maklumat yang sedia ada di tangan kita.
2)      Bias representative-menggunakan 'representatif' yang salah dalam membuat keputusan
3)      Peningkatan komotmen – walaupun terdapat maklumat yang negative keputusan tetap  dilakukan kerana  terdapat peningkatan komitmen.
4)      Bias terlalu yakin – begitu mempercayai kebolehan diri dalam membuat keputusan
5)      Bias tersangkt – menggunakan maklumat yang asal atau yang pertama diterima sebagai asas membuat keputusan
6)      Bias 'pengesahan' – menggunakan fakta yang hanya menyelebelahi keputusan kita.
 
Sebelum kita akhiri jurnal saya ini mari kita lihat apa itu groupthink, groupthink ialah:

1)kecenderungan sesuatu kumpulan berfikir secara seragam.
2)sebarang idea-idea bertentangan tidak dilayan disebaliknya diperlekehkan.
3) keputusan banyak dipengaruhi oleh individu-individu penting walaupun banyak maklumat yang diperoleh ianya tidak tepat.
4) orang-orang mengkritik idea tersebut akan dipulaukan.

Alhamdullilah siap juga jurnal kemahiran membuat keputusan ini dalam kesibukan ku ini.. alhamdullilah.. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca setia dalam ruangan jurnal edisi kemahiran membuat keputusan(KMK) ini.Alhamdullilah bertemu lagi kita semua di minggu ke-4 pengkulihan.dan Alhamdullilah jurnal saya di dalam blog kemahiran membuat keputusan sudah 3 kali saya mengarangnya. Minggu keempat kuliah, saya masih sibuk lagi dengan aktiviti dan kerja-kerja projek subjek yang dipelajari yang perlu disiapkan,tetapi dengan kekuatan diri  , semangat mak ayah dan kecekalan yang merangsang  saya untuk terus bersemangat menghadapi minggu yang penuh dengan aktiviti dan onak duri berliku yang berlaku dalam kehidupan ini. Mungkin saya perlu menyusun jadual dengan lebih teratur lagi selepas ini, insyaAllah.  Kadang-kadang setiap masalah yang berlaku ada hikmahnya, dan setiap berlaku sebenarnya telah ditentukan olehNYA. Kita hanya merancang tetapi jauh diatas sana, DIA telah merancang yang terbaik untuk kita sebenarnya. Ok, cukup sudah permulaan kata-kata yang diselitkan dalam pembacaan kali ini, bukan apa macam tak syok jer, asyik baca pasal pelajaran kan, ini saya selitkan juga jurnal peribadi say. Hanya menghilangkan rasa bosan.

Pada minggu keempat pengkuliahan, saya telah mempelajari tentang tajuk ketiga iaitu heuristika dan bias. Korang mesti dengar perkataan heuristika ni macam pelik kan. Haha. Sebenarnya saya pun baru pertama kali dengar apa itu heuristika ni. Benar kata orang semakin kita mempelajari sesuatu sebagai banyak kefahaman atau benda baru yang dapat kita pelajari. Secara definisinya, heuristika ialah teknik atau peraturan yang digunakan oleh individu bagi menjawab soalan-soalan seperti , " Apakah kebarangkalian sesuatu peristiwa itu berlaku?". Definisi lain juga menyebut heuristika ialah pedoman-pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul. Jenis-jenis heuristika ialah:

1: heuristika jalan-jawapan
2: heuristika analogy
3: heuristika representative
3: heuristika ketercapaian

Mesti perkataan heuristika ni macam pelik-pelik je kan, saya yang dengar pun rasa pelik. Ok, sekarang saya terangkan, apa itu heuristika jalan-jawapan,. Definisi heuristika jalan jawapan ialah satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulukan apa jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudian berulah kita cari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya. Menggunakan kaedah ini kita boleh menyelesaikan di mana-mana bahagian yang kita mahu.  Contoh peristiwa yang menerangkan maksud heuristika ini ialah contohnya ali nak pilih pasangan hidup, kemudian ali akan fikir bagaimananya dia  nak mencari pasangan hidup dia.

Heuristika Anologi pula ialah penyelesainan masalah berdasarkan kepada keseropaan masalah dari segi struktur. Heuristika ini menngunakan penyelesaian masalah lain unuk selesaikan masalah baru. Heuristika ini kata Dr zamri ialah lebih kepada perbandingan. Contohnya , apabila saya berada di luar Negara, saya pelu menggunakan plan handphone, contoh ada lima plan, jadi saya perlu membuat keputusan sama ada ingin menggunakan plan yang mana satu. Disini kita dapat lihat perbandingan yang dilakukan. Heuristika representative pula ialah menggunakan sesuatu peristiwa dengan bentuk protaipnya, dan jikalau terdapat banyak persamaan anta kedua-duanya, kita akan percaya ianya lebih munsabah. Contohnya, kita ada sebakul rambutan, jadi bagaimana kita nak tentukan sama ada buah rambutan itu manis atau tidak, maka kita akan merasa atau membuat kebarangkalian diatas buah pertama yang di uji.jika satu buah rambutan dikatakan manis, maka kita akan simpulkan, semua buah rambutan dalam bakul itu manis. Heuristika ketercapainan pula ialah berkait rapat dengan peristiwa-peritiwa yang melekat dalam ingatan kita,yang berjangka panjang. Atau penyelesaian masalah atau membuat keputusan berdasarkan kepada apa yang mudah diingat semula dalam ingatan mereka. Cotih peristiwa yang boleh kita kaitkan ialah, contohnya, anda pernah lemas di kolam renang, maka sejak dari itu anda tidak lagi ke kolam renang kerana takut akan lemas lagi. Maka anda mengambil keputusan dengan tidak ke kolam renang kerana takut akan lemas.

Selepas itu mari kita semua dengar cerita pasal bias pula. Bias ialah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu ataukecenderungan ini menganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Heuristika kadangkala membawa kepada kesilapan dan bias yang bersistematik. Bias terdiri daripada :

1)      Heuristika representif
2)      Heuristika ketercapaian
 
Common Bias pula ialah :
1)      Bias ketercapaian – menggunakan maklumat yang sedia ada di tangan kita.
2)      Bias representative-menggunakan 'representatif' yang salah dalam membuat keputusan
3)      Peningkatan komotmen – walaupun terdapat maklumat yang negative keputusan tetap  dilakukan kerana  terdapat peningkatan komitmen.
4)      Bias terlalu yakin – begitu mempercayai kebolehan diri dalam membuat keputusan
5)      Bias tersangkt – menggunakan maklumat yang asal atau yang pertama diterima sebagai asas membuat keputusan
6)      Bias 'pengesahan' – menggunakan fakta yang hanya menyelebelahi keputusan kita.
 
Sebelum kita akhiri jurnal saya ini mari kita lihat apa itu groupthink, groupthink ialah:

1)kecenderungan sesuatu kumpulan berfikir secara seragam.
2)sebarang idea-idea bertentangan tidak dilayan disebaliknya diperlekehkan.
3) keputusan banyak dipengaruhi oleh individu-individu penting walaupun banyak maklumat yang diperoleh ianya tidak tepat.
4) orang-orang mengkritik idea tersebut akan dipulaukan.

Alhamdullilah siap juga jurnal kemahiran membuat keputusan ini dalam kesibukan ku ini.. alhamdullilah.. 
 

Wednesday, October 5, 2011

A133026 SAADATUN NISA BINTI ABDUL JAMAL bias???

 Assalamualaikum w.b.t….
  Bertemu kembali dalam penulisan jurnal untuk kali ke-3 ini.  Bersemangat rasanya untuk aku menulis kali ini. Tajuk yang dikuliahkan minggu ini,bagi aku sangat menyeronokkan dan mudah untuk aku serta rakan-rakan yang lain faham berbanding tajuk minggu lepas. Heuristika dan bias. Ya,itulah tajuk yang telah aku pelajari minggu ini dan inilah juga tajuk yang  akan aku  ceritakan serba sedikit dalam blog ini.
  Sebelum bercerita dengan lebih lanjut semestinya kita semua hendak tahu apakah yang dikatakan dengan heuristika?  Jujur aku cakap inilah kali pertama aku mendengar perkataan ini. Konsep heuristika  diperkenalkan oleh Herbert Simon. Kajian tentang bagaimana manusia membuat keputusan banyak dilakukan oleh Tversky dan Kahneman. Heuristika menerangkan bagaimana manusia membuat keputusan dalam kekurangan maklumat. Tversky dan Kahneman (1974) mencadangkan pembuat keputusan sesuatu peristiwa dengan menggunakan kebarangkalian biasanya menilai heuristika. Dr. Zamri  menerangkan definisi heuristika iaitu teknik atau peraturan yang digunakan oleh individu bagi menjawab soalan-soalan seperti "apakah kebarangkalian sesuatu peristiwa itu berlaku?". Heuristika merupakan pedoman-pedoman am atau  strategi  yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah.  Menurut Tversky dan Kahneman (1959) manusia membuat keputusan berpandukan beberapa jenis heuristika.
   Heuristika berdapat 4 jenis iaitu heuristika jalan-jawapan,heuristika analogi,heuristika representative, dan heuristika ketercapaian. Heuristika jalan-jawapan merupakan satu kaedah kea rah menentukan dahulu apa jawapan penyelesaian yang diingini,kemudian barulah kita cari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya. Menggunakan kaedah ini kita boleh menyelesaikan di mana-mana bahagian yang kita mahu. Sebagai contoh aku ada target yang ingin dicapai dalam sesuatu tempoh tertentu. Target aku untuk semester ini untuk mendapat anugerah dekan. Untuk mencapai matlamat tersebut aku perlulah belajar dengan lebih gigih lagi,sering hadir ke kelas,sering mengadakan  perbincangan bersama rakan dan lain-lain lagi. Jawapan yang dimaksudkan dalam contoh ini ialah target aku untuk mendapat anugerah dekan manakala jalan pula adalah strategi aku untuk mencapainya.
      Heuristika yang kedua pula adalah heuristika analogi. Analogi bererti suatu perbandingan yang digunapakai pada konsep yang sukar difahami kepada konsep yang lebih mudah difahami dengan jelas. Penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur.  Dalam proses ini minda akan mengimbas kembali pengalaman lepas yang hampir sama.  Sebagai contoh kawan aku yang mengambil lessen memandu. Ketika mula-mula belajar,dia diuji dengan kereta kancil tetapi apabila pemeriksaan bersama JPJ dia diberi kereta Myvi. Disini terdapat beberapa struktur kereta yang berlainan.
  Heuristika yang seterusnya ialah heuristika representative atau perwakilan. Satu wakil kepada yang lain-lain. Ia dijadikan sampling dan dipilih secara rawak. Misalnya membeli sebakul rambutan. Untuk menentukan elok atau tidak buah itu kita haruslah mencuba sebiji buah rambutan itu. Jika rambutan itu elok kita akan beranggapan bahwa semua rambutan itu elok. Jadi kita akan bersetuju untuk membeli buah tersebut.
   Seterusnya heuristika ketercapaian. Berdasarkan apa yang mudah diingati semula dalam ingatan seseorang. Terdapat dua faktor peristiwa yang melekat dalam ingatan kita iaitu  perkara itu baru berlaku dan mungkin perkara itu memberi kesan yang besar dalam hidupnya.
     Berbalik kepada tajuk utama pula iaitu bias. Apa itu bias? Bias adalah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan ini mengganggu seseorang untuk menjadi objektf dan tidak prejudis. Biasanya bias berlaku mengikut emosi dan bersifat tidak rasional. Heuristika kadangkala membawa kepada kesilapan dan bias yang bersistematik. Bias terbit dari heuristika representative dan heuristika ketercapaian.  Bias heuristika representative misalnya kita sering mendengar berita bahawa pendatang Indonesia selalu membuat jenayah di negara kita. Oleh kerana sering kali perkara ini mendapat perhatian,kita secara automatiknya akan memberi tanggapan bahawa warga Indonesia jahat. Ini tidak adil bagi kesemua warga Indonesia kerana itu dilakukan oleh segelintir sahaja dan masih ramai lagi warga Indoneisa yang baik hati.  Bias yang biasa berlaku ialah :
-bias terlalu yakin (overconfidence bias)
-bias "tersangkut" (anchoring bias)
-bias "pengesahan" (confirmation bias)
-bias ketercapaian (availability bias)
-bias representative (representative bias)
-peningkatan komitmen (escalation of commitment)
   Selain itu ,Dr. Zamri menerangkan tentang "groupthink". Groupthink adalah kecenderungan untuk satu-satu kumpulan untuk berfikir secara seragam. Sebarang idea yang bertentangan tidak akan dilayan sebaliknya diperlekehkan. Keputusan banyak dipengaruhi oleh beberapa individu penting walaupun terdapat maklumat yang menyatakan bahawa keputusan itu tidak tepat. Orang-orang yang mengkritik idea tersebut akan dipulaukan atau dimarahi. Untuk mengenalpasti sesuatu kumpulan itu dalam kategori groupthink kita boleh melihat symptom-simptom yang berikut iaitu satu perasaan merasakan diri mereka hebat, tindakan yang dilakukan baik, pandangan stereotaip dan memberi tekanan terhadap orang yang memberi kritikan.
    Sekian sahaja penulisan aku untuk minggu keempat dan learning journal yang ketiga ini. Diharap kita sama-sama memanfaatkan ilmu ini dengan sebaiknya. Janganlah  kita tersalah  dalam membuat keputusan. Sekian,wassalam…….
 
 
.
 
 

A133086 SITI HALIJAH BINTI ROSLI LJ03 BIAS??

aku meneruskan lagi penjelajahanku tentang kemahiran dalam membuat keputusan. Aku berasa amat gembira kerana perkembangan ilmu dalam kursus ini telah berlaku dalam diriku. Kini aku mempelajari maklumat tentang   ketidakadilan dalam pembuatan keputusan atau bias.
Dalam konteks pembuatan keputusan,bias adalah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu.kecenderungan ini akan menganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan prejudis. Dalam hal ini,heuristika kadangkala membawa kepada kesilapan dalam bias yang sistematik. Bias terbahagi kepada dua iaitu heuristika representative  yang merujuk kepada suatu pengalaman lepas misalnya  apabila seorang individu  ingin menyewakan rumahnya kepada seorang warganegara  afrika,dia mugkin tidak akan menyewakan rumahnya lagi kepada warganegara berkenaan  kerana mungkin mereka tidak membayar sewa. Tetapi peluang sepatutnya   diberikan lagi kerana kemungkinan yang lain adalah lebih baik. Keduanya pula adalah heuristika ketercapaian yang merupakan pengalaman kita membuat keputusan yang kita sentiasa ingat.
Bias terbahagi kepada beberapa asas . antaranya adalah bias yang terlalu yakin di mana individu itu terlalu percaya kebolehan diri dalam membua keputusan,seterusnAya adalah bias yang terbatas dia menggunakan maklumat yang pertama yang diterima sebagai asas membuat keputusan misalnya terus membuat keputusan memilih sebuah rumah berdasarkan pandangan pertamanya. Seterusnya,bias yang memerlukan pengesahan dimana dia menggunakan fakta yang hanya menyebelahi keputusan kita. Di samping itu terdapat bias yang tersedia di mana dia menggunakan maklumat yang sedia ada ditangannya yakni maklumat terkini atau yang masih segar dalam ingatan misalnya dalam hidupku ,aku pernah mengalami kemalangan dan itu telah menyebabkan aku melakukan keputusan berdasarkan perisiwa yang masih segar dala ingatanku.  Bukan itu sahaja terdapat  bias yang bersifat representative yang menggunakan representative yang salah dalam membuat keputusan. Yang terakhir pula adalah peningkatan komitmen dimana walaupun terdapat maklumat yang negative ,keputusan dibuat kerana terdapatnya peningkatan komitmen.
Sememangnya pembuatan keputusan akan berlaku dalam banyak cara dan banyak hal.sekian