Saturday, September 24, 2011

A134167 Nor Adinah Mohamad Ali LJ01 Kemahiran dan Keputusan

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam satu Malaysia saya ucapkan. Alhamdulillah kerana saya dapat menghadirkan diri untuk pertama kalinya ke kelas Kemahiran Membuat Keputusan pada 13 September 2011 lalu.

Sebelum memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran, Dr Zamri telah membuat satu aktiviti 'ice-breaking'. Disini saya ingin berkongsikan pengalaman dan pendapat saya tentang aktiviti ini. Kebiasaannya 'ice-breaking' ialah sesi memperkenalkan diri dengan memberitahu ahli kumpulan yang lain tentang latar belakang diri kita. Tapi Dr Zamri membuat sedikit kelainan. Dalam aktiviti ini, kami dikehendaki mengeluarkan sekeping kertas. Kami diberi masa dalam tempoh 15 minit untuk melukis gambar kita sendiri dengan menggunakan tangan yang kita jarang atau tak pernah guna untuk menulis atau melukis. Bagi mereka yang biasa menggunakan tangan kanan seperti saya, mereka hendaklah melukis menggunakan tangan kiri. Begitu juga dengan sebaliknya. Bagi saya, melukis dengan menggunakan tangan kiri adalah tidak sepantas dengan melukis menggunakan tangan kanan. Daripada aktiviti ini, saya mendapat sedikit pengajaran. Saya tak dapat bayangkan, bagaimana orang-orang yang kurang upaya seperti tiada tangan, boleh melukis dengan baik dengan hanya menggunakan kaki. Jadi, kita sebagai insan sempurna tiada kecacatan haruslah bersyukur kerana kita masih mempunyai tangan untuk melakukan sebarang aktiviti.

Selain itu, di atas kertas yang dilukis dengan gambar kami itu juga, Dr Zamri meminta kami menulis sedikit informasi tentang kami seperti nama fakulti, asal, jawatan yang dipegang di UKM dan juga keistimewaan. Kami  agak pelik kenapa Dr Zamri suruh buat demikian. Setelah masa yang diberi telah tamat, kami diminta untuk menghantar kertas tersebut kepadanya dan kami diminta untuk ke hadapan untuk mengambil kertas pelajar-pelajar yang lain secara rawak. Oleh yang demikian, kami diminta untuk mencari pelajar berdasarkan informasi dan lakaran wajah pelajar berdasarkan kertas yang diberi. Daripada aktiviti ini, dapatlah kita berkenalan bersama pelajar-pelajar lain dengan bertanyakan soalan seperti apa yang kita tulis diatas kertas tersebut. Setelah semua identiti dikenalpasti, Dr Zamri dapat berkongsikan sedikit keistimewaan pelajar-pelajar lain. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan di kalangan pelajar kursus KMK.

Sebelum memulakan sesi pengenalan kepada Kemahiran Membuat Keputusan, kami mengadakan sedikit perbincangan tentang kefahaman kita tentang membuat keputusan. Di sini, saya bahagikan kefahaman membuat keputusan kepada tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas.
i)                Sebelum
-        Cari maklumat
-        Pendapat orang lain
-        Banyak pilihan
-        Dilemma
 
ii)              Semasa
-        Yang terbaik
-        Yakin
-        Tidak boleh berpatah balik
 
iii)            Selepas
-        Tawakkal
-        Jangan merungut
-        Buat yang terbaik
 
Terdapat pelbagai jawapan yang boleh diberi dengan definisi membuat keputusan. Menurut Massie (1987), membuat keputusan ialah tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternative dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan. Menurut Koontz&Dannel (1978) pula, membuat keputusan ialah aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan.

Membuat keputusan juga terdapat dalam beberapa situasi.
i)                Situasi mudah – situasi yang tak memberikan apa-apa kesan
ii)              Situasi sederhana
-        Contoh : pilih bekerja atau sambung belajar. Pelajar-pelajar lepasan diploma menghadapi masalah untuk membuat keputusan sama ada mahu bekerja atau sambung ke peringkat ijazah.
iii)            Situasi rumit
-        Contoh : ingin membuka kampus cawangan
 
Bagaimana pula dengan ciri-ciri membuat keputusan? Bagi saya dan apa yang dapat saya fikirkan terdapat banyak ciri-ciri membuat keputusan. Antaranya yakin, jangan merungut, rasional dan jangan takut. Tapi lain pula apabila Dr Zamri membincangkan topik ini.
Antara ciri-ciri membuat keputusan :
i)                Merupakan satu proses
ii)              Pemilihan yang sengaja dan reflektif
iii)            Mencipta sesuatu ketentuan atau pendapat
iv)             Memerlukan penelitian dan pengetahuan yang mendalam
v)               Pemilihan pelbagai alternative

Daripada ciri-ciri tersebut, apakah yang menjadikan keputusan yang baik? Jawapannya adalah pengalaman, kecekapan, ketepatan maklumat dan analisa yang betul. Jika kita mempunyai pengalaman ataupun kita minta pandangan dari mereka yang lebih berpengalaman dalam sesuatu bidang, insya Allah keputusan yang kita ambil itu adalah tepat. Begitu juga dengan ketepatan maklumat dan analisa yang betul. Jika kita mendapat maklumat yang benar dan membuat kaji selidik dengan baik, kita mungkin akan membuat keputusan yang bijak.

Pengurusan keputusan pula dibahagikan kepada dua.
i)                Keputusan yang diprogramkan
 situasi yang kerap berlaku dan panduan dibuat untuk atasi masalah
- dibuat sebagai respon kepada masalah yang sering berlaku
 
ii)              Keputusan yang tak diprogramkan
-        Dibuat sebagai respon kepada situasi yang unik,sukar dan sebahagian besar tidak berstruktur.
-        Kebanyakan melibatkan perancangan strategic.
 
Perbezaan antara kedua-dua keputusan ini adalah berdasarkan 4 jenis element iaitu kepastian, risiko, ketidakpastian dan ketidakjelasan. Kepastian bermakna bahawa segala maklumat yang mana pembuat keputusan perlu adalah boleh didapati sepenuhnya. Risiko pula satu keputusan yang jelas matlamatnya dan penerangan sedia ada sangat baik, tetapi masa depan dikaitkan dengan tertakluk pada nasib. Ketidakpastian ialah pembuat keputusan tahu yang mana matlamat mereka mahu capai, tetapi maklumat tentang alternatif dan peristiwa masa depan tidak lengkap. Ketidakjelasan adala situasi yang paling sukar, ketidakjelasan bermaksud matlamat yang hendak dicapai adalah tidak jelas.

Di sini, saya ingin berkongsikan sedikit perumpamaan yang berkaitan dengan membuat keputusan.
  1. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
  2. ditelan mati emak, diluah mati bapak
  3. nasi sudah menjadi bubur
 
Kesimpulannya, dalam kehidupan seharian, kita akan menghadapi situasi untuk membuat keputusan. Jadi kita haruslah membuat langkah yang bijak agar keputusan yang kita buat adalah terbaik buat diri kita. Memang tidak dapat saya nafikan, kadang kala saya akan membuat keputusan terburu-buru tanpa memikirkan baik buruknya pada masa akan datang dan saya juga pernah hadapi situasi dimana saya harus membuat keputusan yang bijak. Sama ada ingin melanjutkan pelajaran ke matrikulasi dalam aliran sains fizikal ataupun memilih untuk pergi ke program diploma dalam pengajian yang memang saya minati iaitu sains statistik di UiTM. Setelah saya meminta pendapat dan mendapatkan maklumat, akhirnya saya memilih untuk pergi ke matrikulasi. Dan ternyata, keputusan yang saya ambil adalah tepat. Kerana selepas tamat program matrikulasi saya Berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang telah saya lepaskan dahulu.  Sekurang-kurangnya saya dapat menjimatkan masa untuk melanjutkan pengajian ijazah saya. Oleh itu, saya berharap agar penyertaan saya dalam kelas Kemahiran Membuat Keputusan ini akan memantapkan lagi kemahiran saya untuk membuat keputusan dalam pelbagai aspek dari segi waktu, masa, tempat dan situasi keadaan juga.
 
Sekian dari saya untuk jurnal KMK yang pertama ini. 

A135394 Fauzan Lazimah Zulkifli LJ01 PENGARUH RAKAN

Kemahiran Membuat Keputusan (KMK) bukanlah merupakan pilihan pertama aku, tapi aku sendiri tak pasti kursus apa yang harus aku pilih sebagai U2. Keputusan dan penilaian aku dalam memilih KMK adalah disebabkan oleh pengaruh rakan yang mengajak aku untuk mengambil kursus ini. Katanya, menurut pengalaman pelajar yang telah mengambil kursus ini pada semester lepas,,, kursus ini mudah… Kuliahnya mudah dan peperiksaannya juga mudah. Mungkin kerana pendapat itulah aku bersetuju untuk mengambi kursus ini.
            Namun tak semua Nampak seperti yang diperkatakan. Tugasan-tugasan yang terpaksa dihadapi kelihatan berbeza dengan apa yang digambarkan dari mulut ke mulut itu. Apa yang terlintas di benak fikiran ku ketika itu sempatkah aku menyempurkan kesemua tugasan ku. Bukan sahaja KMK malah kursus-kursus lain yang menuntut tugasan berbentuk mingguan, berbeza dengan semester lepas. Kemudian barulah aku tahu bahawa kita berhadapan dengan pensyarah yang berbeza.
            Setibanya aku dan kawan-kawan di kolej, kami berkumpul di bilik aku, membincangkan isu yang agak hangat ketika itu "nak gugur KMK atau tidak." Aku tak salahkan kawan –kawan yang telah memujuk aku mimilih kursus KMK ni, niat mereka baik.. aku tahu tu. Perbincangan yang agak panjang itu, aku tak pasti apa kesudahannya.. entah apa kata putusnya,mungkin keesokan hari muncul jawapan yang lebih pasti.
            Dalam kusut otak aku ni, rakan sebilik ku mengajak aku ke stadium UKM menyaksikan sambutan kemerdekaan.. sebagai sokongan kepada yang telah berlelah menyertai pertandingan.. Riuh rendah sambutan melenyapkan seketika kemelut yang melanda otak aku… Sebelum kesana, aku sedar bahawa sepanjang perjalanan hidup ni penuh dengan keadaan yang menuntut untuk membuat keputusan sama ada dari segi percakapan, perbuatan atau tindakan dsbnya.. Setiap keputusan yang dibuat haruslah menepati tujuan keputusan, dengan menilai kesan dari keputusan yang telah dibuat..
            Kawan-kawan yang tekad memujuk aku memilih KMK, tekad juga menukar kursus lain.. Aku tak pasti pula alasannya, malas la nak bertanya.. di sini aku nak kongsikan satu kisah sirah nabi yang berkaitan dengan membuat keputusan.. aku percaya ramai antara kita tahu mengenainya.. kira-kira setahun setelah kelahiran Ummu Kultsum, terjailah banjir yang menenggelamkan Mekah, dan telah mengakibatkan kerosakan pada sebahagian besar Ka'abah. Proses membangunkan kembali Ka'abah telah berjalan dengan lancar. Seluruh dana dan biaya bagi kerja pembaikan di berikan oleh semua kabilah kaum Quraisy dan bersumberkan sumber yang halal. Namun masalah timbul apabila sampai dibahagian sudut tempat Hajar Aswad diletakkan, semua kabilah berebut memperoleh penghormatan meletakkan kembali Hajar Aswad ke tempatnya semula.
            Setelah, beberapa siri perdebatan, pertikaian daan sehingga menyediakan bala tentera terjadi. Dipendekkan cerita, dengan penyelesaian yang diberikan oleh Abu Umayyah ibnu Mughirah al-Makhzumi seorang lelaki yang dihormati oleh kaum Quraisy iaitu dengan memilih sesiapa yang pertama memasuki Masjidil Haram melalui pintu bani Syaibah. Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w telah terpilih. Baginda telah membuat keputusan yang tepat dimana keputusan itu tidak mendatangkan rasa tida puas hati dikalangan ketua kabilah dan kabilah,penyelesaian yang dibuat adalah dengan meletakkan Hajar Aswad di atas sehelai serban dan semua ketua kabilah memegang bucu-bucu serban itu.
            Sebagaimana yang telah kita belajar menurut Messie (1987) tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan.. keputusan yang dibuat oleh junjungan kita tu kiranya meepati la dengan apa yang dikatakan oleh Messie tu kan.. kan… kan… okayla conclusion daripada apa yang aku duk bebel panjang-panjang ni kita kenala buat keputusan yang bijak, iaitu keputusan yang kita buat semasa kita sedar risiko, peluang n semua2la dari semua alternatif bagi mencapai keputusan yang tepat..
Terfikir plak aku… pengaruh rakan pon termasuk gak ke??? Heheheh papepun, tukn sebelum belajar… kira xper la… hahahahha

A134517 Nur Aqilah Syazwani Binti Mohd Nor LJ01 Diari Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada Dr. Zam dan rakan-rakan kuliah Kemahiran Membuat Keputusan untuk semester ini.  Pada hari Selasa dua minggu lepas adalah kuliah pertama yang saya hadiri dan saya amat menyukainya. Dr. Zam merupakan seorang pensyarah yang membuat saya berasa selesa dan tidak terpaksa untuk mengikuti kursus ini.hehe.
Kuliah tersebut lebih kepada sesi 'brainstorming' iaitu perkara wajib dilakukan di dalam kelas baru dan rakan-rakan baru. Walaupun kebanyakkannya merupakan pelajar tahun 2 tetapi kami masih kelihatan seperti adik-adik tahun 1 yang malu-malu. Alhamdulillah, penerimaan semua orang amat memberangsangkan.
Aktiviti 'brainstorming' kami dimulakan dengan seni lukis. Dr. Zam mengkehendaki kami mengeluarkan sekeping kertas dan melukis wajah masing-masing. Pada mulanya, saya berfikir itu sesuatu yang terlalu biasa. Tetapi apa yang berbezanya adalah jika anda biasa menggunakan tangan kanan, anda harus melukis menggunakan tangan kiri. Begitu dengan sebaliknya. Ia nampak mudah tetapi payah. Melakukan sesuatu yang kita tidak pernah dan tidak tahu amat menguji kesabaran.
Selepas dikumpulkan, Dr. Zam mengagih-agihkan lukisan tadi secara rambang kepada semua pelajar dan kami mesti mencari pemilik wajah tersebut. Saya mendapat secebis kertas yang terdapat lukisan seorang lelaki berkepala botak, bermata bulat seakannya kartun 'Usop Santorian'. Lucu. Apabila saya meneliti  tulisan insan tersebut, secara automatiknya saya tahu, dia adalah seorang lelaki. Fakulti Pengajian Islam. Saya berpendapat dia mestilah memakai songkok atau kopiah dan selayaknya. Hebat bermain bola sepak. Sudah semestinya seorang lelaki sejati. Haha
Sesi cari-mencari bermula. Semua orang gigih bertanya sana-sini. Tidak kurang juga ada yang tampak segan untuk bertegur sapa. Saya mula melangkah ke arah seorang lelaki berkopiah hijau lumut. Jejaka itu nampak mudah berbicara. Naluri saya kuat mengatakan, dia adalah orang yang saya cari seperti dalam lukisan.
"Ini awak punya?" saya memulakan perbualan. "Haah, saya punya." Dia tersenyum mengangguk. Alhamdulilah, mudah pencarian saya. Nik Muhammad Ikhwan atau lebih selesa dipanggil Wan. Berasal dari Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang. Setelah berkenalan serba sedikit, saya berlalu ke tempat duduk asal saya. Suasana masih hingar-bingar dek kalutnya sesi perkenalan ini. Jujur, saya berasa bebas dan tidak rimas seperti kursus-kursus yang lain. Rakan-rakan sekuliah juga amat terbuka dan ini amat memudahkan urusan kami.
Kemudian, Dr. Zam meneruskan kuliah kami selama dua jam itu dengan memberi pendahuluan tentang membuat keputusan. Apa itu membuat keputusan? Secara amnya, membuat keputusan adalah satu pilihan untuk mencapai matlamat. Membuat pilihan yang baik secara konsisten adalah kunci kejayaan dalam kehidupan. Kadangkala membuat keputusan adalah sesuatu yang sukar, maka elakkan dari mengambil keputusan secara terbu-buru. Membuat satu keputusan yang baik memerlukan kesabaran dan pemikiran yang berhati-hati.
Seterusnya, kami dikehendaki berdiskusi dalam kumpulan tentang membuat keputusan. Saya dan rakan saya telah mengelaskan tiga fasa atau proses dalam membuat sesuatu keputusan iaitu sebelum, semasa dan selepas membuat keputusan. Secara terperincinya, sebelum kita memutuskan untuk membuat keputusan terakhir, kita haruslah mencari maklumat dari sumber yang boleh dipercayai disamping bertanya pendapat orang lain. Contohnya kawan baik dan keluarga.
Ya, disebabkan terlalu banyak pilihan juga boleh membuatkan kita berasa dalam dilema dan berasa sangat tertekan. Namun, ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kita dalam membuat sesuatu keputusan. Misalnya emosi. Apabila seseorang itu berada dalam emosi yang tak stabil, dalam keadaan marah secara tak langsung, keputusan yang diambil turut terpengaruh. Selain itu, rakan sebaya dan masyarakat juga menyumbang kepada faktor-faktor mempengaruhi kita dalam membuat keputusan. Pendapat mereka ada sesetengahnya boleh diguna pakai dan ada juga yang tidak.
Dalam membuat keputusan, seseorang itu haruslah yakin dengan kata hati. Ini kerana, setelah itu tiada jalan kembali ke pangkal jalan. Redha dan tawakal kepada Tuhan disamping buat yang terbaik agar apa yang dipilih itu tidak sia-sia. InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar.
Ciri-ciri yang diperlukan dalam membuat keputusan pula merangkumi:
  1. Rasional dalam berfikir serta mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi.
  2. Mengetahui punca masalah yang dihadapi.
  3. Bergantung pada jenis masalah dan sedar baik buruknya
  4. Mencari maklumat yang tepat.
Dalam kuliah ini juga, sempat saya belajar beberapa peribahasa dan bidalan-bidalan Melayu yang berkaitan dalam membuat keputusan. Antaranya :
  1. Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak ada gunanya.
Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. 
 
  1. Ditelan mati emak, diluah mati bapa.
Keadaan yang amat serba salah.
 
  1. Nasi sudah menjadi bubur.
Sudah tidak dapat diubah lagi.
 
  1. Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.
 
Untuk kuliah seterusnya pada hari Isnin yang lepas, kami meneruskan kuliah dengan membuat kuiz. Alhamdulillah, walaupun tidak lah mendapat markah yang penuh, tapi cukup memberangsangkan. Di dalam kuiz ini, saya telah belajar untuk membuat keputusan dengan teliti. Misalnya, ketika memilih jawapan untuk soalan berkenaan  pepatah Massie(1987), Koontz dan Dannel (1078). Ini kerana, jika kita tisak perhati dengan teliti, memilih jawapan yang betul, kita akan terkeliru dan akhirnya salah memilih jawapan.
Kemudian, kami meneruskan kuliah berkenaan situasi membuat keputusan. Di dalam pembelajaran ini, terdapat tiga jenis situasi dalam membuat sesuatu keputusan. Pertama, situasi mudah. Contohnya, memilih pakaian. Saya merupakan seorang yang tidak cerewet dalam pemakaian. Cukuplah dengan selipar kesayangan saya. Apa-apa pun boleh dipakai. Cuma, saya amat sukar membuat pilihan jika hendak bersiar-siar ke tempat formal dan ke rumah terbuka.
1)   Nak pakai seluar jeans dengan t-shirt. Macam sempoi sangat pula.
2)   Baju kurung? Euwwwwwww. Nanti semua simple, aku pula over.
Kedua, situasi sederhana. Misalnya, membuat pilihan untuk ke kolej atau universiti. Hal ini berlaku kepada saya. Ketika itu, saya sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara di utara tanah air. Keluarga saya memberitahu yang saya telah mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Melaka iaitu kolej pilihan pertama saya. Setelah membuat persiapan dan saya sendiri dijadualkan keluar serta tamat latihan awal, saya mendapat kejutan. Tawaran untuk menyambung pelajaran di peringkat asasi di Universiti Malaya. Ini merupakan sesuatu yang tidak saya jangka langsung. Setelah timbang baik-buruk dan bertanya kepada mereka-mereka yang berkenaan, saya membuat keputusan untuk merasai kehidupan seorang mahasiswi di Universiti Malaya selama setahun.
Ketiga adalah situasi rumit. Seperti yang Dr. Zam terangkan. Antara contoh untuk situasi rumit adalah apabila seorang menteri ingin membina sebuah hospital. Untuk menjalankan projek ini, pelbagai aspek perlu diberi pemerhatian yang cukup cekap dan teliti. Jika tidak, rugi dan sia-sia sahajalah pelaburan yang kerajaan telah laburkan.
Seterusnya merupakan ciri-ciri dalam membuat keputusan.. Terdapat 4 isu utama dalam penyenaraian ini iaitu pertama, jenis keputusan bergantung kepada jenis masalah. Kedua, Tiada satu keputusan muktamad dalam menyelesaikan segala jenis masalah. Ketiga, pengumpulan maklumat secara tepat. Dan akhir sekali, punca masalah biasanya diluar kawalan si pembuat keputusan dan pentingnya sesebuah kreativiti agar kemelut masalah boleh ditangani dengan bijak.
Dalam membuat keputusan, ada dua jenis kategori iaitu Keputusan diprogramkan dan keputusan yang tidak diprogramkan.  Perbezaan antara keduanya bergantung kepada empat cirri utama iaitu  certainty, risk,uncertainty dan ambiguity.
Kuliah seterusnya akan disambungkan berkenaan bab 2. Kesimpulannya, saya berpuas hati denga kursus ini buat dua minggu pertama ini.:D
 
 
 

A131288 Nur Hasyimah Binti Zulkepli LJ02 Penulisan Pertamaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca setia dalam ruangan jurnal edisi kemahiran membuat keputusan(KMK) ini. Ini adalah jurnal pertama yang telah dikaryakan oleh saya. Harap semua pembaca sekalian setia membaca ruangan ini sehinggalah minggu kelima. Seperti yang kita sedia maklum, jurnal ini adalah hasil karya semua pelajar-pelajar yang mengambil khusus ZZZT2263. Persoalannya disini adakah kita tahu apa itu KMK ini.? Pada tanggal 12 september saya dengan rasminya telah menjadi pelajar tahun dua semester tiga di bumi tercinta UKM . Kelas KMK ini merupakan kelas kelima pada saya pada hari ini. Kelas bermula dengan perkenalan pensyarah saya iaitu Dr Ahmad Zamri Mansur. Beliau lebih dikenali sebagai Dr Zam. Pada hari pertama saya dikelas ini, saya sungguh menyukainya kerana mendapat pensyarah yang agak steady dan berfikiran terbuka. Cara percakapan Dr Zam juga sungguh teratur dan tidak kabur. Beliau memperkenalkan cara pembelajaran secara terbuka bukan hanya duduk dan mendengar. Oleh itu, kita semua boleh berkongsi idea. Berbalik kepada persoalan apakah itu kemahiran membuat keputusan, bagi saya maksud KMK itu ialah cara terbaik atau langkah sewajarnya yang perlu dibuat bagi memilih keputusan yang paling ideal dan muktamad. Ini adalah definisi dari fahaman saya. Bagi fahaman dalam khusus Kemahiran Membuat Keputusan pula ialah:
Definisi 1 : Tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternative dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan . –Messie- -1987-
Defines 2 : Aktiviti memulihan yang pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan   .  -Koontz & Damel- -1978-

Pengalaman saya tentang membuat keputusan. Saya ni merupakan seorang insan yang suka membuat keputusan secara terburu-buru. Itu saya tidak nafikan.  Pernah suatu ketika, saya membeli telefon bimbit. Perkara ini terjadi di perhentian R&R di lebuh raya. Oleh kerana telefon tu!! saya telah rugi,! dan membazir.! Saya hanya mendengar promater itu menjelaskan semua keistimewaan dalam telefon itu. Tapi orang cakap promoter ni memang mulut jer manis, sebab nak melakukan barang mereka. Seterusnya, saya yang lurus dan bendul ini percayalah cakap si promoter itu. Ingat mula-mula telefon itu adalah dari original set dan mepunyai perisian MP4, MP5, kamera 5MP, 3G, last2 hamprak pun tarak. Saya tertipu, telefon itu hanyalah barang dari china dan boleh dapat hanya RM2++ tapi saya beli RM 7++. Membazirkan? Oleh itu saya sarankan jika ingin membeli sesuatu lihat dari mana sumber barang itu dan jangan percaya dengan omong kosong penjual. Oleh itu bijak berfikir dalam membuat keputusan. Jangan jadi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Dari kisah ini kita boleh lihat beza antara keputusan dan pembuat keputusan. Keputusan ialah pemilihan yang dibuat contoh mengambil keputusan membeli telefon bimbit tadi. Manakala, Pembuat keputusan ialah proses membuat keputusan contoh saya hanya menanyakan prometer tidak membuat kajian terlebih dahulu,pada kisah ini saya kurang membuat proses membuat keputusan. Oleh sebab itu, saya salah dalam membuat keputusan.
Situasi membuat keputusan pula ada tiga iaitu, situasi mudah. Sederhana, dan rumit.   Situasi mudah merupakan situasi yang tidak memberi  kesan kepada kita. Contohnya. Nak pakai baju apa hari ni? Dalam hal ini, jika kita membuat pilihan memakai baju apa-apa sahaja ianya tetap tidak memberi  kesan pada diri kita. Situasi sederhana pula ialah situasi yang hanya member kesan sedikit pada kita. Contohnya, sama ada nak sambung belajar atau bekerja? Dalam hal ini pula, jika kita memilih untuk menyambung pelajaran ini akan member kesan pada masa depan kita. Situasi rumit pula ialah situasi yang member kesan yang besar dalam keputusan yang dibuat. Contohnya, nak pilih kampus cawangan mana? Dalam situasi ini, jika kita memilih untuk pilih cawangan jauh dari tempat tinggal, ini akan member kesan pada masalah kewangan, kerana tempat jauh memerlukan modal yang banyak.
Cuba anda fikir sebenarnya, membuat keputusan ni best dan mesti dalam minda anda mempertikaikan "nak buat keputusan pun perlu belajar ke?!" dan ini adalah jawapan saya. YES! Buat keputusan itu perlu belajar tak kiralah dari pengalaman ataupun pembelajaran dari kelas. Cuba anda renung-renungkan, "berapa banyak agaknya keputusan yang salah telah dibuat oleh kamu?!" hmmmmmm....banyak..! ok,saya anggarkan itu adalah jawapan kamu kan?! Jadi, tak kira anda bijak, kurang bijak atau terlalu bijak mesti akan ada yang keputusan yang dibuat salah, sebab kita bukanlah komputer yang telah diprogram. Oleh itu, jadilah manusia yang selalu ingin belajar dalam kehidupan mereka. Bersungguh-sungguhlah dalam membuat sesuatu, jangan jadi pak kaduk yang menuruti sahaja apa yang dikatakan.
Ini merupakan cirri-ciri membuat keputusan :
1)      Merupakan satu proses
2)      Pemilihan yang sengaja dan reflektif
3)      Mencipta sesuatu ketentuan dan pendapat
4)      Memerlukan penelitian dan pengetahuan yang mendalam
5)      Pemilihan pelbagai alternative
6)      Jenis keputusan bergantung pada jenis masalah
7)      Tidak ada satu keputusan yang muktamad dalam penyelesai segala jenis masalah
8)      Pengumpulan maklumat yang tepat
9)      Punca masalah biasanya di luar kawalan si pembuat keputusan
 
Apa yang menjadikan keputusan itu baik sebenarnya ialah pengalaman, kecekapan, ketepatan maklumat, dan analisa yang betul.  Melalui pengalaman kita boleh membuat keputusan yang bijak, contohnya, kita boleh memilih kaedah temubual dengan orang-orang yang berpengalaman. Contohnya jika kita ingin membeli kereta, kita boleh tanya pada ahli keluarga yang arif dalam pengalaman membeli kereta itu. Jadi ini akan mengurangkan hal negative selepas membeli kereta itu. Melalui kecekapan, pula kita perlu tekun dan terperinci dengan apa keputusan yang ingin dibuat jangan sambil lewa. Ketetapan maklumat juga penting kerana jika salah maklumat buruk padahnya. Dan jangan jadi seperti nasi sudah menjadi bubur . analisa yang betul juga harus dipraktikkan.
Oleh itu, kemahiran membuat keputusan ini penting, Bagi mengelak daripada melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Kita hanyalah manusia biasa yang selalu membuat salah dan silap. Sesungguhnya semua yang baik hanya datang dari ALLAH S.W.T. InsyaAllah dengan penulisan ini anda akan tertarik untuk mengikuti jurnal yang mendatang. Penulisan ini diakhiri dengan salam assalamualaikum dan dibawah merupakan sedikit pengenalan apa itu KMK... semoga anda yang membaca mendapat rahmatNYA. Amiin..........
 
 

tugasan jurnal

Catatan Reaksi

Kelas kemahiran membuat keputusan telah aku hadiri selama dua hari iaitu hari Isnin dan Selasa. Nyata, walaupun baru dua hari menghadiri kelas ini, ia telah memberikan impak yang besar kepada saya. Sebenarnya, kelas kemahiran membuat keputusan ini telah saya ambil dengan rela hati kerana merasakan bahawa kelas ini mungkin dapat membantu serba sedikit kepada saya dalam menyelesiakn masalah-masalah terutama dalam membuat keputusan dalam hidup saya. Kelas ini juga membantu saya dalam menyelesaikan masalah ketika berhadapan dalam situasi membuat keputusan yang sukar.
Bersama rakan sekolej khairul, saya telah menghadirkan diri ke kuliah pada hari ini iaitu hari pertama bagi minggu kedua pengkuliahan Pada hari Isnin kelas ini bermula seawal jam 8 pagi dan berjalan selama sejam. Pada hari itu Dr,zamri yang merupakan pensyarah kepada subjek ini telah menerangkan serba sedikit berkenaan kelas kemahiran membuat keputusan. Mengikut pemahaman saya, membuat keputusan ialah  memilih salah satu cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara dengan memikirkan baik dan buruk sesuatu cara tersebut. Dalam power point yang dipaparkan oleh Dr.zamri ada menyebut tentang pandangan tokoh mengenai pengertian membuat keputusan. Menurut pandangan Massie (1987) membuat keputusan bermaksud tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan manakala menurut Koontz dan Dannel (1978) pula bermaksud aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan.
Perkara seterusnya diterangkan oleh Dr.Zamri ialah maksud membuat keputusan. Salah satunya ialah keputusan yang diprogramkan dan tidak diprogramkn. Apa yang saya faham mengenai keputusan yang diprogramkan ialah sesuatu yang kerap berlaku dan panduan dibuat untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, seorang pelajar ingin mengadu tentang kerosakan pintu bilik di kolejnya tetapi pelajar itu tidak tahu untuk melaporkan masalah itu kepada siapa. Pelajar itu boleh merujuk kepada fello atau pengurus blok yang didudukinya. Keputusan yang tidak diprogramkan pula ialah sesuatu perkara yang jarang berlaku yang dan mempunyai kesan yang penting kepada organisasi. Hal sebegini pernah saya alam semasa mengambil pepriksaan muet 2 tahun lepas. Sewaktu sedang menduduki peperiksaan itu berlagu gangguan bekalan eletrik menyebabkan sistem audio gagal berfungsi. Ketua bagi pengawas peperiksaan telah mengambil keputusan untuk membacakan arahan pepriksaan tanpa mengunakan pembesar suara. Dr. Zamri juga menerangkan bahawa dalam membuat keputusan terdapat 4 elemen penting iaitu kepastian (certainty), risiko (risk), ketidakpastian (uncentainty) dan kekaburan (ambiguity). Kepastian adalah apabila semua maklumat dan suber yang diperlukan sudah sedia ada. Risiko pula mempunyai matlamat yang jelas dan maklumat yang bagus sudah sedia ada namun hasilnya bergantung pada keadaan. Manakala ketidakpastian adalah elemen membuat keputusan dan tahu matlamat yang ingin dicapai tetapi maklumat alternatif penyelesaian dan apa yang berlaku tidak lengkap. Oleh itu pembuat keputusan hendaklah memikirkan pendekatan yang kreatif dalam menyelesaikan masalah dan yang terakhir ialah elemen kekaburan dimana situasi paling sukar untuk membuat keputusan kerana matlamat dan masalah yang tidak jelas, alternatif penyelesaian sukar ditakrifkan dan maklumat tentang masalah tidak wujud.
Sebelumnya, Dr Zamri juga ada menerangkan mengenai 3 situasi membuat keputusan iaitu situasi mudah, sederhana dan rumit. Situasi mudah adalah dimana kita membuat keputusan yang biasa dan merupakan rutin harian kita seperti "Nak pakai baju apa hari ini?" atau "Nak makan apa hari ini?" dan sebagainya. Situasi sederhana pula ialah dimana situasi jika kita tersalah membuat pilihan ia akan merubah hidup kita dan mempunyai risiko yang agak tinggi sebagai contoh yang diberikan oleh Dr. Zamri ialah keputusan kita sama ada ingin bekerja atau ingin menyambung pelajaran. Saya juga pernah mengalami situasi sebegini iaitu sewaktu saya ingin membuat keputusan untuk menyambung pengajian saya di UKM. Sebelum menerima tawaran pengajian di UKM , saya telah ditawarkan pengajian di USM dalam bidang perngurusan sumber manusia. Namun saya telah menolaknya. Saya merasakn itu keputusan yang berani yang dan paling rumit pernah saya alami dalam hidup. Pada akhirnya saya telah merasakan bahawa keputusan untuk menolak tawaran di menyambung pengajian di USM adalah satu keputusan yang sangat salah dan ia sememangnya tealh memberikan impak kepada saya. Saya terpaksa menyambung pengajian saya di UKM dalam bidang yang tidak saya minat.  Bagi mengatasi masalah ini saya telah melayari laman sesawang yang menerangkan mengenai langkah mengatasi tekanan dalam berhadapan dengan tekanan.
Dr. Zamri juga telah memaparkan tayangan video berkenaan kemahiran membuat keputusan pada kuliahnya. Video itu menerangkan bagaimana seorang pegawai bank meluluskan pinjaman yang ingin dibuat oleh seorang wanita setelah mengetahui bahawa wanita itu seorang doktor tanpa menyelidik latar belakangnya. Menurut pemahaman saya, apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Zamri akan pentingnya suatu kemahiran dalam membuat keputusan bagi mengelakan seseorang individu berhadapan dengan risiko-risiko yang negatif di atas keputusanya.
Pada akhir kuliah dapat saya simpulkan bahawa kelas kemahiran membuat keputusan ini merupakan salah satu cabang usaha yang sesuai dalam mendidik mahasiswa dalam mennghadapi kehidupan terutamanya dalam membuat keputusan kerana sesuatau keputusan yang diambil itu akan memberikan impak kepada individu tersebut dan organisasinya.