Saturday, October 1, 2011

A133740 LJ02 Nurhidayah Binti Mohd Darunai ~ Model Membuat Keputusan

Semangat untuk meneruskan pembelajaran kemahiran membuat keputusan makin berlipat ganda walau jumlah pelajar semakin berkurang. Mungkin mereka merasa satu bebanan untuk membuat journal pada setiap minggu atau mereka ada sebab tersendiri. Pada mulanya saya pun berasa demikian tetapi setelah saya menghantar tugasan journal pertama saya tidak lagi merasakan ianya sebagai satu beban malahan saya pasti inilah masanya untuk saya kembali berjinak dalam penulisan setelah dua tahun meninggalkannya. Semagat itu makin berkobar-kobar dalam diri saya dan saya berharap akan terus kekal sampai bila-bila bukan hanya pade kursus ini sahaja tetapi untuk semua bidang.

Kali ini saya akan membawa anda sekalian mengetahui lebih lanjut berkenaan kemahiran membuat keputusan. Bukan hanya baju, rumah dan orang sahaja yang ada model tidak terkecuali juga dalam membuat keputusan kita ada model yang tersendiri. Dengar sahaja perkataan model saya terfikir perkataan yang sama erti dengannya iaitu contoh, panduan dan petunjuk. Setiap perkara dalam kehidupan kita mesti ada contoh barulah senang dan lebih mudah untuk kita meneruskan aktiviti apabila ada contohnya. Terdapat tiga model yang biasa diguna pakai dalam membuat keputusan iaitu model klasikal, pentadbiran dan politikal. Model tersebut digunakan berdasarkan jenis keputusan sama ada diprogramkan atau tidak diprogramkan dan mengikut ciri-ciri seperti tahap risiko, kekaburan dan ketidakpastian (hasil bacaan dalam nota tambahan Dr. Zamri).

Model Klasikal adalah satu proses rasional dimana pembuat keputusan memaksimumkan peluang mencapai objektif, menimbang semua alternatif, meneroka semua akibat seterusnya membuat keputusan yang terbaik. Bagi saya, model klasikal adalah model yang paling ideal sekali berbanding dengan model pentadbiran dan politikal yang kita akan melihat perbandingannya selepas ini. Hal ini demikian kerana model klasikal sangat meneliti setiap aspek dan membuat kajian yang teliti sebelum sesuatu keputusan yang tebaik itu dibuat. Saya boleh berikan satu contoh untuk tampak lebih jelas dengan apa yang dimaksudkan sebagai model klasikal. Sebuah syarikat pembinaan ingin membina satu bangunan yang dapat menarik perhatian pelancong. Maka dengan itu, syarikat tersebut mestilah mengkaji kesesuaian bangunan dengan tapak pembinaan. Selain itu, memastikan adakah tempat itu strategik dan akan menghasilkan keuntungan kepada kedua-dua pihak. Bahan binaan yang akan digunakan serta bentuk bangunan yang bagaimana akan menarik perhatian para pelancong kemudian disesuaikan pula dengan modal yang disediakan barulah keputusan dibuat setelah satu kajian teliti dilakukan. Ini bermaksud, model klasikal sangat penting terutamanya dalam organisasi ekonomi kerana segala perkara sudah dirancang dan amat berguna untuk keputusan yang bercirikan kepastian dan berisiko. Model klasikal dianggap sebagai "normatif", iaitu menyatakan bagaimana pembuat keputusan sepatutnya membuat keputusan. Ia lebih berdasarkan garis panduan yang diberi untuk keputusan yang lebih rasional.

Langkah membuat keputusan yang rasional iaitu pertama; mengenal pasti masalah, kedua; menjana penyelesaian yang bermaksud mencari pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah, ketiga; memilih satu yang terbaik dari pelbagai alternatif, keempat; melaksanakan penyelesaian yang telah dipilih dan terakhir iaitu menilai keputusan yang telah dibuat sama ada baik dan memberi kesan atau sebaliknya.

Walaubagaimanapun, kerasionalan dalam membuat keputusan adalah sukar dicapai dalam kehidupan manusia sebab manusia akan mengalami proses kerasional terbatas dalam membuat keputusan seperti yang ditulis oleh Herbert Simon merupakan seorang ahli teori membuat keputusan yang mendapat Hadiah Nobel pada tahun 1978.

 "The human being striving for rationality and restricted within the limits of his knowledge has developed some working procedures that partially overcome these difficulties. These procedures consist in assuming that he can isolate from the rest of the world a closed system containing a limited number of variables and a limited range of consequences."  

Terjemahannya: "manusia yang berusaha untuk rasional dan terhad dalam had pengetahuan beliau telah membuat beberapa prosedur kerja yang sebahagiannya mengatasi kesukaran. Prosedur ini terdiri dalam menganggap bahawa dia boleh mengasingkan dari seluruh dunia satu sistem tertutup yang mengandungi bilangan pemboleh ubah yang terhad dan pelbagai akibat yang terhad."

(sumber bacaan http://en.wikipedia.org/wiki/Herbert_Simon)

 Model seterusnya adalah model pentadbiran yang merupakan keputusan yang tidak diprogramkan hasil daripada kekaburan dan ketidakpastian. Terdapat dua konsep untuk membentuk model tersebut iaitu 'satisficing' dan rasional terbatas.  Satisficing bermaksud puas hati atau diertikan sebagai penyelesaian alternatif pertama yang memenuhi ciri-ciri minimum. Lawan bagi satisficing adalah 'maximising' yang amat dititikberatkan oleh Dr. Zamri dalam perkuliahan beliau. Saya berpendapat perkara ini amat ditekankan supaya para pelajar faham dan jelas tiada kekliruan yang berlaku untuk membezakan 'satisficing' dan 'maximising'. Comtoh bagi keadaan satisficing seperti budak A mahu membeli telefon bimbit yang berkamera. Dia pergi ke kedai telefon kemudian bertanya pada tuan kedai supaya menunjukkn telefon yang berkamera. Tanpa berfikir panjang dan melihat pilihan yang lain maka budak A tersebut terus sahaja membelinya. Kita masih menggunakan keadaan yang sama tapi situasi yang berbeza untuk perbandingan. Budak A mahu membeli telefon berkamera dan beliau melihat semua jenis telefon berkamera yang ada di  kedai tersebut. Setelah penelitian dilakukan barulah beliau membuat keputusan untuk membeli telefon yang mana satu dilakukan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa 'maximising' adalah satu keadaan di mana pembuat keputusan membuat pilihan yang terbaik setelah mendapat beberapa alternatif pilihan yang lain manakala satisficing keadaan membuat keputusan dengan maklumat, masa yang terhad dalam keadaan yang kompleks.  Rasional terbatas atau terikat pula adalah seperti yang telah dinyatakan oleh Herbert Simon.

 

Model pentadbiran adalah dianggap sebagai "deskriptif", iaitu yang menggambarkan bagaimana pengurus sebenarnya membuat keputusan dan bukannya bagaimana mereka sepatutnya lakukan. Model pentadbiran lebih realistik berbanding model klasikal. Contohnya, saya mahu ke kelas pada jam 8 pagi dan sepatutnya saya perlu menaiki bas jam 7.30 pagi. Tetapi saya telah terlepas bas jam 7.30 pagi dan bas seterusnya adalah pada pukul 8 pagi. Maka saya akan tiba 15 minit lewat dari waktu bermulanya kelas. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk menaiki teksi yang pada masa itu ada berhampiran saya dan saya akan tiba ke kelas tepat pada jam 8 pagi. Bermaksud, saya tidak berfikir panjang hanya menggunakan penyelesaian yang ada di depan mata asalkan saya tiba tepat jam 8 pagi.  

 

Model yang ketiga adalah model politikal yang hampir menyerupai persekitaran sebenar dimana kebanyakan pembuat keputusan beroperasi. Keputusan yang dibuat adalah rumit dan melibatkan  ramai orang, maklumat selalunya kabur, dan percanggahan dan konflik melibatkan masalah dan penyelesaian adalah mennjadi kebiasaan. Saya sendiri kurang jelas dengan model yang ketiga ini. Tapi bila berkaitan dengan poliitik mestilah sesuatu yang sinonim dengannya adalah pakatan atau sokongan  orang ramai dalam membuat sesuatu keputusan. Secara keseluruhannya, setiap model ada peranan dan kepentingannya tersendiri.

 "Membuat keputusan yang terbaik memerlukan daya fikiran yang kreatif dan kritis."   

A132948 NOR FARHANA BINTI IDRIS LJ02 SECOND JOURNAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara. Apa khabar rakan-rakan? Semoga kalian semua sihat dan sejahtera. Alhamdulillah syukur saya dapat menyiapkan jurnal yang kedua ini. Untuk jurnal kedua ini, saya akan membincangkan tentang pembelajaran kuliah untuk tajuk dua : Model-Model Membuat Keputusan. Terbahagi kepada tiga model iaitu, (1) Model Klasikal, (2) Model Pentadbiran, (3) Model Politikal.

            Sehubungan dengan itu, untuk memahami ketiga-ketiga model ini kita perlu mengetahui tentang apa itu rationaliti dan rationaliti terikat (bounded rationality). Pertama sekali rationaliti itu adalah kewarasan akal berfikir, kesedaran, fakta dan tidak mempunyai unsur mitos. Hasil pembelajaran kuliah, rationaliti yang dikaitkan adalah pengetahuan kesemua alternatif yang ada serta mengetahui kesan setiap alternatif yang diambil. Selain itu, mempunyai rujukan yang lengkap dan tersusun mengenai sesuatu perkara. Malah, dengan maklumat yang ada boleh dibandingkan untuk pilihan yang terbaik. Langkahnya seperti, mengenalpasti masalah, jangkakan penyelesaian, pilih alternatif terbaik, laksanakan penyelesaian, dan menilai keputusan. Dalam erti kata lain mengikut pandangan Ayn Rand, " The virtue of Rationality means the recognition and acceptance of reasons as one's only source of knowledge, one's only judge of values and one's only guide to action. …It means commitment to the principle that all of one's convictions, values, goals, desires and actions must be based on, derived from. Chosen and validated by a process of thought."

Seterusnya, bounded rationality adalah sudut pandangan Herbet Simon. Jadi mengikut apa yang dikatakan oleh Simon ialah pembuatan keputusan berdasarkan tiga perkara iaitu (1) pemerosesan maklumat yang terbatas, (2) penggunaan jalan pintas, (3) pengguanaan 'satisficing'. Bounded rationality ini dikaitkan dengan tanggapan yang terikat atau kekangan apabila membuat keputusan. Dikaitkan sama ada kekangan yang dihadapi itu merupakan masalah peribadi yang mengurangkan sifatt rationaliti dalam pembuatan keputusan.

Mengenai ciri yang dinyatakan diatas iaitu pemerosesan maklumat yang terbatas. Keputusan dibuat berdasarkan kepada jumlah batasan maklumat yang diperolehi. Tidak terdapat unsur ketepatan secara menyeluruh kerana maklumat yang lengkap tidak diperolehi. Jadi, ia menjadikan pembuat keputusan itu susah untuk mengenalpasti kesemua kesan dari alternatif yang ada dan membuat keputusan yang terbaik.

            Mengikut pandangan Simon yang kedua ialah penggunaan jalan pintas. Pembuat keputusan akan mengurangkan beban untuk memproses maklumat. Selalunya keputusan diambil berdasarkan pengalaman dan mencerminkan pengetahuan mereka tentang sesuatu perkara. Malangnya, jalan pintas selalunya membawa kepada keputusan yang berat sebelah.

            Yang ketiga pula ialah satisficing. Satu konsep yang memilih alternatif pertama dan tidak melihat kepada kesemua alternatif yang ada untuk mencari yang terbaik. Hanya sekadar memuaskan hati. Pembuat keputusan yang menggunakan satisficing adalah kerana mereka tidak mempunyai masa dan maklumat yang mencukupi serta kebolehan untuk menangani masalah yang kompleks. Malah, penyelesaian hanya memenuhi keperluan asas. Contohnya, pemilihan beras jika pembuat keputusan itu menggunakan kaedah satisficing, dia hanya pergi ke ruang beras di pasar raya dan mengambil satu diantaranya. Asalkan dia membeli beras.

            Seterusnya, saya ingin selitkan tentang maximizing. Satu konsep yang menerangkan tertentangan dengan stisficing. Si pembuat keputusan membuat pilihan yang paling terbaik. Melihat kepada semua alternatif yang ada, mengkaji dan membuat penetilian terhadap alternatif-alternatif yang ada dan kemudian baru keputusan dibuat. Contohnya, sambungan daripada pembelian beras tadi. Jika pembuat keputusan tadi menggunakan kaedah maximizing, dia akan membuat perbandingan harga beras, peratusan kehancuran beras, dan jenama. Mungkin juga, pemilihan yang paling terbaik jika beras yang dibeli menyumbangkan sedkit dari penjualan kepada orang-orang miskin. Jadi, sambil membeli sambil menderma.

            Maka, setelah memahami apa itu rationaliti dan bounded rationality, kita pergi pula kepada model pembuatan keputusan. Model yang pertama, Model Klasikal. Dikatakan klasikal kerana berkaitan dengan normatif iaitu menerangkan apa sepatutnya dilakukan oleh pembuat keputusan dan panduan diperlukan untuk mencapai keputusan. Oleh itu, keputusan dilakukan setelah mendapatkan persetujuan dari semua pihak dan bersertakan maklumat yang lengkap. Pembuat keputusan bersikap rational dan menngunakan logical ketika keputusan dicapai.  

Model pembuatan keputusan yang kedua ialah Model Pentadbiran. Dua konsep yang menjadikan ia dipanggil sebagai pentadbiran adalah kerana melibatkan (1) konsep Bounded Rationality dan (2) Satisficing. Ketika itu, pembuat keputusan berada di dalam keadaan sukar seperti tidak pasti (uncertainty) dan kabur (ambiguity).

Model yang terakhir, Model Politikal. Berguna untuk keputusan yang tidak diprogramkan atau yang tidak dirancang. Berlaku mirip dengan sebenar yang dihadapi oleh pembuat keputusan. Tiada persetujuan dari pihak lain dan konfliks dalam masalah dan jalan penyelesaian mungkin berlaku dan ia merupakan perkara yang biasa. Maka, satu keputusan yang hendak dicapai adalah rumit. Oleh itu, pakatan (coalition) iaitu pakatan yang tidak rasmi untuk individu yang mempunyai maklumat tertentu yang sama diperlukan dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Baiklah rakan-rakan sekalian. Sampai sini sajalah pengkosian saya pada kali ini. Diharapkan kita semua berjaya dengan cemerlang dengan kursus ini. Salam.

A132343 Noor Adibah Binti Mohd Khair LJ02 Pilihan Terbaik

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan kita. Bertemu lagi kita dalam pernulisan jurnalku yang kedua dalam minggu ketiga. Minggu ini Dr.Ahmad Zamri bin Mansor telah menerangkan kepada kami tajuk kedua dalam pembelajaran kursus kami iaitu model-model dalam membuat keputusan. Model-model ini berfungsi untuk memahami dan menerangkan sesuatu pekara dalam membuat keputusan. Ia juga merupakan satu tempat rujukan apabila kita perlu untuk membuat keputusan yang terbaik.
 
Menurut Dr. Zam sebelum kita memahami dan mendalami semua model-model membuat keputusan kita mesti memahami tiga perkara iaitu kerasionalan (rationality), kerasionalan terikat (bounded rationality) dan pendapat Herbert Simon iaitu seorang pakar membuat keputusan dan pemegang anugerah Nobel dalam bidang ekonomi atas penelitiannya tentang membuat keputusan pada bidang ekonomi. Pertama, bagi konsep kerasionalan (rationality), kita boleh andaikan bahawa pembuat keputusan mempunyai pengetahuan tentang setiap satu jalan penyelesaian, mengetahui sepenuhnya tentang kesan daripada pemilihan sesuatu alternatif dan dapat menilai kebaikan sesuatu alternatif itu berbanding alternatif lain.
 
Dr. Ahamad Zamri Mansor telah mengatakan bahawa antara langkah-langkah dalam membuat keputusan yang rasional ialah, pertama kita perlulah mengenal pasti masalah yang sedang kita hadapi (identify problem). Kedua adalah mencari jalan-jalan  penyelesaian yang mungkin boleh dilaksanakan (generate solutions). Langkah ketiga pula adalah memilih alternatif atau penyelesaian yang terbaik (select best solution). Seterusnya melaksanakan penyelesaian yang dipilih (implement solution) dan yang terakhir adalah menilai keputusan yang telah dilaksanakan (evaluate decision). Sebagai contoh, aku telah kenal pasti masalah yang aku hadapi di dalam kuliah matematik kewangan iaitu aku tidak dapat memahami apa yang telah diajar oleh pensyarah jadi aku telah mencari antara jalan penyelesaian yang mungkin aku boleh lakukan iaitu cuba untuk merujuk buku-buku  yang aku miliki dan buku-buku di perpustakaan, membuat temujanji bersama pensyarah untuk bertanyakan soalan dalam topik-topik yang aku tidak faham dan cuba untuk berbincang atau bertanya kepada senior atau rakan-rakan yang memahami topik tersebut. Alternatif terbaik yang aku pilih adalah membuat temujanji bersama pensyarah untuk bertanyakan soalan kerana seperti kita sedia maklum pensyarah lebih pakar dalam bidang tersebut. Setelah bertemu pensyarah, aku dapati itu merupakan keputusan yang terbaik kerana aku dapat lebih memahami topik tersebut.
 
Seterusnya, mengikut pendapat Herbert Simon andaian kerasionalan yang sempurna adalah bercanggah dengan fakta. Disebabkan pembuat keputusan tidak dapat mengikut prosedur yang rasional, Simon mengatakan membuat keputusan diklasifikasikan kepada tiga iaitu proses maklumat yang terbatas, penggunaan jalan pintas dan penggunaan 'satificing'. Proses membuat keputusan ini ditentukan oleh kerasionalan terikat (bounded rationality). Pada pendapat aku, kerasionalan terikat ini adalah apabila pembuat keputusan tidak dapat membuat keputusan dengan  betul-betul rasional ataupun apabila terdapat satu garisan yang tidak dapat dilangkau kerana terdapatnya beberapa halangan yang mengurangkan kerasionalan dalam membuat keputusan. Sebagai contoh keterbatasan akal, masalah yang terlalu komplek dan kabur, setakat mana maklumat yang ada, kewujudan maklumat ketika diperlukan, sejauh mana kritikalnya sesuatu keputusan dan tuntutan masa.
 
Pada kuliah minggu ketiga ini juga, Dr. Zam telah menerangakan kepada kami maksud 'satisficing' dan 'maximising'. Menurut Dr. Zam 'satisficing' adalah apabila kita membuat keputusan yang sekadar memuaskan hati (satisfice) kerana kita tidak mempunyai masa, maklumat atau kebolehan untuk menangani kerumitan jika ingin mengikuti proses yang rasional. Ia juga bermaksud memilih penyelesaian yang memenuhi keperluan minimum atau yang agak baik (good enough). 'Satisficing' menyelesaikan masalah yang memenuhi keperluan asas, bukannya bersifat optimal. Manakala 'maximizing' pula merupakan jalan atau cara yang terbaik dalam membuat keputusan. Ini kerana, secara 'maximizing' ini adalah apabila kita ingin membuat keputusan kita mencari seberapa banyak maklumat yang boleh, menyenaraikan pilihan-pilihan yang ada dan memilih yang terbaik antara semua pilihan-pilihan itu. Sebagai contoh, apabila kita ingin membeli komputer riba. Kita menyenaraikan semua ciri-ciri yang kita inginkan dan mencari semua maklumat yang diperlukan. Akhirnya, kita memilih yang terbaik antara semua pilihan-pilihan komputer riba yang ada dipasaran.
 
Selain itu, di dalam kuliah juga aku telah didedahkan dengan model-model membuat keputusan. Antara model-model tersebut ialah model klasik (classical model), model pentadbiran (administrative model) dan model politik (political model). Antara ciri-ciri model klasik ialah matlamat pembuat keputusan diketahui dan dipersetujui, pembuat keputusan berusaha mewujudkan keaadan kepastian dan mengumpulkan maklumat yang lengkap, kriteria dalam menilai alternatif diketahui dan pembuat keputusan bersifat rasional dan logik. Manakala model pentadbiran pula terbahagi kepada dua konsep iaitu kerasionalan terikat (bounded rationality) dan satisficing. Model ini digunakan apabila pembuat keputusan dalam situasi sukar seperti dalam keadaan ketidakpastian dan kabur. Seterusnya model politik  merupakan situasi yang biasa kita alami. Ia digunakan dalam membuat keputusan yang tidak diprogramkan. Dalam situasi ini untuk membuat keputusan sangat rumit. Pada mulanya aku tidak dapat membezakan model-model membuat keputusan ini tetapi diakhir kuliah Dr. Zam telah menunjukkan perbezaan ketiga-tiga model tersebut. Mengikut ringkasan yang diberikan, matlamat dan masalah mengikut model klasik (C) adalah jelas, manakala model pentadbiran (A) adalah kabur dan seterusnya model politk (P) adalah pelbagai dan bercanggah. Pilihan dibuat pula secara rasional bagi C, sekadar memenuhi syarat bagi A dan bagi P secara rundingan dan tawar menawar. Seterusnya perbezaan hasil yang diterima bagi ketiga-tiga model ini ialah C adalah maximizing, A adalah satisficing manakala P rumit untuk dicapai.
 
Kesimpulannya, aku sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai kuliah minggu ini. Model-model yang diterangkan mesti sangat berguna dan menolong aku dalam membuat keputusan. Sekian, terima kasih.

A135394 Fauzan Lazimah Zulkifli LJ02 salah faham daa...

Assalamualaikum, salama sejahtera dan salam satu Malaysia… Kini tiba la pula giliran bagi penulisan untuk kali ke 2.. terfikir juga apa yang nak ditulis, maklumla bukan ada blog pon sebelum ni..  tak tahu la nak mula dari mana.. minggu ni belajar tentang model membuat keputusan, ada tiga, cara ingat guna kaedah akromin dia adalah C.A.P… Dalam panjang-panjang kuliah tu ada satu perkara yang aku sangat tertarik Prof Zam kata, kalau kita sebagai seorang ketua kita perlu nyatakan arahan atau ayat kita tu dengan perkataan yang mudah difahami dan tidak akan menimbulkan salah faham dalam kalangan orang bawahan atau pendengar… Contohnya, okay nanti jumpa tempat biasa.. Tempat biasa adalah kata umum, ia boleh menggambarkan di mana sahaja.. Pada pendapat aku, banyak jer ayat-ayat yang digunakan mampu menimbulkan persoalan dan salah faham… antaranya,
a)      Arahan  polis kepada penjahat:
Kami polis!!! Jangan bergerak,angkat tangan.. (entah yang mana satu. Macam mana nak angkat tangan tapi tak bergerak)
b)      Penjual kepada pembeli:
Beli la dik.. RM80 sehelai, beli dua kak bagi RM75.. (murah sangat la tu, tapi yang dia maksudkan sehelai RM75 bukan dua helai RM75)
c)      Seorang lelaki kepada Pak Imam:
Tok,, tolong saya tok… Saya sesat.. (sesat disini ialah  tak jumpa jalan atau mungkin juga ajaran sesat… so confius )
d)     Iklan jawatan kosong yang dialih bahasa.
Penjual wanita diperlukan.. (asal dia sales girl wanted.. dah terjemah jadi nak orang yang jual wanita la pulak..)
Tapi contoh-contoh yang aku bagi tu bukan dalam lingkungan organisasi pun (dan aku pun tak pasti betul ke tak).. pastu adala contoh yang prof bagi tentang perjanjian antara Inggeris dan sultan melayu, berlaku salah faham dalam memahami isi kandungan perjanjian yang menyebabkan tanah melayu dijajah.. masa aku belajar undang-undang kontrak dulu pun Encik Yazid ada bagi tahu, kena baca dan faham betul-betul dulu apa kontrak tu nak, pastu fikir betul ke kontrak tu dah berbentuk win-win, jangan main tanda tangan jer.. Merana diri sendiri nanti…
Hari ni seronok sangat dapat markah bonus.. hehhe… nak tau kenapa dapat markah bonus? Sebab kumpulan kitorang dapat mengeluarkan idea yang bernas dalam kerja berkumpulan…. Cceeewwwaaaahhh cayalah..contoh yang kitorang bagi tu adalah untuk model classical.. dimana seorang perdana menteri telah menepati ciri-ciri model ini di dalam membuat keputusan bagi membentangkan bajet pada tahun yang berkenaan.. mula-mula beliau perlu mengarahkan badan-badan yang berkenaan menjalankan kaji selidik mengenai taraf hidup masyarakat, contohnya badan kebajikan masyarakat ker, atau agensi yang berkaitan dengan badan berkenaan.. kemudian dari hasil soal selidik tu beliau akan membandingkan dana atau peruntukan yang dimiliki oleh Negara dengan jumlah yang sewajarnya diagihkan kepada setiap kementerian.. Mula-mula tu tak yakin jugak dengan jawapan ni, tapi kalau tak cuba mana nak tahu betul ker tidak.. kan.. kan.. kan..
Okay la, sini aku cuba kecilkan sikit skop dari Negara tu kepada organisasi bagi sesuatu majlis atau even.. Kalau ada majlis besar-besar kan kena ada organisasi yang akan uruskan tentang ni supaya majlis tu berjalan lancar dan tip top… lepas semua pengarah bentang berapa peruntukan yang diperlukan untuk menjalankan tugasnya, ketua pengarah akan mengagihkan peruntukan-peruntukan yang disediakan disamping mengimbangkannya dengan sumbangan yang akan diperolehi sepanjang kerja-kerja kearah menyiapkan majlis berkenaan… amacam okay tak contoh ni…
Setakat ni jer la kot… dah tak tahu apa nak tulis… InsyaAllah nanti kalau ada kesempatan lain kita jumpa lagi dalam penulisan yang lain pula.. sebelum berakhir ni nak kongsi sikit kata-kata dari St Ignatius Of Loyola – teach us to Give not to Count the Cost..
Terima kasih sebab sudi baca… wassalamualaikum…

A131288 Nur Hasyimah Binti Zulkepli LJ02 Model Membuat Keputusan

Assalamualaikum,dan salam sejahtediucapkan kepada semua pembaca setia jurnal kemahiran membuatkeputusan. Alhamdullilah selesai sudah  sesi pengkuliahan untuk minggu yang sangat sibuk bagi diriku. Saya mengucapkan tahniah bagi semua rakan-rakan kelas kerana kusyuk dan terasa terhibur setiap kali dalam sesi penhkuliahan kemahiran membuat keputusan dijalankan. Saya melihat makin ramai yang berani tampil menyuarakan pendapat yang rasional dalam perbincangan sesuatu tajuk subjek kemahiran membuat keputusan ini. Saya sejujurnya berasa gembira setiap kali memasuki kelas KMK ini, kerana pelajar-pelajar nya sungguh open mided , bersemangat dan bersatu padu. Tahniah juga kepada Dr.zam kerana Berjaya mewujudkan kelas yang suasananya sangat tenang dan menghiburkan. Seperti kata ini, i talk, U talk.. hehe.
 Sesi kali ini saya telah mempelajari  model-model membuat keputusan. Dalam model-model membuat keputusan kita perlu tekankan kepada tiga model ini, iaitu (CAP):
i)Model klasikal (classical model) -C-
ii)model pentadbiran( administrative modal) -A-
iii)model political (political model)-P-
                Sebelum saya menerangkan apa itu, model-model membuat keputusan ini,  lebih baik saya bercerita tentang satisficing dan maximizing. Ok,senang cerita,  satiscing kalau kita terjemahkan dalam bahasa melayu ialah puas hati, manakala maximizing dalam bahasa melayu ialah secara keseluruhan atau maksimum. Dari sini saja kita dah mula faham apa itu satisficing dan maximizing. Secara terperincinya satisfizing ialah penyelesaian yang memenuhi keperluan minimum atau agak baik, dan hanya ikut hati atau memuaskan hati.  Defnisi lain pula ialah membuat criteria terlebih dahulu , dan tidak memilih yang terbaik,hanya sekadar ikut hati. Situasi yang menggambarkan satisficing ialah, contohnya, saya telah membuat keputusan yang saya ingin membeli handphone yang mempunyai fungsi ada kamera, MP3, video call dan GPS. Setiba di sebuah kedai, saya mencari handphone yang telah saya spesifikasi kan tadi, dan saya menanya jurujual, dan terus membeli handphone yang telah di spesikasikan tadi, dan terus membelinya. Ini adalah contoh satisficing, membeli sesuatu yang telah dispesikasikan tanpa mencari barang yang lebih sempurna. Seterusnya, maximizing pula ialah membuat keputusan dengan penuh ketelitian dan memilih sesuatu yang terbaik. Situasi yang menggambarkan apa itu maximizing ialah, saya ingin membeli handphone yang mempunyai fungsi ada kamera, MP3, video call dan GPS. Setibanya di kedai, saya menanyakan yang saya ingin membeli handphone ini, dan menanyakan juga handphone yang lebih baik dari yang telah di spesifikasikan tadi. Jurujual terus member yang terbaik dari yang dispesifikasikan. Dan saya seterusnya bersetuju memilih handphone yang dicadangkan oleh jurujual. Maka saya dapat handphone yang terbaik. Contoh ini, kita boleh lihat yang maximizing ialah memilih yang terbaik dari yang telah di spesifikasikan.
               
Berbalik kepada tajuk model-model membaut keptusan tadi. Model pertama yang ingin saya terangkan ialah model klasikal. Definisi model klasikal ialah keputusan yang logical untuk tingkatkan ekonomi organisasi. Contoh situasi yang melibatkan model klasikal ialah contohnya kita ingin membuat sebuah bangunan tinggi, jadi kia perlu cari budget berapa nilai bangunan yang ingin dibuat, nak cari tapak membuat bangunan, kekangan yang ada apabila telah dibuat bangunan tinggi dan mencari siapa pakar dalam membuat bangunan tinggi yang menelan kos yang banyak. Contoh lain pula ialah perebutan pulau maulupina antra Negara argentina dan Britain. Perebutan pulau maulupina antara dua Negara ini telah lama. Jika dilihat dalam sudut rasionalnya, sudah pasti yang memenangi perebutan ini ialah argentina. Tetapi, dek kerana Britain merupakan Negara yang besar dan telah menyelidik dan membuat penyiasatan yang mendalam tentang pulau ini, maka, akhirnya Negara Britain telah memnangi untuk memiliki pulau maulupina ini. Maka dengan ini, sumber yang banyak diperoleh boleh membuatkan keputusan itu berubah menjadi sangat klasikal.
Model kedua ialah model pentadbian. Model ini mempunyai dua konsep iaitu kerasional terikat dan satisficing. Kerasional erikat ialah terdapat had dan kekangan sejauh mana seseorang boleh bertindak secara rasional manakala setisficing saya telah terangkan pada perenggan yang diatas. Model ini lebih kepada maklumat keputusan adlah kabur,bercanggah dan tidak sampai pada peringkat persetujuan dan persetujuan yang rasional tidak selalu digunakan.model  ini lebih kepada satisficing.contoh situasi ialah, contohnya saya ingin membeli kamera yang mepunyai video sekali dan jenama Olympus,dan saya terus pergi kedai kamera tanpa menanyakan yang lebih baik, saya terus membeli kamera yang mempunyai fungsi dan jenama Olympus itu. Manakala , model political ialah model yang tidak pasti, kabur dan bercanggah. Contoh situasi, kerajaan Malaysia ingin membuat jambatan antara singapura dan Malaysia, maka rundingan dan perbincangan perlu diambil antara dua pihak. Perkara ini mungkin sukar untuk dilaksanakan, melibatkab banyak kos, dan jika menjalankan projek akan membebankan kepada masalah kewangan Negara.
Akhir kata, dalam tajuk model-model membuat keputusan pada minggu ke tiga ini sukar untuk difahami, saya juga kadang-kadang kabur antara ketiga-tiga model yang ada ini. insyaAllah, dengan perbincangan dan pembacaan yang berulang kali akan memudahkan saya untuk memahami tajuk ini. Sekian.

A135317 SITI FADILAH BINTI MOHD NOR

A135317  SITI FADILAH BINTI MOHD NOR
MODEL-MODEL YANG TERDAPAT DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN
 

 
Bismillahhirahmanirahim...syukur alhamdulillah kepada allah,dengan izinya aku dapat teruskan tugasan aku buat kali kedua .Tugasan jurnal untuk minggu kedua ini,aku ingin menjelaskan tentang kefahaman aku mengenai model-model yang terdapat dalam membuat keputusan seperti mana yang diberitahu oleh pensyarah kita pada minggu ini.
Model membuat keputusan terbahagi kepada tiga kategori,yang mana setiap daripadanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.Seperti kita juga sebagai manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam menjalani hidup.Antara model-model yang aku ingin perkatakan adalah model klasikal,model pentadbiran dan juga model politikel.Apa yang aku ingin nyatakan disini bukanlah semata-mata untuk bercakap mengenai model-model ini saja,tetapi aku juga ingin menambahkan perkara-perkara lain yang mana aku fikir penting untuk kita membuat pilihan yang bijak dalam menentukan pilihan yang terbaik.
Terlebih dahulu aku ingin menyatakan tentang kefahaman aku dalam kemahiran membuat keputusan,untuk minggu ini.Hal ini kerana  ada juga sesetengah perkara yang menyerabutkan kepala aku ,.kerana pada pendapat Herbert Simon andaian tentang kerasionalan yang sempurna adalah bercanggah dengan fakta yang sebenar.Bagi pendapat aku, setakat yang aku faham buat masa kini,sememangnya andaian itu adalah rekaan semata-mata yang hanya diterima oleh akal ,sebab jika ianya berdasarkan fakta sememangnya ianya bukan dianggap sebagai andaian lagi.Tetapi jika ianya betul-betul fakta,andaian yang dibuat walaupun dianggap rasional tetapi ianya tetap dianggap sebagai andaian kerana tidak ada bukti yang kukuh,walaupun ianya diterima sebagai rasional bagi akal manusia.Walaubagaimanapun aku tetap boleh terima pendapat yang dinyatakan oleh Herbert Simon tentang andaian kerasionalan yang sempurna adalah bercanggah dengan fakta.
Sebelum aku jelaskan apa yang diperkatakan dalam tiga model yang aku nyatakan tadi,aku ingin menyatakan dalam kefahaman aku dahulu tentang beberapa perkara,iaitu yang pertama mengenai satisficing.Yang mana ,ianya adalah perkara yang tidak banyak memerlukan pemikiran kerana ianya hanyalah membuat sesuatu keputusan berdasarkan memuaskan hati tanpa berfikir panjang.Tetapi bagi aku,aku tidak suka mengambil langkah ini sebagai panduan hidup aku,kerana ianya boleh memakan diri sendiri.Hal ini kerana jika kita mengikut apa sahaja yang memuaskan hati sahaja ianya mungkin akan memberi kesan disebalik apa yang kita buat.Seperti yang selalu orang katakan membuat keputusan secara membabi buta,yang bermaksud membuat keputusan tanpa berfikir banyak.
Sebagai contoh untuk satisficing ,seorang ibu yang ingin membeli sayur-sayuran di pasar untuk dimasak ,tetapi ianya membuat keputusan tanpa berfikir panjang,iaitu dengan menggambil sahaja sayuran yang berdekatan denganya,tanpa menilai kesegaran sayuran tersebut,apa sayuran yang ingin dimasak ,dan tanpa membandingkan harga sayuran tersebut.Hal ini kerana ianya hanyalah sekadar memuaskan hati,iaitu ingin memasak sayuran tanpa memilih jenis sayuran yang berkhasiat dan segar.
Bagi kefahaman aku tentang mexsimaizing,ianya adalah yang bentuk membuat keputusan yang bijak,hal ini kerana maxsimaizing adalah satu langkah yang mana membantu kita membuat keputusan yang bijak ,iaitu ianya banyak membuat pilihan,memilih apa yang terbaik ,bertanya pendapat dalam membuat keputusan dan tahu apa yang diperlukan.Sebagai contoh,seorang bapa yang ingin membeli sebuah basikal kepada anaknya yang baru sahaja mencapai kejayaan dalam pelajaran,dan ianya ingin menghadiahkan anaknya sebuah basikal,tetapi bapa ini menggunakan maxsimaizing untuk memilih basikal bagi anaknya,iaitu memilih jenis basikal yang sesuai dengan anaknya,memilih warna yang sesuai,menilai ketahanan sesebuah basikal yang ingin dibeli.
OK,sekarang aku nak nyatakan apa yang aku faham mengenai tiga model,yang aku katakan pada awal-awal tadi,sebelum aku melalut mengenai perkara lain.Pertama adalah model klasikal,yang mana pada pemahaman aku,pembuat keputuan ingin mencari punca sesuatu masalah dengan jelas,maka ianya akan menggambil langkah iaitu dengan cara mengumpul maklumat yang dirasakanya berkaitan dengan apa yang diingini,malah matlamat pembuat keputusan juga haruslah bersifat rasional dan logik,agar matlamat yang ingin dicapai oleh pembuat keputusan dipersetujui dan diketahuai oleh mereka yang terlibat.Normatif dalam model klasikal ini adalah untuk menerangkan apa sepatutnya yang dilakukan oleh pembuat keputusan oleh hal yang demikian maka,panduan diperlukan untuk mencapai keputusan.Aku suka mengambil pepatah yang menyatakan,dimana ada kemahuan disitu ada jalan,yang bermaksud,jika kita berhasrat untuk mendapatkan apa yang kita nak,kita akan pasti peroleh cara untuk mendapatkanya.
Sebagai contoh,seperti dalam jurnal pertama aku dulu,yang mana aku ingin mencapai dua perkara dalam masa serentak tanpa ada perasaan putus asa. Aku ingin tunaikan hasrat ibubapa aku supaya menbantu ahli keluarga aku,dan juga mendapatkan lelaki yang aku sayangi.Dengan itu,aku harus faham permasalahan yang aku hadapi,dan mencari maklumat macam mana aku ingin memperoleh kedua-dua benda yang aku inginkan ,dan langkah-langkah yang perlu akau ambil supaya kedua-dua benda yang aku inginkan itu menjadi milik aku,dan dipersetujui oleh  kedua-dua pihak yang aku sayangi itu.
Baiklah,seterusnya aku nak bagitau mengenai model pentadbiran,yang mana program yang tidak diprogramkan dibuat.Pada pandangan aku,model yang kedua ini ,janganlah kita amalkan selalu,melainkan kita berada dalam keadaan terdesak.Hal ini kerana menerusi model pentadbiran ini, permasalahan yang timbul dibuat tanpa ada perancangan yang teliti,dan ianya amat berisiko,terutama dalam membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan hidup.Sebagai contoh,aku suka pada lelaki yang memang aku sayangi,tetapi apabila aku terdesak untuk melupakanya atas permintaan perempuan lain yang turut sayang padanya, ,aku membuat keputusan dengan menerima lelaki lain dalam hidup aku,tanpa berfikir panjang.Padahal aku tidak begitu pasti adakah aku akan bahagia dengan lelaki yang aku pilih,sedangkan aku menyayangi lelaki lain.Jadi apa yang aku nak kaitkan dengan model ini adalah,model pentadbiran ini mempunyai kerasionalan yang terikat,yang mana ada had dan kekangan sejauh mana seseorang yang mengalami masalah boleh bertindak secara rasional.
Keadaan model kedua ini,iaitu pentadbiran mempunyai banyak kecelaruan dalam membuat keputusan,kerana jika ada masalah,ianya kabur terhadap permasaalahan yang dihadapi.Malah ianya tidak ada kepastian dalam keadaan yang dihadapi,maklumat yang diinginkan terbatas,malah sesuatu perkara yang dibuat adalah sekadar memenuhi syarat sahaja,dan apa yang dibuat adalah dengan membuat keputusan sekadar memuaskan hati dan alakadar sahaja.
 
Bagi model yang terakhir yang aku ingin katakan disini adalah,model politikal yang mana bagi model ini ianya mirip kepada keadaan yang sebenar,apa yang sering berlaku.Pada pandangan aku,model ini adalah model yang  dirancang tetapi keadaan yang dirancang tidak semestinya berlaku seperti dengan apa yang dirancangn.Bagi mereka yang mengalami keadaan ini,keputusan yang akan dibuat oleh mereka amatlah rumit,kerana kadang kala terdapat pencanggahan pendapat,tetapi semua ini adalah normal dalam model membuat keputusan politikal.Perkara ini dapat  dilihat,jika kita bandingkan ketiga-tiga model yang aku nyatakan.Kerana bagi model politikal ini,apabila mempunyai masalah dan matlamat,ianya akan mempunyai banyak pilihan dan percanggahan.Malah bila untuk mendapatkan maklumat,ianya akan berada dalam keadaan kekaburan dan juga keadaan yang bercanggah dalam menghadapi sesuatu keadaan,keadaan yang sering berlaku apabila ingin membuat pilihan,ianya suka membuat rundingan dan juga tawar-menawar .Jadi hasil yang akan dicapai oleh model politikal ini ialah rumit untuk dicapai.
Setakat ini sahajalah dapat aku kongsikan,tentang pemahaman yang aku faham dalam ketiga-tiga model ini.Apa-apapun jika pemaham aku ini salah,sila jelaskan ok kawan-kawan.assalamualaikum...bye.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, September 30, 2011

A134167 Nor Adinah Mohamad Ali LJ02 Model KMK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kembali kita dijurnal KMK saya yang kedua. Alhamdulillah kerana saya dapat terus menghadirkan diri ke kuliah KMK pada minggu ketiga ini. Pada minggu ini, kami membincangkan topik Model-Model Membuat Keputusan.
Sebelum memulakan kuliah, apakah yang anda faham tentang fungsi model? Model adalah untuk memahami sesuatu perkara dan untuk menerangkan sesuatu perkara. Model-model membuat keputusan terbahagi.
i)                 Model Klasikal
ii)                Model Pentadbiran
iii)               Model Politikal

Tetapi, sebelum memahami model membuat keputusan, kita harus memahami konsep kerasionalan, kerasionalan terikat dan pendapat Herbert Simon. Apa yang dapat saya fikirkan daripada perkataan 'rasional' ialah sedar, munasabah, fakta, logic dan waras. Tapi lain pula pabila kami bincangkan tentang kefahaman rasional ini. Dalam konsep kerasionalan, pembuat keputusan harus ada pengetahuan tentang setiap satu jalan penyelesaian, mengetahui sepenuhnya tentang kesan daripada pemilihan sesuatu alternative dan pembuat keputusan jugan harus dapat menilai kebaikan dalam sesuatu alternative.  Bagaimana cara untuk membuat langkah yang rasional? Kita perlu mengenalpasti masalah, menjanakan penyelesaian, memilih alternative yang terbaik dan seterusnya melaksanakan penyelesaian tersebut berdasarkan alternative yang dipilih.

Bagaimana pula dengan pendapat Herbert Simon dalam membuat keputusan. Tapi siapakah Herbert Simon itu? Herbert Simon alah seorang pakar yang buat kajian tentang membuat keputusan. Menurut Herbert Simon, " Andaian tentang kerasionalan yang sempurna adalah bercanggah dengan fakta sebenar."  Daripada kata-kata itu, dapatlah kita simpulkan bahawa, Herbert Simon telah menjelaskan ciri-ciri membuat keputusan. Antaranya
i)                 Pemerosesan maklumat yang terbatas – sebagai contoh dalam pemilihan ahlijawatankuasa untuk persatuan
ii)                Guna jalan pintas – kurangkan beban untuk proses maklumat
-        Cerminkan pengetahuan daripada pengalaman lepas
-        Membawa kepada keputusan yang berat sebelah/'bias'
iii)               'satisficing'
-        Kita tak punyai masa, maklumat dan kebolehan untuk menangani kerumitan jika ikuti proses yang rasional.
-        Pilih penyelesaian yang penuhi keperluan minimum atau yang agak baik
-        Selesaikan masalah yang penuhi keperluan asa, bukannya bersifat optimal.
-        Contohnya :: pembelian telefon bimbit. tanpa memikir panjang atau banyak soalan pada penjual telefon bimbit, kita berkeputusan untuk membeli telefon tersebut.

Menurut Herbert Simon juga, proses membuat keputusan ditentukan oleh 'bounded rationality' atau kerasionalan terikat.Bounded rationality mewakili tanggapan bahawa pembuat keputusan dihalang oleh pelbagai kekangan apabila membuat keputusan. Kekangan ini termasuk mana-mana cirri peribadi atau alam sekitar yang mengurangkan membuat keputusan yang rasional. contohnya, keterbatasan akal pembuat keputusan, masalah yang terlalu kompleks dan kabur, setakat mana maklumat yang ada, kewujudan maklumat pada ketika diperlukan.

Pemilihan model membuat keputusan adalah bergantung kepada kehendak pembuat keputusan. Sama ada keputusan itu adalah diprogram atau bukan deprogram. Dan sejauh mana keputusan itu adalah dicirikan oleh risiko, ketidakpastian atau kekaburan seperti yang telah kita pelajari di dalam topik 1 minggu lepas.

Seperti yang telah kita ketahui, model-model membuat keputusan terbahagi kepada tiga iaitu model klasikal, model pentadbiran dan model political. Model klasikal ialah berdasarkan keputusan yang logical untuk meningkatkan ekonomi organisasi. Andaian-andaian yang ada dalam model klasikal ini ialah matlamat pembuat keputusan adalah diketahui dan dipersetujui. Pembuat keputusan juga berusaha untuk mewujudkan keadaan kepastian dengan kumpul maklumat yang lengkap. kriteria dalam menilai alternative diketahui dan pembuat keputusan harus bersifat rasional dan logical.  Antara contoh-contoh yang telah diberikan oleh kawan-kawan saya ialah pembentangan bajet dan membuat bangunan. Untuk lebih memahami konsep model klasikal ini, kita mengandaikan jika seseorang ingin membina bangunan. Sebelum mendirikan bangunan, kita haruslah mendapatkan maklumat dahulu tentang tempat bangunan yang ingin dirikan, keadaan struktur tanah. Adakah struktur tanah itu baik untuk pembangunan atau tidak. Banyak lagi maklumat yang perlu kita perolehi dalam proses ingin membina bangunan baru. Dr Zamri juga ada beri contoh tentang kisah Perang Malvinas antara Argentina dan United Kingdom.

Beralih pula, pada model pentadbiran. Model ini adalah menerangkan bagaimana keputusan yang tak diprogramkan dibuat berdasarkan ketidakpastian dan kekaburan. Konsep penting dalam model ini ialah kerasionalan terikat ( terdapat terhad dan kekangan sejauh mana seseorang boleh bertindak) dan satisficing ( alternative pertama yang penuhi keperluan minima dipilih). Di dalam model ini, pembuat keputusan dalam situasi sukar kerana matlamat keputusan adalah kabur dan bercanggah. Prosedur yang rasional juga tak selalu digunakan dan pencarian alternative yang terbatas. Oleh yang demikian, pembuat keputusan menggunakan 'satisficing' dan bukannya 'maximizing'. Intuisi ini juga digunakan berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui. Untuk contoh ini, Dr Zamri telah menerangkan tentang konsep permulaan hari yang baru. Bagi kerajaan Uthmaniyah, permulaan hari baru bermula selepas waktu maghrib tapi berlainan pula bagi kerajaan turki yang menetapkan bahawa hari baru bermula pada pukul 12 tengah malam seperti yang kita alami sekarang ini.

Bagaimana pula dengan model political? Adakah ianya berkaitan dengan aktiviti politik? Model political adalah hamper serupa dengan situasi sebenar. Model ini amat berguna untuk membuat keputusan yang tak diprogramkan. Hal ini telah membuatkan keputusan yang dibuat adalah rumit dan ianya normal apabila berlakunya percanggahan pendapat.

Sebelum membincangkan kesemua model ini, saya agak keliru dan tertanya-tanya apakah perbezaan antara ketiga-tiga model ini. Dan sekarang saya dapat membezakannya. Masalah dan matlamat model klasikal adalah jelas, tapi untuk model pentadbiran ianya adalah kabur. Begitu juga political, matlamat dan masalahnya adalah pelbagai dan bercanggah. Keadaan dalam model klasikal dan pentadbiran masing-masing mempunyai kepastian dan ketidakpastian. Keadaan dalam model political, keadaan adalah tidak pasti dan juga kabur. Maklumat klasikal adalah lengkap, pentadbiran adalah terbatas dan dalam model political adalah kabur dan bercanggah. Dalam model klasikal, pilihan dibuat secara rasional, berbeza pula dengan model pentadbiran. Pilihan dibuat sekadar memenuhi syarat. Begitu juga dengan model political, pilihan dibuat secara rundingan dan tawar-menawar dan hasil adalah rumit untuk dicapai. Hasil dalam model klasikal adalah maximizing dan dalam pentadbiran adalah hasil satisficing.

Akhir kata untuk jurnal kali ini, dalam situasi membuat keputusan kita tidak seharusnya mempunyai sifat terburu-buru, kita harus bersikap rasional. Kita membuat keputusan bukan hanya sekadar ingin memuaskan hati kita tapi me'maximizing'kan diri kita. Sekian, salam membuat keputusan.

A132173,Siti Salwa Borhan LJ02 Macam Mane ni..?
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kita bertemu lagi dalam ruangan jurnal KMK. Apa khabar sahabat-sahabat semua? Semoga sihat-sihat belaka. Alhamdulillah,aku baru sahaja sembuh dari demam dan mengharapkan agar Allah memberi kesihatan kepadaku  dan dipermudahkan segala urusan sehingga akhir semestar ini. Minggu lepas  telah berlangsung Pesta Konvo di Dataran Gemilang bersempena dengan Majlis Konvokesyen ke-39. Pelbagai aktiviti menarik diadakan dan pelbagai gerai jualan turut disediakan yang menjual pelbagai jenis barangan,minuman, produk kesihatan dan banyak lagi sehingga rambang mataku untuk membeli-belah di sana,susah betul nak membuat keputusan. Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan maka aku pergi sekejap sahaja.

Baiklah,tanpa perlu memanjangkan cerita aku ingin menceritakan apa yang patut diceritakan pada ruangan ini.minggu lepas aku belajar tentang definisi membuat keputusan dan pada minggu ini aku belajar  mengenai model-model dalam membuat keputusan.model-model ini adalah bertujuan bagi menerangkan dan memudahkan sesuatu perkara. Sebelum itu Dr. Zamri meminta semua pelajar memberikan contoh bagi satisficing  dan maximising. Satificing bermaksud membuat keputusan yang memadai atau penerokaan yang singkat. Contoh yang boleh aku berikan ialah Ali ingin membeli sebuah televisyen. Setibanya Ali di kedai elektronik  dia ternampak sebuah televisyen  jenama tersebut dan terus membelinya.bagi contoh maximizing pula ialah Hasan Ingin membeli sebuah televisyen 42 inci.setibanya Hasan di kedai dia ternampak televisyen yang ingi dimiliki tetapi dia ingin televisyen yang mempunyai pelbagai fungsi seperti skrin LCD,berjenama antarabangsa dan sebagainya.

Dalam mempelajari model-model membuat keputusan  terdapat tiga jenis model iaitu Model Klasikal (Classical Model) ,Model Pentadbiran( Administration Model) dan Model Politikal (Political Model). Bagi memudahkan mengingati ketiga-tiga model tersebut hanya perlu mengingati huruf CAP. Untuk memahami model-model ini kita mesti memahami tentang kerasionalan dan kerasionalan terikat. Rasional bermaksud membuat sesuatu perkara berdasarkan akal,munasabah,logik dan boleh diterima akal. Andaian terhadap kerasionalan pembuat keputusan ialah mempunyai pengetahuan tentang setiap sesuatu jalan penyelesaian. Selain itu pembuat keputusan pelu mengetahui sepenuhnya tentang kesan daripada pemilihan sesuatu alternatif dan dapat menilai kebaikan sesuatu alternatif berbanding dengan alternatif yang lain. Manakala proses membuat keputusan ditentukan oleh kerasionalan yang terikat. Namun Herbert Simon,seorang ahli sains politik Amerika dan merupakan pengasas domain saintifik yang penting pada hari ini termasuklah membuat keputusan memberi pendapat bahawa sesuatu keputusan tidak berpandukan rasional dan pembuat keputusan manusia bercirikan kepada maklumat yang terbatas,penggunaan jalan pintas dan penggunaan satisficing. Pendapat beliau bercanggah dengan cara membuat keputusan yang sedia ada.

  Baiklah,seperti yang disebutkan di atas ada tiga model membuat keputusan. Yang pertama ialah Model Klasikal iaitu membuat keputusan yang logikal untuk tingkatkan ekonomi  organisasi. Contoh yang berkaitan dengan model ini ialah peristiwa perebutan kepulauan Falkland di antara Negara Argentina dengan United Kingdompada tahun 1982. Peristiwa ini bermula apabila  junta kerajaan tentera yang menguasai Argentina, yang diketuai oleh Presiden Jeneral Leopoldo Giltieri, ingin mengekalkan kuasanya  apabila Argentina mengalami krisis ekonomi. Jeneral Galtieri telah melancarkan perang terhadap tentera British untuk merebut Kepulauan Falklands terdiri yang daripada dua pulau besar dan banyak pulau kecil di Lautan Atlantik Selatan timur Argentina, yang hak miliknya telah lama menjadi pertikaian. Walaubagaimana pun British berjaya menawan kepulauan tersebut melalui strategi yang mereka buat iaitu melancarkan (task force) tentera laut untuk menangani tentera laut dan tentera udara  Argentina, dan menghantar Royal Merines di lapangan. Melalui peristiwa ini dapat diringkaskan bahawa  British telah menggunakan Model Klasikal iaitu membuat keputusan membuat strategi bagi menghalang kerajaan mereka diperangi oleh Argentina dan ia telah memberi keselamatan dan keuntungan kepada kerajaan Britain (Maklumat ini diambil dari Wikipedia). Model Klasikal merupakan normatif iaitu  sesuatu yang ideal atau munasabah. Ia juga bermaksud menerangkan apa yang sepatunya dilakukan oleh pembuat keputusan.
Seterusnya ialah Model Pentadbiran iaitu keputusan yang dibuat dalam kekaburan yakni malumat yang ada pada pembuat keputuasan adalah kabur,bercanggah dan tidak mencapai peringkat persetujuan. Contoh bagi model ini ialah Abu ingin membeli sebuah telefon bimbit yang mempunyai kamera. Apbila Abu pergi ke kedai telefon bimbit dia ternampak telefon bimbit yang ingin dimiliki dan terus membelinya. Model yang ketiga ialah Model politikal iaitu keputusan yang ketidakpastian,kekaburan,dan bercanggah. Dalam membuat pilihan hendaklah melalui perundingan dan tawar-menawar dan hasil dari membuat pilihan begitu  rumit untuk dicapai. Contohnya,kerajaan ingin membina sebuah jambatan menghubungkan Malaysia dengan Indonesia. Perbincangan dan rundingan perlu diadakan bagi mendapatkan persetujuan,bajet pembinaan,risiko,dan pelbagai lagi perkara dari kedua-dua pihak iaitu kerajaan Malaysia dan  kerajaan Indonesia. Perkara seperti ini sememangnya begitu rumit untuk dicapai kerana kerajaan memerlukan perbelanjaan yang besar dan jika dijalankan akan memberi masalah kepada kewangan Negara.

Secara kesuluruhannya,apabila aku belajar tentang model-model membuat keputusan ini sangat susah untuk difahami dan aku perlu membacanya berulang kali dan  mencari maklumat melalui pelbagai sumber seperti internet,buku dan sebagainya. Aku dapat merasakan kuliah pada minggu hadapan bertambah sukar untuk difahami.. Walaubagaima pun aku tetap ingin meneruskan perjuangan memahirkan diri dalam membuat keputusan…
Sekian….semoga bertemu lagi pada minggu hadapan,Insyallah….   

A134479 Nur Nadeeya Binti Muhamad Khair LJ02 Model-Model Keputusan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.  Sekarang kita sudahpun berada pada minggu ketiga pembelajaran. Saya dan rakan-rakan yang lain telahpun menjalani tiga minggu pembelajaran di dalam kursus Kemahiran Membuat Keputusan. Ini merupakan jurnal saya untuk kali kedua. Banyak perkara baru yang telah saya pelajari pada minggu ini. Sebelum itu, ingin saya nyatakan tajuk jurnal saya yang kedua iaitu, "Model-Model Keputusan".

Seperti yang sedia maklum, tajuk kedua ialah Model – Model Dalam Membuat Keputusan. Apakah fungsi model dalam membuat keputusan? Fungsi – fungsi model adalah untuk memahami sesuatu perkara atau menerangkan sesuatu perkara.

Model – model membuat keputusan secara maklumnya dibahagikan kepada tiga iaitu model klasikal, model pentadbiran dan model politik. Untuk memahami setiap model – model ini dengan jelasnya kita seharusnya memahami apa itu rasionaliti, kerasionalan terikat dan pendapat Herbert Simon terlebih dahulu.

Apa yang dimaksudkan dengan memahami tentang rasionaliti ialah seseorang seharusnya ada pengetahuan tentang setiap satu jalan penyelesaian, sedar akan tentang kesan daripada pemilihan sesuatu alternatif selain dapat mengenal atau menilai kebaikan setiap satu alternatif yang ada. Mengikut kefahaman saya, pembuat keputusan perlu memikirkan baik dan buruk setiap satu pilihan yang ada selain mengambil tahu akan kesan – kesan yang mungkin berlaku jika keputusan di buat. Oleh itu, keputusan dapat dibuat dengan tepat dan jitu.

Langkah – langkah dalam membuat keputusan berdasarkan rasionaliti. Yang pertamanya ialah kenal pasti masalah yang di hadapi terlebih dahulu. Keduanya, senaraikan beberapa jalan penyelesaian yang munasabah dan bersesuaian dengan masalah seterusnya ialah langkah ketiga, memilih alternatif terbaik. Langkah keempat pula laksanakan penyelesaian dan akhir sekali menilai keputusan yang dibuat.

Berbalik kepada model – model dalam membuat keputusan , model klasikal dimaksudkan dengan keputusan yang logikal untuk tingkatkan ekonomi organisasi. Andaian yang dibuat ialah matlamat pembuatan keputusan diketahui dan dipersetujui. Pembuat keputusan berusaha wujudkan keadaan kepastian dengan maklumat lengkap. Setiap kriteria dalam menilai alternatif diketahui dan pembuat keputusan bersifat rasional dan logikal. Normatif dalam model klasikal dapat di maksudkan dengan menerangkan apa sepatutnya dilakukan oleh pembuat keputusan, oleh itu panduan diperlukan untuk capai keputusan.

Model pentadbiran pula, bagaimana keputusan yang tidak di programkan di buat. Kencenderungan model ini untuk berlaku apabila seseorang berada dalam keadaan kerasionalan terikat dimana terdapat had dan kekangan dalam bertindak rasional. Selain berada dalam keadaan 'satisficing' iaitu alternatif pertama yang memenuhi keperluan minima di pilih. Matlamat dalam membuat keputusan adalah kabur, bercanggah dan tidak sampai pada peringkat persetujuan. Prosedur rasional jarang digunakan.

Bagi model terakhir pula ialah model politik. Kebanyakkan situasi sebenar berada dalam model ini. Model ini berguna untuk membuat keputusan yang tidak di programkan. Kebiasaanya keputusan yang ingin di buat adalah rumit. Manakala percanggahan antara satu sama lain adalah normal.

Perbandingan antara ketiga-tiga model ini dapat saya nyatakan dalam masalah dan matlamat ialah, bagi model klasikal adalah jelas namun untuk model pentadbiran adalah kabur dan bagi model politik adalah pelbagai dan bercanggah. Ia berlaku dalam keadaan pasti bagi model klasikal dan tidak pasti bagi model pentadbiran dan politik. Maklumat tentang permasalahan bagi model klasikal adalah lengkap. Bagi model pentadbiran adalah terbatas dan model politik adalah kabur dan bercanggah. Cara keputusan dibuat juga berbeza bagi ketiga-tiga model ini di mana model klasikal membuat keputusan dengan rasional manakala model pentadbiran hanyalah sekadar memenuhi syarat dan model politik melalui rundingan yang di buat secara beramai-ramai. Hasil keputusan bagi setiap model juga berlainan di mana model klasikal mendapat hasil yang 'maximising', model pentadbiran, sekadar 'satisficing' dan rumit untuk dicapai bagi model politik.

Menurut kefahaman saya tentang pembelajaran pada minggu ini, membuat keputusan harus dilakukan serasioanal yang mungkin untuk mendapat hasil yang 'maximising'. Cara seseorang dalam menghadapi masalah dan cara menanganinya berbeza dan dapat dikelaskan mengikut model klasikal, model pentadbiran dan model pentadbiran yang mana selama ini saya tidak tahu wujudnya model – model ini dalam membuat keputusan. Harapnya kelas seterusnya dapat membentuk saya menjadi seorang pembuat keputusan yang rasionalnya.