Saturday, October 22, 2011

A131288 Nur Hasyimah Binti Zulkepli LJO5 Penulisan Terakhir Tentang Personaliti

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan pada semua pembaca jurnal kemahiran membuat keputusan ini. Syukur alhamdulilah tamat sudah pembelanjaran kita pada minggu yang keenam ini, dan jurnal LJ05 ini merupakan jurnal yang terakhir yanga kan dijurnalkan oleh saya. Saya bersyukur kerana dapat juga saya menyiapkan semua tugasan jurnal ini dengan jayanya. Walaupun pada masa minggu pertama masuk ke kelas KMK terasa sukarnya untuk membuat esei ini. Syukur alhamdullilah. Selepas ini kerja khusus pula menyusul....jeng3~

Minggu keenam kuliah saya telah pempelajari tajuk personality dan emosi. Personaliti ialah corak dalam pemikiran , perasaan dan perlakuan yang membentuk diri individu tersebut. personaliti yang ditekankan yang paling penting, bahagian-bahagian yang paling ketara adalah kehidupan psikologi individu. personaliti yang ditekankan ialah  sama ada seseorang itu gembira atau sedih, bertenaga atau acuh tak acuh, pintar atau membosankan. Personality juga berkait rapat dengan tindak tanduk seseorang yang ingin menzahirkan cirri-ciri kawalan emosi dan pemikiran. Kadang-kadang personality memainkan peranan penting dari sudut luaran kerana dari sudut itu manampakkan karektar diri. Tetapi bagi saya, kadang-kadang faktor luaran saja tidak cukup untuk menyimpulkan personality seseorang.

Personaliti, semua manusia di dunia ni ada personality masing-masing. Jadi sebagai manusia kita perlu mengetahui apakah personality kita. Tipu, jika kita katakana kita tidak mempunyai personality. Jadi saya rasa tajuk kali ini sangat menarik hati saya untuk mempelajarinya, kerana saya suka mengaitkan sesuatu kejadian atau apa-apa  sahaja dalam personality diri masing-masing. Contohnya daripada warna kesukaan kita juga boleh tahu apa personality seseoarang dan daripada makna tarikh lahir kelahiran juga kita boleh tahu makna personality seseorang. Jadi kesimpulannya, jangan lari dari mempunyai personality itu, kerana itulah diri kita. Dan jika personality itu tidak baik tentang diri kita, tak salah jika kita ingin memperbaikinya. Dan perkara itu jadi salah jika kita berpura menjadi personality diri orang lain, keran itu akan menjadi tidak selesa dalam urusan seharian dan orang sekeliling juga tidak menyukainya.

Pada kuliah hari selasa hari itu, saya telah menjawab 4 soalan yang perlu dijawab bagi jawapan menentukan personality masing-masing mengikut MBTI (Myers-Briggs Type Indicator) yang telah diperkenalkan pada tahun 1920-an. Soalan pertama berkaitan dengan cara social kita, iaitu interaction atau interaksi. Soalan ini terbahagi antara dua iaitu extrovert(E) dan introvert(I). Extrovert bererti orang yang suka bergaul atau mudah mesra. Maka orang yang extrovert lebih gemar berkawan dan boleh berkerja dalam kumpulan dengan mesranya kerana orang jenis ini bersifat terbuka, dan jika mereka duduk berseorangan mereka akan merasa tertekan atau tidak selesa. Orang yang introvert pula lebih gemar bekerja dibelakang tabir, kerana tidak suka bergaul. Buat kerja sendiri. Dan orang yang introvert ini enggan untuk merubah keputusan untuk memenuhi permintaan atau hasutan orang luar dan berpendirian.

Soalan kedua pula ialah berkaitan dengan keutamaan dalam mengurus data. Jawapan kepada persoalan terbahagi antara dua iaitu Sensing(S) dan Intuitive(N). Sensing ialah seseorang yang sangat memberi tumpuan kepada mencapai sasaran yang nyata. Dan orang yang sensing ini, mengikut arahan yang tepat dan berasa terdorong melakukan tindakan sesuatu untuk faedah serta-merta. Dan orang yang intuitive ini ialah mebri tumpuan kepada mencapai sasaran yang nyata sahaja dan hanya mengikut garis panduan sahaja.

Soalan ketiga pula ialah tentang keutamaan untuk membuat keputusan. Jawapan perlu pilih antara dua iaitu Feeling(F) dan juga Thinking(T). Jika memilih jawapan F anda merupakan seseorang yang sangat mengutamakan kebaikan bersama dan mengelakkan konflik. Bagi mereka yang memilih Feeling mereka menganggap konflik ialah sangat berbahaya. Manakala bagi yang memilih Thinking, seseorang itu membuat keputusan dengan mengikut fakta kerana boleh mengurangkan risiko jika berlaku apa-apa.mebuat keputusan juga tidak mengikut perasaan dan mengambil fakta sebagai backup.

Soalan keempat pula ialah berkaitan dengan decision making, atau bagaimana kita membuat keputusan. Jawapan terbahagi antara dua iaitu Perceptive (P) dan Judgemental(J). Bagi orang yang memilih perceptive mereka ialah golongan yang suka membuat kerja secara last minit. Dan membuat kerja secara tidak teratur, dan tidak sukakan arahan. Manakala judgemental ialah orang yang lebih kepada kearah kehidupan secara teratur, dan membuat kerja dengan satu persatu. Dan mengikut time.

Kesimpulannya, kita perlu mempunyai personality kerana ia mencerminkan diri kita, dan kadang personality juga berkaitan dengan emosi kita. Jika anda ingin lagi melihat personality anda melalui aspek gambar yang disukai anda boleh pergi ke laman youtube di alamat , http://youtu.be/gSciBbataPA . saya cuba untuk mendownloadnya, tetapi sangat sukar kerana masalah internet jarring yang sangat perlahan.

Alhamdullilah tamat jua penulisan jurnal dalam masa enam minggu ini..  

A133026 SAADATUN NISA ABDUL JAMAL LJO5 PERSONALITIKU?

Assalamualaikum w.b.t….
 Bersyukur ke  hadrat Illahi kerana memberi aku ilham untuk menyiapkan penulisan jurnal yang ke-5 dan merupakan penulisan jurnal yang terakhir. Tajuk kuliah pada minggu ke-6 ini ialah personality.  Sebelum melangkah lebih jauh suka aku menjelaskan definisi personaliti. Personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. Personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang  yang ingin menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran.Personaliti memainkan peranan penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karakter diri.
  Bagi aku topik pada minggu ini sangat menarik dan terasa lebih dekat dengan diri kita kerana sememangnya setiap manusia ada personaliti masing-masing yang tersendiri. Kuliah pada hari Isnin itu,kami diberi 4 soalan yang perlu dijawab untuk menentukan personaliti masing-masing mengikut MBTI  (Myers-Briggs Type Indicator) yang diperkenalkan pada 1920-an. Soalan pertama ialah orang lain dalam hidup aku. Bagi aku sangat penting dan aku sangat memerlukan orang sentiasa di sisi aku. Ini menunjukkan personaliti aku jenis extrovert iaitu rasa tertekan bila tidak dapat berjumpa dengan orang lain. Aku sangat tidak suka bersendirian. Oleh kerana sikap aku sebegitu aku mudah mesra dengan orang lain walaupun baru berkenalan. Kerana bagi aku orang di sekeliling penting untuk aku berkongsi segala macam masalah,cerita atau apa sahaja. Lawan kepada extrovert ialah introvert yang maksudnya berlawanan sahaja.
  Soalan kedua pula ialah apa yang anda fikir tentang cawan kertas yang ditayangkan di slaid. Aku hanya mampu melihat fungsi cawan itu saja sebagai bahan yang digunakan untuk minum, corak yang cantik dan abstrak, dan menjimatkan masa kerana tidak perlu dibasuh dan terus boleh buang terutama ketika sesuatu majlis diadakan.  Aku hanya menggunakan 5 deria sahaja untuk mentafsir gambar tersebut.  Ini digelar personaliti jenis sensing.Berbanding terdapat beberapa orang rakan lain yang melihat cawan itu dengan maksud yang tersendiri. Mereka menggunakan deria ke-6. Ada yang memandang cawan itu sebagai kehidupan kita. Jika kita tidak manfaatkan hidup ini maka kosonglah hidup ini seperti cawan kertas kosong yang ditayangkan. Begitu sekali pandangan mereka. Personaliti ini jenis intuitive.
    Soalan ketiga,apa yang anda pentingkan apabila membuat keputusan. Bagi aku,apabila aku membuat sesuatu keputusan itu,aku akan berfikir mengikut fakta kerana boleh mengurangkan risiko. Aku akan berfikir secara rasional dan tidak mengikut emosi semata-mata serta logik. Bagi aku dalam membuat keputusan,konflik sangat perlu dan dianggap perkara biasa kerana kita boleh melihat idea yang pelbagai dari sudut yang berbeza. Personaliti ini jenis thinking. Berlawanan pula dengan personaliti jenis feeling yang lebih mementingkan kepada nilai atau perhubungan. Personaliti jenis feeling sangat mengutamakan kebaikan bersama dan mengelakkan konflik. Kerana pada mereka konflik adalah racun dan sangat berbahaya.
   Soalan keempat mengenai bagaimana anda menguruskan tugas atau kehidupan seharian anda.  Secara jujurnya aku adalah orang yang jenis buat kerja mengikut mood atau situasi. Aku memang tidak ada jadual atau apa-apa perancangan aktiviti yang ingin dibuat. Kerana bagi aku jadual akan menyebabkan hidup aku seperti dikongkong. Aku tidak menggemari terikat seperti itu. Aku sukakan kebebasan. Tetapi tidak bermakna aku seorang gadis yang sosial.  Aku suka membuat kerja di saat-saat akhir. Ketika itulah idea sepeti mencurah-curah ke ladang gandum.hehe…dan aku membuat 2 3 kerja serentak. Belum siap yang ini aku sudah buat yang itu. Akhirnya apa-apa pun x siap.hehehe.. personaliti ini jenis perceiving.  Bagi personaliti yang berlawanan dengan perceiving ialah judging. Orang yang berpersonaliti ini banyak membuat perancangan. Fokus pada tindakan yang berbentuk tugas,buat secara berperingkat dan berterusan.  Mereka memegang kata-kata sepeti "if you fail to plan,you plan to fail". Sungguh bagus kan personaliti judging. Aku pun berubah lah. Nak jadi macam tu jugak.
       Kuliah pada hari Selasa pula kami perlu membentuk kumpulan berdasarkan nombor akhir pada kad matrik pelajar. Kami perlu menjawab soalan-soalan mengenai karakter personaliti. Selesai menjawab soalan tersebut kami perlu berpecah dan membina kumpulan baru mengikut kod tertentu. Hasil yang aku dapat ialah ESTP (extrovert,sensing,thinking,perceiving). Kodnya ialah the doers. Tetapi tidak ada pun orang yang sama dengan kod aku.  Terdapat juga 2 rakan lain yang tidak berkongsi kod dengan orang lain iaitu Hidayah (INTP) dan Faizul (ENFJ). Jadi kami perlu bergabung dan membentuk satu kumpulan. Dr.Zamri meminta untuk kami mencari beberapa persamaan dan perbezaan karakter. Seterusnya membentangkan di dalam kelas. Kuliah pada minggu ke-6 pun selesai. Kami beredar dari dewan kuliah 3B 301.
   Sekian saja penulisan aku untuk yang terakhir ini. Panjang jugak aku mengarang kali ni. Semangat.hehehe. Kerana bagi aku topik ini sangat menarik. Semoga kita semua tahu personaliti kita sepertimana. Jika ada personaliti yang perlu diubah segerakanlah. Belum terlambat untuk kita menjadi lebih baik. Sekian,terima kasih. Assalamualaikum w.b.t… semoga kita semua cemerlang untuk kursus U2 kemahiran membuat keputusan. Bye…tata…

A133086 SITI HALIJAH ROSLI LJ05 JURNAL TERAKHIR KU..

Assalamualaikum…hari ini genapla jurnal ku yang terakhir tentang sesi pembelajaranku dalam kelas kemahiran membuat keputusan. Kali ini aku didedahkan dengan personaliti  dan emosi.Dari ilmu ini ,aku mempelajari di mana diri kita boleh dikategorikan mengikut huruf-huruf tertentu . personaliti adalah  definisi ringkas mengenai peribadi yang memepunyai  ciri-ciri pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang membuatkan seseorang itu menjadi unik.  Personaliti mempunyai empat perspektif iaitu dari segi psikoanalitik, sifat , humanistik dan kognitif sosial.
Psikoanalitik merupakan  bentuk motivasi diri yang berlaku dalam keadaan tidak sedar. Sifat pula dinyatakan sebagai definisi khusus keperibadian, humanistik pula adalah kapasiti dalaman kepada pertumbuhan dan manakala kognitif sosial pula adalah pengaruh terhadap persekitaran. Seterusnya aku didedahkan pula dengan teori  MBTI atau Myers-briggs type indicator yang diasaskan oleh carl jung.jung  melahirkan  kepercayaan  bahawa  manusia  dilahirkan  dengan  kecenderungan  untuk pilihan  personaliti  tertentu, sama  seperti  mereka  yang  dilahirkan   dengan  kecenderungan kepada  tangan kanan atau kiri. Briggs telah mencipta 16 jenis karakter berdasarkn huruf untuk mengenal pasti tingkahlaku manusia. Ia terdapat empat huruf utama kecuali iNtuisi yang menggunakan N untuk menggantikan introrvert yang menggunakan vokal 'I' .Contoh kombinasi huruf ini adalah misalnya ESTJ yang merujuk kepada extrovert,sensing,thinking dan juga judging.
Briggs telah membahagikannya kepada empat petunjuk iaitu jenis interaksi sosial yang mempengaruhi introvert atau extrovert. Cara untuk mengaplikasikan maklumat pula dipengaruhi oleh sensing dan intuitif, cara membuat keputusan pula diklasifikasikan kepada  feeling dan juga thinking. Dan yang terakhir pula adalah jenis keputusan yang dilakukan sama ada bersifat perspectif atau judgmental. Aku menjalankan uijian ini untuk mengenali diri dan personaliti diriku berdasarkan huruf-huruf tersebut dan ternyata aku merupakan seseorang yang berpersonaliti ENTP atau ekstrovert,intuisi ,thinking(berfikir) dan juga percieving
Ini bererti dalam hidupku,jenis interaksi sosial yang berlaku dalam hidupku adalah bersifat ekstrovert di mana aku merupakan seseorang yang memerlukan orang lain dalam hidupku. Misalnya aku mungkin akan tertekan jika aku beersendirian kerana setiap perkara yang aku lakukan,aku memerlukan dorongan mereka yang berada disisiku. Ini menyebabkan aku mudah mendapat kawan baru meskipun di mana sahaja aku berada. Dari segi  mengaplikasikan maklumat pula aku termasuk dalam kalangan individu yang bersifat intuitif atau berfikiran melebihi deria atau di panggil sixth sense. Dalam hal ini, aku mempunyai pemikiran masa panjang yang merujuk kepada masa depanku. Aku suka berfikir sesuatu perkara yang baru dan biasanya menganggap sesuatu perkara atau benda yang dilihat sebagai sesuatu yang bermakna. Misalnya jika aku melihat sebuah cawan,aku akan melihatnya bukan sebagai cawan misalnya sebagai hati yang tersimpan seribu kemanisan.
Dari segi membuat keputusan pula aku biasanya merupakan seseorang yang suka berfikir sebelum membuat keputusan. Aku akan mencari logiknya dahulu bagi setiap keputusan yang aku lakukan agar keputusan tersebut adalah yang terbaik. Aku akan mengakaji lebih kepada fakta dan analisis kritikal. Aku akan menerima konflik sebagai natural. Dan seterusnya dari segi jenis keputusan yang dilakukan aku lebih bersifat percieving di mana aku lebih kepada bersifat fleksible. Aku tidak membahagikan masaku untuk melakukan sesuatu kerja kerana bagiku itu hanyalah akan membebankan diriku.
Aku tidak menyangka melalui pembelajaran ku pada setiap minggu telah membuatkan aku mengetahui pelbagai perkara. Dari segi pembuatan keputusan ,mungkin aku mampu membuat keputusan dengan cara yang lebih baik selepas ini kerana telah banyak perkara telah ku pelajari untuk memapstikan keputusan yang dilakukan adalah yang terbaik. Misalnya,kita tidak boleh melihat sesuatu sebagai sesuatu perkara biasa kerana mungkin ada maksud yang lebih abstrak yang tersembunyi di sebaliknya.

A134527 Mohd Amirul Shafiq Bin Shafiee LJO5 Ujian Personaliti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Telah masuk minggu keenam  perkuliahan dan ini merupakan jurnal pembelajaran kelima yang ditulis. Ini juga adalah jurnal pembelajaran terakhir untuk kursus ini.
           
Untuk minggu ini, topik yang dibincangkan agak menarik. Topik minggu ini adalah Personaliti Dan Emosi. Sebelum itu, apakah itu personaliti? Personaliti adalah corak dalam pemikiran, perasaan dan perlakuan yang membentuk diri individu tersebut. Personaliti seseorang  dapat dilihat menggunakan Myers-Briggs Type Indicator(MBTI).  MBTI adalah satu kaedah untuk mengkaji personaliti seseorang yang diilhamkan oleh seorang pakar psikiatri yang berasal dari Switzerland iaitu Carl G. Jung.  Carl G. Jung  berpendapat bahawa tingkahlaku manusia adalah bukannya rawak, malah boleh dijangka dan boleh dikelaskan. Pada masa yang sama Katherine Briggs telah membangunkan kaedah pengkelasan personaliti dan meneruskan kajian-kajian Carl G. Jung. Anak perempuan Katherine, Isabel turut terlibat dalam kajian tersebut untuk  mengkaji perbezaan antara individu dengan individu lain selama dua puluh tahun. Akhirnya, pada tahun 1942, Isabel  telah membangunkan satu kaedah soal selidik yang dapat mengkaji  personaliti yang juga dikenali sebagai MBTI.
            
MBTI mengkelaskan personaliti manusia kepada 16 kumpulan yang mana setiap kumpulan merupakan kombinasi daripada 4 jenis kriteria. Kriteria-kriteria tersebut adalah jenis interaksi sosial, keutamaan kaedah dalam mengumpul maklumat, keutamaan dalam membuat keputusan dan gaya dalam membuat keputusan. Dalam kuliah minggu lalu, Dr Zamri telah meminta  kami menjawab beberapa soalan dan jawapan soalan-soalan tersebut menjurus kepada personaliti kami.  Selepas menjawab soalan-soalan tersebut, saya tergolong dalam kumpulan personaliti ISFJ.
            
Apa itu ISFJ? Seperti yang dinyatakan secara ringkas sebelum ini, kumpulan personaliti terdiri daripada kombinasi 4 kriteria. Kriteria tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

         1. Jenis interaksi sosial - Extrovert(I) atau Introvert(E
         2. Keutamaan dalam pengumpulan data - Sensing(S) atau Intuitive(N)
         3. Keutamaan dalam membuat keputusan - Feeling(F) atau Thinking(T)
         4. Gaya membuat keputusan - Perceiving(P) atau Judging(J)
 
            Untuk kriteria pertama, seseorang yang bersifat 'introvert' lebih selesa untuk bersendirian, bekerja di belakang tabir, dan agak susah untuk mengubahsuai keputusan untuk memenuhi kehendak luar. Manakala seseorang yang bersifat extrovert pula selesa untuk mengambil tugas yang terdedah dengan persekitaran yang luas dan bersedia untuk mengubah keputusan untuk memenuhi kehendak luar. Untuk kriteria yang kedua, dalam pengumpulan data, individu yang bersifat 'sensing' mengumpul data dengan menggunakan 5 deria yang ada manakala individu yang bersifat 'intuitive' pula menggunakan 5 deria tersebut dan naluri dalam mengumpul data. Contohnya dalam kuliah yang lalu, Dr  Zamri telah menayangkan gambar sebuah cawan kertas dan meminta kami untuk menghuraikan gambar tersebut. Individu yang bersifat 'sensing' akan menggambarkan cawan tersebut berdasarkan ciri-ciri fizikal yang terdapat pada gambar cawan tersebut contohnya warna, bentuk dan corak yang terdapat pada cawan tersebut. Namun ada di antara kami yang dapat menghuraikan cawan tersebut dengan lebih mendalam dan menjadikan cawan tersebut sebagi satu elemen personifikasi. Individu sebegini mempunyai ciri 'intuitive' dalam mengumpul data.
           
Seterusnya, untuk kriteria yang ketiga, individu yang bersifat 'feeling' akan membuat keputusan demi kebaikan semua pihak. Individu yang bersifat sebegini akan menggunakan nilai dan moral sebagi asas utama dalam membuat keputusan manakala untuk ciri 'thinking' pula, individu sebegini akan menggunakan logik dan fakta sebagai asas utama. Selain itu, individu yang bersifat 'sensing' akan mementingkan keharmonian dalam sesuatu kelompok dan mencuba sebaik mungkin untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang konflik berlawanan pula dengan individu yang berciri 'thinking' yang menganggap konflik merupakan perkara biasa dalam kehidupan malah dirasakan perlu untuk memajukan diri. Untuk kriteria yang terakhir, individu yang bersifat 'judging' dikatakan lebih sistematik dan lebih tersusun. Hal ini kerana, individu yang berciri sebegini mempunyai perancangan yang lengkap dan akan cuba sedaya upaya untuk mengikuti perancangan tersebut dan tidak fleksibel jika berlaku sebarang perubahan terhadap perancangan tersebut. Berbeza dengan individu bersifat 'perceiving' yang lebih fleksibel terhadap sebarang perubahan yang berlaku dalam perancangan awal. Selain itu, seorang 'perceiver' juga tidak selesa terikat dengan arahan khusus dan tarikh akhir.
           
Dalam setengah jam terakhir kuliah minggu lalu, Dr Zamri telah meminta kami untuk duduk di dalam kumpulan yang mempunyai personaliti yang sama dan berbincang tentang persamaan nyata yang ada pada kami. Dalam kumpulan personaliti ISFJ,  antara persamaan yang berjaya kami kenal pasti dalam tempoh masa yang singkat itu adalah kami suka bergerak dan bertindak berdasarkan jadual. Selain itu, kami juga lebih selesa bergaul dengan orang-orang yang betul-betul dikenali dan kami mudah untuk mengikut keputusan majoriti dan mengenepikan kepentingan sendiri dalam membuat keputusan
            
Sekian saja untuk jurnal pembelajaran kursus Kemahiran Membuat Keputusan yang terakhir ini. Sekian, terima kasih.

A131157 FAIZULNIZAN WAHID LJ5 PERSONALITI

Assalamualaikum, LJ kali ini merupakan posting LJ 5, posting ni adalah yang terakhir,  walaubagaimanapun saya akan cuba membuat ulasan yang baik dalam posting yang terakhir ini. Pada minggu ini DR Z telah menerangkan sedikit sebanyak tentang topik personaliti. DR Z menyentuh tentang bagaimana kita ingin  mengenal pasti personaliti kita. Lain orang, tentu lain sikapnya ataupun personaliti diri masing-masing. Terdapat satu teori yang telah diperjelaskan ole pensyarah dalam dua kualiah pada minggu ini. Teori tersebut adalah teori MBTI (Myers-Briggs Type Indicator). Sebelum saya meneruskan ulasan saya pada LJ terakhir ini, adalah lebih baik kita memahami dan mendalami apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Personaliti merupakan cirri-ciri pada pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seorang individu. Terdapat individu yang suka bersendiri namun begitu ada juga individu yang tidak boleh bersendiri, sentiasa suka bersama rakan-rakan, inilah yang dapat dikatakan sebagai personaliti.  Personaliti seseorang akan lahir dalam dirinya kemudian individu tersebut akan menyerlahkan personalitinya dengan melakukan apa yang difikirkannya dan apa tanggapannya. Personaliti sangat penting kerana melalui personaliti kita dapat kenal pasti psikologi individu tersebut samada bijak, kurang pandai, bertenaga, berkarisma atau berpandangan jauh dan banyak lagi. Menurut seorang tokoh psikologi menyatakan bahawa, An individual's pattern of psychological processes arising from motives, feelings, thoughts, and other major areas of psychological function. Personality is expressed through its influences on the body, in conscious mental life, and through the individual's social behaviour. Terdapat 4 perspektif berkenaan dengan iaitu Psychoanalytic, sifat, kemanusiaan dan kognitif. Terdapat banyak teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh falsafah namun terdapat satu jenis teori yang popular digunakan amnya pada mana-mana kajian. Teori tersebut adalah seperti yang saya kemukakan tadi iaitu teori MBTI. Apakah dia teori MBTI? Teori ini merupakan psikometri yang dibentuk untuk mengukur kecenderungan psikologi dalaman bagaimana orang melihat dunia dan membuat keputusan. Pada dasarnya ia adalah satu cara menentukan personaliti anda berdasarkan archetypes yang dibangunkan oleh Carl Jung. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia perniagaan dan telah terbukti agak tepat. Pada kuliah hari isnin DR Z menerangkan kepada setiap pelajar apakah dia teori MBTI. Manakala pada hari selasa pula DR Z telah memberi soalan MBTI kepada setiap pelajar. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti personaliti pelajar. Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kepada nombor hujung  kad matrik setiap pelajar. Walaupun pembahagian kumpulan agak susah untuk diterima, namun setiap ahli dalam kumpulan dapat berkongsi idea dan mengetahui personaliti masing-masing. Setelah menjawab semua soalan yang diberikan oleh pensyarah, setiap berkumpula mengikut personaliti yang sama. Para pelajar diminta mengemukakan pendapat dan pengalaman masing-masing berkaitan dengan dapatan keputusan personaliti  yang sama. Secara umumnya terdapat 8 ciri dalam  teori MBTI yang mana setiap ciri ini menerangkan personaliti setiap individu. 8 ciri tersebut adalah:

1.      Introvert dan extrovert:
Introvert adalah kecenderungan untuk fokus pada apa yang tersurat berbanding yang tersirat. Contohnya: apabila melihat sesuatu peristiwa seperti tanah runtuh individu jenis ini akan mengatakan peristiwa itu adalah bencana alam. Extrovert pula adalah kecenderungan melihat apa yang tersirat pada sesuatu perkara. Contohnya: apabila terdapat setitik air dalam gelas, individu jenis ini akan beranggapan kita perlu bersyukur dengan apa yang ada kerana setitis air pun merupakan rezeki.
 
2.      Sensing atau intuition:
Sensing lebih kepada mendapatkan informasi. Lebih cenderung kepada yang realiti. Jenis ini dicapai melalui setiap deria kita. Contohnya: makan gula rasanya manis.
Manakala intuition adalah lebih cenderung kepada perkara yang abstrak, imaginasi, tidak nyata dan konseptual. Contohnya: pelukis dapat melakar ataupun melukis apa yang di imaginasikannya dan di persembahkan diatas kertas.

3.      Feeling dan thinking:
Feeling lebih cenderung membuat keputusan berdasrkan prinsip yang dipegang. Contohnya: apabila membuat keputusan individu jenis akan memikirkan kepentingan oranng lain, jika tersilap buat keputusan dia akan rasa bersalah. Thinking pula adalah membuat keputusan berdasarkan apa yang berlaku. Contohnya: apabila individu ini memutuskan sesuatu adalah berdasarkan apa yang difikirkannya baik.
 
4.      Judging dan perceiving:
Judjing adalah membuat perancangan dalam apa jua yang dilakukan. Contohnya: ali akan membuat jadual aktiviti harian nya pada setiap hari dan mengikut seperti yang tercatat dalam jadual hariannya. Perceiving pula adalah cenderung untuk menunggu apa yang perlu dilakukan sehingga ke minit yang terakhir. Individu yang suka menagguhkan kerja, tidak sistematik dan spontan tergolong dalam jenis ini.
DR Z menjelaskan semua cirri diatas berdasarkan ujian personaliti yang dijalankan ketika kuliah. Semoga para pelajar dapa mengenali personaliti masing-masing. Assalamualaikum….


 
 

A134528 NAZRIN BIN NORDIN LJ05 THE PERFORMER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Kini tibalah sudah minggu ke-6 sesi perkuliahan khursus Kemahiran membuat keputusan dan dan jurnal pembelajaran yang terakhir perlu saya siapkan. Sesungguhnya saya berasa bangga dapat menyiapkan semua jurnal pembelajaran saya dengan jayanya. Pada minggu ini, tajuk yang kami pelajari ialah personaliti dan tajuk ini sangat untuk dipelajari. Apakah itu personaliti? Satu takrifan ringkas, personaliti dapat membentuk corak pemikiran, perasaan, dan tingkah laku yang menjadikan seseorang itu unik. Di samping itu, personaliti terbit dari dalam individu dan masih agak konsisten sepanjang kehidupan. Personaliti merupakan bahagian yang paling penting dalam kehidupan psikologi seseorang individu dan personaliti ini dapat menunjukkan seseorang itu gembira, sedih, bertenaga atau acuh tak acuh, pintar atau membosankan. Menurut pendapat Mayer, personaliti dilahirkan menerusi pengaruhnya dalam badan, dalam minda sedar dan dalam tingkahlaku sosial seseorang.
Ketika kuliah hari isnin yang lepas, Dr. Zamri ada beri kepada kami 4 soalan bagi mengetahui personaliti kami dan daripada soalan tersebut kami dapat mengetahui personaliti masing-masing. Soalan-soalan yang diberikan oleh Dr. Zamri ini berdasarkan teori Myers-Briggs Type Indicator (MTBI) dan ia terbahagi kepada empat jenis personaliti iaitu:
1.      Introvert(I) dan Extravert(E)
2.      Sensing(S) dan Intuitive (N)
3.      Feeling(F) dan Thinking(T)
4.      Judging(J) dan Perceiving(P)
 
Bagi pengkelasan yang pertama iaitu Introvert(I) dan Extravert(E) merupakan cara bagaimana seseorang itu berinteraksi. Introvert ialah bagi mereka yang lebih suka bersendirian, lebih senang melakukan perkara seorang diri tanpa melibatkan ramai orang dan golongan ini selalunya pasif dalam kerja-kerja berkumpulan. Bagi extravert pula mereka lebih senang melakukan sesuatu perkara yang melibatkan interaksi dengan orang lain, tidak suka bersendirian dan tahap sosial nampak lebih tinggi berbanding golongan introvert kerana mereka perlukan seseorang atau kawan dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka juga selalunya bertindak dahulu sebelum memikirkan kesan melakukan sesuatu perkara.
Bagi pengkelasan yang kedua iaitu Sensing(S) dan Intuitive (N) merujuk kepada bagaimana manusia memproses data. Mereka yang tergolong dalam 'sensing' memberi tumpuan pada apa yang terbentang, mereka adalah golongan" here and now", yang menerima pakai maklumat yang bersifat fakta dan memprosesnya melalui lima deria dan mereka adalah pemikir yang konkrit. Bagi intuitive pula tumpuan mereka khusus pada masa depan dan kemungkinan yang akan berlaku. Mereka selalunya memproses maklumat melalui corak dan jejak dan membaca apa yang tersirat disebalik sesuatu perkara. Mereka ini adalah pemikir yang abstrak.
Bagi pengkelasan yang seterusnya iaitu Feeling(F) dan Thinking(T) merupakan cara bagaimana seseorang itu membuat keputusan. Thinking ialah bagi mereka yang objektif dan membuat keputusan berdasarkan fakta. Mereka selalunya membuat keputusan berdasarkan pemikiran berbanding perasaan dan menilai sesuatu perkara berdasarkan logik semata-mata. Berlainan pula bagi golongan 'Feeling', mereka  adalah subjektif dan membuat keputusan yang berdasarkan prinsip dan nilai-nilai. Mereka selalunya membuat keputusan dan menilai sesuatu perkara berdasarkan perasaan diri sendiri dan mengambil kira kesan kepada orang lain dengan mencapai kata sepakat. Golongan ini juga tidak gemar untuk menimbulkan konflik dalam membuat keputusan.
Pengkelasan terakhir ialah Judging(J) dan Perceiving(P). Kedua-dua ini merupakan gaya dalam membuat keputusan.  Judging merupakan golongan yang memberi keutamaan yang zahirnya dipaparkan. Judging tidak bermaksud "pertimbangan". Mereka lebih gemar akan perintah, organisasi dan berfikir secara berurutan. Selain itu, mereka suka kepada perkara-perkara yang dirancang dan diselesaikan. Berlainan pula dengan golongan perceiving,mereka merupakan orang yang fleksibel, suka memastikan pilihan mereka terbuka dan berfikir secara rawak. Mereka suka bertindak secara spontan dan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Mereka juga boleh melakukan banyak perkara dalam sesuatu masa dan suka menyelesaikan sesuatu tanpa perancangan.
Selepas menjalani ujian yang dijalankan oleh Dr. Zamri, saya mendapat kombinasi ESFP iaitu Extravert, Sensing, Feeling dan Perceiving atau dikenali sebagai 'The Performer'. Antara ciri-ciri yang dimiliki oleh kombinasi ini ialah seseorang yang mudah bekerjasama, suka menikmati keseronokan dan suka pengalaman yang baru. Oleh kerana sifat mereka yang lebih gemar  bersosial, mereka sukakan  kemeriahan dan mudah menarik perhatian orang lain. ESFP juga kadangkala praktikal dan ini membolehkan kami menyelesaikan kerja-kerja dengan cekap dan sering menjadi penyelesai masalah yang baik. Dengan mengenali personality diri sendiri, saya dapat mengenal diri dengan lebih baik. Saya juga dapat menggunakan kelebihan yang ada dan memperbaiki kelemahan diri dengan lebih senang. Sampai disini sahaja ulasan saya mengenai personaliti. Akhir kata, selamat membuat keputusan semua.

Friday, October 21, 2011

A134479 Nur Nadeeya Binti Muhamad Khair LJ05 Personaliti dan Emosi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.  Sekarang kita sudahpun berada pada minggu keenam pembelajaran. Saya dan rakan-rakan yang lain telahpun menjalani enam minggu pembelajaran di dalam kursus Kemahiran Membuat Keputusan. Ini merupakan jurnal saya untuk kali kelima iaitu jurnal yang terakhir. Pejam celik pejam celik, sudah sampaipun kita di penulisan jurnal yang terakhir. Pada minggu ini, tajuk jurnal saya ialah "Personaliti dan Emosi"

Menurut Mayer, corak proses psikologikal seseorang individu timbul dari motif, perasaan, pemikiran dan dari fungsi psikologikal major yang lain. Personality dinyatakan melalui pengaruh pada badan, dalam kehidupan mental yang sedar dan melalui tingkah laku sosial individu. 

Empat perspektif dalam dalam personaliti :

1.       Psikoanalitik - motivasi dalam keadaan tidak sedar

2.       Sifat - dimensi khusus personality

3.       Kemanusian -keupayaan dalaman bagi pertumbuhan

4.       Sosial-kognitif – pengaruh persekitaran

Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)

1.       Jenis interaksi social ialah Extrovert atau Introvert

2.       Keutamaan dalam pengumpulan data  ialah Sensing atau Intuitive

3.       Keutamaan dalam membuat keputusan ialah Feeling atau Thinking

4.       Gaya membuat keputusan ialah Perceptive atau Jugmental

 

Pada perkuliahan tempoh hari, pensyarah telah meminta pelajar membuat penilaian personaliti berdasarkan teori MBTI. Selepas membuat penilaian personality tersebut, saya  mendapat kod ISFP dimana dikelaskan sebagai "The Artist".

Menurut teori MBTI, jenis interaksi social saya ialah introvert. Seseorang yang digelar introvert ialah seseorang yang pemalu, pendiam, suka menyendiri, mengelak dari berjumpa dengan orang ramai, beri peluang kepada orang lain dalam percakapan dan perbahasan serta berhujah. Individu  introvert ini suka menyatakan idea dalam bentuk tulisan dan tidak mengambil berat apa yang berlaku diluar. Sifat individu  introvert ialah suka mengambil inisiatif apabila sesuatu isu atau situasi penting kepada diri sendiri.          

 

Personaliti Sensing menggunakan secara praktikal sumber maklumat yang kukuh, jelas dan nyata, mental memikirkan keadaan semasa dan baik dalam memperkatakan pengalaman lepas. Individu  yang mempunyai personaliti sensing suka kepada fakta dan konkrit. Contohnya individu akan mendengar maklumat yang jelas dan sesuatu maklumat itu mempunyai bukti yang kukuh.Ia juga suka memfokuskan kepada apa yang sebenarnya dan betul, memerhati dan mengingat secara lebih spesifik. Individu jenis ini amat berhati-hati dan teliti apabila membuat sesuatu kesimpulan dan suka memahami idea atau pendekatan teori melalui aplikasi praktikal dan percaya kepada pengalaman. Keutamaan saya dalam pengumpulan data berdasarkan teori MBTI ini ialah sensing dan saya akui banyak personality yang dinyatakan berkait dengan personality saya.

 

Keutamaan saya dalam membuat keputusan lebih menjurus pada aspek feeling. Aspek feeling mengutamakan pertimbangan antara kehendak dan tindakan manusia, bersetuju kepada cadagan yang popular, pencarian menggunakan perasaan manusia dalam membuat keputusan dan tidak bersetuju dalam perselisihan faham serta mengambil tindakan diluar dugaan. Individu  yang mempunyai personaliti emosi ia dapat menyelami perasaan orang lain dan ia dipandu oleh nilai-nilai peribadi. Ciri-ciri lain individu yang beremosi ini ia menilai kesan keputusan ke atas orang lain, berazam dalam keharmonian dan interaksi yang positif, belas kasihan, berhati lembut dan mempunyai sikap keadilan yang tinggi.

Gaya membuat keputusan saya lebih menjurus ke aspek perceiving dimana  perceiving (pengamatan) lebih selesa bergerak dalam membuat tindakan terus tanpa rancangan, toleransi dengan tekanan perasaan dalam bekerja. Kanak-kanak ini lebih menggemari kepelbagaian dan kebebasan dalam matlamat kehidupan. Menurut Mohd Salleh Lebar (1995), pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan, ransangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap ransangan-ransangan yang bersifat peribadi. Pengamatan juga pola-pola bermakna. Sebenarnya tidak berlaku secara automatik, tetapi mengambil masa yang lama iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur. Proses pengamatan dibahagikan kepada dua tahap iaitu pengamatan asas dan pengamatan sekunder. Pengamatan asas merujuk tindakan ingatan kederiaan memegang seketika maklumat yang diterima daripada alam sekitar. Individu cerdas mempunyai tahap pengamatan yang tinggi iaitu ia boleh mendapatkan maklumat secara terus berkaitan alam sekitar. Maklumat yang datang dari organ-organ deria perlulah terlebih dahulu diorganisasikan dan diinterpretasikan sebelum dapat difahami. Tidak semua maklumat yang masuk ke dalam organ panca indera pada suatu masa dirasakan secara sedar (Malcom Hardy dan Steve Heyes, 1985). Secara kesimpulannya, pengamatan berkait rapat dengan interpretasi dan sensasi. Ia juga dikatakan berlaku dalam minda apabila kita memahami apa yang berlaku. Sebenarnya pengamatan setiap individu adalah berbeza. Ini adalah kerana pengamatan adalah proses pencerapan ransangan melalui lima pancaindera.

Kesimpulannya, personaliti yang diperolehi oleh ISFP ialah cenderung menjadi senyap dan terpelihara dan sukar untuk dikenali. Mereka menyimpan idea dan pendapat kecuali pada kenalan rapat. Mereka seorang yang baik, lembut dan sensitif apabila berurusan dengan orang lain. Mereka cenderung memikirkan kebahagian orang lain dan meletakkan usaha untuk setiap tugasan. Berakhirlah penulisan jurnal untuk kursus ini. Terima kasih

Thursday, October 20, 2011

A132343 Noor Adibah Binti Mohd Khair LJ05 'AKU'

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan ini. Alhamdulillah, bertemu kita lagi dalam pernulisan jurnalku yang terakhir iaitu jurnalku yang kelima dalam minggu keenam. Minggu ini Dr.Ahmad Zamri bin Mansor telah menerangkan kepada kami tajuk kelima dalam pembelajaran kursus kami iaitu personaliti dan emosi dalam membuat keputusan. Bagi aku ini adalah tajuk atau topik yang sangat menarik untuk dibincangkan. Ini kerana setiap orang mempunyai personaliti yang tersendiri dan sangat menarik rasanya untuk aku mengikuti perkuliahan pada minggu ini supaya aku lebih mengenali personalitiku dan rakan-rakanku berdasarkan yang diterangkan oleh Dr Zam.
 
            Amat sayang dan rugi sekali apabila aku tidak dapat menghadiri kuliah pada hari isnin atas masalah kesihatan yang dialami. Namun aku telah cuba untuk mendalami tajuk ini dengan bertanyakan kepada rakan-rakanku apa yang telah diajar oleh Dr Zam pada hari tersebut dan Alhamdulillah aku telah dapat memahami serba sedikit mengenai personaliti dalam membuat keputusan. Personaliti. Adakah anda tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh personaliti? Personaliti adalah ciri-ciri pada pemikiran, perasaan dan tingkahlaku yang membuatkan seseorang itu kelihatan unik. Ia sentiasa berada dalam diri seseorang dan konsisten sepanjang hidup. Personaliti berkaitan dengan aspek yang sangat penting, ia merupakan bahagian yang paling ketara dalam kehidupan psikologi seseorang individu. Ia juga berkaitan dengan ciri-ciri samaada seseorang itu gembira atau sedih, bersemangat atau tidak serta pintar atau bodoh. Menurut pendapat Mayer, 2005 " Personaliti dilahirkan menerusi pengaruhnya dalam badan, dalam minda sedar dan dalam tingkahlaku sosial seseorang  ".
 
            Pada perkuliahan hari Selasa, kelas bermula seperti biasa seawal jam 8.00 pagi. Pada pagi tersebut Dr Zam ingin kami membuat satu ujian personaliti dan telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan mengikut nombor terakhir dalam kad matrik kami. Tujuan pembahagian ini adalah supaya lebih mudah untuk kami memahami ujian personaliti tersebut dan dalam masa yang sama supaya kami lebih mengenali rakan-rakan sekuliah. Sebelum bemulanya ujian tersebut kami telah diperkenalkan kepada Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). MBTI bermula semenjak 1920an lagi. Selepas beberapa tahun menguji kesalahan dan kebolehpercayaan MBTI, pada tahun 1975 MBTI sedia untuk digunakan secara meluas. Jadi Dr. Zam telah mengarahkan kami untuk menjawab soalan-soalan tersebut untuk lebih mengenali personaliti kami. Kami semua telah dibuat penilaian berdasarkan empat perkara iaitu pertama, bagaimana seseorang itu berinteraksi, adakah samaada Extrovert(E) atau Introvert(I). Kedua, begaimana seseorang itu mendapatkan maklumat, samaada Sensing(S) atau iNtuitive(N). Ketiga, bagaimana seseorang itu membuat keputusan, samaada Feeling(F) atau Thinking(T) dan yang terakhir, gaya seseorang dalam membuat keputusan, samaada Perceptive(P) atau Judgmental(J).
 
Setelah selesai membuat ujian personaliti tersebut, kami telah dipecahkan pula kepada kumpulan mengikut kumpulan kod masing-masing. Hasil yang telah aku perolehi adalah INFP dan terdapat tiga lagi rakan sekuliahku yang memperoleh hasil yang sama sepertiku. Menurut MBTI, INFP adalah 'the idealists'. Dr. Zam telah menyuruh kami untuk mencari persamaan pesonaliti kami yang peling ketara dan kami diberi masa selama beberapa minit untuk berbincang. Setelah berbincang kami telah menemui beberapa persamaan personaliti antara kami berempat.
 
Antara persamaan yang paling ketara antara kami adalah, kami akan berfikir dahulu sebelum bertindak. Ini adalah satu personaliti yang baik namun kadang-kadang apabila kami terlampau banyak berfikir dan berfikiran terlalu rumit, perkara yang dirancang tidak menjadi. Seterusnya adalah, kami merupakan seseorang yang tidak dapat mengingati sesuatu secara terperinci. Sebagai contoh, apabila kami menyertai sesuatu majlis, beberapa hari selepas itu kami tidak lagi dapat mngingati atur cara majlis tersebut  tetapi hanya mendapat bayangan sahaja. Selain itu juga kami mudah untuk menerima pendapat orang lain tetapi yang paling penting mestilah untuk kebaikan semua orang. Ini kerana kami tidak suka untuk menimbulkan pergaduhan atau konflik antara semua kerana bagi kami ia merupakan satu racun dan perhubungan. Manakala persamaan kami yang terakhir adalah kami suka membuat kerja pada saat-saat akhir dan kami tidak suka dikongkong. Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 19, 2011

A134177 Syazana Zainuddin LJ5 Personaliti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapakan kepada semua yang membaca jurnal. Alhamdulillah, setelah empat minggu berhempas pulas mengarang jurnal, ini merupakan jurnal saya yang terakhir bagi kursus Kemahiran Membuat Keputusan. Topik yang kami belajar pada pengkuliahan minggu ini adalah Personaliti Dan Emosi.Tentu anda yang membaca jurnal teruja untuk mendalami topik ini kerana ia amat berkait rapat dengan diri kita. Begitu juga dengan saya. Apabila Dr. Ahmad Zamri memberitahu bahawa kami akan belajar topik ini kami sungguh 'excited' untuk mempelajari topik ini. Melalui pembelajaran mengenai topik ini, saya boleh mengetahui personaliti kita melalui ujian personaliti yang dibuat oleh pensyarah kami. Selepas melakukan ujian, barulah saya tahu personaliti saya sebenarnya.

    Topik ini sangat menarik bagi saya. Hal ini kerana, personaliti itu sangat penting bagi seseorang. COntohnya paling mudah yang boleh saya bagi adalah apabila kita memohon untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan atau menghadiri sesuatu temuduga. Perkara pertama yang akan dilihat oleh penemuduga adalah personaliti kita, cara
berpakaian, cara percakapan dan sebagainya. Hal ini penting sekiranya seseorang itu bekerja yang akan berhadapan dengan orang awam terutamanya perlulah mempunyai aspek-aspek berikut supaya orang akan selesa apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan kita. Personaliti boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:
1. Introvert (I) dan Extravert (E)
2. Sensing (S) dan Intuitive (I)
3. Feeling (F) dan Thingking (T)
4. Judging (J) dan Perceiving (P)

    Setelah saya menjalani ujian personaliti bersama rakan-rakan sekuliah, saya mendapati, saya mempunyai personaliti ISFJ iaitu, Introvert, Sensing, Feeling dan Judging. keistimewaan yang terdapat pada personaliti ISFJ adalah apabila saya membuat keputusan saya akan memikirkan perasaan semua orang. Apa-apa keputusan yang akan saya putuskan, saya ingin memuaskan hati semua orang. Selain itu, perakra yang saya suka lakukan sebelum tidur ialah saya akan merangcang jadual untuk keesokan harinya. Sekiranya ada rintangan datang yang boleh merosakkan apa-apa yang telah dirancangkan, saya akan mencari jalan untuk menyelesaikan mengikut jadual dan masalah yang timbul itu saya akan ketepikan dahulu. Saya juga seorang yang apabila memikirkan sesuatu untuk membuat keputusan tidak begitu teliti dan amat sukar untuk saya memikirkan sehingga ke tahap kritis selain saya suka membuat keputusan mengikut perasaan. Seperti yang semua ketahui membuat keputusan mengikut perasaan atau emosi akan berakhir dengan keburukan. Bak kata pepatah ada mengatakan, ikut hati mati ikut rasa binasa. Satu perkara lagi yang saya tidak suka adalah menangguhkan kerja. Walaupun saya menghantar jurnal pada hari ini bukan bermakna saya menangguhkan kerja tetapi mengarang dan menghantar jurnal sudan tertulis dalam rancangan iaitu pada setiap hari Khamis saya akan menyelesaikan tugasan Kemahiran Membuat Keputusan ini.

    Dalam topik ini apa yang menarik untuk saya kupas melalui jurnal ini adalah seseorang yang bersifat Intuitive. Tetapi malangnya saya tidak mempunyai personaliti itu. Seseorang yang bersifat Intuitive ini mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis serta apabila membuat keputusan akan memikir kesan dalam jangka masa panjang. Apa yang amat menarik perhatian saya adalah apabila seorng daripada rakan sekuliah saya apabila dia menerangkan kepada kami maksud tersurat melalui gambar cawan. Cawan itu dia menggambarkan sekumpulan sahabat baik. Apabila mempunyai masalah mereka akan berkumpul seperti air yang dituang dan berkumpul dalam satu cawan. Penerangan dia amat menarik perhatian saya kerana ia merupakan sesuatu jawapan yang perlu difikir secara kritis dan kreatif.

    Sampai disini sahaja jurnal yang dapat saya kupaskan melalui pengkuliahan lepas. Melalui personaliti yang saya sudah saya ketahui,bolehlah saya mempraktikkan dalam kehidupan sseharian terutama dalam situasi untuk membuat keputusan. Sesungguhnya dengan mengetahui personaliti diri, saya akan membaiki segala kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri saya. Sekian, wassalam.
   
   
   

A132918 ROSNANI MUHTAR LJ05 (KENALI DIRIKU)

Assalamualaikum w.b.t….
Kini sudah tiba dipenghujung dimana ini merupakan jurnal yang terakhir bagi aku untuk dikongsikan kepada kawan-kawanku semua. Jurnal-jurnal ini boleh lah dijadikan kenangan kita semua sepanjang berada di dalam kelas KMK ini. Soronok kan kawan-kawan apabila kita diberi peluang untuk memberikan dan berkongsi idea bersama di dalam ruangan ini. Okey la… seperti semua tahu ini merupakan minggu yang ke enam. Pada minggu ini aku bersama kawan-kawan semua berlajar mengenai personality diri.
            
Apa yang aku faham mengenai personality ini adalah berkaitan dengan sifat peribadi seseorang. Setiap orang pasti ada sifat-sifat diri yang tersendiri. Ini apa yang aku fahamlah dengan perkataan personality tersebut. Makna sebenar mengikut pendapat (mayer, 2005), mengatakan bahawa " an individuals patterns of psychological processes arising from motives, feelings, thoughts, and other major areas of psychological function. Personality is expressed through its influences on the body, in conscious mental life, and through the individuals social behavior.
            
Pada kuliah hari isnin, Dr.Zam menyuruh aku bersama kawan-kawan lain untuk menjawab beberapa soalan. Antara soalannya adalah seperti, 1) orang lain dalam hidup anda, 2) apa yang anda fikir mengenai cawan kertas yang dipaparkan, 3) apa yang anda pentingkan apabila membuat keputusan, 4) bagaimana anda menguruskan tugas atau kehidupan seharian. Pada mulanya aku tidah begitu faham apa tujuan soalan ini diajukan. Apabila selesai berbincang baru aku faham bahawa soalan ini mengandungi "four type dichotomies". Empat jenis dichotomies itu memberi makna macam mana kita berinteraksi, macam mana kita mendapatkan maklumat, macam mana nak buat keputusan, dan juga gaya kita membuat keputusan.
           
Jika aku berinteraksi, aku lebih suka berinteraksi dengan orang yang aku kenali sahaja. Aku tidak pandai untuk memulakan proses komunikasi dengan orang yang aku masih belum kenal. Oleh yang demikian, apabila aku memperolehi masalah aku akan hanya berkongsi masalah tersebut dengan individu yang rapat dengan aku seperti ibu bapa dan kawan baik aku sahaja. Pada masa sama juga aku turut suka menyendiri pada masa-masa tertentu untuk mendapatkan ketenangan. Ini bermakna aku merupakan seorang yang introvert bukannya extrovert. Bagi golongan extrovert ini, mereka lebih gemar bergaul dengan ramai orang. Bagi mereka makin ramai orang disekeliling mereka makin menyeronokkan.
            
Aku juga adalah seorang yang tidak mempunyai deria ke enam. Sebagai contoh apabila aku melihat cawan kertas yang ditayangkan di slaid Dr.Zam, apa yang aku fikir ialah cawan tersebut merupakan benda yang membantu kita untuk minum. Aku tidak berfikir secara mendalam akan erti tersirat tentang cawan kertas tersebut. Bagi pendapat kawan aku, ia mengatakan cawan kertas itu merupakan simbul persahabatan yang kukuh. Wah sungguh mendalam maksud itu.hehehe…..So, dalam aku mendapatkan maklumat aku hanya menggunakan lima deria yang aku ada sahaja iaitu, penglihatan,pendengaran, sentuhan, bau dan juga rasa. Itulah aku kawan-kawan.
            
Aku merupakan seorang yang ada perasaan dan nilai-nilai yang murni. Jadi, semasa aku membuat keputusan pastinya aku akan lebih mementingkan perasaan orang lain. Aku bukanya sekadar mengikut fakta dalam membuat keputusan. Aku pasti berasa bersalah jika keputusan aku itu akan menyusahkan orang lain. Sebagai contoh, aku mempunyai lima orang sahabat baik. Aku dan mereka ingin pergi makan sama ada di kfc, mcd, atau secret recipie. Kami akan berbincang dan mengikut mejoriti agar semuanya berpuas hati. Aku berasa seronok apabila aku melihat orang lain turut seronok. Itu lah aku…hehehehe.

Antara judging atau perceiving aku merupakan seorang yang judging. Aku ni jenis seorang yang rumit juga lah. Manakan tidak, dalam aku menguruskan diri aku ini aku pasti mengatur segala urusan aku mengikut kepentingan. Aku akan menyediakan satu jadual peribadi dan belajar dengan cara yang bersistematik kerana aku tidak suka kelam kabut dalam melakukan sesuatu. Ini bermakna jika aku sudah menyediakan satu jadual harian aku akan mengikut apa yang dirangcang hinggalah sesuatu perkara itu dapat diselesaikan. Aku berasa lebih selesa dengan gaya ini.
            
Pada hari selasa, aku sudah mengenali personality sebenar diriki. Aku bersama rakan-rakan sekelasku telah menjalani satu ujian personality. Memang benar, selepas aku menjawab ujian tersebut, aku merupakan seorang yang introvert, sensing, feeling dan juga judging (ISFJ). Selepas ujian tersebut aku dapati ada enam orang yang mempunyai personality sama dengan diriku. Dan aku dapati kami mudah berinteraksi kerana kami mempunyai personality yang sama. Amat menyeronokkan.

Sekian terima kasih. J
 
           
 

A128881 Heng Yew Ping Kognitif.....

Salam sejahtera kepada Dr. Zamri dan rakan-rakan saya. Terlebih dahulu saya meminta maaf kerana saya tidak dapat menghadiri kelas pada minggu ini. Saya terpaksa menghadiri satu perjumpaan di Kepong bersama guru saya pada sekolah menengah. Jadi, saya terpaksalah baca nota sendiri dan bertanya kepada rakan lain tentang apa yang disampaikan pada minggu lepas.

Topik pada minggu ini bertajuk Proses Kognitif dalam Membuat Keputusan.

Setiap proses yang dijalankan mestilah mempunyai alat-alat atau teknik yang sesuai supaya kerja dapat dilakukan dengan mudah.  Dalam proses membuat keputusan,  "alat membuat keputusan" atau dikenali sebagai cognitive tool berperanan untuk melengkapkan proses membuat keputusan.  Cognitive tool terdiri daripada 3 elemen iaitu persepsi, ingatan (memory) dan juga perhatian. Semua ini membantu kita untuk melihat, mentafsir dan akhirnya menyelesaikan masalah yang dihadapi.  Selain itu, ketiga-tiga elemen ini juga membantu kita untuk mengenalpasti keserupaan dan kelainan, membezakan sebab-sebab berlakunya masalah, memecahkan masalah kepada komponen-kompenan kecil dan mengenalpasti masalah mengikut priority.

 

Mengikut definisi yang dibagi oleh STEPHAN PEPPER pada 1967, "Perceptual act as a conscious activity linking an individual through received sense data to the environment". Jika dikaitkan dengan definisi membuat keputusan yang dikemukan oleh Massie, seandainya  jika persepsi kita tepat, maka keputusan yang kita peroleh juga adalah tepat.  Namun demikian, bukanlah senang untuk mendapat persepsi yang tepat kerana mempunya factor-faktor yang akan mempengaruhinya. Antaranya masa,  kelakuan, motif, pengalaman, dan lain-lain lagi. Selain itu, persepsi juga ada batasannya iaitu,

1)      Pandangan yang boleh mengalami "illusion"

2)      Ruang lingkup persepsi terhad dengan ruang fizikal dan keupayaan berfikir.

Persepsi juga digunakan dalam melihat masalah secara fizikal atau konseptual. Ianya dilakukan dengan ada tujuan yang tertentu dan dicapai dengan menentukan rujukan objektif. Dalam proses membuat keputusan, jika persepsi tepat, pengalaman kita mengenai masalah pun akan menjadi betul, dan ini akan membantu pembuatan keputusan yang tepat.

 

Alat kognitif yang kedua ialah ingatan "memory". Secara umumnya, ingatan dibahagikan kepada 2 bentuk

1-      Ingantan jangka pendek ( STM )

2-      Ingatan jangka panjang ( LTM )

Biasanya, ingatan kita dating daripada input iaitu persekitaraan melalui deria kita.  Ingatan tersebut akan disimpan sebagai " temporary working memory ".  Jika kita selalu menggunakannya, ianya akan memjadi memory long term store. Namun, ingatan kita juga terbatas dimana kita susah untuk meningat balik peristiwa pada masa yang terlalu lama.

Dalam membuat keputusan, ingatan berfungsi  untuk membantu ingatan semula, mengaitkan keadaan terdahulu dengan keadaan sekarang, membantu proses pencaman dan perbandingan dengan peristiwa terdahulu atau pengetahuan, pengalaman yang berkaitan.

 

Seterusnya, alat kognitif yang dibincangkan ialah "ATTENTION ", perhatian.  Menurut Kahneman, "Attention is the allocation of information processing capacity to mental activity". Fungsi perhatian ialah sebagai ejen pemilih, memilih sesuatu yang lebih menyerlah. Sebagai contoh memilih buah epal yang berwarna merah berbanding epal yang berwarna pudar. Perhatian juga berfungsi sebagai agen pengurusan tugas iaitu mengarah untuk memproses sesuatu maklumat. Contohnya, kita selalu menumpukan perhatian pada orang yang berpakaian berwarna lain daripada yang lain.

 Persepsi akan menyebabkan ingatan dirangsang. Ingatan yang dirangsang akan menunpukan perhatian kepada masalah dan seterusnya akan memulakan proses analisis membuat keputusan. Semua alat-alat kognitif ini amat berkaitan antara satu sama lain tetapi mempunyai batasan dan dipengaruhi oleh prioriti. Oleh itu, usaha auntuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan perlu dilakukan mengikut prioriti.