Saturday, October 15, 2011

A132948 Nor Farhana Binti Idris LJ04 _ 3 Cognitive Tool

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan semua. Dalam sedar tidak sedar, masuk sudah minggu ke lima kita dan pada kali pula adalah jurnal kita semua yang keempat. Cepat sungguh masa berlalu. Baiklah, minggu ini kita telah pun belajar mengenai tiga perkara iaitu persepsi, memori dan perhatian. Sebenarnya rakan-rakan, tanpa kita sedar kita selalu menggunakan ketiga-tiga perkara ini dalam menjalani kehidupan. Ia merupakan perkara yang bukan asing bagi kita kerana sejak mula sahaja kita boleh berfikir dengan baik, kita sudah pun menggunakan ketiga-tiga elemen ini.

            Persepsi, memori/ingatan, perhatian merupakan peralatan kognitif (cognitive tool) dimana berfungsi sebagai peralatan yang membolehkan kita untuk melihat, memikirkan dan mentafsir masalah yang kita hadapi seterusnya membantu kita menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang bijak. Ketiga-tiga elemen membolehkan kita untuk mengenalpasti keserupaan dan kelainan masalah yang kita hadapi itu. Hal ini adalah kerana ketiga-tiga elemen saling berkaitan tetapi mempunyai makna yang berlainan. Jadi, ia juga berupaya membantu kita membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan simptom masalah. Selain itu, dengan elemen-elemen ini kita berupaya memecahkan satu masalah kepada kompenan-kompenan yang lebih kecil dan kemudian kita dapat menyelesaikan masalah mengikut keutamaan (priority).  

            Kegunaan persepsi adalah untuk melihat masalah secara fizikal atau koseptual. Ia dilakukan dengan ada tujuan disebaliknya dan dicapai dengan menentukan rujukan objektif yang dibuat.  Jika persepsi yang dibuat itu betul, maka ia membantu kita membuat keputusan yang tepat. Selain itu, pandangan kita adalah persepsi kita tentang sesuatu perkara dan ia boleh dipengaruhi oleh ilusi. Ruang lingkup bagi persepsi terhad dengan ruangan fizikal dan keupayaan berfikir. Disini ia memberi makna persepsi itu boleh digunakan dalam pentafsiran jika kita mempunyai pengalaman atau pengetahuan yang ada tentang perkara yang ingin ditafsir itu. Mengikut Stephen Pepper (1967) "Perceptual act as a conscious activity linking an individual through received sense data to the environment".  Jadi, persepsi kita ialah bagaimana cara kita melihat dunia menggunakan minda kita. Setiap daripada kita mempunyai persepsi yang berlainan kerana manusia mempunyai kepercayaan masing-masing, pengalaman dan sistem pemikiran dimana ianya unik kerana berlainan diantara satu sama lain. Contohnya, persepsi kita tentang makanan dijual di pasar malam. Nampak sedap dan berwarna –warni. Tetapi, apabila dimakan rasanya biasa sahaja. Tidak seperti persepsi kita yang menjangkan makanan tadi sedap berdasarkan rupanya yang menarik.

            Seterusnya pula berkaitan dengan ingatan. Ingatan manusia boleh terbahagi kepada dua. Pertama ingatan jangka masa pendek dan kedua ingatan jangka masa panjang. Ingatan mambantu kita mengingati apa yang telah berlaku dan kita juga boleh menyelesaikan masalah menggunakan ingatan dengan mengaitkan keadaaan terdahulu dengan keadaan sekarang. Contohnya, saya mempunyai masalah bibir kering. Jadi saya memerlukan beberapa langkah untuk mengatasi masalah saya ini. Yang pertama, melalui pengetahuan dan ingatan, air boleh mengurangkan kekeringan. Jadi saya telah membuat keputusan untuk menjalani hidup yang seimbang dengan minum air 8 gelas sehari. Dan yang kedua berdasarkan ingatan saya mengenai produk Vaseline yang bagus digunakan untuk bibir kering. Jadi saya mengambil keputusan untuk membeli produk tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

            Sekarang kita dapat bezakan persepsi dan ingatan tapi bagaiman pula dengan perhatian? Menurut Kahneman (1973) " Attention is the allocation of information processing capacity to mental activity". Perhatian juga berkaitan dengan keutamaan aktiviti yang berada dalam luang ringkup persepsi kita. Fungsi perhatian adalah sebagai agen pemilihan, dan sebagai agen pengurusan tugas. Selain itu, kita memerlukan perhatian dalam memfokuskan sesuatu perkara. Contohnya,  apabila memasak kita memerlukan perhatian supaya makanan yang dimasak itu tidak hangus atau pun bahan yang diletakkan salah. Seperti garam dan gula mempunyai rupa yang lebih kurang sama, jadi jika kita memasak dengan sambil lewa, mungkin garam boleh tertukar dengan gula dan masakan yang sepatutnya masin menjadi manis.

            Secara ringkasnya, perkaitan antara persepsi, memori dan perhatian adalah seperti, persepsi menyebabkan ingatan kita akan teransang. Apabila ingatan telah terangsang kita memerlukan tumpuan/ perhatian dalam menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Perkara ini akan memulakan proses analisis dalam membuat keputusan. Ketiga-tiga ini saling berkaitan akan tetapi saling juga terbatas. Hal ini adalah kerana ia dipengaruhi oleh keutamaan (priority). Oleh itu, setiap keputusan yang dilakukan juga berdasarkan keutamaan dan dikaitan dengan keutamaan pembuat keputusan itu dalam menggunakan persepsi, ingatan dan perhatian.

            Jadi sampai sini sahajalah perkongsian saya dengan rakan-rakan semua. Kita jumpa lagi di kuliah seterusnya. Salam. 

A131288 Nur Hasyimah Binti Zulkepli LJ04 Persepsi, Ingatan, Perhatian.!

Syukur, alhamdullilah.. selesai sudah pembelajaran saya di minggu ke lima ini. Alahamdullilah juga masih berpeluang merasai nikmat hidup di atas muka bumi ini. Pembuka bicara kata indah. Assalamualaikum diucapkan kepada semua pembaca setia di blog jurnal kemahiran membuat keputusan ini. Ini adalah post saya yang keempat didalam blog KMK ini. Terima kasih kerana masih tidak jemu untuk membaca coretan jurnal KMK yang tidak seberapa saya ini. Sebelum itu, mari kita bercerita tentang minngu ke lima saya di bumi ukm tercinta ini. Minggu ni, saya mendapat banyak kerja yang perlu di hantar pada hari isnin ini. Antara kerja ini ialah, asgment statistik dan matematik kewangan., projek matematik kewangan dan juga jurnal kemahiran membuat keputusan ini. Sekarang sudah hari ahad, tetapi kerja masih belum siap. Dan pada hari sabtu hari itu saya telah pergi ke perlawanan hoki di court seremban 2. Ermm..penat jugak lah sekarang ni. Haha. Mana tak nyer dalam masa satu hari ada 4 game. Saya tak kisah pun penat ke tak, sebab bersukan ni memang best, dan dapat mengurangkan tekanan dalam pembelajaran di university ini. Teammate sangat lah best..hehe sekian saja pembuka bicara, membuka mata jika kemengantukkan di pagi ini.

Pengkulihan pada minggu ini, di dalam kelas Dr zam. Saya telah mempelajari tajuk persepsi, ingatan dan perhatian dalam proses membuat keputusan. Bagi membuat keputusan kita perlu mempunyai "peralatan khusus". Peralatan tersebut membolehkan kita melihat , memikirkan dan mentafsir dan akhirnya menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan yang paling bijak. Alat-alat membuat keputusan kognitif ialah persepsi, memori dan perhatian. Dalam membuat keputusan juga seseorang boleh berupaya mengenalpasti keserupaan dan kelainan , berupaya membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan symptom-simptom masalah, berupaya memcahkanmasalah kepadda kompenon-kompenan yang lebih kecil. Dan berupaya mengenalpasti masalah mengikut priority.

Apa itu persepsi pula? Definisi persepsi erbuatan persepsi sebagai suatu aktiviti sedar yang menghubungkan individu melalui data deria yang diterima kepada alam sekitar. Batasan persepsi  ialah pendangan yang menjadi sebahagian dari persepsi boleh menjadi illusion.ruang lingkup persepsi terhad dengan ruangan fizikal dan keupayaan berfikir. Pentafsiran apa yang dipersepsikan hanya boleh dibuat jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada. Persepsi dalam proses membuat keputusan  persepisi digunakan dalam melihat masalah secara fizikal dan koseptual. Ianya dilakukan dengan ada tujuan yang tertentu  dan dicapai dengan menetukan rujukan objektif. Dalam proses MK, jika persepsi betul dan tepat, pemahaman kita mengenai masalah pun akan jadi betul , dan ini akan membantu pembuatan keputan yang tepat.
Apa itu ingatan pula? Ingatan terbahagi kepada dua iaitu ingatan jangaka pendek dan ingatan jangka panjang. Peranan schemata(ingatan) membantu mengenalpasti masalah yang hamper sama dan justeru itu, mudah diselesaikan.namun saya nak tekankan disini ingatan juga terbatas. Contohnya. Saya menjawab persoalan kepada saya pakai baju apa sebulan yang lepas. Disini mungkin saya tidak dapat member jawapan yang tepat kerana ingatan terbatas. Fungsi ingatan ialah membantu ingatan semula , mengaitkan keadaan terdahulu dengan keadaan sekarang dan membantu proses pencaman dan perbandingan dengan peristiwa terdahulu atau pengetahuan. Pengalan yang berkaitan.

Seterusnya, apa itu perhatian pula? Perhatian ialah perhatian ialah peruntukan kapasiti pemprosesan maklumat untuk aktiviti mental. Fungsi perhatian pula ialah agent pemilik daan agent pengurusan tugas. Contohnya sekotak buah epal yang mempunyai pelbagai warna., kita ingin memilih yang mana satu menjadi penarik perhatian anda,  sudah semestinya kita akan memilih buah epal yang merah kerana warna merah itu menonjol dan terus menarik perhatian kita. Maka ini boleh dikaitkan dengan perhatian.

Ini adalah contoh situasi, persepsi, ingatan dan perhatian. Contoh Persepsi yang dikaitkan dalam MK ialah, kita ingin memilih pilihan antara sambung diploma atau matrikulasi, persepsi kita ialah matrikulasi susah dan diploma senang. Maka kita akan memilih diploma kerana lebih senang daripada matrikulasi. Contoh situasi yang melibatkan ingatan pula ialah  kawan membawa saya jalan-jalan, tapi saya yang menjadi guideline kerana jalan yang dibawa telah pernah dilalaui ketika bersama keluarga sebula yang lepas. Disini tidak mungikn saya dapat mengingat semua jalan yang pernah dilalui kerana ada batasan dalam ingatan. Contoh perhatian dalam MK pula ialah di dalam kelas cikgu memberikan tugasan video, jadi semua murid lihat video itu tapi tiba-tiba itu cikgu bertanya , apakah warna yang dipakai oleh pelakon dalam video itu itu. Semestinya kita tidak boleh menjawab kerana perhatian kita tertumpu pada perlakuan yang dibuat bukan baju yang dipakai. Jadi, disini diperlukan perhatian jika ingin membuat kputusan.

Sekian sahaja jurnal saya pada minggu kelima. Terima kasih keran sudi membaca hasil nukilan jurnal keempat ini.

Syukur, alhamdullilah.. selesai sudah pembelajaran saya di minggu ke lima ini. Alahamdullilah juga masih berpeluang merasai nikmat hidup di atas muka bumi ini. Pembuka bicara kata indah. Assalamualaikum diucapkan kepada semua pembaca setia di blog jurnal kemahiran membuat keputusan ini. Ini adalah post saya yang keempat didalam blog KMK ini. Terima kasih kerana masih tidak jemu untuk membaca coretan jurnal KMK yang tidak seberapa saya ini. Sebelum itu, mari kita bercerita tentang minngu ke lima saya di bumi ukm tercinta ini. Minggu ni, saya mendapat banyak kerja yang perlu di hantar pada hari isnin ini. Antara kerja ini ialah, asgment statistik dan matematik kewangan., projek matematik kewangan dan juga jurnal kemahiran membuat keputusan ini. Sekarang sudah hari ahad, tetapi kerja masih belum siap. Dan pada hari sabtu hari itu saya telah pergi ke perlawanan hoki di court seremban 2. Ermm..penat jugak lah sekarang ni. Haha. Mana tak nyer dalam masa satu hari ada 4 game. Saya tak kisah pun penat ke tak, sebab bersukan ni memang best, dan dapat mengurangkan tekanan dalam pembelajaran di university ini. Teammate sangat lah best..hehe sekian saja pembuka bicara, membuka mata jika kemengantukkan di pagi ini.

Pengkulihan pada minggu ini, di dalam kelas Dr zam. Saya telah mempelajari tajuk persepsi, ingatan dan perhatian dalam proses membuat keputusan. Bagi membuat keputusan kita perlu mempunyai "peralatan khusus". Peralatan tersebut membolehkan kita melihat , memikirkan dan mentafsir dan akhirnya menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan yang paling bijak. Alat-alat membuat keputusan kognitif ialah persepsi, memori dan perhatian. Dalam membuat keputusan juga seseorang boleh berupaya mengenalpasti keserupaan dan kelainan , berupaya membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan symptom-simptom masalah, berupaya memcahkanmasalah kepadda kompenon-kompenan yang lebih kecil. Dan berupaya mengenalpasti masalah mengikut priority.

Apa itu persepsi pula? Definisi persepsi erbuatan persepsi sebagai suatu aktiviti sedar yang menghubungkan individu melalui data deria yang diterima kepada alam sekitar. Batasan persepsi  ialah pendangan yang menjadi sebahagian dari persepsi boleh menjadi illusion.ruang lingkup persepsi terhad dengan ruangan fizikal dan keupayaan berfikir. Pentafsiran apa yang dipersepsikan hanya boleh dibuat jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada. Persepsi dalam proses membuat keputusan  persepisi digunakan dalam melihat masalah secara fizikal dan koseptual. Ianya dilakukan dengan ada tujuan yang tertentu  dan dicapai dengan menetukan rujukan objektif. Dalam proses MK, jika persepsi betul dan tepat, pemahaman kita mengenai masalah pun akan jadi betul , dan ini akan membantu pembuatan keputan yang tepat.

Apa itu ingatan pula? Ingatan terbahagi kepada dua iaitu ingatan jangaka pendek dan ingatan jangka panjang. Peranan schemata(ingatan) membantu mengenalpasti masalah yang hamper sama dan justeru itu, mudah diselesaikan.namun saya nak tekankan disini ingatan juga terbatas. Contohnya. Saya menjawab persoalan kepada saya pakai baju apa sebulan yang lepas. Disini mungkin saya tidak dapat member jawapan yang tepat kerana ingatan terbatas. Fungsi ingatan ialah membantu ingatan semula , mengaitkan keadaan terdahulu dengan keadaan sekarang dan membantu proses pencaman dan perbandingan dengan peristiwa terdahulu atau pengetahuan. Pengalan yang berkaitan.

Seterusnya, apa itu perhatian pula? Perhatian ialah perhatian ialah peruntukan kapasiti pemprosesan maklumat untuk aktiviti mental. Fungsi perhatian pula ialah agent pemilik daan agent pengurusan tugas. Contohnya sekotak buah epal yang mempunyai pelbagai warna., kita ingin memilih yang mana satu menjadi penarik perhatian anda,  sudah semestinya kita akan memilih buah epal yang merah kerana warna merah itu menonjol dan terus menarik perhatian kita. Maka ini boleh dikaitkan dengan perhatian.

Ini adalah contoh situasi, persepsi, ingatan dan perhatian. Contoh Persepsi yang dikaitkan dalam MK ialah, kita ingin memilih pilihan antara sambung diploma atau matrikulasi, persepsi kita ialah matrikulasi susah dan diploma senang. Maka kita akan memilih diploma kerana lebih senang daripada matrikulasi. Contoh situasi yang melibatkan ingatan pula ialah  kawan membawa saya jalan-jalan, tapi saya yang menjadi guideline kerana jalan yang dibawa telah pernah dilalaui ketika bersama keluarga sebula yang lepas. Disini tidak mungikn saya dapat mengingat semua jalan yang pernah dilalui kerana ada batasan dalam ingatan. Contoh perhatian dalam MK pula ialah di dalam kelas cikgu memberikan tugasan video, jadi semua murid lihat video itu tapi tiba-tiba itu cikgu bertanya , apakah warna yang dipakai oleh pelakon dalam video itu itu. Semestinya kita tidak boleh menjawab kerana perhatian kita tertumpu pada perlakuan yang dibuat bukan baju yang dipakai. Jadi, disini diperlukan perhatian jika ingin membuat kputusan.

Sekian sahaja jurnal saya pada minggu kelima. Terima kasih keran sudi membaca hasil nukilan jurnal keempat ini.

A135317 SITI FADILAH BINTI MOHD NOR

Alhamdulilah  syukur kehadrat ilahi kerana membolehkan aku teruskan kerja yang perlu aku selesaikan.Ini merupakan jurnal aku yang kali ke 4.Harap kamu semua tidak rasa bosan untuk membacanya.
Minggu ini kita semua tahu ,apa yang telah kita pelajari,walaupun benda yang kita  semua belajar adalah sama,tetapi bagi aku pendapat kita mungkin  berbeza mengikut pendapat masing-masing dan tentu banyak contoh-contoh yang berbeza daripada kita semua kan.?Dalam memahami proses kognitif yang berlaku semasa proses membuat keputusan ,memahami  peranan 'cognitive tool' tiga perkara ,iaitu persepsi,ingatan dan juga perhatian.Kita harus memahami interaksi ketiga-tiga aktiviti kognitif tersebut dalam proses membuat keputusan.Disini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya pelajari dalam khusus psikologi,yang mana turut melibatkan persepsi.Apa yang ingin aku kongsikan adalah tentang Psikologi Gestalt,yang mana ahli-ahli psikologi gestalt menentang pendekatan atomis golongan strukturalisma dan juga behaviorisma.Pendekatan atomis adalah satu pendekatan yang percaya bahawa untuk memahami sesuatu fenomena ,adalah baik jika dipecahkan dan dikaji secara kecil-kecil.
Dalam kemahiran membuat keputusan ini,kita perlu mempunyai tiga aspek yang perlu dipertengahkan.Yang mana kita perlu mendapatkan tiga peralatan yang  merangkumi tiga kognitif.Peralatan yang dimaksudkan,bukanya peralatan untuk membaiki barang ok,,,,,,heheh...maksud peralatan yang aku katakan adalah komponen persepsi,memori dan juga perhatian.Pada sudut persepsi ianya lebih kepada pandangan,tanggapan yang kita simpulkan sendiri,tanpa mendapatkan kepastian yang jelas.Manakala bagi memori pula,ianya berkaitan dengan ingatan kita terhadap sesuatu perkara yang telah berlaku sama ada perkara tersebut berlaku pada diri kita,ataupun pada orang lain.Peralatan yang terakhir yang perlu kita ada,bagi membuat sesuatu keputusan adalah,perhatian,yang mana sejauh manakah perhatian yang kita berikan dalam sesuatu perkara.Dengan apa yang telah aku pelajari, persepsi   melibatkan stimulus ynag diperolehi oleh indera yang menyebabkan persepsi terbahagi kepada lima ,iaitu persepsi visual,persepsi auditori,persepsi perciuman,persepsi pengecapan dan juga persepsi perabaan.Bagi persepsi visual telah aku pelajari dalam bidang psikologi dahulu,ianya datang daripada penglihatan,kerana persepsi ini merupakan persepsi yang paling awal berkembang pada peringkat bayi lagi.Sebagai contoh persepsi yang melibatkan penglihatan adalah,apabila kita melihat sesuatu perkara,kita mempunyai pendapat sendiri mengenainya,kerana ianya adalah berdasarkan apa yang kita lihat.Jadi dengan persepsi penglihatan ini ,ianya membantu kita membuat penyimpulan tentang apa yang kita lihat.
Persepsi auditori pula ianya melibatkan pendengaran iaitu melalui telinga.Sebagai contoh,Apabila kita mendengar sesebuah percakapan daripada pihak lain,dan kita tidak fokus kepada apa yang dibincangkan maka ,kita akan terpesong daripada apa yang dibincangkan,jadi kepentingan dalam persepsi pendengaran adalah dengan membantu kita ,daripada beranggapan salah.Manakala persepsi yang seterusnya,adalah persepsi pergerabaan yang mana dari taktil iaitu kulit.Persepsi dari sentuhan kulit.Sebagai contoh,sentuhan ibu terhadap anak.Persepsi perciuman,atau olaktori yang didapati daripada indera perciuman iaitu melalui hidung.Sebagai contoh,mencium bau makanan ,atau apa sahaja bau.Persepsi yang terakhir yang ingin aku kongsi adalah,persepsi pengecapan,iaitu indera rasa.semua orang tahu,kalau indera rasa berkaitan dengan apa kan?hehe...berkaitan dengan makanan.emmmm bestnya...
Sebelum masuk dalam kognitif memori,aku ingin kogsi serba sedikit tentang,kepintara dan kebijaksanaan luar biasa hasil tradisi keilmuan yang kuat.Ayat 5 surah An-Naml menjelaskan kenyataan "maka kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman",siapa kata Nabi Sulaiman boleh jadi nabi hebat ,sebab bagainda dapat rezeki "terpijak" dengan mewarisi kekayaan bapanya?.Tidak sekali-kali ,bukan itu sebab sulaiman hebat .Baginda ingin menyatakan "JIKA ENGKAU BERKUASA DAN KAYA RAYA ,ITU TIDAK BERGUNA JIKA OTAKMU KOSONG"

 Bagi mereka berdua ,kekayaan dan kekuasaan bukanlah factor utama yang dinilai tinggi ,tetapi ilmu pengetahuan yang berapda di kedudukan nombor 1,kerana itulah mereka telah menzahirkan penghargaan tinggi kepada tuhan terhadap kelebih tersebut:

"keduanya mengucapkan 'segala puji bagi allah yang melebihkan kami daripada kebanyakan hambanay yang beriman".(surah An-Naml,aya 15)

Kognitif berdasarkan ingatan pula,melibatkan rangsangan tentang masalah yang pernah kita lalui. Sebagai contoh,peristiwa tragedies yang pernah kita lalui,akan menbuatkan kita sentiasa berwaspada jika cirri-ciri perkara tersebut berulang lagi.Iaitu,ingatan akan dirangsang dan ianya akan memulakan  proses analisis membuat keputusan .Manakala bagi  perhatian pula,akan dirangsang jika berlaku sessuatu masalah.Sebagai contoh,kenderaan yang dinaik tiba-tiba terlanggar bahagian belakang kereta kenderaan lain,maka perhatian akan terus dirangsang.

 
TERIMA KASIH

Friday, October 14, 2011

A134528 NAZRIN BIN NORDIN LJ04 ILUSI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Kini telah masuk minggu ke-5 perkuliahan bagi khursus Kemahiran Membuat Keputusan (KMK) dan sedar tak sedar ini merupakan jurnal yang keempat dihasilkan oleh saya. Tajuk yang kami semua pelajari pada minggu ini adalah persepsi, ingatan dan perhatian dalam proses membuat keputusan. Objektif pembelajaran pada minggu ini ialah memahami proses kognitif yang berlaku dan peranan 'kognitive tool' semasa membuat keputusan. Kita perlu memahami interaksi antara ketiga-tiga aktiviti kognitif dalam proses membuat keputusan. Bagi menjalani proses membuat keputusan kita perlu mempunyai 'peralatan' khusus dan peralatan tersebut membolehkan kita melihat, memikir dan mentafsir dan akhirnya menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan yang paling bijak.
'Kognitive tools' ini terbahagi kepada tiga iaitu persepsi, memori dan perhatian. Sekarang kita pergi dahulu kepada pecahan yang pertama iaitu persepsi. Persepsi didefinisikan oleh Stephen Pepper (1967)- "Perceptual act as a conscious activity linking an individual though received sense data to the environment.". Persepsi ini ada berkait rapat dengan heuristika analogi seperti yang kita pelajari pada minggu sebelumnya. Secara am nya persepsi kita ialah bagaimana kita melhat dunia dengan menggunakan akal fikiran kita. Setiap daripada kita mempunyai persepsi yang berbeza kerana kita mempunyai kepercayaan yang unik, pengalaman dan sistem berfikir yang berbeza. Antara faktor yang mempengaruhi persepsi ialah faktor dalam sesuatu keadaan darisegi masa, suasana pekerjaan dan suasana sosial. Faktor lain seperti pengalaman, jangkaan, kepentingan dan juga sikap. Sebelum pergi lebih jauh Dr. Zamri menayangkan gambar-gambar 'eyes illusion' yang menimbulkan pelbagai perspektif jika dilihat daripada pelbagai sudut.Dr. Zambri turut menayangkan satu video produk komersial yang menarik iaitu Pepsi. Video ini mengisarkan tentang seorang pemain bola sepak terkenal England, David Beckham yang dikeluarkan padang dalam satu perlawanan bola sepak akibat menerima kad merah. Dalam perjalanannya pergi ke bilik persalinan, beliau terserempak dengan seorang budak yang sedang minum air minuman Pepsi dan beliau meminta sedikit daripada budak tersebut lalu meneguknya. Selepas memberi kembali minuman tersebut budak itu meminta jersey yang dipakai oleh David Beckham.  Disini timbul pelbagai persepsi oleh kami mengapa budak tersebut meminta jersey David Beckham tersebut. Ramai diantara kami beranggapan budak tersebut inginkan ganjaran atas pemberian air minuman tersebut dan budak itu merupakan peminat David Beckham. Namun begitu tanggapan kami itu salah. Budak itu meminta jersey tersebut hanya untuk mengelap tin minumannya dan memulangkan kembali jersey yang dipinjamkan itu dan budak itu merupakan salah seorang penyokong pasukan pihak lawan.
Sesungguhnya persepsi memainkan peranan yang penting  dalam proses membuat keputusan. Persepsi digunakan dalam melihat masalah secara fizikal dan konseptual. Ianya dilakukan dengan tujuan terteuntu dan dicapai dengan menentukan rujukan objektif. Dalam proses membuat keputusan jika persepsi betul dan tepat, pemahaman kita mengenai masalah pun akan menjadi betul dan ia akan membantu pembuatan keputusan yang tepat. Persepsi juga berkait rapat dengan pengetahuan sebab itu lah sekiranya seseorang itu mempunyai pengetahuan yang luas persepsinya juga pelbagai dan jika seseorang itu kurang pengetahuan persepsinya agak terbatas. Sebab itulah setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza.
Alat kognitif yang kedua ialah ingatan. Terdapat dua bentuk ingatan iaitu ingatan jangka pendek dan juga ingatan jangka panjang. Peranan schemata iaitu ingatan dalam pembuat keputusan ialah membantu pengenalpastian masalah yang hampir sama dan justeru itu mudah diselesaikan namun bukan sahaja persepsi yang terbatas,ingatan juga mempunya keterbatasan. Contohnya seseorang manusia normal tidak mungkin dapat mengingati perkara-perkara yang mudah dan sering dilakukan tanpa sedari seperti apa yang kita makan pada dua minggu lepas dan sebagainya. Antara fungsi-fungsi ingatan dalam pembuatan keputusan ialah membantu ingatan semula, mengaitkan keadaan terdahulu dengan keadaan sekarang dan membantu proses pengecaman dan perbandingan dengan peristiwa/pengetahuan/ pengalaman yang berkaitan.
Alat kognitif yang terakhir ialah perhatian. Fungsi perhatian terbahagi kepada dua iaitu sebagai agen terpilih dan juga sebagai egen pengurusan tugas.
Menurut Kahneman (1973):
"attention is the allocation of information processing capacity to mental activity"
 
Terdapat perkaitan dintara persepsi, ingatan dan juga perhatian ini dimana persepsilah yang menyebabkan ingatan seseorang itu diransang dan ingatan yang diransang akan menumpukan perhatian kepada masalah. Jadi, seseorang itu perlulah mempunyai ketiga-tiga peralatan kognitif sebelum membuat sesuatu keputusan. Akhir kata selamat membuat keputusan semua!

Thursday, October 13, 2011

A134177 Syazana Binti Zainuddin Persepsi, Ingatan & Memori

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca jurnal terutama Dr Ahmad Zamri. Berjumpa lagi kita dengan tajuk di minggu kelima ini iaitu Persepsi, Ingatan Dan Perhatian Dalam Proses Membuat Keputusan. Sebelum aku mendalami lebih dalam lagi mengenai tajuk ini, aku akan menyatakan objektif pembelajaran iaitu memahami proses kognitif yang berlaku semasa proses membuat keputusan, memahami peranan 'cognitive tool' dalam proses membuat keputusan dan akhir sekali memahami interaksi ketiga-tiga aktiviti kognitif tersebut dalam membuat keputusan. Bagi menjalani proses membuat keputusan kita perlu mempunyai 'peralatan' khusus yang membolehkan kita melihat, memikirkan dan mentafsir dan akhirnya menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan yang paling bijak. Alat-alat kognitif yang telah aku sebutkan di atas adalah persepsi, memori dan juga perhatian.

    Dalam membuat keputusan, seseorang perlulah berupaya mengenalpasti keserupaan dan kelainan, membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan simptom masalah, memecahkan masalah kepada komponen-komponen yang lebih kecil serta berupaya mengenalpasti masalah mengikut prioriti. Dalam membuat keputusan alat pertama yang perlu kita ada ialah persepsi. Sebagai gambaran yang aku boleh terangkan melalui alat ini adalah seorang perempuan yang dari segi luarannya begitu indah  dan cantik apabila dipandang. Tetapi pada hakikatnya, cantik diluar itu tidak sama dengan nalurinya. Percakapan dan perlakuannya tidak seindah rupa. Bak kata pepatah indah khabar dari rupa. Satu lagi contoh yang dapat aku gambarkan melalui persepsi ini ialah situasi yang sering berlaku dalam kalangan pelajar. Seorang pelajar Tahun 1 di universiti sering menanyakan tentang subjek-subjek yang telah diambil oleh pelajar senior iaitu pelajar tahun 2 dan 3. Apabila senior telah memberi respon bahawa sebahagian subjek sukar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang, mereka mulalah menimbulkan pelbagai persepsi tentang subjek-subjek itu. Ayat yang sering dikeluarkan adalah "Alah, tak payah belajar betul-betul pun tak apa. Kakak-kakak dan abang-abang senior pun tak ada yang dapat cemerlang dalam subjek ni."
   
    Dalam kita sibuk memberi persepsi itu ini terhadap sesuatu perkara, persepsi mempunyai keterbatasannya. Antaranya pandangan yang menjadi sebahagian dari persepsi
apabila mengalami illusion, ruang lingkup persepsi terhad dengan  ruangan fizikal dan keupayaan berfikir dan juga pentafsiran sesuatu yang dipersepsikan hanya boleh dibuat
jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan ada. Sebagai contoh, apabila seseorang itu tidak kiralah lelaki mahupun perempuan bercakap kasar kita telah memberi persepsi bahawa dia ini seorang yang suka menyakitkan hati orang lain. Tetapi sebenarnya apabila kita mengenalinya lebih rapat, dia seorang yang baik dan suka mengambil berat tentang kebajikan rakan-rakannya. Dalam proses membuat keputusan melalui persepsi,kita perlulah menggunakannya dalam melihat masalah secara fizikal atau konseptual dan ianya dilakukan dengan ada tujuan tertentu serta dicapai dengan menentukan rujukan objektif. Jika persepsi yang kita buat itu adalah betul dan tepat,pemahaman kita mengenai masalah pun akan jadi betul dan ini akan membantu pembuat keputusan yang tepat.

    Alat kognitif yang kedua ialah ingatan. Terdapat dua bentuk ingatan iaitu ingatan jangka pendek dan juga ingatan jangka panjang. Peranan schemata iaitu ingatan dalam pembuat keputusan ialah membantu pengenalpastian masalah yang hampir sama dan justeru itu mudah diselesaikan namun bukan sahaja persepsi yang terbatas,ingatan juga
mempunya keterbatasan. Kadang-kadang kita terlupa meletak barang dimana walhal kita baru sahaja menyimpan barang tersebut. Situasi ini selalu terjadi kepada kita bukan sahaja orang tua malah orang muda juga boleh mengalami situasi yang sama.

    Manakalah alat kognitif yang terakhir ialah perhatian. Alat yang terakhir ini sangat penting bagi semua orang untuk membuat keputusan terutamanya pelajar-pelajar yang sedang menuntut di universiti mahupun di sekolah. Hal ini kerana, seseorang pelajar perlu memberi perhatian apabila pensyarah sedang mengajar di hadapan kerana setiap butir kata-kta pensyarah itu sangat penting mempunyai makna yang tersirat. Apabila kita tidak memberi perhatian maka terjadilah pelbagai masalah, sebagai contoh
kita membuat tugasan lain daripada yang dikehendaki. Oleh itu, kita mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pensyarah secara personal untuk bertanyakan dengan lebih detail mengenai tugasan tersebut.

     Melalui tajuk ini dapat aku simpulkan bahawa terdapat perkaitan diantara persepsi,ingatan dan juga perhatian dimana melalui persepsi ingatan seseorang itu akan diransang dan apabila ingatan kita teransang maka kita akan menumpukan perhatian untuk membuat keputusan. Maka ketiga-tiga alat kognitif ini sangat penting kepada pembuat  keputusan untuk membuat keputusan dengan lebih bijak. 


A124070 Mohamad Amirul Syafiq B Jamaluddin LJ03 "attentionnnn!!!!!"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, nampaknya sudah masuk tajuk yang ke tiga untuk matapelajaran KMK. Tugasan melambak-lambak sampai tak sempat nak buat semua sebelum tarikh akhir. Namun demi ALLAH SWT, saya teguhkan hati untuk meneruskan perjuangan. Minggu ini kita telah belajar  tentang persepsi, ingatan dan perhatian. Agak banyak persamaan dalam pelajaran yang pernah saya belajar dahulu di fakulti kejuruteraan, mungkin dapat membantu saya dalam penulisan jurnal ini.

Tajuk pada minggu ini dikenali sebagai "COGNITIVE TOOLS" ataupun dalam bahasa melayu "alat-alat kognitif". definisi untuk alat-alat kognitif adalah konsep, simbol, strategi, atau mekanisma yang dibina untuk membantu seseorang untuk berfikir secara berkesan. Alat-alat kognitif terbahagi  kepada tiga komponen penting iaitu:

1-      Persepsi

2-      Ingatan

3-      Perhatian

Bagi kami yang belajar di FKAB, adalah wajib untuk kami mempelajari system computer supaya memudahkan kami untuk bekerja menggunakan software tertentu dalam kejuruteraan. Tujuan saya mengaitkan cerita ini adalah untuk memberi sedikit pemahaman tentang alat-alat kognitif. asas bagi mencipta sebuah komputer adalah suatu komputer itu wajib untuk mempunyai tiga komponen penting:

1-input device

2-central processing unit(CPU)/* including memory

3-output device

            "input device" adalah alat untuk memasukkan data, "central processing unit" adalah bahagian yang melakukan segala proses pencernaan data, manakala "output device" adalah alat untuk memaparkan data yang telah dicernakan. Input device akan memberi data ke central processing unit untuk dianalisa, setelah dianalisa data akan dicerna tergantung keperluan data tersebut, arahan dari memori digunakan untuk mencerna data yang dimasukkan. Dibahagian ini akan memberi perhatian kepada setiap proses ke atas data tersebut sebelum dipaparkan kepada output device. Disini terdapat persamaan dalam kegunaan alat-alat kognitif tersebut. Ceritanya hampir serupa.

http://mm.ihatemyname.net/images/inside.jpg

 

Input deviceà central processing unità output device

Persepsià ingatan à perhatian

Apabila membuat keputusan, masalah yang dilihat akan diperkenalkan, melalui persepsi kita akan cuba untuk mengenalpasti kesamaan masalah-masalah yang pernah diselesaikan didalam ingatan kita. Jika terdapat kesamaan dalam masalah-masalah tersebut, barulah perhatian akan ditumpukan pada masalah tersebut. Setelah dianalisa, barulah tindakan akan diambil.

 

http://www.motifake.com/image/demotivational-poster/0906/perception-perception-fat-demotivational-poster-1244491805.jpg

PERSEPSI

Stephen Pepper menyatakan " perception is a conscious activity linking an individual through received sense data to the environment".  atau dalam bahasa yang lebih mudah, "bagaimana kita melihat dunia". Persepsi  adalah digunakan untuk melihat masalah secara fizikal atau konseptual. Ianya dilakukan dengan tujuan tertentu dan dicapai dengan menentukan rujukan objektif. Dan persepsi adalah berlainan bagi setiap individu. Persepsi yang betul dan tepat membantu kita dalam membuat keputusan yang tepat (nota KMK tajuk 4).

299004_2586353856252_1176711812_33220469_880443638_n.jpg

Apakah persepsi anda melihat gambar ini????

Ini adalah gambar anak saya yang berumur enam bulan. Sesetengah orang akan mengangap bahawa saya mendera anak. Ini sebenarnya adalah tradisi kaum banjar keluhuran kami, kaedah ini adalah untuk membantu anak tidur lebih lama dari tidur di tilam.

Namun persepsi adalah terbatas atas beberapa faktor:

1-      Pandangan boleh mengalami ilusi

Pandangan adakalanya tertipu dengan ilusi yang berbagai-bagai. Lain yang dimaksud lain pula yang difahami, adakala menyukarkan kita untuk membuat keputusan.

http://www.roumazeilles.net/news/fr/wordpress/wp-content/uploads/2008/02/optical_illusion_shadows.jpg?dcd64b

seperti gambar berikut, yang manakah akan anda lihat sebagai bayang??? Ini adalah sekadar ilusi yang telah mengganggu pemikiran anda untuk membuat keputusan.

2-      Ruang lingkup persepsi terhad dengan ruangan fizikal dan kupayaan berfikir.

Andai anda diberi rumah yang sempit seperti ini....

http://samudro.files.wordpress.com/2009/12/narrow-houses-24.jpg

apakah yang anda mampu lakukan untuk mencapai rasa "selesa" untuk tinggal dalam rumah seperti ini?

3-      Pentafsiran apa yang dipersepsikan hanya boleh dibuat jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan yang ada

Video ini adalah untuk mengaitkan bahawa persepsi hanya boleh dibuat jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan yang ada.

http://www.youtube.com/watch?v=L4yJGTPUR_0

orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman mampu melakukan seperti ini.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi persepsi, antaranya ialah

           

MEMORI

            Memori terbahagi kepada dua bahagian iaitu ingatan jangka masa pendek, dan ingatan jangka masa panjang. Dalam membuat keputusan, ingatan membantu dalam mengenal pasti masalah samada ia mempunyai kesamaan dengan masalah yang pernah diselesaikan. Oleh itu, mudah untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi sekiranya terdapat kesamaan. Contohnya, bagaimana anda membeli tiket untuk menaiki pesawat ke Indonesia? Dan anda pernah ke Langkawi menaiki pesawat. Dengan pengalaman yang ada, saya telah membeli tiket ke Medan Indonesia untuk ke rumah ibu mertua untuk menyambut hari raya aidilfitri yang lepas bersama isteri dan anak saya. Sekiranya saya tiada pengalaman tersebut, adakah mudah untuk saya membuat keputusan dan mengambil tindakan???

http://bizdaily.com.sg/newsite/wp-content/uploads/2010/06/air-asia-airline.jpg

Namun ingatan juga terbatas. Banyak perkara yang mungkin anda boleh ingat sekiranya ia adalah perkara besar yang mempunyai banyak makna buat anda. Namun ia juga terbatas dengan waktu. Contohnya, anda boleh ingat siapakah rakan-rakan anda sewaktu anda bersekolah, bila anda boleh memandu, dan lain-lain. Namun adakah anda ingat bilakah anda belajar berjalan sewaktu kecil dulu???.

            Fungsi-fungsi ingatan dalam membuat keputusan adalah untuk membantu ingatan anda semula terhadap peristiwa-peristiwa yang memberi kesamaan dengan masalah yang anda hadapi untuk mengaitkan dengan masalah-masalah terdahulu. Ia juga membantu dalam proses pengecaman dan perbandingan dengan peristiwa terdahulu atau pengetahuan, pengalaman yang berkaitan dengan masalah tertentu.

PERHATIAN

Mengikut kata Kahneman (1973) "Attention is the allocation of information processing capacity to mental activity"

http://1.bp.blogspot.com/-Km1YKJtfNZY/TXktnA11OGI/AAAAAAAACQg/A0YkX9MPvY4/s1600/resume_overtrained_attention_244815.jpg

fungsi perhatian adalah sebagai agen memilih dan juga sebagai agen pengurusan tugasan. Pemerhatian digunakan sebagai agen pemilih apabila suatu perkara atau suatu masalah memberikan kelainan atau nilai tambah untuk diberi perhatian. Contohnya,

http://imageshack.us/photo/my-images/384/harletdavidsonifugao2tecd0.jpg

apakah yang membuat anda memberi perhatian pada gambar ini???

HUBUNGAN PERSEPSI, INGATAN DAN PERHATIAN

 Persepsi  akan membantu ingatan, ingatan pula akan dirangsang untuk memberikan perhatian kepada masalah. Seperti sebuah komputer, input device akan memasukkan data, data akan dicernakan di bahagian central processing unit, memori pula akan disemak tentang data tersebut. Seterusnya data tersebut diberi perhatian untuk dicernakan. Setelah diproses, barulah data tersebut dipaparkan ke output device. Begitulah juga hubungan persepsi, ingatan dan perhatian pada seseorang individu. Namun  hubungan persepsi, ingatan dan perhatian seseorang individu itu sering terbatas dengan ruang fizikal dan keupayaan berfikir. Malahan juga ia dipengaruhi oleh priority ataupun keutamaan terhadap sesuatu yang lain yang lebih penting dari masalah yang dihadapi.

Kesimpulannya alat-alat kognitif adalah suatu mekanisma untuk seseorang membuat keputusan yang memudahkan proses tersebut. Namun ia terbatas terhadap ruangan fizikal dan juga keupayaan berfikir seseorang. Ia juga dipengaruhi oleh beberapa faktor yang sering dihadapi oleh individu yang ingin membuat keputusan. Begitulah ceritanya, panjang sangat sampai saya sendiri pon tak paham.... sekian terima kasih

A133086 SITI HALIJAH BINTI ROSLI LJ04 SEMUANYA BERMULA DISINI UNTUK KEJAYAAN


----- Forwarded Message -----
From: Mieja Sweet <sweet.mieja@yahoo.com>
To: "ayahlong_azm.jurnalkmk@blogger.com" <ayahlong_azm.jurnalkmk@blogger.com>; "tugasan2263@gmail.com" <tugasan2263@gmail.com>
Sent: Friday, October 14, 2011 1:53 AM
Subject: A133086 SITI HALIJAH BINTI ROSLI LJ04 SEMUANYA BERMULA DISINI UNTUK KEJAYAAN

Assalamualaikum…   
            Pada minggu ini,aku berasa amat teruja kerana aku diperkenalkan kepada tajuk yang amat menarik minatku untuk meyelaminya iaitu persepsi,ingatan dan perhatian dalam membuat keputusan. Mungkin sesetengah individu berpendapat bahawa perkara tersebut adalah remeh .  namun begitu,bagiku ia mempunyai nilainya yang tersendiri dimana kita boleh mengawal tindakan kita misalnya melalui ingatan,ia mungkin dapat membimbing kita kepada keputusan yang lebih baik di mana kita tidak akan lagi mengulangi kesalahan yang sama berulang kali.
            Dalam perkara ini kita mempunya peralatan yang khusus yang membolehkan kita melihat,memikirkan dan mentafsir  seterusnya menyelaesaikan masalah. Ianya disebut sebagai alat-alat kognitif. Dalam hal ini,terdapat tiga jenis alat-lat kognitif iaitu persepsi,memori dan perhatian.illusi optikal juga termasuk didalam perkara ini dimana melihat kebolehan kita mengenalpasti keunikan sesuatu gambar atau keganjilannya. 
            Persepsi merupakan sesuatu perkara yang sering kita lakukan dalam kehidupan kita . menurut  Stephen pepper, persepsi merupakan aktiviti yang dilakukan dalam keadaanm sedar yang bekaitan dengan hubungan individu terhadap penerimaan maklumat melalui persekitaran. Ia juga berkaitan dengan keadaan bagaimana kita melihat dunia . aku pernah mengalami situasi begini ketika aku ingin membeli-belah di bukit bintang.  Kita selalu membuat andaian bahawa  warga asing mempunyai personality yang buruk. Maka,waktu yang boleh digunakan untuk aku pergi ke bukit bintang  terpaksa ditunda kerana takut sesuatu yang buruk akan berlaku jika ke sana dalam keadaan lambakan warga asing di kota.  Persepsi juga boleh dilihat melalui gambaran misalnya melalui penglihatan sebahagian ruang daripada persepsi  atau hanya ilusi.
            Seterusnya adalah ingatan. Ingatan merupakan sesuatu yang sentiasa kita aplikasikan dalam kehidupan kita setiap hari. Semua perkara yang penting mahupun tidak sering diingati selalu. Ingatan terbahagi kepada dua iaitu ingatan jangka pendek dan juga ingatan jangka panjang. Dari segi ingatan jangka pendek misalnya  operasi memboikot makanan buatan Israel,ianya Cuma berlaku sementara kerana penderitaan yang dihadapi mereka hanya melekat dalam ingatan kita sebentar sahaja. Manakala ingatan jangka panjang pula melibatkan peristiwa yang kita lalui serta member kesan mendalam kepada kita misalnya  seorang perempuan yang pernah mengalami titik hitam dalam hidupnya  misalnya dirogol akan mengalami trauma  dan ingatan tersebut akan menyebabkan dia membenci lelaki.
            Berikutnya adalah perhatian . dalam hal ini,setiap perkara yang kita lakukan dengan penuh perhatian akan menghasilkan kesan dan hasil yang beik berbanding sesuatu yang kita lakukan tanpa perhatian. Dari segi konsep, perhatian menurut kahneman,merupakan penggunaan aktiviti  mental dalam keupayaan untuk memproses maklumat. Misalnya seorang pelajar yang member perhatian sepenuhnya dalam kelas akan memperoleh keputusan yang cemerlang berbanding mereka yang hanya  mengikuti kelas tanpa memberikan perhatian yang sepenuhnya di dalam kelas.
            Kesimpulannya, kemahiran dalam membuat persepsi , mengingati dan juga member perhatian adalah penting dala kehidupan kita kerana ia merupakan asas kepada kehidupan yang membawa kepada kejayaan dalam hidup kita. Ketiga-tiga komponen ini sebenarnya berkait antara satu sama lain. Dari aspek persepsi ,ia membantu menyebabkan ingatan kita terhadap sesuatu perkara dapat diransang. Ingatan yang diransang tersebut akan mula menumpukan perhatian kepada masalah atau sesuatu perkara yang mucul .  ini akan memulakan proses analisis dalam membuat keputusan . meskipun ia berhubungan,hubungannya agak terbatas dan dipengaruhi oleh priority, maka usaha untuk menyelesaikannya juga perlu dilakukan mengikut priority atau perlu didahulukan.


A134479 Nur Nadeeya Binti Muhamad Khair LJ04 Peringatan, Ingatan dan Perhatian

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.  Sekarang kita sudahpun berada pada minggu kelima pembelajaran. Saya dan rakan-rakan yang lain telahpun menjalani lima minggu pembelajaran di dalam kursus Kemahiran Membuat Keputusan. Ini merupakan jurnal saya untuk kali keempat. Banyak perkara baru yang telah saya pelajari pada minggu ini. Sebelum itu, ingin saya nyatakan tajuk jurnal saya yang kedua iaitu, "Peringatan, Ingatan dan Perhatian".

Bagi menjalani proses membuat keputusan, kita perlu ada peralatan kognitif yang mana ia membolehkan kita melihat, memikirkan dan mentafsir dan akhirnya menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan yang paling bijak. Terdapat 3 jenis alat kognitif, iaitu persepsi, ingatan dan perhatian.

Menurut Stephen Pepper ( 1967 ), persepsi bertindak sebagai aktiviti sedar menghubungkan seseorang individu melalui penerimaan data kepada persekitaran. Persepsi adalah sesuatu tanggapan kita terhadap dunia. Setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza kerana setiap individu mempunyai cara pemikiran yang berbeza. Beberapa faktor yg mempengaruhi persepsi kita terhadap sesuatu seperti perwatakan, pengalaman, persekitaran dan sebagainya. Pentafsiran apa yang dipersepsikan hanya boleh dibuat jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan yang ada. Persepsi digunakan dalam melihat masalah secara fizikal atau konseptual. Ianya dilakukan dengan tujuan yang tertentu dan dicapai dengan menentukan rujukan objektif. Jika persepsi kita adalah betul,ia dapat membantu dalam membuat keputusan yang tepat.

 Satu contoh persepsi dalam membuat keputusan yang dapat saya buat adalah seperti persepsi seseorang terhadap sebuah restoran, dimana restoran itu kelihatan menarik dengan perhiasannya yang tampak mewah, dengan pengunjungnya yang ramai. Dengan itu, seseorang berpersepsi bahawa restoran itu mestinya menghidangkan makanan yang sedap dan memuaskan hati dek kerana ramai pelanggan. Namun, setelah dia menjamu selera, dia dapati harga yang dikenakan langsung tidak berbaloi malah masakannya tidak memuaskan.

Terdapat 2 jenis bentuk ingatan iaitu ingatan jangka pendek ( working memory ) dan ingatan jangka masa panjang ( storing memory ). Fungsi ingatan dalam membuat keputusan ialah ia membantu ingatan semula. Selain mengaitkan keadaan terdahulu dengan keadaan sekarang. Berdasarkan contoh yang di nyatakan di atas berkaitan persepsi, individu tersebut tidak akan berkunjung lagi ke restoran tersebut kerana di dalam ingatannya bahawa restoran tersebut hanyalah indah khabar dari rupa.

Peranan perhatian dalam membuat keputusan adalah penting. Menurut Kahneman ( 1973 ), perhatian ialah pemprosesan kapasiti maklumat kepada aktiviti mental. Fungsi perhatian ialah sebagai agen pemilihan dan agen pengurusan tugas. Seseorang yang tidak member perhatian dalam sesuatu situasi akan mudah membuat keputusan yang tidak tepat. Perhatian adalah tersangat penting dalam proses membuat keputusan.

Sebagai contoh, seorang ahli mesyuarat mengeluarkan idea yang kurang bernas dimana idea tersebut boleh menyebabkan kacau bilau berlaku didalam syarikat. Namun,majoriti ahli-ahli mesyuarat yang lain tidak memberi perhatian semasa idea itu dibentangkan dan menyebabkan idea itu dipersetujui oleh majoriti tersebut dek kerana tidak memberikan perhatian. Lantas, syarikat mungkin akan mengalami kerugian yang amat besar.

Persepsi, ingatan dan perhatian mempunyai hubungan yang berkait rapat dimana persepsi akan merangsang ingatan dan ingatan yang dirangsang akan menumpukan perhatian kepada masalah. Dengan ini, proses analisis bermula dalam membuat keputusan. Namun begitu, hubungan antara ketiga alat kognitif ini terbatas. Ini adalah kerana ia di pengaruhi oleh prioriti, maka usaha untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan perlu dilakukan mengikut prioriti.

Pada perkuliahan lepas, saya mempelajari 3 aspek penting dalam membuat keputusan iaitu persepsi, ingatan dan perhatian. Pensyarah menguji persepsi pelajar dengan menunjukkan beberapa gambar optical illusion yang sangat menarik. Dapat dibuktikan bahawa setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza pada sesuatu keadaan. Ingatan membantu kita membuat keputusan yang lebih tepat berdasarkan pengalaman lepas dan perhatian adalah sangat penting supaya keputusan yang dibuat adalah tepat. Sekian, jumpa lagi di penulisan akan datang. 

A133537 Afidatul Nafisha Hamdan LJ04 Persepsi, Ingatan, dan Perhatian dalam MK

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Alhamdulillah, ini merupakan jurnal yang keempat saya bagi Kursus Kemahiran Membuat Keputusan. Pada hari pertama kuliah pada minggu kelima ini kami masuk ke dalam topik baru yang berkaitan dengan Persepsi, Ingatan dan Perhatian dalam membuat keputusan.
            Kami dihidangkan dengan satu video klip oleh Dr.Zamri pada permulaan kuliah hari tersebut. Di dalam video tersebut menunjukkan suasana di dalam stadium bola sepak dimana situasi David Bechkam telah dibuang padang ketika permainan kerana melanggar peraturan permainan. Ketika Beckham keluar dari padang, die terserempak dengan seorang budak yang sedang minum air Pepsi, dan tanpa segan silu die meminta air tersebut dari budak itu. Selepas itu, Dr.Zamri 'pause' video tersebut dan meminta kami berbincang dan memberi persepsi masing-masing mengenai apakah tindakan budak lelaki tersebut selepas Beckham mengembalikan air tin Pepsi kepadanya. Persepsi saya berkemungkinan budak lelaki tersebut akan meminta jersi yang dipakai oleh Bechkam kerana meminati Beckham dan mungkin dia berfikir dengan cara itu Bechkam membalas pemberiannya. Terdapat banyak lagi persepsi dan pandangan yang diberikan oleh rakan-rakan kuliah saya yang lain. Namun, setelah Dr.Zamri menghabiskan video tersebut, kami semua hampir tertawa kerana persepsi kami ternyata salah kerana budak lelaki tersebut meminta jersi Beckham hanya untuk mengelap mulut tin Pepsinya dan bukannya kerana die peminat kepada Beckham. Menarik kan? Kita sudah memberi pelbagai persepsi sebelum kita mengetahui hal yang sebenar. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai persepsi mata kasar (optical illusion) masing-masing.
            Seperti apa yang diterangkan oleh Dr.Zamri didalam kuliah, di dalam proses membuat keputusan, kita hendaklah mempunyai 'cognitive tool'  ataupun peralatan kognitif yang membolehkan kita melihat, berfikir dan mentafsir untuk menyelesaikan masalah dalam membuat keputusan yang bijak. 'Cognitive tool' terbahagi kepada tiga iaitu Persepsi, Ingatan dan Perhatian (Attention).
Selalunya persepsi itu akan timbul jika seseorang itu terdedah dengan beberapa faktor sepertinya:
        i.            Faktor pada target
·        Pergerakan
·        Bunyi
·        Ukuran
·        Latar belakang
 
     ii.            Faktor dalam situasi
·        Masa/ waktu
·        Keadaan dan tempat kerja
·        Keadaan sosial
   iii.            Faktor pada pemersepsi
·        Sikap
·        Kepentingan
·        Pengalaman seseorang
·        motif
 
 Seseorang itu akan mengalami 'illusion' melalui pandangannya  dan ianya hanya di dalam ruang lingkup persepsi yang terhad iaitu dengan keupayaan fizikal dan juga fikirannya. Kadangkala persepsi hanya dapat dilakukan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman seseorang itu yang relevan.
           
Seterusnya kuliah disambung  dengan  'cognitive tool' yang kedua iaitu ingatan (memory) yang terbahagi kepada dua iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Seperti apa yang saya faham ketika kuliah adalah ingatan seseorang itu sangat terbatas. Tidak mungkin seseorang itu akan mengingati warna baju yang dipakainya  pada tahun lepas kecualilah pada hari tersebut adalah hari yang penting dan mudah untuk diingat. Dan tidak mungkin juga seseorang itu akan dapat mengingati susunan huruf yang tidak tersusun dalam jangka masa yang pendek keran daya ingatan seseorang itu sangatlah terbatas.
 Antara fungsi-fungsi ingatan dalam membuat keputusan adalah:
·        membantu ingatan semula
·        mengaitkan keadaan terdahulu dengan keadaan sekarang
·        membantu proses pencaman dan perbandingan dengan peristiwa terdahulu atau pengetahuan dan juga pengalaman yang berkaitan.
 
Perhatian (Attention) pula merupakan peraltan kognitif yang ketiga dan ianya merupakan langkah framing dalam membuat sesuatu keputusan. Fungsi perhatian terbahagi kepada dua iaitu sebagai agen terpilih dan juga sebagai egen pengurusan tugas.
Menurut Kahneman (1973):
"attention is the allocation of information processing capacity to mental activity"
 
Seperti contoh yang ditunjukkan didalam slide Dr.Zamri dimana pelajar-pelajar perubatan kurang mengambil perhatian dengan apa yang dilakukan oleh pensyarah mereka. Hal ini kerana, perhatian yang kuat sangat diperlukan bagi seseorang itu membuat sesuatu keputusan.
 
Terdapat perkaitan dintara persepsi, ingatan dan juga perhatian ini dimana persepsilah yang menyebabkan ingatan seseorang itu diransang dan ingatan yang diransang akan menumpukan perhatian kepada masalah. Jadi, seseorang itu perlulah mempunyai ketiga-tiga peralatan kognitif sebelum membuat sesuatu keputusan. Hal ini kerana, persepsi yang salah adalah berdasarkan kepada perhatian dan juga ingatan kita bagi membuat sesuatu keputusan. Maka, kita haruslah berfikir dengan lebih bijak, kreatif dan kritis dalam membuat sesuatu keputusan. =)