Thursday, October 13, 2011

A133537 Afidatul Nafisha Hamdan LJ04 Persepsi, Ingatan, dan Perhatian dalam MK

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Alhamdulillah, ini merupakan jurnal yang keempat saya bagi Kursus Kemahiran Membuat Keputusan. Pada hari pertama kuliah pada minggu kelima ini kami masuk ke dalam topik baru yang berkaitan dengan Persepsi, Ingatan dan Perhatian dalam membuat keputusan.
            Kami dihidangkan dengan satu video klip oleh Dr.Zamri pada permulaan kuliah hari tersebut. Di dalam video tersebut menunjukkan suasana di dalam stadium bola sepak dimana situasi David Bechkam telah dibuang padang ketika permainan kerana melanggar peraturan permainan. Ketika Beckham keluar dari padang, die terserempak dengan seorang budak yang sedang minum air Pepsi, dan tanpa segan silu die meminta air tersebut dari budak itu. Selepas itu, Dr.Zamri 'pause' video tersebut dan meminta kami berbincang dan memberi persepsi masing-masing mengenai apakah tindakan budak lelaki tersebut selepas Beckham mengembalikan air tin Pepsi kepadanya. Persepsi saya berkemungkinan budak lelaki tersebut akan meminta jersi yang dipakai oleh Bechkam kerana meminati Beckham dan mungkin dia berfikir dengan cara itu Bechkam membalas pemberiannya. Terdapat banyak lagi persepsi dan pandangan yang diberikan oleh rakan-rakan kuliah saya yang lain. Namun, setelah Dr.Zamri menghabiskan video tersebut, kami semua hampir tertawa kerana persepsi kami ternyata salah kerana budak lelaki tersebut meminta jersi Beckham hanya untuk mengelap mulut tin Pepsinya dan bukannya kerana die peminat kepada Beckham. Menarik kan? Kita sudah memberi pelbagai persepsi sebelum kita mengetahui hal yang sebenar. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai persepsi mata kasar (optical illusion) masing-masing.
            Seperti apa yang diterangkan oleh Dr.Zamri didalam kuliah, di dalam proses membuat keputusan, kita hendaklah mempunyai 'cognitive tool'  ataupun peralatan kognitif yang membolehkan kita melihat, berfikir dan mentafsir untuk menyelesaikan masalah dalam membuat keputusan yang bijak. 'Cognitive tool' terbahagi kepada tiga iaitu Persepsi, Ingatan dan Perhatian (Attention).
Selalunya persepsi itu akan timbul jika seseorang itu terdedah dengan beberapa faktor sepertinya:
        i.            Faktor pada target
·        Pergerakan
·        Bunyi
·        Ukuran
·        Latar belakang
 
     ii.            Faktor dalam situasi
·        Masa/ waktu
·        Keadaan dan tempat kerja
·        Keadaan sosial
   iii.            Faktor pada pemersepsi
·        Sikap
·        Kepentingan
·        Pengalaman seseorang
·        motif
 
 Seseorang itu akan mengalami 'illusion' melalui pandangannya  dan ianya hanya di dalam ruang lingkup persepsi yang terhad iaitu dengan keupayaan fizikal dan juga fikirannya. Kadangkala persepsi hanya dapat dilakukan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman seseorang itu yang relevan.
           
Seterusnya kuliah disambung  dengan  'cognitive tool' yang kedua iaitu ingatan (memory) yang terbahagi kepada dua iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Seperti apa yang saya faham ketika kuliah adalah ingatan seseorang itu sangat terbatas. Tidak mungkin seseorang itu akan mengingati warna baju yang dipakainya  pada tahun lepas kecualilah pada hari tersebut adalah hari yang penting dan mudah untuk diingat. Dan tidak mungkin juga seseorang itu akan dapat mengingati susunan huruf yang tidak tersusun dalam jangka masa yang pendek keran daya ingatan seseorang itu sangatlah terbatas.
 Antara fungsi-fungsi ingatan dalam membuat keputusan adalah:
·        membantu ingatan semula
·        mengaitkan keadaan terdahulu dengan keadaan sekarang
·        membantu proses pencaman dan perbandingan dengan peristiwa terdahulu atau pengetahuan dan juga pengalaman yang berkaitan.
 
Perhatian (Attention) pula merupakan peraltan kognitif yang ketiga dan ianya merupakan langkah framing dalam membuat sesuatu keputusan. Fungsi perhatian terbahagi kepada dua iaitu sebagai agen terpilih dan juga sebagai egen pengurusan tugas.
Menurut Kahneman (1973):
"attention is the allocation of information processing capacity to mental activity"
 
Seperti contoh yang ditunjukkan didalam slide Dr.Zamri dimana pelajar-pelajar perubatan kurang mengambil perhatian dengan apa yang dilakukan oleh pensyarah mereka. Hal ini kerana, perhatian yang kuat sangat diperlukan bagi seseorang itu membuat sesuatu keputusan.
 
Terdapat perkaitan dintara persepsi, ingatan dan juga perhatian ini dimana persepsilah yang menyebabkan ingatan seseorang itu diransang dan ingatan yang diransang akan menumpukan perhatian kepada masalah. Jadi, seseorang itu perlulah mempunyai ketiga-tiga peralatan kognitif sebelum membuat sesuatu keputusan. Hal ini kerana, persepsi yang salah adalah berdasarkan kepada perhatian dan juga ingatan kita bagi membuat sesuatu keputusan. Maka, kita haruslah berfikir dengan lebih bijak, kreatif dan kritis dalam membuat sesuatu keputusan. =)
 
 

No comments:

Post a Comment