Wednesday, September 28, 2011

A124070 Mohamad Amirul Syafiq B Jamaluddin LJ02 "susah ke buat keputusan?"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, alhamdulillah saya telah
membuat keputusan yang baik. Memilih untuk mengikuti kursus KMK ini
adalah tepat sekali dalam usaha saya sebagai pelajar kejuruteraan yang
dimana akan menjadi jurutera suatu hari nanti. Kebolehan membuat
keputusan adalah aspek penting dalam bidang kejuruteraan kerana setiap
keputusan yang akan diambil mempunyai risiko-risiko tersendiri dari
skala kecil hingga skala besar yang boleh melibatkan nyawa manusia.
Kedatangan saya pada kelas KMK ini boleh dikirakan terlewat 2 minggu
dan agak banyak juga pelajaran yang tertinggal. Mujur ada rakan
sekelas yang membantu dalam mengejar kembali pelajaran yang
tertinggal. Terima kasih kepada Amirul Shafiq yang membantu saya pada
hari tersebut.
Saya sempat menanyakan soalan apakah itu satisficing dan juga
maximixing. Dari pemahaman saya, satisficing dari segi membuat
keputusan adalah bermaksud mengambil keputusan yang sekadar memenuhi
syarat minimum bagi membuat keputusan tersebut. Antara gambaran
tentang satisficing yang boleh saya berikan adalah pilihan makanan
anda, dimana anda pastinya akan memilih makanan anda mengikut kehendak
anda. Namun ada juga orang yang makan mengikut syarat paling MINIMA
iaitu, " yang penting makan". Pernahkah anda terfikir bahawa kita
harus memilih makanan yang berkhasiat mengikut diet harian kita?.
Dalam membuat keputusan dari segi maximixing pula bermaksud membuat
keputusan yang terbaik dari segala kriteria yang tersyarat. Dalam
pelajaran untuk menjadi seorang jurutera, memilih keputusan yang
terbaik@optimum adalah kemahiran penting, kerana setiap keputusan yang
diambil pasti akan mempengaruhi hasil kerja dari segi keuntungan,
kualiti dan lain-lain. Antara contoh yang boleh diberi adalah, dalam
penghasilan produk, kos operasi mestilah tidak melebihi keuntungan
yang didapati dalam menghasilkan suatu produk.
Keuntungan= hasil jualan - kos operasi
Andai seorang jurutera salah dalam membuat keputusan, syarikat yang
menghasilkan produk tersebut pasti akan mendapat kerugian yang teruk.
Kelas pada minggu ini mencakupi tajuk model-model membuat keputusan:
1-model klasik
Model klasik boleh dikatakan model yang ideal dimana keputusan yang
dibuat berdasarkan maklumat yang mencukupi dan rational serta
menggunakan logik dalam membuat keputusan. Antara contoh yang boleh
diberikan adalah keputusan yang dibuat oleh hakim dalam perbicaraan di
mahkamah. Segala maklumat diberikan dan diselaraskan dengan akta-akta
yang ada dalam perundangan memudahkan hakim membuat keputusan yang
rational dan logik mengikut hujah-hujah para peguam. Namun, bagi
pendapat saya model klasik ini boleh dikatakan mustahil untuk
digunakan kerana ada banyak kekangan@halangan dalam membuat keputusan
dalam keadaan rational iaitu "bounded rationality". Istilah bounded
rationality pula adalah terikat@terhalang dalam membuat keputusan yang
wajar kerana pelbagai halangan seperti emosi, masa, keadaan, dan
lain-lain. Manakala rationality pula adalah membuat keputusan dalam
keadaan waras tanpa tekanan. Herbert Simon menyatakan bahawa "The
assumptions of perfect rationality are contrary to fact. It is not a
question of approximation; they do not even remotely describe the
process that human beings use for making decisions in complex
situations".
2-model pentadbiran
model pentadbiran, iaitu keputusan yang diambil biasanya bersifat
satisficing dan juga pembuat keputusan dalam keadaan bounded
rationality. Mengikut pendapat saya, model ini mendapat nama model
pentadbiran adalah kerana, kebanyakan pembuat keputusan ini adalah
pekerja makan gaji "employee" yang melaksanakan pelbagai tugas yang
memerlukan dia membuat keputusan,hal ini kerana mendapat tekanan dari
orang atasan@bos. Tidak dinafikan, semua orang mengalami model
pentadbiran dalam membuat keputusan. Keputusan yang dibuat sering
mengalami konflik dan juga kaedah rational dalam membuat keputusan
juga sukar dilakukan memaksa si pembuat keputusan lebih gemar
menggunakan firasat dalam membuat keputusan dan juga pengalaman dari
kes-kes yang lepas. Saya juga mempunyai banyak pengalaman dalam model
pentadbiran dari pelbagai aspek kehidupan. Model pentadbiran ini
biasanya diambil kerana berlakunya ketidaktentuan@uncertainty.
Contohnya, saya terpaksa membuat keputusan samada untuk pergi ke kelas
ataupun tidak kerana berlakunya ketidaktentuan contohnya hujan.
Keputusan yang diambil didapati terdapat tekanan yang memaksa saya
memilih untuk tidak rational iaitu tidak hadir ke kelas, sedangkan
kelas itu adalah wajib untuk saya mendapatkan markah demi mencapai
keputusan yang cemerlang. Inilah yang sering berlaku kepada
jurutera-jurutera diluar sana yang terpaksa mengambil keputusan yang
disifatkan sebagai sekadar memenuhi syarat atau kadangkala tersalah
membuat keputusan.
3-model politikal
Model politikal pula boleh dikatakan lebih menyerupai keadaan sebenar
dalam membuat keputusan kerana ia memerlukan perbincangan diantara
ahli-ahlinya dan ketidak-seragaman serta konflik atas keputusan yang
diambil adalah perkara biasa dalam membuat keputusan. Contohnya,
persidangan dalam menyatakan usul diparlimen, keputusan yang dibuat
berdasarkan hujah-hujah yang kukuh dan dipersetujui oleh majoriti
dimana ia memerlukan kesepakatan. Berdasarkan kesepakatan lah
keputusan diambil oleh pengerusi di parlimen. Model ini sangat berguna
dalam membuat keputusan bagi masalah-masalah yang kompleks@rumit.

Model-model membuat keputusan ini benar-benar membantu dalam
langkah-langkah membuat keputusan yang mencakupi lima perkara asas
iaitu mengenal pasti masalah, mencari langkah penyelesaian, memilih
langkah yang terbaik, menjalankan langkah yang terbaik dan menilai
keputusan yang diambil. Saya berharap dapat menggunakan sepenuhnya
ilmu yang diberikan oleh pensyarah KMK kepada saya dimasa akan datang.

1 comment: