Wednesday, September 28, 2011

A128390 Mohamad Nazrul Hafeez Bin Md Riffin LJ02

PERJALANAN,PERANCANGAN DAN DESTINASI

Assalamualaikum ,Salam sejahtera,bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat saya meneruskan perjuangan saya sebagai seorang pelajar,dapat menulis tugasan 1 yang ke-2 untuk kursus ZT2263 Kemahiran Membuat Keputusan.Minggu ini merupakan minggu yang ke-3 pada semester ini,merupakan minggu Graduasi kepada mahasiswa yang telah Berjaya menamatkan pengajian mereka dalam tempoh tertentu yang telah ditetapkan.Minggu graduasi merupakan meinggu yang paling meriah buat semua warga Varsiti,Pensyarah,Mahasiswa dan juga kakitangan awam yang bekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia ini.Minggu yang adak sibuk dengan kesesakan lalu lintasnya,pesta konvo,dan sebagainya membuatkan suasana di UKM tidak seperti hari kuliah biasa.

Pada hari ahad 25 september 2011 merpupakan hari cuti sebelum bermula kuliah pada minggu ke-3 isitu pada hari isnin.Seperti biasa hari cuti mesti ramai pelajar yang keluar 'outing' kan ? tujuan untuk menghilangkan stress,.Pada hari itu aku buat keputusan bersama kawan baikku untuk keluar jauh dari UKM hanya untuk menghilangkan tension sahaja,tapi malangnya keadaan di dalam kampus agak sibuk dengan kesesakan lalu lintas disebabkan dengan pesta konvo dan juga majlis konvokensyen yang ke 39 yang diadakan di Dewan Canselori Tun Abdul Razak DECTAR.Kesesakan lalu lintas di ukm membuatkan perancangan kami tergendala.Kami terpaksa menukar rancangan kami daripada pergi ke Kuala Lumpur tapi hanya pergi ke Kajang.Pada pukul 12 tengahari kami balik dari bersiar siar,tapi malangnya kesesakan lalu lintas di pintu masuk UKM agak masih terasa.

Pada hari isnin 26 September,seperti biasa kelas pertama pukul 10 pagi di FST,seterusnya kuliah Kemahiran Membuat Keputusan di DKG3F203 pada pukul 12 tenghari.Dengan rela hatinya aku membuat keputusan untuk pergi ke kuliah dengan berjalan kaki untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.Kalau pergi dengan motosikal mesti minyak banyak habis,masa pun lambat sampai ke kuliah.Sesampainya aku ke kuliah ZT2263 ini.Dr Zamri dengan muka gembiranya memulakan kuliahnya.Pada hari itu Dr.Zam mengajar Topik 2 iaitu Model model membuat keputusan.Apakah itu model ? kita pernah dengan perkataan model kan ? mesti dalam fikiran kita teringatkan model dalam majalah,akhbar,tv dan media terkini kan ?,sama juga dengan model membuat keputusan iaitu sesuatu penduan untuk seseorang itu dalam membuat keputusan.Ia juga merupakan seusuatu untuk menerangkan satu perkara serta untuk memahaminya dengan jelas.Model membantu kita dalam menentukan situasi atau bagaimana cara terbaik untuk membuat keputusan yang tepat dan memenuhi kehendak pembuat keputusan.Terdapat Model membuat keputusan iaitu Model Klasikal,model politikal,dan model pentadbiran.

Dr Zam juga menceritakan tentang Kerasionalan dalam membuat keputusan.Ciri cirri kerasionalan 'Rationaliy'  ialah mesti mempunyai pengetahuan pada semua pilihan yang munasabah,ada pengetahuan lengkap akibat mengikut setiap pilihan,dan ada kebolehan berkomputer untuk membandingkan akibat dari pilihan yang disyorkan.Dalam membuat keputusan kita mesti ada pengetahuan yang lengkap,bermaksud kita perlu tahu serba sedikit tentang teknik terbaik untuk menyelesaikan keputusan dengan pengalaman yang lepas atau nasihat dari rakan rakan.Contohnya seseorang itu hendak memilih jurusan untuk ke Universiti,seseorang itu perlu ada pengetahuan tentang jurusan yang dipilihnya itu.Pengetahuan lengkap akibat mengikut setiap pilihan yang dipilih bermaksud seseorang itu dapat membuat jangkaan tentang hasil dari keputusan yang dibuatnya,seperti memilih jurusan Pendidikan 4 tahun dengan jurusan sains yang hanya 3 tahun,seseorang itu tahu bilakah tempoh tamat pengajiannya,.Kita mampu merangcang tapi Allah yang menentukan sesebuat keputusan kita.
 
Dr Zam juga menceritakan tentang  pendapat Herbert Simon dalam membuat keputusan,Herbert Simon merupakan seorang pakar yang membuat kajian tentang membuat keputusan pada tahun 1978.Beliau memenangi hadial nobel kerana kajiannya.Herbert simon mencadangkan tigabentuk teorinya iaitu maklumat yang diproses mesti terhad,pengunaan jalan pintas dalam membuat keputusan,dan 'satisficing' iaitu membuat keputusan dengan memilih perkara yang memadai,sekadar cukup keperluan dan tidak memilih.Contohnya,seorang pelajar hendak mendaftar kursus U2 tetapi dia tidak tahu kursus mana yang sesuai antara Kemahiran membuat keputusan dengan Pengurusan Emosi,sedankan subjek U2 wajib diambil.Pilihan yang dibuat cukup memadai hanya memilih satu daripada dua pilihan untuk memenuhi syarat untuk cukupkan jam kredit.Menggunakan jalan pintas pula adalah cara membuat keputusan dimana seseorang itu tidak mempunyai banyak masa,mengalami kekangan masa.Mungkin seseorang itu sudah bias membuat keputusan yang kerap kali berlaku dalam dirinya.Oleh sebab itu seseorang itu mengambil jalan pintas dalam membuat sesuatu keputusan.Maklumat yang diproses terhad pula merupakan satu teori yang sering berlaku dalam kehidupan kita.Contohnya,.seorang pelajar ingin memilih universiti di Luar Negara untuk meyambung pengajian Sarjana.Sedangkan dia tidak pernah belajar di Universiti itu,tidak mempunyai pengalaman atau boleh dikatakan dia mencuba buat keputusan berdasarkan maklumat yang terhad.

Setelah setengah jam kuliah berlalu,Dr Zam pun memulakan sesi perbincangan antara pelajar dengan pensyarah.Dr Zam member peluang kepada pelajar untuk mengemukakan contoh dalam ketiga tiga criteria yan dicadangkan oleh Herbert Simon itu.Empat orang pelajar dapat mengemukakan contoh mereka dengan baik.Aku tertarik dengan cara Dr Zam mengajar,beliau mengajar dengan cara begini memudahkan pelajar untuk berkomunikasi,memberi peluang kepada pelajar untuk berani menyuarakan pendapat dan contoh masing masing.Setelah itu,selesai sesi kuliah pada hari ini.
Pada keesokannya,aku mengambil keputusan untuk pergi ke kuliah awal di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan FSSK bertempat di DK3B301.Aku pergi dengan berjalan kaki lagi,memandangkan hari ini hari terakhir majlis konvokesyen yang ke-39 UKM.Majlis konvo pada hari ini melibatkan graduan dari Fakulti Pendidikan sahaja.Suasana agak sesak seperti hari hari sebelumnya.

Setibanya aku ke kuliah,Dr. Zam memulakan sesi kuliah pada  hari tersebut dengan menyambung kuliah tentang model model membuat keputusan.Pertama sekali Dr Zam menerangkan tentang model klasikal.Ciri cirri model klasikal adalah andaian bahawa maklumat  orang yang membuat keputusan itu diketahui & dipersetujui.Pembuat keputusan haruslah berusaha mengumpul maklumat dengan lengkap.Selain itu,pembuat keputusan perlu bersifat rasional & logikal.Kesimpulannya,keputusan yang dibuat berdasarkan andaian yang dibuat.

Seterusnya,Dr.Zam menerangkan model yang ke-2 iaitu model pentadbiran.Model pentadbiran mempunyai kerasionalan terikat yang bermaksud sejauh mana seseorang boleh bertindak secara rasional.Masalah dan matlamat yang diperolehi adalah kabur.Pilihan dibuat secara 'Satisficing' iaitu teknik membuat keputusan dengan memilih  pilihan sekadar memadai,mencukupi syarat..

Model ketiga adalah model politikal.Model ini berbeza dengan model model yang lain  kerana masalah dan matlamat yang diperolehi sering kali bercanggah disebabkan pelbagai pendapat atau pilihan.ciri model politikal mempunyai keadaan yang tidak pasti atau kekaburan.Jika seseorang membuat keputusan dengan model ini,hasil daripada pilihan didapati rumit untuk dicapai oleh kerana percanggahan berlaku.Contohnya,dalam satu organisasi,ahli jawatankuasa dibentuk untuk menuguruskan satu program yang besar.Setiap ajk mampu memberi pelbagai pendapat,hasil daripada perbincangan terdapat percanggahan pendapat,disitulah kerumitan terbentuk dan menyebabkan untuk mencapai hasil agak rumit.

Sesi seterusnya,Dr. Zam menyuruh pelajar pelajar membentuk kumpulan,setiap kumpulan terdiri daripada 2 atau 3 orang.Terdapat 10 kumpulan kecil,kumpulan ini hanya sementara waktu sahaja.Dr.Zam  menyeru setiap kumpulan untuk berbincang dan setiap kumpulan member pendapat masing masing beserta contoh dalam membuat keputusan..
Setakat itu sahaja untuk ulasan kuliah minggu ini,.Saya sudahi dengan ucapan terima kasih kerana sudi membaca entri saya kali ini...Salam
 
 

No comments:

Post a Comment