Thursday, September 29, 2011

LJ01 Kemahiran Membuat Keputusan

A132363 Halimatus Sa'diah Binti Yusoff LJ01 Bagaimana nak buat keputusan ye???…



Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi membaca jurnal saya ini. Jurnal ini merupakan jurnal pertama saya  Terfikir la juga macam mana la… saya boleh pilih subjek ni sebagai subjek tambahan saya untuk semester ini. Hurmmm…bila difikir-fikir balik bukan sebab tiada subjek lain untuk dipilih atau sebab subjek ni dikatakan senang, tapi sebenarnya saya nak tahu macam mana atau bagaimana nak buat keputusan. Masalah nak buat keputusan ni memang merupakan antara masalah yang paling besar yang membelengu diri saya. Saya ni jenis yang paling malas nak pergi membeli-belah dekat pasaraya tapi kalau saya pergi beli, saya lah antara manusia yang paling lama sekali memilih. Bukan sebab saya ni jenis yang terlalu memilih tapi sebab tak tahu yang mana satu nak dipilih. Dilema dalam membuat keputusan inilah yang menyebabkan saya memilih subjek Kemahiran Membuat Keputusan (KMK) sebagai subjek tambahan saya.
Hari pertama saya masuk kelas KMK ni, tak ramai sangat yang mendaftar. Mungkin sebab minggu tu minggu pertama, ramai pelajar yang masih daftar dan gugur subjek. Disebabkan minggu tersebut adalah minggu pertama maka pensyarah yang mengajar subjek ni pun hanya menerangkan pengenalan sahaja berkaitan subjek ini. Sebelum tu, beliau memperkenalkan dirinya dulu..ooo baru saya tahu, pensyarah saya untuk subjek ni namanya Dr. Ahmad Zamri Bin Mansor atau nama pena beliau Ayahlong. Selepas itu, kami membuat sedikit sesi ta'aruf atau berkenal-kenalan antara rakan sekuliah. Seronok juga cara ta'aruf yang dibuat. Dalam sesi ta'aruf ni, kami diminta supaya menyediakan satu helai kertas dan diminta untuk melukiskan wajah sendiri dan menulis sedikit latar belakang diri dengan menggunakan tangan yang kiri bagi saya yang menulis dengan tangan kanan begitu juga sebaliknya. Selepas siap dilukis dan ditulis, kertas tersebut dikutip dan ditukarkan dengan rakan-rakan yang lain. Errmmm..dalam sesi ni saya dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang baru dari fakulti yang berbeza. Selepas itu, Dr. Zamri menerangkan kepada kami serba sedikit berkaitan pembahagian markah atau peratus bagi subjek ini. Maka, wujudlah 'Learning Journal' ni yang memegang 10% daripada markah keseluruhan bagi subjek ni.
Seterusnya saya nak ceritakan sedikit berkaitan subjek yang saya ambil ini. Saya nak bagi tahu dekat semua yang membaca bahawa subjek ni sangat menarik. Apa tidaknya, definisinya pun dah nampak menarik. Menurut Massie (1987) yang dimaksudkan dengan membuat keputusan ialah "tindakan yang diambil secara sedar daripada pelbagai alternative dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan". Manakala menurut Koontz dan Dannel (1978), embuat keputusan ialah aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan. Kalau semua nak tahu keputusan dan pembuatan keputusan juga mempunyai makna yang berbeza, apa tidaknya bunyi dan sebutan pun berbeza semestinya la maknanya pun berbeza betul tak?? Keputusan ni maksudnya pilihan yang dibuat daripada pelbagai alternative manakala pembuatan keputusan pula ialah proses mengenalpasti masalah dan peluang dan bagaimana hendak menyelesaikannya.
Hurmmm seterusnya kami belajar tentang situasi membuat keputusan. Terdapat tiga situasi dalam membuat keputusan iaitu situasi mudah, sederhana dan rumit. Haaa..nak tahu tak apa yang dimaksudkan dengan situasi yang mudah?? Situasi yang mudah tu ialah situasi yang selalu kita hadapi dan mungkin juga boleh dikatakan situasi harian kita. Sebagai contoh, nak pakai baju apa hari ni? Nak makan apa malam ni? Haaa itu adalah antar contoh situasi mudah.
Situsi sederhana pula adalah situasi yang tidak la terlau susah dan tidak memberikan kesan yang mendalam dalam diri kita dan situasi ini tidak selalu berlaku kepada kita. Contohnya, situasi hendak membuat keputusan sama ada hendak sambung belajar atau bekerja.Bagi situasi rumit pula maknanya macam lain pula, situasi rumit ini selalunya jarang-jarang berlaku tapi keputusan dari permasalahan ini memberikan impak yang besar kepada seseorang individu dan mungkin juga kepada orang lain, contohnya hendak membuat pelaburan di luar negara.. haaa memegang risiko yang besar tu.
Kalau nak tahu, nak buat keputusan pun ada ciri-cirinya, antara ciri-ciri membuat keputusan ialah membuat keputusan ni merupakan satu proses. Selain itu ia juga merupakan pemilihan yang sengaja dan reflektif atau senang fahamnya ialah fikir masak-masak. Membuat keputusan merupakan satu proses mencipta sesuatu ketentuan dan pendapat. Nak buat keputusan juga perlukan penilitian dan pengetahuan yang mendalam. Kalau tiada ilmu berkaitan masalah tersebut..hurmmm teruk la keputusan yang akan dibuat dan mungkin juga tidak akan wujud satu keputusan atau kata putus pun dari permasalahan itu. Disamping itu, jenis-jenis keputusan adalah bergantung kepada jenis masalah atau persoalan yang dihadapi. Kalau masalah berkaitan pelajaran, penyelesaiannya juga perlu berkaitan dengan pelajaran. Ciri lain berkaitan membuat keputusan ni ialah sabahagian proses ni tidak mendapat keputusan yang muktamad, maknanya tiada kata putus la..dan kadang-kadang membuat keputusan ni juga kadang-kadang di buat atau terbuat di luar kawalan individu tersebut. Sebab itu la pentingnya kretiviti dalam membuat keputusan supaya seseorang itu sentiasa bersedia untuk menerima sebarang keputusan yang akan berlaku.
Apa yang menjadikan keputusan yang dibuat menjadi keputusan yang terbaik??? Hurmmm.. pengalaman merupakan antara perkara yang memberikan kesan paling besar dalam proses membuat keputusan. Apa tidaknya, pengalaman itu macam sejarah laa..pepatah Melayu pun ada berkata pengalaman mengajar erti kehidupan. Sebab itu lah pengalaman merupakan elemen yang sangat penting dalam membuat keputusan. Selain itu, kecekapan seseorang individu dalam menangani sesuatu masalah atau persoalan memberi kesan kepada keputusan yang dibuat. Kalau seseorang itu mahir dan cekap dalam hal-hal berkaitan motor maka mestilah dia senang nak buat keputusan dalam hal membeli motor atau membaiki motor. Macam tu juga kalau hal-hal berkaitan yang lain, kecekapan itu penting kalau nak buat keputusan. Selain itu, ketepatan maklumat juga merupakan elemen yang sangat penting dalam membuat keputusan dan memberikan kesan yang mendalam dalam membuat keputusan. Jadi, kalau nak buat keputusan kena kaji betul-betul tentang hal tersebut baru la keputusan yang dibuat pun jadi keputusan yang terbaik. Elemen lain hyang member kesan ialah penganalisaan secara betul. Elemen ini sangat oenting dan perlu dalam menghasilkan kpeutusan yang terbaik. Untuk minggu pertama sekadar itu dahulu, minggu kedua nanti kita sambung lagi. Wassalam…


No comments:

Post a Comment