Saturday, September 24, 2011

tugasan jurnal

Catatan Reaksi

Kelas kemahiran membuat keputusan telah aku hadiri selama dua hari iaitu hari Isnin dan Selasa. Nyata, walaupun baru dua hari menghadiri kelas ini, ia telah memberikan impak yang besar kepada saya. Sebenarnya, kelas kemahiran membuat keputusan ini telah saya ambil dengan rela hati kerana merasakan bahawa kelas ini mungkin dapat membantu serba sedikit kepada saya dalam menyelesiakn masalah-masalah terutama dalam membuat keputusan dalam hidup saya. Kelas ini juga membantu saya dalam menyelesaikan masalah ketika berhadapan dalam situasi membuat keputusan yang sukar.
Bersama rakan sekolej khairul, saya telah menghadirkan diri ke kuliah pada hari ini iaitu hari pertama bagi minggu kedua pengkuliahan Pada hari Isnin kelas ini bermula seawal jam 8 pagi dan berjalan selama sejam. Pada hari itu Dr,zamri yang merupakan pensyarah kepada subjek ini telah menerangkan serba sedikit berkenaan kelas kemahiran membuat keputusan. Mengikut pemahaman saya, membuat keputusan ialah  memilih salah satu cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara dengan memikirkan baik dan buruk sesuatu cara tersebut. Dalam power point yang dipaparkan oleh Dr.zamri ada menyebut tentang pandangan tokoh mengenai pengertian membuat keputusan. Menurut pandangan Massie (1987) membuat keputusan bermaksud tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan manakala menurut Koontz dan Dannel (1978) pula bermaksud aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan.
Perkara seterusnya diterangkan oleh Dr.Zamri ialah maksud membuat keputusan. Salah satunya ialah keputusan yang diprogramkan dan tidak diprogramkn. Apa yang saya faham mengenai keputusan yang diprogramkan ialah sesuatu yang kerap berlaku dan panduan dibuat untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, seorang pelajar ingin mengadu tentang kerosakan pintu bilik di kolejnya tetapi pelajar itu tidak tahu untuk melaporkan masalah itu kepada siapa. Pelajar itu boleh merujuk kepada fello atau pengurus blok yang didudukinya. Keputusan yang tidak diprogramkan pula ialah sesuatu perkara yang jarang berlaku yang dan mempunyai kesan yang penting kepada organisasi. Hal sebegini pernah saya alam semasa mengambil pepriksaan muet 2 tahun lepas. Sewaktu sedang menduduki peperiksaan itu berlagu gangguan bekalan eletrik menyebabkan sistem audio gagal berfungsi. Ketua bagi pengawas peperiksaan telah mengambil keputusan untuk membacakan arahan pepriksaan tanpa mengunakan pembesar suara. Dr. Zamri juga menerangkan bahawa dalam membuat keputusan terdapat 4 elemen penting iaitu kepastian (certainty), risiko (risk), ketidakpastian (uncentainty) dan kekaburan (ambiguity). Kepastian adalah apabila semua maklumat dan suber yang diperlukan sudah sedia ada. Risiko pula mempunyai matlamat yang jelas dan maklumat yang bagus sudah sedia ada namun hasilnya bergantung pada keadaan. Manakala ketidakpastian adalah elemen membuat keputusan dan tahu matlamat yang ingin dicapai tetapi maklumat alternatif penyelesaian dan apa yang berlaku tidak lengkap. Oleh itu pembuat keputusan hendaklah memikirkan pendekatan yang kreatif dalam menyelesaikan masalah dan yang terakhir ialah elemen kekaburan dimana situasi paling sukar untuk membuat keputusan kerana matlamat dan masalah yang tidak jelas, alternatif penyelesaian sukar ditakrifkan dan maklumat tentang masalah tidak wujud.
Sebelumnya, Dr Zamri juga ada menerangkan mengenai 3 situasi membuat keputusan iaitu situasi mudah, sederhana dan rumit. Situasi mudah adalah dimana kita membuat keputusan yang biasa dan merupakan rutin harian kita seperti "Nak pakai baju apa hari ini?" atau "Nak makan apa hari ini?" dan sebagainya. Situasi sederhana pula ialah dimana situasi jika kita tersalah membuat pilihan ia akan merubah hidup kita dan mempunyai risiko yang agak tinggi sebagai contoh yang diberikan oleh Dr. Zamri ialah keputusan kita sama ada ingin bekerja atau ingin menyambung pelajaran. Saya juga pernah mengalami situasi sebegini iaitu sewaktu saya ingin membuat keputusan untuk menyambung pengajian saya di UKM. Sebelum menerima tawaran pengajian di UKM , saya telah ditawarkan pengajian di USM dalam bidang perngurusan sumber manusia. Namun saya telah menolaknya. Saya merasakn itu keputusan yang berani yang dan paling rumit pernah saya alami dalam hidup. Pada akhirnya saya telah merasakan bahawa keputusan untuk menolak tawaran di menyambung pengajian di USM adalah satu keputusan yang sangat salah dan ia sememangnya tealh memberikan impak kepada saya. Saya terpaksa menyambung pengajian saya di UKM dalam bidang yang tidak saya minat.  Bagi mengatasi masalah ini saya telah melayari laman sesawang yang menerangkan mengenai langkah mengatasi tekanan dalam berhadapan dengan tekanan.
Dr. Zamri juga telah memaparkan tayangan video berkenaan kemahiran membuat keputusan pada kuliahnya. Video itu menerangkan bagaimana seorang pegawai bank meluluskan pinjaman yang ingin dibuat oleh seorang wanita setelah mengetahui bahawa wanita itu seorang doktor tanpa menyelidik latar belakangnya. Menurut pemahaman saya, apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Zamri akan pentingnya suatu kemahiran dalam membuat keputusan bagi mengelakan seseorang individu berhadapan dengan risiko-risiko yang negatif di atas keputusanya.
Pada akhir kuliah dapat saya simpulkan bahawa kelas kemahiran membuat keputusan ini merupakan salah satu cabang usaha yang sesuai dalam mendidik mahasiswa dalam mennghadapi kehidupan terutamanya dalam membuat keputusan kerana sesuatau keputusan yang diambil itu akan memberikan impak kepada individu tersebut dan organisasinya.

No comments:

Post a Comment