Thursday, October 13, 2011

A124070 Mohamad Amirul Syafiq B Jamaluddin LJ03 "attentionnnn!!!!!"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, nampaknya sudah masuk tajuk yang ke tiga untuk matapelajaran KMK. Tugasan melambak-lambak sampai tak sempat nak buat semua sebelum tarikh akhir. Namun demi ALLAH SWT, saya teguhkan hati untuk meneruskan perjuangan. Minggu ini kita telah belajar  tentang persepsi, ingatan dan perhatian. Agak banyak persamaan dalam pelajaran yang pernah saya belajar dahulu di fakulti kejuruteraan, mungkin dapat membantu saya dalam penulisan jurnal ini.

Tajuk pada minggu ini dikenali sebagai "COGNITIVE TOOLS" ataupun dalam bahasa melayu "alat-alat kognitif". definisi untuk alat-alat kognitif adalah konsep, simbol, strategi, atau mekanisma yang dibina untuk membantu seseorang untuk berfikir secara berkesan. Alat-alat kognitif terbahagi  kepada tiga komponen penting iaitu:

1-      Persepsi

2-      Ingatan

3-      Perhatian

Bagi kami yang belajar di FKAB, adalah wajib untuk kami mempelajari system computer supaya memudahkan kami untuk bekerja menggunakan software tertentu dalam kejuruteraan. Tujuan saya mengaitkan cerita ini adalah untuk memberi sedikit pemahaman tentang alat-alat kognitif. asas bagi mencipta sebuah komputer adalah suatu komputer itu wajib untuk mempunyai tiga komponen penting:

1-input device

2-central processing unit(CPU)/* including memory

3-output device

            "input device" adalah alat untuk memasukkan data, "central processing unit" adalah bahagian yang melakukan segala proses pencernaan data, manakala "output device" adalah alat untuk memaparkan data yang telah dicernakan. Input device akan memberi data ke central processing unit untuk dianalisa, setelah dianalisa data akan dicerna tergantung keperluan data tersebut, arahan dari memori digunakan untuk mencerna data yang dimasukkan. Dibahagian ini akan memberi perhatian kepada setiap proses ke atas data tersebut sebelum dipaparkan kepada output device. Disini terdapat persamaan dalam kegunaan alat-alat kognitif tersebut. Ceritanya hampir serupa.

http://mm.ihatemyname.net/images/inside.jpg

 

Input deviceà central processing unità output device

Persepsià ingatan à perhatian

Apabila membuat keputusan, masalah yang dilihat akan diperkenalkan, melalui persepsi kita akan cuba untuk mengenalpasti kesamaan masalah-masalah yang pernah diselesaikan didalam ingatan kita. Jika terdapat kesamaan dalam masalah-masalah tersebut, barulah perhatian akan ditumpukan pada masalah tersebut. Setelah dianalisa, barulah tindakan akan diambil.

 

http://www.motifake.com/image/demotivational-poster/0906/perception-perception-fat-demotivational-poster-1244491805.jpg

PERSEPSI

Stephen Pepper menyatakan " perception is a conscious activity linking an individual through received sense data to the environment".  atau dalam bahasa yang lebih mudah, "bagaimana kita melihat dunia". Persepsi  adalah digunakan untuk melihat masalah secara fizikal atau konseptual. Ianya dilakukan dengan tujuan tertentu dan dicapai dengan menentukan rujukan objektif. Dan persepsi adalah berlainan bagi setiap individu. Persepsi yang betul dan tepat membantu kita dalam membuat keputusan yang tepat (nota KMK tajuk 4).

299004_2586353856252_1176711812_33220469_880443638_n.jpg

Apakah persepsi anda melihat gambar ini????

Ini adalah gambar anak saya yang berumur enam bulan. Sesetengah orang akan mengangap bahawa saya mendera anak. Ini sebenarnya adalah tradisi kaum banjar keluhuran kami, kaedah ini adalah untuk membantu anak tidur lebih lama dari tidur di tilam.

Namun persepsi adalah terbatas atas beberapa faktor:

1-      Pandangan boleh mengalami ilusi

Pandangan adakalanya tertipu dengan ilusi yang berbagai-bagai. Lain yang dimaksud lain pula yang difahami, adakala menyukarkan kita untuk membuat keputusan.

http://www.roumazeilles.net/news/fr/wordpress/wp-content/uploads/2008/02/optical_illusion_shadows.jpg?dcd64b

seperti gambar berikut, yang manakah akan anda lihat sebagai bayang??? Ini adalah sekadar ilusi yang telah mengganggu pemikiran anda untuk membuat keputusan.

2-      Ruang lingkup persepsi terhad dengan ruangan fizikal dan kupayaan berfikir.

Andai anda diberi rumah yang sempit seperti ini....

http://samudro.files.wordpress.com/2009/12/narrow-houses-24.jpg

apakah yang anda mampu lakukan untuk mencapai rasa "selesa" untuk tinggal dalam rumah seperti ini?

3-      Pentafsiran apa yang dipersepsikan hanya boleh dibuat jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan yang ada

Video ini adalah untuk mengaitkan bahawa persepsi hanya boleh dibuat jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan yang ada.

http://www.youtube.com/watch?v=L4yJGTPUR_0

orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman mampu melakukan seperti ini.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi persepsi, antaranya ialah

           

MEMORI

            Memori terbahagi kepada dua bahagian iaitu ingatan jangka masa pendek, dan ingatan jangka masa panjang. Dalam membuat keputusan, ingatan membantu dalam mengenal pasti masalah samada ia mempunyai kesamaan dengan masalah yang pernah diselesaikan. Oleh itu, mudah untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi sekiranya terdapat kesamaan. Contohnya, bagaimana anda membeli tiket untuk menaiki pesawat ke Indonesia? Dan anda pernah ke Langkawi menaiki pesawat. Dengan pengalaman yang ada, saya telah membeli tiket ke Medan Indonesia untuk ke rumah ibu mertua untuk menyambut hari raya aidilfitri yang lepas bersama isteri dan anak saya. Sekiranya saya tiada pengalaman tersebut, adakah mudah untuk saya membuat keputusan dan mengambil tindakan???

http://bizdaily.com.sg/newsite/wp-content/uploads/2010/06/air-asia-airline.jpg

Namun ingatan juga terbatas. Banyak perkara yang mungkin anda boleh ingat sekiranya ia adalah perkara besar yang mempunyai banyak makna buat anda. Namun ia juga terbatas dengan waktu. Contohnya, anda boleh ingat siapakah rakan-rakan anda sewaktu anda bersekolah, bila anda boleh memandu, dan lain-lain. Namun adakah anda ingat bilakah anda belajar berjalan sewaktu kecil dulu???.

            Fungsi-fungsi ingatan dalam membuat keputusan adalah untuk membantu ingatan anda semula terhadap peristiwa-peristiwa yang memberi kesamaan dengan masalah yang anda hadapi untuk mengaitkan dengan masalah-masalah terdahulu. Ia juga membantu dalam proses pengecaman dan perbandingan dengan peristiwa terdahulu atau pengetahuan, pengalaman yang berkaitan dengan masalah tertentu.

PERHATIAN

Mengikut kata Kahneman (1973) "Attention is the allocation of information processing capacity to mental activity"

http://1.bp.blogspot.com/-Km1YKJtfNZY/TXktnA11OGI/AAAAAAAACQg/A0YkX9MPvY4/s1600/resume_overtrained_attention_244815.jpg

fungsi perhatian adalah sebagai agen memilih dan juga sebagai agen pengurusan tugasan. Pemerhatian digunakan sebagai agen pemilih apabila suatu perkara atau suatu masalah memberikan kelainan atau nilai tambah untuk diberi perhatian. Contohnya,

http://imageshack.us/photo/my-images/384/harletdavidsonifugao2tecd0.jpg

apakah yang membuat anda memberi perhatian pada gambar ini???

HUBUNGAN PERSEPSI, INGATAN DAN PERHATIAN

 Persepsi  akan membantu ingatan, ingatan pula akan dirangsang untuk memberikan perhatian kepada masalah. Seperti sebuah komputer, input device akan memasukkan data, data akan dicernakan di bahagian central processing unit, memori pula akan disemak tentang data tersebut. Seterusnya data tersebut diberi perhatian untuk dicernakan. Setelah diproses, barulah data tersebut dipaparkan ke output device. Begitulah juga hubungan persepsi, ingatan dan perhatian pada seseorang individu. Namun  hubungan persepsi, ingatan dan perhatian seseorang individu itu sering terbatas dengan ruang fizikal dan keupayaan berfikir. Malahan juga ia dipengaruhi oleh priority ataupun keutamaan terhadap sesuatu yang lain yang lebih penting dari masalah yang dihadapi.

Kesimpulannya alat-alat kognitif adalah suatu mekanisma untuk seseorang membuat keputusan yang memudahkan proses tersebut. Namun ia terbatas terhadap ruangan fizikal dan juga keupayaan berfikir seseorang. Ia juga dipengaruhi oleh beberapa faktor yang sering dihadapi oleh individu yang ingin membuat keputusan. Begitulah ceritanya, panjang sangat sampai saya sendiri pon tak paham.... sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment