Thursday, October 13, 2011

A134177 Syazana Binti Zainuddin Persepsi, Ingatan & Memori

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca jurnal terutama Dr Ahmad Zamri. Berjumpa lagi kita dengan tajuk di minggu kelima ini iaitu Persepsi, Ingatan Dan Perhatian Dalam Proses Membuat Keputusan. Sebelum aku mendalami lebih dalam lagi mengenai tajuk ini, aku akan menyatakan objektif pembelajaran iaitu memahami proses kognitif yang berlaku semasa proses membuat keputusan, memahami peranan 'cognitive tool' dalam proses membuat keputusan dan akhir sekali memahami interaksi ketiga-tiga aktiviti kognitif tersebut dalam membuat keputusan. Bagi menjalani proses membuat keputusan kita perlu mempunyai 'peralatan' khusus yang membolehkan kita melihat, memikirkan dan mentafsir dan akhirnya menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan yang paling bijak. Alat-alat kognitif yang telah aku sebutkan di atas adalah persepsi, memori dan juga perhatian.

    Dalam membuat keputusan, seseorang perlulah berupaya mengenalpasti keserupaan dan kelainan, membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan simptom masalah, memecahkan masalah kepada komponen-komponen yang lebih kecil serta berupaya mengenalpasti masalah mengikut prioriti. Dalam membuat keputusan alat pertama yang perlu kita ada ialah persepsi. Sebagai gambaran yang aku boleh terangkan melalui alat ini adalah seorang perempuan yang dari segi luarannya begitu indah  dan cantik apabila dipandang. Tetapi pada hakikatnya, cantik diluar itu tidak sama dengan nalurinya. Percakapan dan perlakuannya tidak seindah rupa. Bak kata pepatah indah khabar dari rupa. Satu lagi contoh yang dapat aku gambarkan melalui persepsi ini ialah situasi yang sering berlaku dalam kalangan pelajar. Seorang pelajar Tahun 1 di universiti sering menanyakan tentang subjek-subjek yang telah diambil oleh pelajar senior iaitu pelajar tahun 2 dan 3. Apabila senior telah memberi respon bahawa sebahagian subjek sukar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang, mereka mulalah menimbulkan pelbagai persepsi tentang subjek-subjek itu. Ayat yang sering dikeluarkan adalah "Alah, tak payah belajar betul-betul pun tak apa. Kakak-kakak dan abang-abang senior pun tak ada yang dapat cemerlang dalam subjek ni."
   
    Dalam kita sibuk memberi persepsi itu ini terhadap sesuatu perkara, persepsi mempunyai keterbatasannya. Antaranya pandangan yang menjadi sebahagian dari persepsi
apabila mengalami illusion, ruang lingkup persepsi terhad dengan  ruangan fizikal dan keupayaan berfikir dan juga pentafsiran sesuatu yang dipersepsikan hanya boleh dibuat
jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan ada. Sebagai contoh, apabila seseorang itu tidak kiralah lelaki mahupun perempuan bercakap kasar kita telah memberi persepsi bahawa dia ini seorang yang suka menyakitkan hati orang lain. Tetapi sebenarnya apabila kita mengenalinya lebih rapat, dia seorang yang baik dan suka mengambil berat tentang kebajikan rakan-rakannya. Dalam proses membuat keputusan melalui persepsi,kita perlulah menggunakannya dalam melihat masalah secara fizikal atau konseptual dan ianya dilakukan dengan ada tujuan tertentu serta dicapai dengan menentukan rujukan objektif. Jika persepsi yang kita buat itu adalah betul dan tepat,pemahaman kita mengenai masalah pun akan jadi betul dan ini akan membantu pembuat keputusan yang tepat.

    Alat kognitif yang kedua ialah ingatan. Terdapat dua bentuk ingatan iaitu ingatan jangka pendek dan juga ingatan jangka panjang. Peranan schemata iaitu ingatan dalam pembuat keputusan ialah membantu pengenalpastian masalah yang hampir sama dan justeru itu mudah diselesaikan namun bukan sahaja persepsi yang terbatas,ingatan juga
mempunya keterbatasan. Kadang-kadang kita terlupa meletak barang dimana walhal kita baru sahaja menyimpan barang tersebut. Situasi ini selalu terjadi kepada kita bukan sahaja orang tua malah orang muda juga boleh mengalami situasi yang sama.

    Manakalah alat kognitif yang terakhir ialah perhatian. Alat yang terakhir ini sangat penting bagi semua orang untuk membuat keputusan terutamanya pelajar-pelajar yang sedang menuntut di universiti mahupun di sekolah. Hal ini kerana, seseorang pelajar perlu memberi perhatian apabila pensyarah sedang mengajar di hadapan kerana setiap butir kata-kta pensyarah itu sangat penting mempunyai makna yang tersirat. Apabila kita tidak memberi perhatian maka terjadilah pelbagai masalah, sebagai contoh
kita membuat tugasan lain daripada yang dikehendaki. Oleh itu, kita mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pensyarah secara personal untuk bertanyakan dengan lebih detail mengenai tugasan tersebut.

     Melalui tajuk ini dapat aku simpulkan bahawa terdapat perkaitan diantara persepsi,ingatan dan juga perhatian dimana melalui persepsi ingatan seseorang itu akan diransang dan apabila ingatan kita teransang maka kita akan menumpukan perhatian untuk membuat keputusan. Maka ketiga-tiga alat kognitif ini sangat penting kepada pembuat  keputusan untuk membuat keputusan dengan lebih bijak. 


No comments:

Post a Comment