Saturday, October 8, 2011

A128881 Heng Yew Ping Hueristika dan Bias

Salam sejahtera kepada semua. Pada minggu keempat pembelajaran ini, saya dan rakan-rakan saya telah mempelajari  topik ketiga iaitu Hueristika dan Bias.  Ini merupakan jurnal saya yang ketiga.  Sebelum ini, saya menjelaskan apa itu Heuristika. Konsep ini diperkenalkan oleh Herbert Simon. Ini merupakan satu kajiang tentang bagaimana manusia membuat keputusan  dan banyak dilakukan oleh Tversky dan Kahneman. Pada tahun 1974, Tversky dan Kahneman mencadangkan pembuat keputusan biasanya menilai kebarangkalian sesuatu peristiwa dengan menggunakan heuristika. Konsep ini adalah teknik atau peraturan yang digunkan oleh indvidu bagi menjawab soalan-soalan seperti " Apakah kebarangkalian peristiwa seperti ini berlaku ? " Ia juga sentiasa berkaitrapat dengan pedoman-pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul.

 

Terdapat empat jenis heuristika iaitu Heuristika Jalan-Jawapan, Heuristika Analogi, Heuristika Representatif, dan Heuristika Ketercapaian.

 

Heuristika Jalan-Jawapan merupakan satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudian barulah kita cari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya. Contohnya,  untuk mendapat johan dalam acara badminton di Pertandingan Olimpik, Dato Lee Chong Wei perlulah menjalankan latihan kecergasan setiap hari. Heuristika Analogi pula berkaitan dengan penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur. Contohnya, seseorang pelajar Tahun 3 telah menggunakan teknik yang digunakan pada Tahun 1 untuk menyediakan report makmal. Walaupun latihan makmal yang berbeza, tetapi dia telah menyelesaikannya dengan cara yang sema seperti dulu.

 

Heuristika yang seterusnya iaitu Heuristika Representatif. Manusia menggunakan sesuatu peristiwa dengan bentuk prototaipnya, dan jikalau terdapat banyak persamaan antara kedua-duanya, kita akan percaya ianya adalah munasabah. Video yang dibuka oleh Dr. Zamri dapat menjelaskan Heuristika ini. Seorang pegawai bank telah meluluskan pinjaman yang dimohon oleh seorang doktor. Namun, pegawai tersebut hanya beranggap Doktor = Money.  Oleh sebab tanggapan yang tidak betul ini, dia telah meluluskan permohonan tanpa mengambil berat keadaan ekonomi yang sebenarnya. Heuristika yang terakhir iaitu Heuristika Ketercapaian. Ini adalah bedasarkan peristiwa-peristiwa yang melekat dalam ingatan kita atau yang mudah diingat dalam ingatan kita. Contohnya, Ali pernah mengalami peristiwa digigit oleh ular. Selepas itu, dia menggunakan pengalaman dahulu untuk menyelesaikan masalah yang berulang kembali.

 

Topik kedua yang dipelajari dalam minggu ini ialah Bias. Bias merupakan kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan ini mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Bias biasanya diterbikan daripada Heuristika Representatif dan Ketercapaian. Terdapat lapan jenis bias. Antaranya bias terkeyakinan dimana terlalu yakin dengan diri sendiri dalam membuat keputusan. Bias tersangkut pula menggunakan informasi pertama sebagai asas dalam membuat keputusan. Bias pengesahan pula hanya mengunakan fakta untuk menyokong keputusan yang dibuat. Bias ketercapaian dimana menggunakan informasi yang sedia ada seperti informasi yang terkini. Bias representatif dapat dikaitkan dengan heuristika representatif dimana  kita akan mempercayai sesuatu itu apabila terdapat persamaan. Contohnya, selepas mencuba sebiji epal dalam bakul dan didapati epal itu masam, Ali mengganggap keseluruhan bakul epal itu adalah masam. Bias seterusnya ialah bias pengalaman sendiri dimana seseorang itu membuat keputusan dipengaruhi oleh pengalamannya yang lepas dan mengabaikan informasi – informasi yang ada.

 

Sebelum mengakhiri kuliah, Dr. Zamri menjelaskan tentang 'Groupthink'. ' Groupthink' adalah bias yang terjadi apabila di dalam satu kumpulan. Ini biasanya terjadi apabila kita berada dalam situasi bersama-sama. Contohnya, bersama rakan –rakan kuliah yang sedang melakukan perbincangan. Salah seorang akan menjadi ketua projek dan berkemungkinan ketua itu tidak mahu menerima idea rakan-rakan yang lain. Ini juga dikatakan bias di dalam 'Groupthink'.

 

 

No comments:

Post a Comment