Saturday, October 8, 2011

A134479 Nur Nadeeya Binti Muhamad Khair LJ03 "Heuristika & Bias"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.  Sekarang kita sudahpun berada pada minggu keempat pembelajaran. Saya dan rakan-rakan yang lain telahpun menjalani empat minggu pembelajaran di dalam kursus Kemahiran Membuat Keputusan. Ini merupakan jurnal saya untuk kali ketiga. Banyak perkara baru yang telah saya pelajari pada minggu ini. Sebelum itu, ingin saya nyatakan tajuk jurnal saya yang kedua iaitu, "Heuristika dan Bias". Sedar ataupun tidak, kita sudah hampir dengan minggu keenam di mana penulisan jurnal akan berakhir. Jadinya saya akan cuba menulis jurnal pada kali ini dengan lebih baik dari sebelum ini.

Heuristika adalah satu konsep yg diperkenalkan oleh Herbert Simon. Manakala kajian tentang bagaimana manusia membuat keputusan banyak dilakukan oleh Tversky dan Kahneman. Apa yang dimaksudkan dengan heuristika ialah bagaimana manusia membuat keputusan dalam keadaan kurangnya maklumat. Cadangan yg di cadangkan Tversky dan Kahneman ialah pembuat keputusan biasanya menilai kebarangkalian sesuatu peristiwa dengan menggunakan heuristika.

Terdapat empat jenis heuristika. Heuristika Jalan-Jawapan, Heuristika Analogi, Heuristika Representatif dan Heuristika Ketercapaian. Satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudia baru fikirkan jalan penyelesaiannya adalah heuristika jalan-jawapan. Menggunakan kaedah ini kita dapat menyelesaikan masalah di bahagian yang kita mahukan terlebih dahulu. Bagi heuristika analogi pula penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur iaitu menggunakan penyelesaian masalah lain untuk selesaikan masalah baru. Heuristika representatif pula, menggunakan sesuatu peristiwa dengan bentuk prototaipnya, dan jikalau terdapat banyak persamaan antara kedua-duanya, kita akan percaya ianya lebih munasabah. Seterusnya adalah heuristika ketercapaian, ia adalah berkaitan dengan peristiwa yang melekat dalam ingatan kita atau berkait rapat dengan ingatan jangka panjang. Penyelesaian masalah adalah bergantung kepada ingatan seseorang berdasarkan pengalaman masa lalu.

 

Bias ialah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi perspektif tertentu. Kecenderungan ini menyebabkan seseorang tidak mampu bertindak dengan adil. Bias terhasil daripada heuristika representatif dan heuristika ketercapaian. Terdapat lapan jenis bias yang berbeza yang dapat dikaitkan dalam membuat keputusan. Antaranya bias terkeyakinan dimana terlalu yakin dengan diri sendiri dalam membuat keputusan. Bias tersangkut pula menggunakan informasi pertama sebagai asas dalam membuat keputusan. Bias pengesahan pula hanya mengunakan fakta untuk menyokong keputusan yang dibuat.

 

Seterusnya ialah bias ketercapaian dimana menggunakan informasi yang sedia ada seperti informasi yang terkini. Bias representatif dapat dikaitkan dengan heuristika representatif dimana  kita akan mempercayai sesuatu itu apabila terdapat persamaan. Sebagai contohnya ialah, terdapat sebakul oren dan Ahmad memakan satu biji oren dari bakul tersebut. Kebetulannya, oren tersebut masam. Namun, Ahmad simpulkan keseluruhan oren di dalam bakul tersebut masam. Walhalnya terdapat juga oren yang manis. Selain itu, terdapat bias pengalaman sendiri. Dimana seseorang itu membuat keputusan di pengaruhi oleh pengalamannya yang lepas dan mengabaikan informasi – informasi yang ada.

 

Sebelum berakhirnya minggu empat perkuliahan, pensyarah sempat menerangkan sedikit sebanyak tentang "groupthink". Ia biasanya berlaku dalam situasi berkumpulan dimana akan ada seorang yang menjadi ketua untuk sesuatu kumpulan dan cenderung bersikap bias terhadap ahli-ahli mahupun dari segi membuat keputusan. Namun terdapat juga cara kita untuk menghalang benda ini dari terus berlaku iaitu dengan menyuarakan pendapat kita, membantah, membuat debat terbuka sehingga mendapat suara bulat.

"Groupthink" ini selalu berlaku dek kerana kebanyakkan orang ingin mengelakkan konfliks antara satu sama lain lalu menyetujui sahaja. Walaupun terdapat individu yang mempunyai idea yang bernas. Bukan itu sahaja, terdapat juga individu yang merasakan idea yang mereka ada tidak cukup bernas atau bagus untuk disuarakan. Selain itu, ada juga yang takut ideanya di tolak lantas langsung tidak menyuarakan pendapat mereka. Oleh kerana keadaan ini, satu keputusan yang tidak tepat boleh diputuskan. Jadinya "groupthink" ini seharusnya dielakkan.

 

Kesimpulannya, kita mudah terpengaruh dengan beberapa faktor dalam membuat keputusan yang mana boleh mendorong kita membuat keputusan yang tersasar dari landasan tepat. Oleh itu kita seharusnya cuba elakkan aspek-aspek heuristika, bias dan groupthink dalam membuat keputusan. Sekian, jumpa lagi di penulisan jurnal yang seterusnya.

 

No comments:

Post a Comment