Sunday, October 23, 2011

A132513 AMALUDIN BIN KOSNIN LJ5 KENALI SIAPA DAKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Wah, nampaknya sudah sampai kita pada jurnal yang terakhir. Pasti selepas ini akan terbit rasa rindu pada penulisan sebegini. Yela, bukan selalu kita ada masa untuk menulis sesuatu yang kebiasaannya menjadi wadah biasa kepada catitan  yang berilmu seperti dalam kelas KMK ini. Pada sesi kuliah yang lalu, saya belajar tentang personaliti dan membuat keputusan.

            Pada sesi tersebut, kami diberi tugasan untuk menjawab empat soalan. Pertama, orang lain dalam hidup anda. Pada saya sangat-sangat penting. Setiap daripada kita memerlukan orang lain dalam hidup ni, tak nak la jadik kera sumbangkan? Kedua, kami diberi gambar cawan kertas dan disuruh memberi pandangan tentang cawan tersebut. Apa yang saya terfikir ialah saya pernah membaca peristiwa seorang guru dan anak muridnya di mana guru meletakkan dua jenis cawan di atas meja. Satu buruk, satu lagi cantik. Guru itu bertanya pada anak murid, cawan manakah yang akan dipilih. Anak murid menjawab yang cantik. Guru lalu menjelaskan, 'muridku, itulah lumrah hidup manusia, sering ingin yang terbaik. Cuba kamu lihat, padahal perkara yang ingin dibuat hanya minum air, tapi manusia tetap membandingkan sesuatu yang tidak penting sedangkan air itu sama sahaja rasanya sama ada di dalam cawan yang buruk mahupun yang cantik'. Peristiwa ini boleh dikaitkan dengan situasi membuat keputusan, di mana manusia kadangkala lebih menumpukan pada hal yang sia-sia daripada yang sepatutnya.

            Soalan ketiga pula, apakah yang dipentingkan bila buat keputusan. Soalan ini saya disuruh jawab, jawapan saya ialah risiko. Apakah akan wujud risiko bila sesuatu keputusan itu dibuat, pada ia amat penting. Namun, jika difikirkan balik, semua benda di dunia ini seringkali berdepan dengan risiko. Jadi, yang keduanya ialah biarlah keputusan itu memberi kebaikan kepada pihak atau orang lain. Namun, perkara utama atau pokok keputusan itu pada saya ialah berlandaskan iman dan takwa. Soalan terakhir ialah bagaimana kami uruskan tugas atau kehidupan seharian. Saya uruskan tugas seharian dengan ikut suka hati saya sahaja. Bila saya nak buat, saya buat. Sekarang ini pula saya sedang bekerja di kedai runcit di Kolej Ibrahim Yakub, jadi masa saya yang agak membazir tak terisi itu boleh juga dipenuhkan dengan hal-hal yang menguntungkan.

            Pada hari Selasa pula, kami diberi ujian mengenali personality. Saya termasuk dalam kumpulan INFP. Kemudian kami dilepaskan kepada kumpulan yang berpersonaliti sama untuk berbincang. I ialah INTROVERT. Persamaan kami sekumpulan ialah kadangkala kami ingin menyendiri, namun tidaklah sampai begitu obses dengan sikap intimasi ini. N pula INTUITIVE iaitu kami sering membuat kerja pada saat akhir, itu memang sikap tradisi yang sukar diubah. F pula ialah FEELING di mana persamaan kami di sini ialah sukar mengingati perkara yang sudah agak lama berlaku. Manakala P ialah PERCEIVING iaitu kami sering juga meyerah pada situasi yang akan berlaku, asalkan ia memberi impak yang baik untuk kami dan orang tertentu yang berkenaan.

            Untuk diri saya sendiri, INFP yang wujud ialah saya ni jenis yang memang membuat keputusan dengan apa yang saya rasa perlu dan jarang mendengar apa yang orang cakap. Dulu memang saya selalunya mengambil cakap orang, tapi bila saya mula sedar akan pentingnya ikut naluri hati, saya kini mula membuat sebarang perkara dengan kata hati. Tapi kena tengok keadaan juga, jika saya tidak mahir dalam selesaikan masalh tersebut, barulah saya ikut pandangan pihak lain. Keseorangan, memang saya suka menyendiri untuk bermuhasabah diri, itu sahaja. Buat kerja pada saat akhir, itu memang 'hobi' saya. Kalau boleh saya nak ubah hobi ini, tapi setakat ini memang dah 'lekat', susah lah macam itu. Seterusnya, sukar untuk mengingati kisah lepas, saya memang sangat-sangat akui. Saya mimpi pun lepas bangun tidur nak ingat balik punyalah payah! Padahal baru bangun. Itu pun kalau boleh saya nak hilangkan, yela takut-takut saya cepat nyanyuk pula nanti! Tapi jika ia tidak memberi sebarang kesan, saya tidak kisah. Kalau nak ambil contoh, saya selalu sahaja cuba untuk ingat wajah kawan saya yang secara tiba-tiba muncul dalam kepala. Saya pening fikir nak tentulkan sama ada mereka tu kawan yang saya kenal di sekolah, PLKN, kem motivasi atau di tepi-tepi jalan? Bagi sikap menerima apa yang berlaku, itu kerana saya ni jenis orang yang mudah putus asa. Tapi saya akui sikap itu mesti dibuang. Namun tidak semua penerimaan keadaan yang berlaku itu membawa kesan buruk. Selain itu, sikap ini juga membawa maksud saya ni jenis yang suka menjaga hati orang, terutamanya keluarga dan kawan.

            Baiklah, sampai di sini sahaja coretan saya, juga coretan untuk terakhir kali dalam kelas KMK bagi penulisan jurnal dalam blog. Di kesempatan ini saya mohon kemaafan jika ada penulisan-penulisan saya yang menyinggung perasaan kalian semua. Harap bertemu lagi pada masa akan dating. Wassalam.

No comments:

Post a Comment