Sunday, October 23, 2011

A132696 LJ05 Khairul Bariah Jailani AKU DAN ENFP??????? (^_^)

Bismillahirrahmanirrahim…..
Assalamualaikum dan salam sejahtera….
            Tibalah masanya aku menulis jurnal terakhir…huhuhu.. :-(  sedih plak rasanya tak tulis jurnal dah lepas nie. Gembira pun ada la jugakkan.. mana taknya, nak balik kampung pun rasa macam tak nak balik sebab tugasan jurnal tak hantar lagi. Walaubagaimanapun, bagi aku tugasan jurnal ini bukanlah satu beban tetapi satu langkah yang amat baik untuk aku mengulangi semula apa yang aku pelajari di dalam kelas sebelum ini. Lebih kurang macam study laa..ai maklumlah, orang macam aku ni, nak dekat exam baru buka semula nota, lepas kelas kurang la aku ni nak study terus.(^_^)
             Jurnal aku pada kali ini bertajuk personaliti dan emosi. Ini adalah satu topik yang menarik di mana aku dapat mengenali siapa diri aku dan aku dapat mengetahui tentang personaliti kawan-kawanku yang lain. Apa itu personaliti? Personaliti ialah satu tafsiran ringkas mengenai keperibadian seseorang yang merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Mayer,2005 menyatakan bahawa personaliti ialah "corak  psikologi seseorang individu yang timbul  daripada motif,  perasaan, pemikiran, dan lain-lain kawasan-kawasan fungsi psikologi yang utama.  Personaliti dinyatakan melalui  pengaruh pada badan, dalam kehidupan mental  yang  sedar dan melalui  individu tingkah laku sosial. Personaliti juga adalah "Ciri –ciri  pola  pemikiran, perasaan dan  bertindak."
     Terdapat empat  perspektif dalam dalam personaliti iaitu:
             1.       Psikoanalitik - motivasi dalam keadaan tidak sedar
             2.       Sifat - dimensi khusus personaliti
             3.       Kemanusian -keupayaan dalaman bagi pertumbuhan
             4.       Sosial kognitif – pengaruh persekitaran
 
             
           Apa pula yang dimaksudkan dengan MBTI?  MBTI adalah singkatan kepada Myers-Briggs Type Indicator. MBTI ini telah bermula sejak 1920-an lagi. Ahli psikiatri Switzerland , Carl  G. Jung, mencadangkan bahawa tingkah laku manusia tidak secara rambang,  ia boleh  menjadi kedua-dua diramalkan dan dikumpulkan bersama. Jung  melahirkan  kepercayaan  bahawa manusia  dilahirkan dengan  kecenderungan  kepada  personaliti tertentu ,  sama seperti mereka  yang dilahirkan dengan kecenderungan  untuk tangan kanan  atau kiri. Pada masa yang sama Katherine Briggs, telah membangunkan  klasifikasi  personaliti  sendiri. Dia juga telah membuat kajian seperti Jung. Anak perempuan  Katherine,  Isabel,  menyertai  mereka mengkaji perbezaan  dalam sumber manusia untuk 20 tahun akan datang tahun. Pada 1942,  Isabel  mula  mengembangkan satu siri soalan untuk mengukur  perbezaan  personaliti dan mewujudkan  Myers-Briggs Type  Indicator(MBTI).Pada tahun 1975 MBTI digunakan untuk kumpulan  profesional dengan lebih meluas.
        MBTI dinilai mengikut lapan jenis perkataan iaitu  Extraversion(E), Sensing(S), Thinking(T), Judging(J), Introverted(I), Intuitive(N),Feeling(F) dan Perceving(P). 16  jenis yang sering dirujuk iaitu singkatan daripada empat huruf, huruf awal setiap empat  pilihan  jenis mereka (kecuali intuisi, yang menggunakan N untuk membezakan ia daripada
Introversi). Sebagai contoh:
         1. ESTJ - Extraversion, Sensing,Thinking,Judging
         2. INFP - Introversi, Intuitive, Feeling, Perceiving
         3. INFJ -  Introversi, Intuitive, Feeling, Judging
         4. Dan sebagainya untuk semua 16 jenis kombinasi mungkin
           Setelah kami memahami apa itu MBTI, Dr Zam menyuruh kami menjawab soalan untuk memahami personaliti diri masing-masing. Soalan- soalan yang ditanya berkaitan dengan hidup kita seharian. Soalan yang ditanya dalam Extrovert (E) dan Introvert (I) berkaitan dengan cara kita berinteraksi. Sensing(S) dan Intuitive(N) berkaitan dengan cara kita mengumpul maklumat atau data. Feeling(F) dan Thinking(T) pula berkaitan dengan keutamaan dalam membuat keputusan .Judging(J) dan Perceving(P) adalah berkaitan dengan gaya  kita membuat  keputusan.
           Setelah menjawab beberapa soalan tersebut,  aku mandapati bahawa jenis interaksi sosial aku ialah extrovert(E)  iaitu aku ini jenis suka berada di hadapan ketika berperanan dan sanggup mengubah keputusan  demi memenuhi permintaan orang lain. Cara aku mendapatkan maklumat atau data pula ialah mengikut cara Intuitive(N) . Aku mendapatkan maklumat dengan mengaitkan  tindakan sekarang dengan  masa hadapan untuk jangka masa yang panjang dan aku tidak  ingat secara terperinci tentang sesuatu perkara tetapi masih ada bayangan waktu dulu. Cara aku membuat keputusan pula lebih memihak kepada  Feeling(F) iaitu aku membuat keputusan demi kebaikan bersama,keputusan juga dibuat demi kepentingan orang yang lebih memerlukan dan keputusan dibuat bila capai kesepakatan. Soalan yang terakhir adalah berkaitan dengan gaya aku membuat keputusan dan jawapan yang aku dapat ialah aku dalam  perceiving(P) iaitu membuat keputusan dengan cara membuat dua atau tiga kerja serentak, membuat kerja di saat-saat akhir dan rancangan asal boleh diubah mengikut keadaan semasa serta beri perhatian kepada gangguan kerana mungkin boleh meningkatkan pencapaian. Jawapan yan aku peroleh daripada soalan –soalan ini ialah ENFP yang dikategorikan sebagai 'the inspirers'.
                 Selepas memperoleh empat huruf tersebut ,Dr Zam menyuruh kami semua mencari kumpulan masing-masing yang mempunyai jawapan yang sama. Terdapat empat orang yang mempunyai jawapan yang sama dengan aku iaitu Farhana Binti Idris, Heng Yew Peng dan Halimatus Sa'diah. Setelah berbincang, kami mempunyai beberapa personaliti yang sama iaitu kami berempat suka berimaginasi. Kami suka mengelamun tentang mengenai perkara yang kami suka dan kemudian kami boleh membuat angan-angan tersebut sebagai inspirasi untuk membuat sesuatu kerja.Dalam bidang hiburan pula, kami boleh menerima semua jenis muzik sama ada balada,pop,rock dan lain-lain. Kami berempat juga suka membuat sesuatu kerja pada saat-saat akhir dan suka menangguh kerja sekiranya sesuatu ada yang mengganggu seperti  kawan mengajak keluar makan dan jalan-jalan. Kerja- kerja tersebut akan disambung semula sekiranya sudah kesuntukan masa untuk menghantarnya. Kami juga kreatif dalam membuat sesuatu, sebagai contoh aku dan Farhana suka membuat bekas pensel sendiri, kotak hiasan dan membuat baju sendiri. Aku juga  sangat suka menjahit baju kurung dan menghias baju tersebut dengan sulaman manik.
              Aku amat seronok menghadiri kelas pada minggu ini  kerana aku dapat berkongsi minat bersama kawan-kawan. Mungkin selepas ini aku dapat berkongsi pendapat pula untuk membuat sesuatu yang lebih kreatif lagi. Walaupun personalitiku ini telah menonjolkan perangai burukku seperti suka membuat kerja-kerja di saat akhir tetapi bagi aku, aku adalah seorang yang tabah dan berusaha untuk mendapatkan apa yang aku impikan,walaupun aku  pun kurang yakin dengan diriku sendiri. Pengalaman banyak mengajar aku mengenali siapa diriku. Semasa di tingkatan lima dahulu, aku sangat teringin menurunkan berat badan aku untuk kelihatan lebih cantik. Duduk di rumah sepenuh masa semasa menunggu keputusan SPM bukanlah sesuatu yang mudah bagiku untuk cuba menurunkan berat badan. Ini kerana makanan sentiasa terhidang ketika pagi, tengahari dan malam. Tambahan pula,itu adalah air tangan emak, bukan senang untuk aku  menolak. Namun begitu, dengan dengan azam yang kuat, aku berjaya kurangkan makan nasi sehingga aku tidak makan nasi langsung sehingga sekarang. Berat aku juga telah menurun lebih dari 15kg dan aku dapat mencapai berat badan yang aku inginkan.
               Itulah sahaja tentang personaliti diri yang dapat aku kongsikan dengan kawan-kawan. Kepada Dr.Zam, terima kasih kerana memberi tugasan penulisan jurnal ini kerana saya dapat berkongsi banyak maklumat dan memperoleh pelbagai cerita menarik dari penulisan kawan-kawan yang lain.Semoga kita semua dapat meneruskan tugasan yang seterusnya dengan baik.
Sekian.... terima kasih, wassalam.....berry(^_^)
 
 
 
 




No comments:

Post a Comment