Saturday, October 15, 2011

A132948 Nor Farhana Binti Idris LJ04 _ 3 Cognitive Tool

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan semua. Dalam sedar tidak sedar, masuk sudah minggu ke lima kita dan pada kali pula adalah jurnal kita semua yang keempat. Cepat sungguh masa berlalu. Baiklah, minggu ini kita telah pun belajar mengenai tiga perkara iaitu persepsi, memori dan perhatian. Sebenarnya rakan-rakan, tanpa kita sedar kita selalu menggunakan ketiga-tiga perkara ini dalam menjalani kehidupan. Ia merupakan perkara yang bukan asing bagi kita kerana sejak mula sahaja kita boleh berfikir dengan baik, kita sudah pun menggunakan ketiga-tiga elemen ini.

            Persepsi, memori/ingatan, perhatian merupakan peralatan kognitif (cognitive tool) dimana berfungsi sebagai peralatan yang membolehkan kita untuk melihat, memikirkan dan mentafsir masalah yang kita hadapi seterusnya membantu kita menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang bijak. Ketiga-tiga elemen membolehkan kita untuk mengenalpasti keserupaan dan kelainan masalah yang kita hadapi itu. Hal ini adalah kerana ketiga-tiga elemen saling berkaitan tetapi mempunyai makna yang berlainan. Jadi, ia juga berupaya membantu kita membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan simptom masalah. Selain itu, dengan elemen-elemen ini kita berupaya memecahkan satu masalah kepada kompenan-kompenan yang lebih kecil dan kemudian kita dapat menyelesaikan masalah mengikut keutamaan (priority).  

            Kegunaan persepsi adalah untuk melihat masalah secara fizikal atau koseptual. Ia dilakukan dengan ada tujuan disebaliknya dan dicapai dengan menentukan rujukan objektif yang dibuat.  Jika persepsi yang dibuat itu betul, maka ia membantu kita membuat keputusan yang tepat. Selain itu, pandangan kita adalah persepsi kita tentang sesuatu perkara dan ia boleh dipengaruhi oleh ilusi. Ruang lingkup bagi persepsi terhad dengan ruangan fizikal dan keupayaan berfikir. Disini ia memberi makna persepsi itu boleh digunakan dalam pentafsiran jika kita mempunyai pengalaman atau pengetahuan yang ada tentang perkara yang ingin ditafsir itu. Mengikut Stephen Pepper (1967) "Perceptual act as a conscious activity linking an individual through received sense data to the environment".  Jadi, persepsi kita ialah bagaimana cara kita melihat dunia menggunakan minda kita. Setiap daripada kita mempunyai persepsi yang berlainan kerana manusia mempunyai kepercayaan masing-masing, pengalaman dan sistem pemikiran dimana ianya unik kerana berlainan diantara satu sama lain. Contohnya, persepsi kita tentang makanan dijual di pasar malam. Nampak sedap dan berwarna –warni. Tetapi, apabila dimakan rasanya biasa sahaja. Tidak seperti persepsi kita yang menjangkan makanan tadi sedap berdasarkan rupanya yang menarik.

            Seterusnya pula berkaitan dengan ingatan. Ingatan manusia boleh terbahagi kepada dua. Pertama ingatan jangka masa pendek dan kedua ingatan jangka masa panjang. Ingatan mambantu kita mengingati apa yang telah berlaku dan kita juga boleh menyelesaikan masalah menggunakan ingatan dengan mengaitkan keadaaan terdahulu dengan keadaan sekarang. Contohnya, saya mempunyai masalah bibir kering. Jadi saya memerlukan beberapa langkah untuk mengatasi masalah saya ini. Yang pertama, melalui pengetahuan dan ingatan, air boleh mengurangkan kekeringan. Jadi saya telah membuat keputusan untuk menjalani hidup yang seimbang dengan minum air 8 gelas sehari. Dan yang kedua berdasarkan ingatan saya mengenai produk Vaseline yang bagus digunakan untuk bibir kering. Jadi saya mengambil keputusan untuk membeli produk tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

            Sekarang kita dapat bezakan persepsi dan ingatan tapi bagaiman pula dengan perhatian? Menurut Kahneman (1973) " Attention is the allocation of information processing capacity to mental activity". Perhatian juga berkaitan dengan keutamaan aktiviti yang berada dalam luang ringkup persepsi kita. Fungsi perhatian adalah sebagai agen pemilihan, dan sebagai agen pengurusan tugas. Selain itu, kita memerlukan perhatian dalam memfokuskan sesuatu perkara. Contohnya,  apabila memasak kita memerlukan perhatian supaya makanan yang dimasak itu tidak hangus atau pun bahan yang diletakkan salah. Seperti garam dan gula mempunyai rupa yang lebih kurang sama, jadi jika kita memasak dengan sambil lewa, mungkin garam boleh tertukar dengan gula dan masakan yang sepatutnya masin menjadi manis.

            Secara ringkasnya, perkaitan antara persepsi, memori dan perhatian adalah seperti, persepsi menyebabkan ingatan kita akan teransang. Apabila ingatan telah terangsang kita memerlukan tumpuan/ perhatian dalam menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Perkara ini akan memulakan proses analisis dalam membuat keputusan. Ketiga-tiga ini saling berkaitan akan tetapi saling juga terbatas. Hal ini adalah kerana ia dipengaruhi oleh keutamaan (priority). Oleh itu, setiap keputusan yang dilakukan juga berdasarkan keutamaan dan dikaitan dengan keutamaan pembuat keputusan itu dalam menggunakan persepsi, ingatan dan perhatian.

            Jadi sampai sini sahajalah perkongsian saya dengan rakan-rakan semua. Kita jumpa lagi di kuliah seterusnya. Salam. 

No comments:

Post a Comment