Sunday, October 23, 2011

A132948 Nor Farhana Binti Idris LJ05 Pesonaliti Dan Emosi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ini merupakan jurnal yang kelima dan jurnal terakhir dicoret oleh saya untuk kursus kemahiran membuat keputusan ini. Setelah enam minggu berkenalan dengan rakan-rakan, berbincang, memberi pendapat dan bergurau senda, minggu hadapan bermulalah pula kejersama kita untuk melaksanakan kerja kumpulan. Diharapkan semua berjalan lancar. Jadi, dalam jurnal ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan mengenai personaliti dan emosi.

            Apa itu personaliti? Satu definisi ringkas menyatakan bahawa personaliti ialah bentuk karakter daripada pendapat, perasaan dan kelakuan yang membuatkan seseorang itu unik, berbeza daripada orang lain. Tambahan pula, personaliti terbit dalam individu dan kekal konsisten dalam kehidupan.  Personaliti adalah paling penting, paling dikenalpasti dalam psikologi kehidupan individu itu. Ia boleh menunujukkan bahawa adakah seseorang itu gembira, sedih, bersemangat, acuh tak acuh, bijak atau membosankan. Menurut Mayer(2005)  " personality is expressed through its influence on the body, in conscious mental life, and through the individual's social behavior".

            Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)  mengelaskan seseorang berdasarkan respon kepada 126 soalan yang dikemukakan. Kaedah MBTI telah mendapat pengesahan dan kebolehpercayaan sejak tahun 1975 dan telah digunakan secara professional. Terdapat 16 jenis karakter berdasarkan 4 kombinasi karakter. Ia akan menentukan sama ada seseorang itu Introvert (I) atau Extrovert (E), Sensing(S) atau iNtuitive, Thinking (T) atau Feeling (F), Judging (J) atau Perceiving (P).

            Bermula dengan Introvert (I) atau Extrovert (E). Berdasarkan cara seseorang itu berinteraksi. Orang yang lebih cenderung kepada bekerja sendiri, bekerja dibelakang tabir atau susah untuk membuat keputusan yang memenuhi kehendak pihak luar adalah Introvert (I). Mereka ini lebih senang bersendirian dan sukakan masa pedibadi. Tidak suka terlau sosial denag orang lain. Manakala, orang yang lebih selesa untuk bertugas dalam suasana yang luas, membuat keputusan untuk memenuhi kehendak luar dalah Extrovert (E). Mereka ini peramah, mesra dan suka meluangkan masa dengan orang lain berbading bersendirian seorang diri.

            Seterusnya, cara bagaimana menerima atau membentuk maklumat. Bagi orang yang Sensing (S), mereka akan menggunakan lima deria manusia iaitu mendengar, melihat, merasa, memandang, dan menghidu. Mereka akan mengikut arahan (instructions) dan akan bermotivasi berdasarkan tindakan semasa yang mendatangkan faedah kepada mereka. Manakala, iNtuitive (N) lebih fokus kepada arahan yang umum. Ini adalah kerana mereka ini membuat keputusan berdasarkan sixth sense. Mereka lebih kritikal dalam pemikiran kerana menggunakan naluri dalaman mereka. Mereka juga akan berfikiran lebih jauh berbanding apa yang dilihat sahaja bermakna lebih kreatif.

            Kita beralih pula kepada cara bagaimana kita membuat keputusan. Orang yang bersifat Thinking (T), akan mementingkan kecekapan. Membuat keputusan berdasarkan proses yang telah diperkenalkan dan mereka akan bersungguh-sungguh dalam mematuhi langkah-langkah dalam membuat keputusan. Selain itu, mereka ini lebih bersifat logik berdasarkan apa yang sepatutnya dilakukan. Memikirkan kesan dan sebab keputusan itu dilakukan dan mengikut peraturan serta jujur diantara mana yang betul dan salah. Manakala, Feeling (F),  lebih mementingkan perhubungan diantara manusia. Membuat keputusan berdasarkan kepentingan semua. Mementingkan nilai-nilai, dan orang sekeliling serta keharmonian. Tidak terlalu mengikut peraturan yang ditetapkan dan membuat keputusan berdasarkan fitrah manusia.

            Seterusnya mengenai kombinasi yang keempat sama ada seseorang itu Judging (J) atau Perceiving (P) dalam gaya mereka membuat keputusan. Jika seseorang itu memiliki sifat Judging (J), mereka akan merangka jadual masa dan mengenalpasti pencapaian. Mereka juga akan menjangka membuat susulan dan berpegang kepada pelan yang asal. Malah, mereka menimumkan gangguan dan pertukran arah dalam kepentingan mencapai hasil. Manakala, orang yang Perceiving (P) selalu mencadangkan hasil yang optimus dan sebarang jangkaan dalam perubahan keputusan dapat ditangani dengan baik bermaksud orang seperti 'flexible' dalam sesuatu keadaan. Mereka boleh menyesuaikan pelan mengikut kehendak dan bertanggungjawab terhadap pelan yang diubahsuai tersebut.

            Setelah saya melalui ujian personaliti, saya adalah ENFP. Kategori ini disifatkan sebagai "Inspired" . Saya seorang yang Extrovert kerana saya suka menghabiskan waktu bersama dengan keluarga dan rakan-rakan. Kalau di kolej, saya telah ditempatkan di bilik yang penghuni seorang untuk satu bilik. Jadi, saya jarang berada di dalam bilik seorang diri. Kalau ingin mengulangkaji sekali pun saya akan pergi ke perustakaan. Tempat yang tidaklah terlau sunyi berbanding duduk di bilik seorang diri. Selain itu, saya juga iNtuitive. Cara pemikiran saya melihat sesuatu perkara tidak hanya berdasarkan apa yang saya nampak sahaja. Saya seorang yang suka berimaginasi dan mempunyai banyak idea malah, cara pemikiran saya kadang-kala terpesong daripada apa yang sepatutnya tetapi kadangkala juga saya boleh berfikiran jauh dan bernas. Seterusnya, dalam membuat keputusan saya seorang yang Feeling. Saya suka membuat keputusan berdasarkan kepentingan diri sendiri ditambahkan dengan kepentingan orang lain. Saya akan membuat keputusan dengan mengambil kira persetujuan ahli-ahli yang lain dan jika salah seorang mereka kurang bersetuju saya akan bertanya pendapat mereka sebelum keputusan muktamd dilakukan. Akhir sekali, saya juga Perceiving. Saya seorang yang suka membuat jadual untuk kerja yang perlu dilakukan tetapi dalam melaksanakannya tidak semesttinya saya mengikut segala yang dirancang. Saya lebih flexible dalam perancangan. Saya tidak suka terikat dengan perancangan saya sendiri oleh itu saya lebih suka mengikut keadaan semasa.

            Maka, rakan-rakan inilah personaliti saya. Akhir kata, selamat bekerjasama semua untuk tugasan yang setursnya. Salam

No comments:

Post a Comment