Sunday, October 23, 2011

A135394 Fauzan Lazimah Binti Zulkifli LJ05 jom kenal personaliti saya!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca KMK sekalian.. sekarang tibalah masanya untuk jurnal terakhir kita, sedih tak??? (kena suka la sebab dah tak payah menulis setiap minggu lagi)… macam minggu-minggu sudah, aku akan mula menulis pada tarikh kena hantar dengan alasan nak melalui pengalaman minggu ni secara total dulu baru nak tulis, tak ada idea pada awal-awal minggu.. huhu, alasan yang diri sendiri kira dah logik sangat la tu.
            Okeylah kalau nak tahu minggu ni kitorang belajar personaliti.. mula-mula nak belajar tu berdebar la jugak, yer la mana la tahu nanti kena kongsi bad side dalam diri kita.. tapi nasib baik la tak ada pun benda-benda macam tu.. ia hanya untuk mengenali kita ni orang yang macam mana.. tidak terdapat salah atau betul dalam perbincangan kerana personality yang berbeza membuatkan jawapan kita berbeza.. prof zam bagi empat soalan untuk dijawab (pada hari isnin sebab hari selasa lagi banyak ok).. macam-macam jawapan ada.. aku pun ada jawapan aku sendiri, walaupun dalam kelas tu aku tak bagi pendapat tapi aku sediakan juga la mana la tahu bertuah ke minggu tu..
            Soalan pertama tu ala-ala macam tanya tentang orang lain selain keluarga dalam hidup anda.. jawapan aku aku perlukan orang lain dalam hidup aku kebanyakan keputusan besar aku buat pun berpandukan orang-orang ni..  masa aku tingkatan 3 aku ada kak angkat, nak PMR (siyes aku memang jenis malas belajar) tu memang la aku rasa otak ni kosong jer entah bekal apa nak bawa masuk dewan.. dan masa ni jugak kita kena putuskan nak aliran apa, masa ni kan aku tengah rasa tersangat amatlah bodoh so aku buat keputusan nak pilih aliran perakaunan sebab lebih senang dari sains.. tapi kak angkat aku ni tak sokong, dia cakap la aku boleh sebenarnya nak buat aliran sains tu, dia pula yang lebih-lebih yakin dari aku.. dan guess what, betul la ape yang dia cakap tu result PMR aku memang tinggi jauh dari apa yang aku sangka (8A).. dengan result macam tu memang cikgu lagi galakkan masuk sains la kan.. tapi aku tetap xberani, kak angkat ni la yang bagi semangat.. dan orang lain ialah EX boyfriend aku, sebab dia la aku ada kat IPTA ni…huhu
Jadi jawapan tu menunjukkan aku ni extrovert.
            Soalan kedua pula adalah apa yang kita Nampak dari cawan kertas yang di paparkan tu… menurut kaca mata aku, aku memang Nampak cawan kertas yang cantik tapi warna dia aku tak suka, ada corak batik dan macam satu pembaziran pula kalau guna dan buang, baik buat pasu mini ker, pen holder ke.. okey tu la jawapan orang sensing, yang depan mata jer la… tapi kalau orang yang intuition memang jawapan dia segala bagai la sikit, ibarat itu ini.. huhu kalau soalan tu memang suruh jadi intuition punya orang, aku boleh kot.. tapi dah terkeluar dari motif asal soalan la kan…
            Soalan seterusnya ialah lebih kurangnya, dalam hidup ini kalau kita buat sesuatu keputusan berdasarkan apa.. bagi aku tengah-tengah antara thinking dan feeling ni.. apa? Tak faham… thinking tu lebih kepada fakta, feeling pula lebih kepada perasaan. Nak tahu kenapa aku kata aku tengah-tengah, secara logiknya la bila kita dah tahu sesuatu data tu kita dah ada maklumat, dan maklumat menuju kearah negative takkan la kita nak buat keputusan untuk jaga perasaan orang lain.. macam sengaja terjun masuk mulut buaya jer.. tapi jawapan tengah-tengah ni tak main la bai… jadi aku pilih feeling untuk diri aku sendiri, kerana kebanyakan keputusan aku memang untuk orang lain dulu, lepas tu barulah diri aku..
            Soalan last ni tentang macam mana kita tentukan hidup kita, aku semestinya la perceiving. Tak der maknanya nak rigid pada jadual yang aku buat.. aku ada jadual tapi sekadar nak suruh aku alert jer, buat tak tu lain cerita.. tapi orang judging ni memang setia la dengan jadual dia… cara aku belajar pun fleksibel, sumer bergantung pada diri aku, agak-agak kalau study leh masuk baru study.. kalau tak haram nak tegok pegang buku.. macam sem lepas la, kawan aku punya la berusaha membaca, datang bilik aku tengok aku tengah tengok movie tapi bila aku start membaca aku boleh cover lagi banyak chapter dari di yang dah start lama… hahahahaha
keputusan final dia ialah ESFP!!!!
Okey la, tu sumer sal aku.. sempena penulisan terakhir ni nak susun sepuluh jari dri para pembaca mana la tahu ada terkasar bahasa, terkata tempat tak kena mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki.. saya doakan kita semua dapat A+ + untuk subjek KMK ni… chaiiyok fighting… sekian wassalam….

No comments:

Post a Comment