Wednesday, October 5, 2011

A133026 SAADATUN NISA BINTI ABDUL JAMAL bias???

 Assalamualaikum w.b.t….
  Bertemu kembali dalam penulisan jurnal untuk kali ke-3 ini.  Bersemangat rasanya untuk aku menulis kali ini. Tajuk yang dikuliahkan minggu ini,bagi aku sangat menyeronokkan dan mudah untuk aku serta rakan-rakan yang lain faham berbanding tajuk minggu lepas. Heuristika dan bias. Ya,itulah tajuk yang telah aku pelajari minggu ini dan inilah juga tajuk yang  akan aku  ceritakan serba sedikit dalam blog ini.
  Sebelum bercerita dengan lebih lanjut semestinya kita semua hendak tahu apakah yang dikatakan dengan heuristika?  Jujur aku cakap inilah kali pertama aku mendengar perkataan ini. Konsep heuristika  diperkenalkan oleh Herbert Simon. Kajian tentang bagaimana manusia membuat keputusan banyak dilakukan oleh Tversky dan Kahneman. Heuristika menerangkan bagaimana manusia membuat keputusan dalam kekurangan maklumat. Tversky dan Kahneman (1974) mencadangkan pembuat keputusan sesuatu peristiwa dengan menggunakan kebarangkalian biasanya menilai heuristika. Dr. Zamri  menerangkan definisi heuristika iaitu teknik atau peraturan yang digunakan oleh individu bagi menjawab soalan-soalan seperti "apakah kebarangkalian sesuatu peristiwa itu berlaku?". Heuristika merupakan pedoman-pedoman am atau  strategi  yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah.  Menurut Tversky dan Kahneman (1959) manusia membuat keputusan berpandukan beberapa jenis heuristika.
   Heuristika berdapat 4 jenis iaitu heuristika jalan-jawapan,heuristika analogi,heuristika representative, dan heuristika ketercapaian. Heuristika jalan-jawapan merupakan satu kaedah kea rah menentukan dahulu apa jawapan penyelesaian yang diingini,kemudian barulah kita cari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya. Menggunakan kaedah ini kita boleh menyelesaikan di mana-mana bahagian yang kita mahu. Sebagai contoh aku ada target yang ingin dicapai dalam sesuatu tempoh tertentu. Target aku untuk semester ini untuk mendapat anugerah dekan. Untuk mencapai matlamat tersebut aku perlulah belajar dengan lebih gigih lagi,sering hadir ke kelas,sering mengadakan  perbincangan bersama rakan dan lain-lain lagi. Jawapan yang dimaksudkan dalam contoh ini ialah target aku untuk mendapat anugerah dekan manakala jalan pula adalah strategi aku untuk mencapainya.
      Heuristika yang kedua pula adalah heuristika analogi. Analogi bererti suatu perbandingan yang digunapakai pada konsep yang sukar difahami kepada konsep yang lebih mudah difahami dengan jelas. Penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur.  Dalam proses ini minda akan mengimbas kembali pengalaman lepas yang hampir sama.  Sebagai contoh kawan aku yang mengambil lessen memandu. Ketika mula-mula belajar,dia diuji dengan kereta kancil tetapi apabila pemeriksaan bersama JPJ dia diberi kereta Myvi. Disini terdapat beberapa struktur kereta yang berlainan.
  Heuristika yang seterusnya ialah heuristika representative atau perwakilan. Satu wakil kepada yang lain-lain. Ia dijadikan sampling dan dipilih secara rawak. Misalnya membeli sebakul rambutan. Untuk menentukan elok atau tidak buah itu kita haruslah mencuba sebiji buah rambutan itu. Jika rambutan itu elok kita akan beranggapan bahwa semua rambutan itu elok. Jadi kita akan bersetuju untuk membeli buah tersebut.
   Seterusnya heuristika ketercapaian. Berdasarkan apa yang mudah diingati semula dalam ingatan seseorang. Terdapat dua faktor peristiwa yang melekat dalam ingatan kita iaitu  perkara itu baru berlaku dan mungkin perkara itu memberi kesan yang besar dalam hidupnya.
     Berbalik kepada tajuk utama pula iaitu bias. Apa itu bias? Bias adalah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan ini mengganggu seseorang untuk menjadi objektf dan tidak prejudis. Biasanya bias berlaku mengikut emosi dan bersifat tidak rasional. Heuristika kadangkala membawa kepada kesilapan dan bias yang bersistematik. Bias terbit dari heuristika representative dan heuristika ketercapaian.  Bias heuristika representative misalnya kita sering mendengar berita bahawa pendatang Indonesia selalu membuat jenayah di negara kita. Oleh kerana sering kali perkara ini mendapat perhatian,kita secara automatiknya akan memberi tanggapan bahawa warga Indonesia jahat. Ini tidak adil bagi kesemua warga Indonesia kerana itu dilakukan oleh segelintir sahaja dan masih ramai lagi warga Indoneisa yang baik hati.  Bias yang biasa berlaku ialah :
-bias terlalu yakin (overconfidence bias)
-bias "tersangkut" (anchoring bias)
-bias "pengesahan" (confirmation bias)
-bias ketercapaian (availability bias)
-bias representative (representative bias)
-peningkatan komitmen (escalation of commitment)
   Selain itu ,Dr. Zamri menerangkan tentang "groupthink". Groupthink adalah kecenderungan untuk satu-satu kumpulan untuk berfikir secara seragam. Sebarang idea yang bertentangan tidak akan dilayan sebaliknya diperlekehkan. Keputusan banyak dipengaruhi oleh beberapa individu penting walaupun terdapat maklumat yang menyatakan bahawa keputusan itu tidak tepat. Orang-orang yang mengkritik idea tersebut akan dipulaukan atau dimarahi. Untuk mengenalpasti sesuatu kumpulan itu dalam kategori groupthink kita boleh melihat symptom-simptom yang berikut iaitu satu perasaan merasakan diri mereka hebat, tindakan yang dilakukan baik, pandangan stereotaip dan memberi tekanan terhadap orang yang memberi kritikan.
    Sekian sahaja penulisan aku untuk minggu keempat dan learning journal yang ketiga ini. Diharap kita sama-sama memanfaatkan ilmu ini dengan sebaiknya. Janganlah  kita tersalah  dalam membuat keputusan. Sekian,wassalam…….
 
 
.
 
 

No comments:

Post a Comment