Friday, October 14, 2011

A134528 NAZRIN BIN NORDIN LJ04 ILUSI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Kini telah masuk minggu ke-5 perkuliahan bagi khursus Kemahiran Membuat Keputusan (KMK) dan sedar tak sedar ini merupakan jurnal yang keempat dihasilkan oleh saya. Tajuk yang kami semua pelajari pada minggu ini adalah persepsi, ingatan dan perhatian dalam proses membuat keputusan. Objektif pembelajaran pada minggu ini ialah memahami proses kognitif yang berlaku dan peranan 'kognitive tool' semasa membuat keputusan. Kita perlu memahami interaksi antara ketiga-tiga aktiviti kognitif dalam proses membuat keputusan. Bagi menjalani proses membuat keputusan kita perlu mempunyai 'peralatan' khusus dan peralatan tersebut membolehkan kita melihat, memikir dan mentafsir dan akhirnya menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan yang paling bijak.
'Kognitive tools' ini terbahagi kepada tiga iaitu persepsi, memori dan perhatian. Sekarang kita pergi dahulu kepada pecahan yang pertama iaitu persepsi. Persepsi didefinisikan oleh Stephen Pepper (1967)- "Perceptual act as a conscious activity linking an individual though received sense data to the environment.". Persepsi ini ada berkait rapat dengan heuristika analogi seperti yang kita pelajari pada minggu sebelumnya. Secara am nya persepsi kita ialah bagaimana kita melhat dunia dengan menggunakan akal fikiran kita. Setiap daripada kita mempunyai persepsi yang berbeza kerana kita mempunyai kepercayaan yang unik, pengalaman dan sistem berfikir yang berbeza. Antara faktor yang mempengaruhi persepsi ialah faktor dalam sesuatu keadaan darisegi masa, suasana pekerjaan dan suasana sosial. Faktor lain seperti pengalaman, jangkaan, kepentingan dan juga sikap. Sebelum pergi lebih jauh Dr. Zamri menayangkan gambar-gambar 'eyes illusion' yang menimbulkan pelbagai perspektif jika dilihat daripada pelbagai sudut.Dr. Zambri turut menayangkan satu video produk komersial yang menarik iaitu Pepsi. Video ini mengisarkan tentang seorang pemain bola sepak terkenal England, David Beckham yang dikeluarkan padang dalam satu perlawanan bola sepak akibat menerima kad merah. Dalam perjalanannya pergi ke bilik persalinan, beliau terserempak dengan seorang budak yang sedang minum air minuman Pepsi dan beliau meminta sedikit daripada budak tersebut lalu meneguknya. Selepas memberi kembali minuman tersebut budak itu meminta jersey yang dipakai oleh David Beckham.  Disini timbul pelbagai persepsi oleh kami mengapa budak tersebut meminta jersey David Beckham tersebut. Ramai diantara kami beranggapan budak tersebut inginkan ganjaran atas pemberian air minuman tersebut dan budak itu merupakan peminat David Beckham. Namun begitu tanggapan kami itu salah. Budak itu meminta jersey tersebut hanya untuk mengelap tin minumannya dan memulangkan kembali jersey yang dipinjamkan itu dan budak itu merupakan salah seorang penyokong pasukan pihak lawan.
Sesungguhnya persepsi memainkan peranan yang penting  dalam proses membuat keputusan. Persepsi digunakan dalam melihat masalah secara fizikal dan konseptual. Ianya dilakukan dengan tujuan terteuntu dan dicapai dengan menentukan rujukan objektif. Dalam proses membuat keputusan jika persepsi betul dan tepat, pemahaman kita mengenai masalah pun akan menjadi betul dan ia akan membantu pembuatan keputusan yang tepat. Persepsi juga berkait rapat dengan pengetahuan sebab itu lah sekiranya seseorang itu mempunyai pengetahuan yang luas persepsinya juga pelbagai dan jika seseorang itu kurang pengetahuan persepsinya agak terbatas. Sebab itulah setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza.
Alat kognitif yang kedua ialah ingatan. Terdapat dua bentuk ingatan iaitu ingatan jangka pendek dan juga ingatan jangka panjang. Peranan schemata iaitu ingatan dalam pembuat keputusan ialah membantu pengenalpastian masalah yang hampir sama dan justeru itu mudah diselesaikan namun bukan sahaja persepsi yang terbatas,ingatan juga mempunya keterbatasan. Contohnya seseorang manusia normal tidak mungkin dapat mengingati perkara-perkara yang mudah dan sering dilakukan tanpa sedari seperti apa yang kita makan pada dua minggu lepas dan sebagainya. Antara fungsi-fungsi ingatan dalam pembuatan keputusan ialah membantu ingatan semula, mengaitkan keadaan terdahulu dengan keadaan sekarang dan membantu proses pengecaman dan perbandingan dengan peristiwa/pengetahuan/ pengalaman yang berkaitan.
Alat kognitif yang terakhir ialah perhatian. Fungsi perhatian terbahagi kepada dua iaitu sebagai agen terpilih dan juga sebagai egen pengurusan tugas.
Menurut Kahneman (1973):
"attention is the allocation of information processing capacity to mental activity"
 
Terdapat perkaitan dintara persepsi, ingatan dan juga perhatian ini dimana persepsilah yang menyebabkan ingatan seseorang itu diransang dan ingatan yang diransang akan menumpukan perhatian kepada masalah. Jadi, seseorang itu perlulah mempunyai ketiga-tiga peralatan kognitif sebelum membuat sesuatu keputusan. Akhir kata selamat membuat keputusan semua!

No comments:

Post a Comment