Friday, September 30, 2011

A132173,Siti Salwa Borhan LJ02 Macam Mane ni..?
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kita bertemu lagi dalam ruangan jurnal KMK. Apa khabar sahabat-sahabat semua? Semoga sihat-sihat belaka. Alhamdulillah,aku baru sahaja sembuh dari demam dan mengharapkan agar Allah memberi kesihatan kepadaku  dan dipermudahkan segala urusan sehingga akhir semestar ini. Minggu lepas  telah berlangsung Pesta Konvo di Dataran Gemilang bersempena dengan Majlis Konvokesyen ke-39. Pelbagai aktiviti menarik diadakan dan pelbagai gerai jualan turut disediakan yang menjual pelbagai jenis barangan,minuman, produk kesihatan dan banyak lagi sehingga rambang mataku untuk membeli-belah di sana,susah betul nak membuat keputusan. Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan maka aku pergi sekejap sahaja.

Baiklah,tanpa perlu memanjangkan cerita aku ingin menceritakan apa yang patut diceritakan pada ruangan ini.minggu lepas aku belajar tentang definisi membuat keputusan dan pada minggu ini aku belajar  mengenai model-model dalam membuat keputusan.model-model ini adalah bertujuan bagi menerangkan dan memudahkan sesuatu perkara. Sebelum itu Dr. Zamri meminta semua pelajar memberikan contoh bagi satisficing  dan maximising. Satificing bermaksud membuat keputusan yang memadai atau penerokaan yang singkat. Contoh yang boleh aku berikan ialah Ali ingin membeli sebuah televisyen. Setibanya Ali di kedai elektronik  dia ternampak sebuah televisyen  jenama tersebut dan terus membelinya.bagi contoh maximizing pula ialah Hasan Ingin membeli sebuah televisyen 42 inci.setibanya Hasan di kedai dia ternampak televisyen yang ingi dimiliki tetapi dia ingin televisyen yang mempunyai pelbagai fungsi seperti skrin LCD,berjenama antarabangsa dan sebagainya.

Dalam mempelajari model-model membuat keputusan  terdapat tiga jenis model iaitu Model Klasikal (Classical Model) ,Model Pentadbiran( Administration Model) dan Model Politikal (Political Model). Bagi memudahkan mengingati ketiga-tiga model tersebut hanya perlu mengingati huruf CAP. Untuk memahami model-model ini kita mesti memahami tentang kerasionalan dan kerasionalan terikat. Rasional bermaksud membuat sesuatu perkara berdasarkan akal,munasabah,logik dan boleh diterima akal. Andaian terhadap kerasionalan pembuat keputusan ialah mempunyai pengetahuan tentang setiap sesuatu jalan penyelesaian. Selain itu pembuat keputusan pelu mengetahui sepenuhnya tentang kesan daripada pemilihan sesuatu alternatif dan dapat menilai kebaikan sesuatu alternatif berbanding dengan alternatif yang lain. Manakala proses membuat keputusan ditentukan oleh kerasionalan yang terikat. Namun Herbert Simon,seorang ahli sains politik Amerika dan merupakan pengasas domain saintifik yang penting pada hari ini termasuklah membuat keputusan memberi pendapat bahawa sesuatu keputusan tidak berpandukan rasional dan pembuat keputusan manusia bercirikan kepada maklumat yang terbatas,penggunaan jalan pintas dan penggunaan satisficing. Pendapat beliau bercanggah dengan cara membuat keputusan yang sedia ada.

  Baiklah,seperti yang disebutkan di atas ada tiga model membuat keputusan. Yang pertama ialah Model Klasikal iaitu membuat keputusan yang logikal untuk tingkatkan ekonomi  organisasi. Contoh yang berkaitan dengan model ini ialah peristiwa perebutan kepulauan Falkland di antara Negara Argentina dengan United Kingdompada tahun 1982. Peristiwa ini bermula apabila  junta kerajaan tentera yang menguasai Argentina, yang diketuai oleh Presiden Jeneral Leopoldo Giltieri, ingin mengekalkan kuasanya  apabila Argentina mengalami krisis ekonomi. Jeneral Galtieri telah melancarkan perang terhadap tentera British untuk merebut Kepulauan Falklands terdiri yang daripada dua pulau besar dan banyak pulau kecil di Lautan Atlantik Selatan timur Argentina, yang hak miliknya telah lama menjadi pertikaian. Walaubagaimana pun British berjaya menawan kepulauan tersebut melalui strategi yang mereka buat iaitu melancarkan (task force) tentera laut untuk menangani tentera laut dan tentera udara  Argentina, dan menghantar Royal Merines di lapangan. Melalui peristiwa ini dapat diringkaskan bahawa  British telah menggunakan Model Klasikal iaitu membuat keputusan membuat strategi bagi menghalang kerajaan mereka diperangi oleh Argentina dan ia telah memberi keselamatan dan keuntungan kepada kerajaan Britain (Maklumat ini diambil dari Wikipedia). Model Klasikal merupakan normatif iaitu  sesuatu yang ideal atau munasabah. Ia juga bermaksud menerangkan apa yang sepatunya dilakukan oleh pembuat keputusan.
Seterusnya ialah Model Pentadbiran iaitu keputusan yang dibuat dalam kekaburan yakni malumat yang ada pada pembuat keputuasan adalah kabur,bercanggah dan tidak mencapai peringkat persetujuan. Contoh bagi model ini ialah Abu ingin membeli sebuah telefon bimbit yang mempunyai kamera. Apbila Abu pergi ke kedai telefon bimbit dia ternampak telefon bimbit yang ingin dimiliki dan terus membelinya. Model yang ketiga ialah Model politikal iaitu keputusan yang ketidakpastian,kekaburan,dan bercanggah. Dalam membuat pilihan hendaklah melalui perundingan dan tawar-menawar dan hasil dari membuat pilihan begitu  rumit untuk dicapai. Contohnya,kerajaan ingin membina sebuah jambatan menghubungkan Malaysia dengan Indonesia. Perbincangan dan rundingan perlu diadakan bagi mendapatkan persetujuan,bajet pembinaan,risiko,dan pelbagai lagi perkara dari kedua-dua pihak iaitu kerajaan Malaysia dan  kerajaan Indonesia. Perkara seperti ini sememangnya begitu rumit untuk dicapai kerana kerajaan memerlukan perbelanjaan yang besar dan jika dijalankan akan memberi masalah kepada kewangan Negara.

Secara kesuluruhannya,apabila aku belajar tentang model-model membuat keputusan ini sangat susah untuk difahami dan aku perlu membacanya berulang kali dan  mencari maklumat melalui pelbagai sumber seperti internet,buku dan sebagainya. Aku dapat merasakan kuliah pada minggu hadapan bertambah sukar untuk difahami.. Walaubagaima pun aku tetap ingin meneruskan perjuangan memahirkan diri dalam membuat keputusan…
Sekian….semoga bertemu lagi pada minggu hadapan,Insyallah….   

No comments:

Post a Comment