Friday, September 30, 2011

A134167 Nor Adinah Mohamad Ali LJ02 Model KMK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kembali kita dijurnal KMK saya yang kedua. Alhamdulillah kerana saya dapat terus menghadirkan diri ke kuliah KMK pada minggu ketiga ini. Pada minggu ini, kami membincangkan topik Model-Model Membuat Keputusan.
Sebelum memulakan kuliah, apakah yang anda faham tentang fungsi model? Model adalah untuk memahami sesuatu perkara dan untuk menerangkan sesuatu perkara. Model-model membuat keputusan terbahagi.
i)                 Model Klasikal
ii)                Model Pentadbiran
iii)               Model Politikal

Tetapi, sebelum memahami model membuat keputusan, kita harus memahami konsep kerasionalan, kerasionalan terikat dan pendapat Herbert Simon. Apa yang dapat saya fikirkan daripada perkataan 'rasional' ialah sedar, munasabah, fakta, logic dan waras. Tapi lain pula pabila kami bincangkan tentang kefahaman rasional ini. Dalam konsep kerasionalan, pembuat keputusan harus ada pengetahuan tentang setiap satu jalan penyelesaian, mengetahui sepenuhnya tentang kesan daripada pemilihan sesuatu alternative dan pembuat keputusan jugan harus dapat menilai kebaikan dalam sesuatu alternative.  Bagaimana cara untuk membuat langkah yang rasional? Kita perlu mengenalpasti masalah, menjanakan penyelesaian, memilih alternative yang terbaik dan seterusnya melaksanakan penyelesaian tersebut berdasarkan alternative yang dipilih.

Bagaimana pula dengan pendapat Herbert Simon dalam membuat keputusan. Tapi siapakah Herbert Simon itu? Herbert Simon alah seorang pakar yang buat kajian tentang membuat keputusan. Menurut Herbert Simon, " Andaian tentang kerasionalan yang sempurna adalah bercanggah dengan fakta sebenar."  Daripada kata-kata itu, dapatlah kita simpulkan bahawa, Herbert Simon telah menjelaskan ciri-ciri membuat keputusan. Antaranya
i)                 Pemerosesan maklumat yang terbatas – sebagai contoh dalam pemilihan ahlijawatankuasa untuk persatuan
ii)                Guna jalan pintas – kurangkan beban untuk proses maklumat
-        Cerminkan pengetahuan daripada pengalaman lepas
-        Membawa kepada keputusan yang berat sebelah/'bias'
iii)               'satisficing'
-        Kita tak punyai masa, maklumat dan kebolehan untuk menangani kerumitan jika ikuti proses yang rasional.
-        Pilih penyelesaian yang penuhi keperluan minimum atau yang agak baik
-        Selesaikan masalah yang penuhi keperluan asa, bukannya bersifat optimal.
-        Contohnya :: pembelian telefon bimbit. tanpa memikir panjang atau banyak soalan pada penjual telefon bimbit, kita berkeputusan untuk membeli telefon tersebut.

Menurut Herbert Simon juga, proses membuat keputusan ditentukan oleh 'bounded rationality' atau kerasionalan terikat.Bounded rationality mewakili tanggapan bahawa pembuat keputusan dihalang oleh pelbagai kekangan apabila membuat keputusan. Kekangan ini termasuk mana-mana cirri peribadi atau alam sekitar yang mengurangkan membuat keputusan yang rasional. contohnya, keterbatasan akal pembuat keputusan, masalah yang terlalu kompleks dan kabur, setakat mana maklumat yang ada, kewujudan maklumat pada ketika diperlukan.

Pemilihan model membuat keputusan adalah bergantung kepada kehendak pembuat keputusan. Sama ada keputusan itu adalah diprogram atau bukan deprogram. Dan sejauh mana keputusan itu adalah dicirikan oleh risiko, ketidakpastian atau kekaburan seperti yang telah kita pelajari di dalam topik 1 minggu lepas.

Seperti yang telah kita ketahui, model-model membuat keputusan terbahagi kepada tiga iaitu model klasikal, model pentadbiran dan model political. Model klasikal ialah berdasarkan keputusan yang logical untuk meningkatkan ekonomi organisasi. Andaian-andaian yang ada dalam model klasikal ini ialah matlamat pembuat keputusan adalah diketahui dan dipersetujui. Pembuat keputusan juga berusaha untuk mewujudkan keadaan kepastian dengan kumpul maklumat yang lengkap. kriteria dalam menilai alternative diketahui dan pembuat keputusan harus bersifat rasional dan logical.  Antara contoh-contoh yang telah diberikan oleh kawan-kawan saya ialah pembentangan bajet dan membuat bangunan. Untuk lebih memahami konsep model klasikal ini, kita mengandaikan jika seseorang ingin membina bangunan. Sebelum mendirikan bangunan, kita haruslah mendapatkan maklumat dahulu tentang tempat bangunan yang ingin dirikan, keadaan struktur tanah. Adakah struktur tanah itu baik untuk pembangunan atau tidak. Banyak lagi maklumat yang perlu kita perolehi dalam proses ingin membina bangunan baru. Dr Zamri juga ada beri contoh tentang kisah Perang Malvinas antara Argentina dan United Kingdom.

Beralih pula, pada model pentadbiran. Model ini adalah menerangkan bagaimana keputusan yang tak diprogramkan dibuat berdasarkan ketidakpastian dan kekaburan. Konsep penting dalam model ini ialah kerasionalan terikat ( terdapat terhad dan kekangan sejauh mana seseorang boleh bertindak) dan satisficing ( alternative pertama yang penuhi keperluan minima dipilih). Di dalam model ini, pembuat keputusan dalam situasi sukar kerana matlamat keputusan adalah kabur dan bercanggah. Prosedur yang rasional juga tak selalu digunakan dan pencarian alternative yang terbatas. Oleh yang demikian, pembuat keputusan menggunakan 'satisficing' dan bukannya 'maximizing'. Intuisi ini juga digunakan berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui. Untuk contoh ini, Dr Zamri telah menerangkan tentang konsep permulaan hari yang baru. Bagi kerajaan Uthmaniyah, permulaan hari baru bermula selepas waktu maghrib tapi berlainan pula bagi kerajaan turki yang menetapkan bahawa hari baru bermula pada pukul 12 tengah malam seperti yang kita alami sekarang ini.

Bagaimana pula dengan model political? Adakah ianya berkaitan dengan aktiviti politik? Model political adalah hamper serupa dengan situasi sebenar. Model ini amat berguna untuk membuat keputusan yang tak diprogramkan. Hal ini telah membuatkan keputusan yang dibuat adalah rumit dan ianya normal apabila berlakunya percanggahan pendapat.

Sebelum membincangkan kesemua model ini, saya agak keliru dan tertanya-tanya apakah perbezaan antara ketiga-tiga model ini. Dan sekarang saya dapat membezakannya. Masalah dan matlamat model klasikal adalah jelas, tapi untuk model pentadbiran ianya adalah kabur. Begitu juga political, matlamat dan masalahnya adalah pelbagai dan bercanggah. Keadaan dalam model klasikal dan pentadbiran masing-masing mempunyai kepastian dan ketidakpastian. Keadaan dalam model political, keadaan adalah tidak pasti dan juga kabur. Maklumat klasikal adalah lengkap, pentadbiran adalah terbatas dan dalam model political adalah kabur dan bercanggah. Dalam model klasikal, pilihan dibuat secara rasional, berbeza pula dengan model pentadbiran. Pilihan dibuat sekadar memenuhi syarat. Begitu juga dengan model political, pilihan dibuat secara rundingan dan tawar-menawar dan hasil adalah rumit untuk dicapai. Hasil dalam model klasikal adalah maximizing dan dalam pentadbiran adalah hasil satisficing.

Akhir kata untuk jurnal kali ini, dalam situasi membuat keputusan kita tidak seharusnya mempunyai sifat terburu-buru, kita harus bersikap rasional. Kita membuat keputusan bukan hanya sekadar ingin memuaskan hati kita tapi me'maximizing'kan diri kita. Sekian, salam membuat keputusan.

No comments:

Post a Comment