Friday, September 30, 2011

A134479 Nur Nadeeya Binti Muhamad Khair LJ02 Model-Model Keputusan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.  Sekarang kita sudahpun berada pada minggu ketiga pembelajaran. Saya dan rakan-rakan yang lain telahpun menjalani tiga minggu pembelajaran di dalam kursus Kemahiran Membuat Keputusan. Ini merupakan jurnal saya untuk kali kedua. Banyak perkara baru yang telah saya pelajari pada minggu ini. Sebelum itu, ingin saya nyatakan tajuk jurnal saya yang kedua iaitu, "Model-Model Keputusan".

Seperti yang sedia maklum, tajuk kedua ialah Model – Model Dalam Membuat Keputusan. Apakah fungsi model dalam membuat keputusan? Fungsi – fungsi model adalah untuk memahami sesuatu perkara atau menerangkan sesuatu perkara.

Model – model membuat keputusan secara maklumnya dibahagikan kepada tiga iaitu model klasikal, model pentadbiran dan model politik. Untuk memahami setiap model – model ini dengan jelasnya kita seharusnya memahami apa itu rasionaliti, kerasionalan terikat dan pendapat Herbert Simon terlebih dahulu.

Apa yang dimaksudkan dengan memahami tentang rasionaliti ialah seseorang seharusnya ada pengetahuan tentang setiap satu jalan penyelesaian, sedar akan tentang kesan daripada pemilihan sesuatu alternatif selain dapat mengenal atau menilai kebaikan setiap satu alternatif yang ada. Mengikut kefahaman saya, pembuat keputusan perlu memikirkan baik dan buruk setiap satu pilihan yang ada selain mengambil tahu akan kesan – kesan yang mungkin berlaku jika keputusan di buat. Oleh itu, keputusan dapat dibuat dengan tepat dan jitu.

Langkah – langkah dalam membuat keputusan berdasarkan rasionaliti. Yang pertamanya ialah kenal pasti masalah yang di hadapi terlebih dahulu. Keduanya, senaraikan beberapa jalan penyelesaian yang munasabah dan bersesuaian dengan masalah seterusnya ialah langkah ketiga, memilih alternatif terbaik. Langkah keempat pula laksanakan penyelesaian dan akhir sekali menilai keputusan yang dibuat.

Berbalik kepada model – model dalam membuat keputusan , model klasikal dimaksudkan dengan keputusan yang logikal untuk tingkatkan ekonomi organisasi. Andaian yang dibuat ialah matlamat pembuatan keputusan diketahui dan dipersetujui. Pembuat keputusan berusaha wujudkan keadaan kepastian dengan maklumat lengkap. Setiap kriteria dalam menilai alternatif diketahui dan pembuat keputusan bersifat rasional dan logikal. Normatif dalam model klasikal dapat di maksudkan dengan menerangkan apa sepatutnya dilakukan oleh pembuat keputusan, oleh itu panduan diperlukan untuk capai keputusan.

Model pentadbiran pula, bagaimana keputusan yang tidak di programkan di buat. Kencenderungan model ini untuk berlaku apabila seseorang berada dalam keadaan kerasionalan terikat dimana terdapat had dan kekangan dalam bertindak rasional. Selain berada dalam keadaan 'satisficing' iaitu alternatif pertama yang memenuhi keperluan minima di pilih. Matlamat dalam membuat keputusan adalah kabur, bercanggah dan tidak sampai pada peringkat persetujuan. Prosedur rasional jarang digunakan.

Bagi model terakhir pula ialah model politik. Kebanyakkan situasi sebenar berada dalam model ini. Model ini berguna untuk membuat keputusan yang tidak di programkan. Kebiasaanya keputusan yang ingin di buat adalah rumit. Manakala percanggahan antara satu sama lain adalah normal.

Perbandingan antara ketiga-tiga model ini dapat saya nyatakan dalam masalah dan matlamat ialah, bagi model klasikal adalah jelas namun untuk model pentadbiran adalah kabur dan bagi model politik adalah pelbagai dan bercanggah. Ia berlaku dalam keadaan pasti bagi model klasikal dan tidak pasti bagi model pentadbiran dan politik. Maklumat tentang permasalahan bagi model klasikal adalah lengkap. Bagi model pentadbiran adalah terbatas dan model politik adalah kabur dan bercanggah. Cara keputusan dibuat juga berbeza bagi ketiga-tiga model ini di mana model klasikal membuat keputusan dengan rasional manakala model pentadbiran hanyalah sekadar memenuhi syarat dan model politik melalui rundingan yang di buat secara beramai-ramai. Hasil keputusan bagi setiap model juga berlainan di mana model klasikal mendapat hasil yang 'maximising', model pentadbiran, sekadar 'satisficing' dan rumit untuk dicapai bagi model politik.

Menurut kefahaman saya tentang pembelajaran pada minggu ini, membuat keputusan harus dilakukan serasioanal yang mungkin untuk mendapat hasil yang 'maximising'. Cara seseorang dalam menghadapi masalah dan cara menanganinya berbeza dan dapat dikelaskan mengikut model klasikal, model pentadbiran dan model pentadbiran yang mana selama ini saya tidak tahu wujudnya model – model ini dalam membuat keputusan. Harapnya kelas seterusnya dapat membentuk saya menjadi seorang pembuat keputusan yang rasionalnya. 

No comments:

Post a Comment