Thursday, September 29, 2011

A132918 Rosnani Binti Muhtar LJO2 Panduanku dalam membuat keputusan

Assalamualaikum w.b.t….
            Kini tiba lagi saat aku untuk mencoretkan serba sedikit tentang kefahaman aku mengenai kuliah kemahiran membuat keputusan di minggu yang ketiga ini. Aku tidak pernah lagi terlepas dari mengikuti  kuliah ini. Oleh yang demikian. Banyak juga input yang aku perolehi hasil daripada perbincangan bersama Dr.Zamri dan rakan-rakan sekelasku. Aku berasa "enjoy" berada di dalam kelas ini kerana ianya melibatkan komunikasi antara setiap ahli. Jadi tidak la aku mengantuk ketika di dalam kelas.

            Pada minggu yang ketiga ini aku dan rakan-rakan sekelas telah masuk tajuk yang  kedua iaitu Model Membuat Keputusan. Apa yang aku faham dengan perkataan model ialah sebagai rujukan. Justeru itu tajuk ini adalah mengenai rujukan kita dalam membuat keputusan. Sebelum aku mengupas lebih lanjut lagi mengenai  topik ini, aku ingin menerangkan terlebih dahulu fungsi sebenar model ini. Dr.Zamri menerangkan bahawa model ini berfungsi  untuk memehami sesuatu perkara dan juga untuk untuk menerangkan sesuatu perkara.

            Terdapat tiga model dalam membuat keputusan iaitu model klasikal, model pentadbiran dan juga model politikal. Bagi model klasikal, kita akan membuat keputusan yang logik dan rasional untuk tingkatkan prestasi sesebuah organisasi. Individu yang membuat keputusan perlu mengetahui matlamat dan matlamat itu perlu dipersetujui. Pembuat  keputusan perlu mewujudkan keadaan yang pasti dalam mengumpul maklumat yang lengkap. Untuk menilai alternatif kita perlulah berdasarkan kepada fakta.  Oleh itu, kita akan memperolehi keputusan yang baik. Sebagai contoh, aku ingin menghasilkan Sesuatu produk kecantikan. Justeru itu, aku perlu mengenalpasti bahan-bahan pengawet yang ingin digunakan. Aku akan mendapatkan atau mengkaji  maklumat mengenai bahan tersebut melalui buku atau internet yang mana maklumatnye boleh dipercayai. Setelah aku teliti dan tiada kesan buruk terhadap pengguna barulah aku menghasilkan produk tersebut. keadaan ini lebih merujuk kepada maxificing. Maxificing ini merujuk kepada penelitian dan pengumpulan maklumat yang lengkap dan baru pilih yang mana terbaik untuk kita.

            Mengenai model pentadbiran bagi aku ianya selalu dugunakan dalam kehidupan  aku. Model ini mempunyai dua konsep penting iaitu kerasionalan terikat dan juga satisficing. Apa yang aku faham dengan kerasionalan terikat ini adalah, terdapat had dan kekangan sejauh mana seseorang itu boleh bertindak secara rasional. Pada suatu hari, dalam keadaan kelam kabut untuk ke kelas tiba-tiba aku ditinggal bas. Tanpa aku fikir panjang aku dengan segera menahan teksi yang lalu dihadapan aku. Pada ketika itu aku tidak memikirkan bahawa aku perlu membayar tambang yang lebih, dan apa yang penting aku tidak terlewat untuk ke kelas. Bagi satisficing pula, ianya bermaksud kita hanya membuat keputusan sekadar untuk memuaskan hati kerana kita tidak mempunyai masa jika mengikuti proses yang rasional. Pada hari isnin 26 september lalu, selepas aku selesai kuliah untuk subjek pilihan bebas yang bertempat di KTAMS, aku lalu di pusanika ketika ingin ke kelas kemahiran membuat keputusan ini. Ketika itu hanya tinggal 10minit untuk kuliah kmk bermula. Namun aku bersama rakan sekelas aku sempat singgah di gerai-gerai tudung dan selendang  yang terdapat di pusanika tersebut. Aku melihat terdapat pelbagai jenis tudung dan selendang. Aku ingin membelinya ketika itu juga. Lantas tanpa membuat pilihan yang terbaik dari segi hargannya aku terus membelinya dan aku berasa berpuas hati. Dalam model pentadbiran ini juga intuisi juga digunakan berdasarkan pengalaman yang lepas. Perkataan intuisi ini membawa maksud percaya apa yang terdetik dihati kita. Sebagai contoh, berdasarkan pengalaman aku yang sering makan tengah hari di kafe pusanika dan aku tahu lauknya sedap belaka, justeru bila tiba masa untuk makan tengah hari hati aku akan terdetik untuk makan di kafe tersebut. oleh yang demikian aku akan mengambil keputusan untuk makan di situ.

            Politikal merupakan model dimana pembuat keputusan mempunyai matlamat yang pelbagai dan juga bercanggah. Hal ini menyebabkan pembuat keputusan akan menghadapi keadaan dalam ketidakpastian dan juga kekaburan. Sebagai contoh, seorang pengurus menhadapi kesukaran untuk memilih destinasi percutian yang telah dicadangkan oleh dua orang pekerjanya. Seorang mencadangkan untuk bercuti di luar negara, dan seorang lagi mencadangkan untuk bercuti di dalam negara sahaja. Oleh yang demikian pengurus itu membuat keputusan secara rundingcara agar kedua-dua pihak berpuas hati. Keaadaan ini amat sukar untuk kita membuat keputusan kerana bimbang ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat.

            Sebelum aku terlupa, aku juga ingin menerangkan serba sedikit mengenai konsep penting dalam ketiga-tiga model ini. Antaranya ialah kerasionalan, kerasionalan terikat dan pendapat Herbert Simon. Kerasionalan ini adalah berdasarkan kepada fakta. Dalam membuat keputusan aku perlu mempunyai pengetahuan tentang setiap satu jalan penyelesaian dan mengenalpasti kesan selepas aku memilih sesuatu alternatif ini. Aku juga perlu tahu membandingkan baik buruk sebelum membuat sesuatu keputusan. Kerasionalan terikat telah aku ceritakan di atas, oleh itu aku terus kepada konsep pendapat Herbert Simon. Apa yang aku faham dengan pendapat Herbert Simon ini ialah, sebahagian besar keputusan bukanlah secara rasional. Hal ini demikian kerana, proses maklumat untuk membuat keputusan terbatas dari segi masa dan juga budaya kita yang tidak suka berterus terang.

Sekian….
 

No comments:

Post a Comment