Thursday, September 29, 2011

A134177 Syazana Zainuddin JL2 Model

    Di minggu kedua kuliah Kemahiran Membuat Keputusan membuat aku lebih matang dalam membuat keputusan setelah ilmu-ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah Dr. Ahmad Zamri Mansor selamat aku sematkan di dalam hati. Semakin hari semakin aku meminati kursus ini kerana ianya banyak memberi faedah kepada aku. Bukan sahaja faedah dalam membuatkan keputusan malah banyak lagi aspek-aspek dalam kursus ini yang boleh dijadikan panduan dalam hidup kami yang mengambil kursus ini. Tajuk dalam minggu kedua kuliah ini ialah model-model membuat keputusan. Apa yang aku faham dalam konsep model ini ialah pandangan kita terhadap sesuatu perkara. Selain itu, terdapat beberapa fungsi model antaranya untuk memahami sesuatu perkara dan juga untuk menerangkan sesuatu perkara. Model-model membuat keputusan ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu model klasikal, model pentadbiran dan juga model politikal.

    Sebelum memahami model membuat keputusan ini, aku serta rakan-rakan sekuliah aku diminta untuk memahami istilah kerasionalan, kerasionalan terikat dan juga pendapat Herbert Simon dalam membuat keputusan. Menurut kefahaman aku, kerasionalan ialah sesuatu yang logik dan munasabah. Dalam membuat keputusan yang rasional, kita perlulah mempunyai pengetahuan tentang setiap sesuatu jalan penyelasaian, mengetahui sepenuhnya tentang kesan daripada pemilihan sesuatu alternatif yang diambil dan juga dapat menilai kebaikan sesuatu alternatif berbanding dengan alternatif lain. Melalui pengalaman yang sudah aku alami, pengalaman aku membuat keputusan ini aku boleh kategorikan sebagai kerasionalan. Semasa aku sedang melanjutkan pelajaran aku di matrikulasi, aku memerlukan komputer riba untuk memudahkan aku membuat kerja dalam subjek Sains Informatik. Setelah aku memberitahu mak dan abah aku, mereka mengizinkan aku untuk memiliki sebuah komputer riba. Malangnya apabila mereka ingin membawa aku ke Pusat Komputer, aku tidak tahu apa-apa pun tentang komputer. Aku tidak tahu jenama yang baik untuk aku sebagai pelajar dan lain-lain. Jadi aku mengambil keputusan untuk mencari segala maklumat tentang komputer riba dan juga bertanyakan kepada abang-abang aku. Mereka ni pakar juga dalam bab-bab komputer terutamanya abang aku yang sulung. Jadi aku mengambil jalan pintas untuk membawa abang aku ke Pusat Komputer. Tidak perlulah aku bersusah payah untuk mencari maklumat tentang komputer kerana sudah memilih alternatif lain iaitu menyuruh abang aku membelikan komputer riba yang terbaik buat aku. Setelah menilik-nilik 'software', merisik-risik harga satu per satu komputer riba di pusat itu, abang aku memilih Acer sebagai pilihannya yang terbaik.

    Melalui konsep 'statisficing', apa yang aku faham dalam istilah ini ialah membuat keputusan sekadar untuk memuaskan hati, memilih penyelesaian yang memenuhi keperluan minimum atau yang agak baik serta menyelesaikan masalah yang memenuhi keperluan asas dan bukannya bersifat optimal. Sebagai contoh yang dibeikan oleh Dr Ahmad Zamri Mansor, seorang pelajar yang ingin membeli telefon bimbit. Dia hanya ingin membeli telefon bimbit sekadar telefon itu boleh guna dan dia tidak kisah jenama ataupun 'function' yang ada didalam telefon itu. Contoh lain yang boleh aku berikan adalah, seorang lelaki ingin melangsung perkahwinannya pada hujung bulan ini. Walaubagaimanapun, setelah setahun bertunang dengan pasangannya, duit simpanan masih tidak cukup untuk melangsung perkahwinannya. Jadi, hajatnya untuk melangsungkan perkahwinan yang meriah, bak kata orang 'wedding of the year' tidak kesampaian kerana kewangan tidak mengizinkan. Oleh itu, dia hanya melangsungkan perkahwinan dalam suasana yang sederhana. Selain itu, pensyarah aku juga turut menerangkan tentang membuat keputusan 'statisficing' yang maximising. Konsep ini berlainan sedikit dengan konsep 'statisficing' iaitu dalam membuat keputusan yang maximising, seseorang perlu mencari maklumat yang terperinci untuk memuaskan hati pembuat keputusan.
Melalui pengalaman aku, abang aku diminta untuk menghadiri temuduga disebuah kilang setelah permohonannya diterima. Untuk mendapatkan hasil yang dapat memuaskan hati, abang aku berusaha mencari maklumat-maklumat tentang kerja yang akan ditemuduga nanti. Alhamdulillah, setelah abang aku berusaha, akhirnya pengurus kilang tersebut menerima abang bekerja ditempat tersebut dengan gaji yang lumayan.

    Sekarang, aku beralih kepada tajuk untuk minggu ini iaitu model-model membuat keputusan. Di sini aku ingin mengupaskan satu daripada model-model tersebut iaitu model klasikal. Model klasikal ini ialah sesuatu keputusan yang logikal untuk tingkatkan ekonomi organisasi. Maklumat pembuat keputusan perlu diketahui dan juga dipersetujui ramai serta berusaha mewujudkan keadaan kepastian dengan mengumpul maklumat yang lengkap. Apa yang boleh aku gambarkan situasi dalam model ini adalah seorang pengurus kosmetik ingin mengeluarkan satu produk kepada pengguna untuk menghilangkan jerawat. Jadi, pengurus itu perlulah mencari maklumat tentang ramuan yang perlu ada untuk mengeluarkan produk itu. Selepas selesai maklumat dicari, pengurus tersebut perlulah membuat kajian ke atas ramuan itu sama ada ramuan tersebut mempunyai kesan ke atas pengguna atau tidak. Selain itu, hasil perbincangan setiap kumpulan aku tertarik dengan pendapat kumpulan Syazwa ini. Dalam model ini mereka menggambarkan situasi seorang Menteri ingin membuat keputusan bagaimana untuk menaik taraf kehidupan rakyat Malaysia iaitu mereka menyatakan sebelum seorang Menteri membentangkan bajet untuk golongan berpendapatan rendah, beliau perlu membuat bancian terhadap golongan ini supaya beliau tahu tahap bagaimana kehidupan mereka ini agar mereka boleh menganggarkan kadar bantuan yang perlu diberi untuk golongan seperti ini. 

    Setelah seminggu aku menelaah tajuk ini, pengetahuan aku dalam membuat keputusan lebih bertambah. Terima kasih Dr Ahmad Zamri kerana memberi kuliah yang boleh memberi kesan kepada pelajar-pelajat yang mengambil kursus ini.

No comments:

Post a Comment