Thursday, September 29, 2011

A133086 SITI HALIJAH BINTI ROSLI LJ02 KEPUTUSANKU??

Aku meneruskan lagi pembelajaran aku di minggu berikutnya,semangat berkobar-kobar untuk mentelaah pelajar semakin menebal. Banyak lagi perkara yang ingin aku ketahui. Pada minggu ini aku diajar untuk memahami ketegori dalam membuat keputusan. Dalam  kehidupanku, aku menghadapi dua cara dalam membuat keputusan misalnya aku menghadapi keadaan di mana keputusan yang aku lakukan telah pun diprogramkan di mana telah berlaku ketika aku mengamibil ujian computer lesen memandu. Aku hanya perlu menjawab ujian tersebut mengikut program yang telah disusun. Namun begitu dalam satu tahap aku terpaksa membuat keputusan tanpa ia diprogramkan misalnya aku telah diarahkan oleh pengetua untuk menjadi pangerusi majlis tanpa aku melakukan sebarang persediaan. Kedua-dua keadaan ini menyedarkan aku  bahawa pembuatan keputusan bukanlah hanya berlaku dalam keadaan yang diingini sahaja.
Sebenarnya terdapat perkara yang membezakan antara keputusan yang diprogramkan iaitu melalui kepastian  iaitu segala maklumat yng dinginkan oleh pembuat keputusan telah disediakan misalnya ketika aku ingin menggoreng ikan,semua a telah diketahui dengan sebaiknya. Selain itu ,melalui  risiko pula, pembuatan  keputusan adalah mempunyai matlamat yang jelas,maklumat yang baik boleh didapati . misalnya  kejayaan yang aku ingin capai pada masa hadapan. Ketidaktentuan turut membezakannya dimana melalui ketidaktentuan,seorang pengurus mengetahui dimanakah tahap yang ingin dicapai, namun begitu maklumat mengenai alternatif dan kepentingan masa hadapan adalah tidak sempurna. Oleh itu, pengurus tersebut perlu menujukkan penampilan kekreatifan diri dalam mencari  alternative. Kekaburan pula menyebabkan situasi keputusan menjadi sukar kerana maklumat mengenai hasil tidak tersedia. Oleh itu usaha mencari alternative adalah sukar.
Kajianku dalam kelas kemahiran membuat keputusan diteruskan  mengenai model-model membuat keputusan. Aku mengetahui terdapat tiga jenis model iaitu model klasikal,model pentadbiran dan model political. Meskipun begitu untuk memahami model-model ini,aku perlu memahami tiga perkara lagi iaitu kerasionalan,kerasionalan terbatas dan juga pendapat Herbert Simon . dari aspek kerasionalan,kita perlu mempunyai pengetahuan tentang setiap satu jalan penyelesaian,mengetahui sepenuhnya tentang kesan supaya dapat membuat perbandingan. Kerasionalan terbatas pula merujuk kepada keputusan yang ingin dibuat diabataskan . sebagai contohnya keupayaan minda manusia yang terhadap,masa yang terhad. Contohnya aku ingin membeli sebuah jam,akibat kesuntukan masa dan maklumat,aku membeli jam tersebut tanpa banyak persoalan. Jalan pintas pula merupakan pembuatan keputusan dengan mengurangkan beban memproses maklumat dimana keputusan dibuat melalui pengalaman lepas dan dapat membantu menilai masalah semasa yang dihadapai. Namun,cara ini akan membawa kepada keputusan yang berat sebelah atau bias. Aku pernah menghadapi keadaan di mana aku telah membuat keputusan ketika ingin membeli computer riba. Aku membeli sebuah computer berjenama Compaq kerana mendapat maklumat dari pembeli sebelumya. Seterunya adalah 'satisfising' atau kepuasan.dalam hal ini,pembuat keputusan menyatakan bahawa perkara pertama yang dilihatnya adalah yang terbaik tanpa melakukan survey.
Dalam situasi kehidupanku aku pernah melakukan keputusan begini dimana ketika ku ingin membeli telefon bimbit. Aku menuju ke sebuah kedai dan membeli sebuah telefon berkamera tanpa melakukan survey. Sebenarnya keputusan yang ku lakukan ini amat merugikan. Tidak kusangka terdapat telefon yang lebih baik berbanding yang aku beli. Itulah kerugianku. Berbanding sahabatku yang turut membeli telefon tetapi dia melakukan proses maximizing . dia bertanyakan kepada pemilik kedai mengenai telefon berkamera dan memilih yang terbaik antara yang terbaik.
Seterusnya,kita perlu mengetahui cara untuk memilih model dalam membuat keputusan iaitu melalui model klasikal,administrative dan politik. Menurut model klasikal,ia lebih kepada tanggapan. Dalam hal ini,matlamat pembuat keputusan telah diketahui dan dipersetujui. Pembuat keputusan akan berusaha mewujudkan keadaan kepastian dengan mengumpul maklumat lengkap. Kriteria dalam menilai alternative telah diketahui dan pembuat keputusan bersifat rasional dan logical. Dari aspek ini ia bersifat normative. Contoh model ini adalah perbicaraan di mahkamah yang memerlukan keputusan yang diketahui dan dipersetujui.
Model administrative pula merujuk kepada pembuat keputusan berada dalam situasi sukar seperti kabur dan tidak pasti. Prosedur rasional tidak slalu digunakan maka pencarian alternative menjadi terbatas. Pembuat keputusan biasanya menggunakan pendekatan 'satisfising' bukannya maximizing . intuisi juga digunakan beradasarkan pengalaman lepas. Ia bersifat deskriptif iaitu menerangkan bagaimana keputusan sebenarnya dibuat bukan sepatutnya dibuat. Contoh paling sesuai adalah ketika pengiraan belanjawan negara di mana pakar-pakar akan dipanggil bagi memastikan belanjawan yang disusun adalah yang terbaik. Manakala mode pilitik pula membincangkan pembuatan keputusan yang mirip kepada suasana sebenar yang yang dihadapi oleh pembuat keputusan. Cara ini amat berguna bagi pembuatan keputusan yang tidak diprogramkan tetapi keputusannya adalah rumit. Dalam hal ini,percanggahan pendapat  adalah normal. Model ini bersifat pakatan di mana pakatan tidak rasmi untuk individu yang mempunyai maklumat tertentu yang sama.
Sesungguhnya pembelajaranku pada minggu ini amat menyeronokkan kerana ilmuku dalam membuat keputusan semakin banyak. Maka selepas ini,aku akan lebih mahir dalam membuat keputusan serta akan memastikan keputusan yang dilakukan akan memberi kesan yang baik dan member impak positf.

1 comment:

  1. salam..sy nk tahu,buku rujukan ape yg cikgu or pensyarah awak guna?boleh sy tahu?

    ReplyDelete