Thursday, September 29, 2011

A133537 Afidatul Nafisha Binti Hamdan LJ01 Model Membuat Keputusan

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Alhamdulillah, ini merupakan jurnal kedua saya bagi kursus Kemahiran Membuat Keputusan (KMK). Pada hari Isnin yang lepas iaitu 26 September, saya telah menghadiri kuliah yang pertama pada minggu tersebut. Walaupun kuliah sebelumnya selama 4 jam berturut-turut, saya tetap gagah menapak untuk ke kelas KMK ini. =). Hal ini kerana bagi saya, tentu saya akan mendapat menambah serba sedikit ilmu tentang kursus ini.
 Pada kuliah pertama tersebut, kami membincangkan mengenai tajuk Model-model membuat keputusan dan memahaminya dengan lebih terperinci berdasarkan contoh-contoh yang diberikan oleh Doktor Zamri.  Terdapat 3 jenis model untuk mebuat keputusan iaitu model Klasikal (C), model Pentadbiran (A), dan juga model Politikal (P). Mungkin sedikit rumit bagi saya untuk memahami ketiga-tiga model ini jika tanpa contoh yang sesuai dan cara penerangan yang baik oleh Dr.Zamri.
            Tetapi, sebelum menerangkan mengenai ketiga-tiga model tersebut, Dr.Zamri ada memberikan beberapa point untuk memahami model-model membuat keputusan dengan lebih mendalam lagi. Kita haruslah memahami apa itu rationality (kerasionalan), bounded rationality ( kerasionalan terikat) serta memahami pendapat Herbert Simon. Terdapat teori keputusan daripada Herbert Simon iaitu:
"The assumptions of perfect rationality are contrary to fact. It is not a question of approximation; they do not even remotely describe the process that human beings use for making decisions in complex situations."
 
            Kami juga didedahkan  oleh Dr.Zamri ketika kuliah  mengenai 'satisficing' dan 'maximising' dan kami perlu memikirkan beberapa contoh bagi pemahaman tersebut. Apa yang saya faham serba sedikit mengenai 'satisficing' adalah seseorang itu membuat keputusan yang sekadar memuaskan hatinya. Ia bermaksud memilih keputusan hanya dengan keperluan minimum sahaja ataupun yang agak baik bagi dirinya. Hal ini kerana berkemungkinan seseorang tersebut kekurangan masa, atau kurang maklumat dalam membuat keputusan tersebut. Sebagai contoh, saya pernah mengalami situasi 'satisficing' ini dimana ketika saya hendak membeli telefon bimbit. Oleh kerana saya kurang pengetahuan mengenai fungsi-fungsi telefon bimbit, saya hanya mengambil jalan singkat dengan bertanyakan fungsi telefon bimbit kepada peniaga dan terus membelinya tanpa berfikir dengan lebih panjang, kerana pada ketika itu, bagi saya telefon bimbit tersebut sudah cukup memuaskan hati. bagi saya, 'satisficing' adalah merugikan kerana kita terlepas untuk melihat pilihan keputusan yang lebih baik untuk kita. Bagi definisi 'maximising' pula, ia adalah proses membuat keputusan yang lebih terperinci dengan adanya maklumat yang mencukupi, serta keputusan yang dilakukan tidak mendatangkan rugi malah menguntungkan.
            Pada hari selasa iaitu kuliah kedua bagi minggu tersebut, Dr.Zamri menerangkan dengan lebih lanjut kepada kami  mengenai model-model membuat keputusan. Bagi Model Klasikal, pembuat keputusan bersifat lebih rasional dan logikal. Model ini juga adalah membuat keputusan berdasarkan fakta kerana mereka mengumpul maklumat terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Bagi model klasikal, ia mengambil masa yang lama bagi membuat sesuatu keputusan. Sebagai contoh pemahaman saya dalam model klasikal ini adalah sprti sesebuah syarikat yang ingin membina sebuah bnagunan mengambil masa yang agak panjang untuk membinanya. Kerana sebelum itu mereka perlu membuat kajian mengenai bahan yang sesuai, struktur bahan binaan, tempat yang strategik dan sebagainya bagi membina bangunan yang kukuh.
            Seterusnya mengenai model Pentadbiran dimana matlamat membuat keputusan adalah kabur, bercanggah dan tidak sampai kepada peringkat persetujuan. Walaupun pemahaman saya sedikit kabur mengenai model Pentadbiran ini, tetapi saya berfikir bahawa model Pentadbiran membuat keputusan adalah berdasarkan 'satisficing' sahaja dan ianya tidak menggunakan prosedur yang rasional. Hal ini kerana bagi saya pembuat keptusan model ini membuat keputusan dengan hanya menggunakan pengalaman lepas ataupun mengikut gerak hati sahaja. Sebagai contoh bagi model pentadbiran ini, adalah seperti apabila sesebuah organisai itu ingin melancarkan sebuah program, mereka sudah merancang  tentatif sebangainya, tetapi terpaksa membatalkan rancangan tersebut kerana kurang budget dan terdapat masalah yang tidak dapat di elakkan. Hal ini boleh dikira sebagai 'bounded rationality' dimana mereka terdapat had dan kekangan dalam membuat sesuatu keputusan secara rasional. Bagi model yang terakhir iaitu model Politikal yang bermaksud keputusan yang rumit dan ianya digunakan untuk membuat keputusan yang tidak diprogramkan. Bagi model ini, sejujurnya mungkin saya kurang faham kerana mungkin ketika itu saya sedikit hilang tumpuan. =) kami juga dikehendaki membincangkan mengenai model ini dalam kumpulan yang diberikan oleh Dr.Zamri.
            Akhir kata, pada kuliah yang lepas, saya terasa semakin menarik untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai Kemahiran membuat Keputusan. Semoga ia serba sedikit dapat membantu saya dalam membuat keputusan dengan lebih rasional. =)
           
           
           
           
 

No comments:

Post a Comment