Friday, September 30, 2011

Model Membuat Keputusan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dalam  subjek membuat keputusan (MK) pada kali ini ini Dr. telah memperkenalkan model-model membuat keputusan. Terdapat 3 model untuk mebuat keputusan iaitu:

  •         i.            Model klasikal
  •       ii.            Model pentadbiran (administratif)
  •     iii.            Model politikal
 
Bagi model klasikal, pembuat keputusan lebih menjurus kepada cara tradisional iaitu melibatkan proses penggalian maklumat supaya boleh dijadikan hujah yang kukuh. Disamping itu,turut melibatkan unsur rasional dan logikal dalam membuat sesuatu keputusan. Contohnya:
 
Dalam perbahasan ilmu agama ISLAM kita boleh mengambil situasi proses apabila sesuatu FATWA dikeluarkan. Untuk makluman,agama Islam disandarkan kepada 4 sumber yang utama iaitu Al-Quran, As-Sunnah (hadith), Ijma' dan qias.  Di era ini, akan muncul pelbagai masalah yang kadang-kadang membawa kepada perbalahan umat. Oleh sebab itu, ulama' akan berbincang secara mendalam  untuk menyelesaikan permasalahan tersebut berdasarkan 4 sumber utama tersebut. Proses menganalisis maklumat dan pemilihan nas-nas yang sahih sahaja yang diambil kira. Sebarang hujah yang longgar akan ditolak. Hal ini kerana hujah dalam beragama mesti bersandarkan sumber-sumber yang tepat lagi sahih. Ini menunjukkan keutamaan dalam mengeluarkan fatwa adalah bersifat rasional,logikal serta pengumpulan data yang betul-betul teliti  diaplikasikan supaya agama ISLAM itu tidak sewenang-wenangnya diperlekehkan.
 
Manakala bagi model pentadbiran (administrative) menggunakan 2 konsep asas iaitu 'bounded-rationality' dan 'satisficing'. Bounded rationality merujuk kepada kekangan atau halangan dalam membuat keputusan manakala satisficing pula adalah hanya mengambil cadangan yang pertama, secara cukup-cukup makan sahaja demi memenuhi keperluan yang minima. Situasi  ini dapat dilihat ketika;
 
Seseorang berhajat mendapatkan komputer 'tablet'. Bounded rationality/kekangan yang terdapat selalunya berkait rapat dengan kewangan yang melibatkan lebih 1.5k++. Pada masa yang sama, selalunya pembuat keputusan terus memilih jenama I**D atau S*****GT**. Ini membuktikan 'satisficing' telah terjadi, pengguna sekadar mengambil terus tablet tersebut tanpa berfikir panjang. Tanpa menyedari bahawa terdapat lebih daripada sepuluh pengeluar utama tablet seumpama itu di pasaran seperti S***,A***,M*******,A***,H*****,D***,L*,V********,C***********,H********,K***** dan sebagainya.(sila isi **** dengan abjad yang sesuai)
Model yang ketiga pula adalah model politikal. Model politikal mirip kepada model yang diguna pakai oleh kebanyakan pengurus dan ahli politik. Selalunya, sesuatu keputusan yang bakal diambil adalah kompleks dan melibatkan percanggahan pendapat yang agak melampau.
 
Contohnya 1:
 
Dalam negara Malaysia yang kita sayangi, timbul banyak perkara yang melibatkan perang-mulut antara parti-parti yang wujud seperti isu hudud yang timbul baru-baru ini. Parti X dengan lantang menyokong isu tersebut namun pada masa yang sama muncul parti Y yang menentang. Masing-masing berhujah atas pandangan sendiri, tanpa mengambil kira pandangan golongan agama dan masyarakat umum. Perkara ini dapat diselesaikan secara aman damai sekiranya kedua-dua belah pihak dengan sebulat suara dan rendah hati rela duduk bersama-sama bermusyawarah (berbincang) supaya hal ini dapat diselesaikan dengan penuh berlapang dada. Bukan hanya menyerang antara satu sama lain sebaliknya mengamalkan perbincangan secara ilmiah dengan lebih terkawal.
 
Firman allah:
 
Firman Allah Taala dalam Surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud :

……kerana itu maafkanlah mereka dan mohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad (untuk melakukan sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepadaNya.
 
 
Contoh 2:
Map_Malvinas_Islands_2.JPG
(pulau malvina)
 
Peristiwa perebutan kedaulatan bagi 'Forkland Island' juga dikenali sebagai Pulau Malvina. Perebutan pulau ini membabitkan dua buah negara iaitu Argentina dan United Kingdom. Isu disebalik peristiwa ini adalah, apabila masyarakat di Kepulauan Falkland  menganggap diri mereka adalah British. Mereka mendapat kerakyatan British sepenuhnya melalui Kerakyatan British (Kepulauan Falkland) akta 1983, selepas Perang Falklands. Argentina berhujah bahawa penghuni pulau itu tidak mempunyai hak untuk menentukan pilihan sendiri,dan  berhujah bahawa mereka bukan penduduk asal di situ sebaliknya telah dibawa untuk menggantikan penduduk Argentina yang didakwa telah diusir  selepas penubuhan semula pemerintahan British pada tahun 1833. Bangsa-bangsa bersatu telah menggesa kedua-dua negara untuk memulakan dialog di atas tuntutan kedaulatan.( http://en.wikipedia.org/wiki/Falkland_Islands_sovereignty_dispute).
 
Secara kesimpulannya, dalam membuat kepentingan ketiga-tiga model sama ada sedar atau tidak kita telah amalkan dalam kehidupan seharian. Cuma kita kurang mengetahui secara terperinci dasar kepada model-model tersebut. Melalui kursus ini saya dapat mengetahui dengan lebih baik dan cuba sedaya upaya menggunakan dalam urusan harian.
 
Sekian,terima kasih.
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment