Friday, October 7, 2011

A 131258, Rozaini Nor Rostamizi, LJ 03, Semangat Terus Membara

JURNAL 03 ( SEMANGAT TERUS MEMBARA )

Pejam mata, celik mata, tidak sedar bahawa masa berlalu begitu pantas. Kini sudah empat minggu aku menuntut ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun ke dua ini. Seperti biasalah, setiap hari Isnin dan Selasa aku akan pergi ke kuliah Kemahiran Membuat Keputusan untuk subjek wajib Universiti ini. Kali ini aku melangkah dengan penuh keyakinan dan bersemangat untuk ke kelas walaupun ramai pelajar yang telah gugur daripada subjek ini. Alhamdulilah, aku masih diberi kekuatan oleh Allah untuk aku meneruskan perjuangan menuntut ilmu bagi subjek ini. Hal ini demikian kerana, pada minggu lepas aku terfikir samada mahu gugur kursus ini ataupun teruskan sahaja kerana ramai sahabat-sahabatku dari Fakulti Pengajian Islam telah gugur akan kursus ini. Aku bersyukur kerana aku dapat membuat keputusan untuk meneruskan subjek ini walaupun tiada sahabatku disisi.
            Aku melangkah masuk dewan kuliah yang penuh kedinginan. Pensyarah telah memulakan sesi perkuliahan dengan tajuk baru iaitu Heuristica dan Bias. Pasti anda semua tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Heuristica dan Bias tersebut. Apa yang aku masih ingat penjelasan daripada pensyarah, Bias adalah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan inilah yang menganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Heuristika dan Bias mempunyai hubungan dan saling berkait rapat dimana kadangkala Heuristika membawa kepada kesilapan dan bias yang bersistematik.
            Merujuk pada nota Kemahiran Membuat Keputusan aku, bias ini terbit dari dua peristiwa heuristica iaitu pertama Heuristca Representatif dan kedua adalah Heuristica Ketercapaian. Apakah perbezaan diantara Heuristica Representatif dan Heuristica Ketercapaian ini? Persoalan yang bermain di benak fikiranku mengenai kedua-dua heuristica ini. Kemudian, pensyarah pun menjelaskan mengenai perbezaan kedua-dua heuristica. Bias Ketercapaian  menggunakan maklumat yang sedia ada di dalam tangan kita, dimana maklumat tersebut masih segar dalam ingatan dan terkini. Manakala, bias representatif pula adalah menggunakan representatif yang salah dalam membuat keputusan.
            Aku tertarik dengan contoh video yang telah ditunjukkan oleh pensyarah semasa sesi perkuliahan mengenai contoh bias representative. Video yang mengisahkan antara seorang doktor dengan pegawai bank. Contoh tersebut jelas menunjukkan bahawa seorang pegawai bank tersebut telah membuat keputusan berdasarkan representatif yang salah dimana beliau terfikir bahawa semua doktor mempunyai banyak wang, hidup mewah dan sebagainya. Akan tetapi, ternyata semua yang digambarkan oleh pegawai bank tersebut adalah salah. Contoh lain yang aku ingin kaitkan dalam kehidupan seharian mengenai bias representative yang berlaku dalam diri sahabat aku adalah, apabila beliau telah dipengaruhi oleh seniornya. Perkara ini telah berlaku pada tahun lepas, dimana sahabat aku yang masih berada di tahun pertama sering bertanya pendapat para senior mengenai setiap pensyarah yang mengajar tiap-tiap subjek. Sahabat aku sanggup tukar set tutor yang lain kerana mendapat tahu pensyarah yang mengajar set tersebut banyak memberi kerja dan tekanan. Tetapi ternyata sangkaan sahabat aku itu salah seratus peratus kerana pensyarah yang mengajar di set tutor tersebut sangat peramah. Segala yang digambarkan oleh sahabat aku mengenai pensyarah tersebut membuktikan bahawa beliau menggunakan representatif yang salah ketika membuat keputusan.
            Seterusnya, pensyarah telah menerang kan pula mengenai Heuristica Ketercapaian kepada semua pelajar. Antara contoh  telah dikemukakan yang sempat aku dengar adalah mengenai, sesuatu peristiwa kemalanagan yang berlaku kepada seseorang. Impaknya, seseorang tersebut telah membuat keputusan untuk tidak memenadu kereta lagi untuk mengelakkan dirinya daripada ditimpa kemalangan sekali lagi. Aku teringat peristiwa yang pernah berlaku dalam diri aku pada lima tahun dahulu, dimana aku pernah terjatuh dalam keadaan yang sangat memalukan sewaktu aku bermain ice skeating di Sunway Pyramid bersama rakan-rakanku. Semenjak daripada peristiwa tersebut, aku berazam  dan mengambil keputusan tidak akan bermian ice skeating lagi. Bila difikirkan kembali, aku rasa nak tergelak terbaha-bahak apabila mengingatkan cara aku jatuh macam nangka busuk. Lawak sungguh dan amat memalukan!
            Jam menunjukkan hampir tamat sesi perkuliahan. Namun demikian, pensyarah sempat menerangkan kepada kami semua mengenai Groupthink. Antara beberapa isi penting berkaitan groupthink yang sempat aku catat adalah, pertama, groupthink adalah mengenai kecenderungan untuk sesuatu kumpulan berfikir secara seragam. Sebarang idea yang bertentangan dalam perbincangan, tidak akan dilayan bahkan diperlekehkan. Seterusnya adalah mengenai keputusan yang dibuat banyak dipengaruhi oleh individu-individu penting walaupun terdapat beberapa maklumat yang kurang tepat. Akhir sekali, orang-orang yang mengkritik idea tersebut, maka dia akan dipulaukan.
            Sebelum semua pelajar bersurai untuk ke kelas seterusnya, pensyarah telah memberikan soalan kuiz mengenai bab ke 2 yang telah dipelajari. Walaubagaimanapun, kami semua hanya sempat menjawab soalan sebanyak 10 soalan sahaja. Tidak sabarnya rasa hendak menanti hari Isnin minggu hadapan untuk menyemak jawapan bersama pensyarah. Hendak tahu sebab apa? Pensyarah mengatakan bahawa, pelajar-pelajar yang berjaya menjawab 10 soalan dengan betul, maka akan dapat kod 4 markah untuk pemarkahan dalam kehadiran dan penglibatan. Apa-apapun tunggu sahajalah jawapannya minggu hadapan.

No comments:

Post a Comment