Thursday, October 6, 2011

A133537 Afidatul Nafisha Binti Hamdan LJ03 Heuristika & Bias

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Alhamdulillah, ini merupakan junal saya yang ketiga dalam kursus Kemahiran membuat keputusan. Pada hari isnin yang lepas 3 Oktober, kelas bermula seperti biasa. Walaupun saya sedikit kurang fokus ketika sesi kuliah kerana kurang sihat, tetapi ada juga sedikit sebanyak input yang saya terima. Pada minggu ini Dr.Zamri masuk kedalam topik baru iaitu mengenai Heuristika dan Bias.
            Apa yang dimaksudkan dengan Heuristika? Berdasarkan apa yang saya faham, heuristika bermaksud seseorang itu membuat keputusan di dalam keadaan nya yang kekurangan maklumat. Berdasarkan nota kuliah yang telah diberikan oleh Dr.Zamri,  Heuristika terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti Heuristika Jalan-Jawapan, Heuristika Analogi, Heuristika Representif dan juga Heuristika Ketercapaian. Ketika kuliah, kami ada membincangkan serba sedikit mengenai heuristika  jalan-jawapan, dimana saya faham ianya sesuatu keputusan yang dilakukan berdasarkan matlamat yang kita ingin capai. Ianya seperti kita hanya perlu mencari cara-cara yang sesuai untuk mencapai target dan jalan penyelesaian yang telah kita fikirkan. Sebagai contoh yang telah ditunjukkan oleh Dr.Zamri iaitu video klip dimana seekor Cipanzee yang sedang berusaha untuk mengambil makanannya dibawah batu tetapi tidak mampu menarik batu tersebut. Dengan adanya bantuan seseorang disitu, dia berjaya mendapatkan makanan tersebut, dan ketika dia ingin melakukannya sekali lagi, dia sudah tahu cara-cara untuk mengambilnya iaitu dengan meminta bantuan seseorang. Hebat kan cipanzee tersebut? =) 
            Pada hari kedua kuliah pada minggu tersebut, Dr.zamri menyambung dengan tajuk berkaitan dengan Bias. Bias bererti sesuatu keputusan itu dilakukan secara tidak adil kerana ia cenderung untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi leh perspektif tertentu. Hal inilah yang menyebabkan seseorang itu menjadi objektif dan tidak prejudis. Kadangkala Bias terhasil daripada dua heuristika iaitu antara heuristika representatif ataupun heuristika ketercapaian.  Mungkin saya ada pengalaman didalam bias yang berkaitan dengan heuristika ketercapaian dimana kejadian itu berlaku kepada adik bongsu saya yang masih berumur 3 tahun. Ketika itu dia bermain didalam bilik air saya, dan tiba-tiba muncul seekor lipan yang sangat besar dan membuatkan dia terlalu taku. Sehingga sekarang die masih fobia untuk masuk kedalam bilik air saya, kerana beranggapan bahawa masih ada lipan didalamnya. Jadi, berdasarkan cnth yang saya berikan ini, bias bagi heuristika ketercapaian bermaksud sesuatu keputusan itu dibuat berdasarkan pengalaman atau peristiwa lepas yang berkait dengan ingatan jangka panjang.  Selain itu, bagi cntoh yang saya fahami bagi heuristika representatif didalam bias adalah apabila sesuatu kumpulan rugbi ingin mencari ahli-ahli baru, mereka mengadakan uji bakat, tetapi pemilihan adalah secara bias dimana peserta-peserta yang dipilih adalah berdasarkan saiz badan mereka yang besar dan tinggi sahaja. Manakala bagi yang berbadan kecil serta merta tawaran ditolak. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana sesuatu keputusan itu tidak seharusnya dibuat berdasarkan apa yang dilihat secara luaran dan sepatutnya mereka melakukan uji bakat secara adil dengan menguji kekuatan daya fizikal masing-masing tidak kira apa jua saiz badan mareka.
            Bias biasanya terjadi adalah dengan beberapa sebab antaranya apabila seseorang itu terlalu yakin dan percaya akan kebolehan dirinya dalam membuat keputusan. Hal ini digelar Bias terlalu yakin atau 'Overconfidence Bias'.  Selain itu, terdapat beberapa lagi jenis bias lain iaitu Bias 'tersangkut' (Achoring Bias), Bias 'pengesahan' (Confirmation Bias), Bias ketercapaian, Bias representatif dan juga peningkatan komitmen. Bagi maksud Bias 'tersangkut' adalah dimana seseorang tersebut hanya menggunakan maklumat yang awal atau yang diterima sebagai asas membuat keputusan.  Sebagai contoh pengalaman yang pernah saya alami bagi Bias 'tersangkut' ini dimana saya ingin mendaftar kursus kemahiran Membuat Keputusan ini. Saya mendapat maklumat dari rakan-rakan saya yang mengambil kursus KMK sebelum ini, dan mereka memberitahu bahawa kursus ini menarik dan mudah untuk skor. Jadi, saya mengambil keputusan untuk terus memilih kursus ini selepas mendapat maklumat awal dari mereka.
            Akhir sekali, Dr.Zamri ada sedikit sebanyak menghuraikan kepada kami mengenai 'groupthink' sebelum habis waktu kuliah. Apa yang saya fahami mengenai istilah 'groupthink' ini adalah kecenderungan sesuatu kumpulan ini berfikir dan bekerjasama dalam mencapai sesuatu keputusan yang seragam, dan sebarang idea yang bertentangan dari ahli kumpulan tersebut akan diperlekehkan dan diabaikan. Selalunya situasi ini terjadi di dalam mesyuarat ataupun perbincangan kumpulan yang membincangkan hal-hal yang penting dan memerlukan keputusan yang betul. Bagi saya, hal ini dikatakan 'groupthink' yang bias kerana tidak semestinya idea yang diberikan oleh seseorang itu bertentangan dengan idea yang lain adalah tidak tepat dan berguna. Seharusnya hal ini tidak selalu terjadi dan kita haruslah sentiasa berfikiran rasional dan hormat dengan pendapat orang lain. Sampai disini sahajalah jurnal saya bagi minggu ini. Mungkin pada minggu hadapan ada tajuk yang lebih menarik dalam kuliah Kemahiran Membuat Keputusan. =)
 

No comments:

Post a Comment