Thursday, October 20, 2011

A132343 Noor Adibah Binti Mohd Khair LJ05 'AKU'

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan ini. Alhamdulillah, bertemu kita lagi dalam pernulisan jurnalku yang terakhir iaitu jurnalku yang kelima dalam minggu keenam. Minggu ini Dr.Ahmad Zamri bin Mansor telah menerangkan kepada kami tajuk kelima dalam pembelajaran kursus kami iaitu personaliti dan emosi dalam membuat keputusan. Bagi aku ini adalah tajuk atau topik yang sangat menarik untuk dibincangkan. Ini kerana setiap orang mempunyai personaliti yang tersendiri dan sangat menarik rasanya untuk aku mengikuti perkuliahan pada minggu ini supaya aku lebih mengenali personalitiku dan rakan-rakanku berdasarkan yang diterangkan oleh Dr Zam.
 
            Amat sayang dan rugi sekali apabila aku tidak dapat menghadiri kuliah pada hari isnin atas masalah kesihatan yang dialami. Namun aku telah cuba untuk mendalami tajuk ini dengan bertanyakan kepada rakan-rakanku apa yang telah diajar oleh Dr Zam pada hari tersebut dan Alhamdulillah aku telah dapat memahami serba sedikit mengenai personaliti dalam membuat keputusan. Personaliti. Adakah anda tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh personaliti? Personaliti adalah ciri-ciri pada pemikiran, perasaan dan tingkahlaku yang membuatkan seseorang itu kelihatan unik. Ia sentiasa berada dalam diri seseorang dan konsisten sepanjang hidup. Personaliti berkaitan dengan aspek yang sangat penting, ia merupakan bahagian yang paling ketara dalam kehidupan psikologi seseorang individu. Ia juga berkaitan dengan ciri-ciri samaada seseorang itu gembira atau sedih, bersemangat atau tidak serta pintar atau bodoh. Menurut pendapat Mayer, 2005 " Personaliti dilahirkan menerusi pengaruhnya dalam badan, dalam minda sedar dan dalam tingkahlaku sosial seseorang  ".
 
            Pada perkuliahan hari Selasa, kelas bermula seperti biasa seawal jam 8.00 pagi. Pada pagi tersebut Dr Zam ingin kami membuat satu ujian personaliti dan telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan mengikut nombor terakhir dalam kad matrik kami. Tujuan pembahagian ini adalah supaya lebih mudah untuk kami memahami ujian personaliti tersebut dan dalam masa yang sama supaya kami lebih mengenali rakan-rakan sekuliah. Sebelum bemulanya ujian tersebut kami telah diperkenalkan kepada Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). MBTI bermula semenjak 1920an lagi. Selepas beberapa tahun menguji kesalahan dan kebolehpercayaan MBTI, pada tahun 1975 MBTI sedia untuk digunakan secara meluas. Jadi Dr. Zam telah mengarahkan kami untuk menjawab soalan-soalan tersebut untuk lebih mengenali personaliti kami. Kami semua telah dibuat penilaian berdasarkan empat perkara iaitu pertama, bagaimana seseorang itu berinteraksi, adakah samaada Extrovert(E) atau Introvert(I). Kedua, begaimana seseorang itu mendapatkan maklumat, samaada Sensing(S) atau iNtuitive(N). Ketiga, bagaimana seseorang itu membuat keputusan, samaada Feeling(F) atau Thinking(T) dan yang terakhir, gaya seseorang dalam membuat keputusan, samaada Perceptive(P) atau Judgmental(J).
 
Setelah selesai membuat ujian personaliti tersebut, kami telah dipecahkan pula kepada kumpulan mengikut kumpulan kod masing-masing. Hasil yang telah aku perolehi adalah INFP dan terdapat tiga lagi rakan sekuliahku yang memperoleh hasil yang sama sepertiku. Menurut MBTI, INFP adalah 'the idealists'. Dr. Zam telah menyuruh kami untuk mencari persamaan pesonaliti kami yang peling ketara dan kami diberi masa selama beberapa minit untuk berbincang. Setelah berbincang kami telah menemui beberapa persamaan personaliti antara kami berempat.
 
Antara persamaan yang paling ketara antara kami adalah, kami akan berfikir dahulu sebelum bertindak. Ini adalah satu personaliti yang baik namun kadang-kadang apabila kami terlampau banyak berfikir dan berfikiran terlalu rumit, perkara yang dirancang tidak menjadi. Seterusnya adalah, kami merupakan seseorang yang tidak dapat mengingati sesuatu secara terperinci. Sebagai contoh, apabila kami menyertai sesuatu majlis, beberapa hari selepas itu kami tidak lagi dapat mngingati atur cara majlis tersebut  tetapi hanya mendapat bayangan sahaja. Selain itu juga kami mudah untuk menerima pendapat orang lain tetapi yang paling penting mestilah untuk kebaikan semua orang. Ini kerana kami tidak suka untuk menimbulkan pergaduhan atau konflik antara semua kerana bagi kami ia merupakan satu racun dan perhubungan. Manakala persamaan kami yang terakhir adalah kami suka membuat kerja pada saat-saat akhir dan kami tidak suka dikongkong. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment