Wednesday, October 19, 2011

A134177 Syazana Zainuddin LJ5 Personaliti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapakan kepada semua yang membaca jurnal. Alhamdulillah, setelah empat minggu berhempas pulas mengarang jurnal, ini merupakan jurnal saya yang terakhir bagi kursus Kemahiran Membuat Keputusan. Topik yang kami belajar pada pengkuliahan minggu ini adalah Personaliti Dan Emosi.Tentu anda yang membaca jurnal teruja untuk mendalami topik ini kerana ia amat berkait rapat dengan diri kita. Begitu juga dengan saya. Apabila Dr. Ahmad Zamri memberitahu bahawa kami akan belajar topik ini kami sungguh 'excited' untuk mempelajari topik ini. Melalui pembelajaran mengenai topik ini, saya boleh mengetahui personaliti kita melalui ujian personaliti yang dibuat oleh pensyarah kami. Selepas melakukan ujian, barulah saya tahu personaliti saya sebenarnya.

    Topik ini sangat menarik bagi saya. Hal ini kerana, personaliti itu sangat penting bagi seseorang. COntohnya paling mudah yang boleh saya bagi adalah apabila kita memohon untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan atau menghadiri sesuatu temuduga. Perkara pertama yang akan dilihat oleh penemuduga adalah personaliti kita, cara
berpakaian, cara percakapan dan sebagainya. Hal ini penting sekiranya seseorang itu bekerja yang akan berhadapan dengan orang awam terutamanya perlulah mempunyai aspek-aspek berikut supaya orang akan selesa apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan kita. Personaliti boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:
1. Introvert (I) dan Extravert (E)
2. Sensing (S) dan Intuitive (I)
3. Feeling (F) dan Thingking (T)
4. Judging (J) dan Perceiving (P)

    Setelah saya menjalani ujian personaliti bersama rakan-rakan sekuliah, saya mendapati, saya mempunyai personaliti ISFJ iaitu, Introvert, Sensing, Feeling dan Judging. keistimewaan yang terdapat pada personaliti ISFJ adalah apabila saya membuat keputusan saya akan memikirkan perasaan semua orang. Apa-apa keputusan yang akan saya putuskan, saya ingin memuaskan hati semua orang. Selain itu, perakra yang saya suka lakukan sebelum tidur ialah saya akan merangcang jadual untuk keesokan harinya. Sekiranya ada rintangan datang yang boleh merosakkan apa-apa yang telah dirancangkan, saya akan mencari jalan untuk menyelesaikan mengikut jadual dan masalah yang timbul itu saya akan ketepikan dahulu. Saya juga seorang yang apabila memikirkan sesuatu untuk membuat keputusan tidak begitu teliti dan amat sukar untuk saya memikirkan sehingga ke tahap kritis selain saya suka membuat keputusan mengikut perasaan. Seperti yang semua ketahui membuat keputusan mengikut perasaan atau emosi akan berakhir dengan keburukan. Bak kata pepatah ada mengatakan, ikut hati mati ikut rasa binasa. Satu perkara lagi yang saya tidak suka adalah menangguhkan kerja. Walaupun saya menghantar jurnal pada hari ini bukan bermakna saya menangguhkan kerja tetapi mengarang dan menghantar jurnal sudan tertulis dalam rancangan iaitu pada setiap hari Khamis saya akan menyelesaikan tugasan Kemahiran Membuat Keputusan ini.

    Dalam topik ini apa yang menarik untuk saya kupas melalui jurnal ini adalah seseorang yang bersifat Intuitive. Tetapi malangnya saya tidak mempunyai personaliti itu. Seseorang yang bersifat Intuitive ini mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis serta apabila membuat keputusan akan memikir kesan dalam jangka masa panjang. Apa yang amat menarik perhatian saya adalah apabila seorng daripada rakan sekuliah saya apabila dia menerangkan kepada kami maksud tersurat melalui gambar cawan. Cawan itu dia menggambarkan sekumpulan sahabat baik. Apabila mempunyai masalah mereka akan berkumpul seperti air yang dituang dan berkumpul dalam satu cawan. Penerangan dia amat menarik perhatian saya kerana ia merupakan sesuatu jawapan yang perlu difikir secara kritis dan kreatif.

    Sampai disini sahaja jurnal yang dapat saya kupaskan melalui pengkuliahan lepas. Melalui personaliti yang saya sudah saya ketahui,bolehlah saya mempraktikkan dalam kehidupan sseharian terutama dalam situasi untuk membuat keputusan. Sesungguhnya dengan mengetahui personaliti diri, saya akan membaiki segala kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri saya. Sekian, wassalam.
   
   
   

No comments:

Post a Comment