Friday, October 21, 2011

A134479 Nur Nadeeya Binti Muhamad Khair LJ05 Personaliti dan Emosi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.  Sekarang kita sudahpun berada pada minggu keenam pembelajaran. Saya dan rakan-rakan yang lain telahpun menjalani enam minggu pembelajaran di dalam kursus Kemahiran Membuat Keputusan. Ini merupakan jurnal saya untuk kali kelima iaitu jurnal yang terakhir. Pejam celik pejam celik, sudah sampaipun kita di penulisan jurnal yang terakhir. Pada minggu ini, tajuk jurnal saya ialah "Personaliti dan Emosi"

Menurut Mayer, corak proses psikologikal seseorang individu timbul dari motif, perasaan, pemikiran dan dari fungsi psikologikal major yang lain. Personality dinyatakan melalui pengaruh pada badan, dalam kehidupan mental yang sedar dan melalui tingkah laku sosial individu. 

Empat perspektif dalam dalam personaliti :

1.       Psikoanalitik - motivasi dalam keadaan tidak sedar

2.       Sifat - dimensi khusus personality

3.       Kemanusian -keupayaan dalaman bagi pertumbuhan

4.       Sosial-kognitif – pengaruh persekitaran

Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)

1.       Jenis interaksi social ialah Extrovert atau Introvert

2.       Keutamaan dalam pengumpulan data  ialah Sensing atau Intuitive

3.       Keutamaan dalam membuat keputusan ialah Feeling atau Thinking

4.       Gaya membuat keputusan ialah Perceptive atau Jugmental

 

Pada perkuliahan tempoh hari, pensyarah telah meminta pelajar membuat penilaian personaliti berdasarkan teori MBTI. Selepas membuat penilaian personality tersebut, saya  mendapat kod ISFP dimana dikelaskan sebagai "The Artist".

Menurut teori MBTI, jenis interaksi social saya ialah introvert. Seseorang yang digelar introvert ialah seseorang yang pemalu, pendiam, suka menyendiri, mengelak dari berjumpa dengan orang ramai, beri peluang kepada orang lain dalam percakapan dan perbahasan serta berhujah. Individu  introvert ini suka menyatakan idea dalam bentuk tulisan dan tidak mengambil berat apa yang berlaku diluar. Sifat individu  introvert ialah suka mengambil inisiatif apabila sesuatu isu atau situasi penting kepada diri sendiri.          

 

Personaliti Sensing menggunakan secara praktikal sumber maklumat yang kukuh, jelas dan nyata, mental memikirkan keadaan semasa dan baik dalam memperkatakan pengalaman lepas. Individu  yang mempunyai personaliti sensing suka kepada fakta dan konkrit. Contohnya individu akan mendengar maklumat yang jelas dan sesuatu maklumat itu mempunyai bukti yang kukuh.Ia juga suka memfokuskan kepada apa yang sebenarnya dan betul, memerhati dan mengingat secara lebih spesifik. Individu jenis ini amat berhati-hati dan teliti apabila membuat sesuatu kesimpulan dan suka memahami idea atau pendekatan teori melalui aplikasi praktikal dan percaya kepada pengalaman. Keutamaan saya dalam pengumpulan data berdasarkan teori MBTI ini ialah sensing dan saya akui banyak personality yang dinyatakan berkait dengan personality saya.

 

Keutamaan saya dalam membuat keputusan lebih menjurus pada aspek feeling. Aspek feeling mengutamakan pertimbangan antara kehendak dan tindakan manusia, bersetuju kepada cadagan yang popular, pencarian menggunakan perasaan manusia dalam membuat keputusan dan tidak bersetuju dalam perselisihan faham serta mengambil tindakan diluar dugaan. Individu  yang mempunyai personaliti emosi ia dapat menyelami perasaan orang lain dan ia dipandu oleh nilai-nilai peribadi. Ciri-ciri lain individu yang beremosi ini ia menilai kesan keputusan ke atas orang lain, berazam dalam keharmonian dan interaksi yang positif, belas kasihan, berhati lembut dan mempunyai sikap keadilan yang tinggi.

Gaya membuat keputusan saya lebih menjurus ke aspek perceiving dimana  perceiving (pengamatan) lebih selesa bergerak dalam membuat tindakan terus tanpa rancangan, toleransi dengan tekanan perasaan dalam bekerja. Kanak-kanak ini lebih menggemari kepelbagaian dan kebebasan dalam matlamat kehidupan. Menurut Mohd Salleh Lebar (1995), pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan, ransangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap ransangan-ransangan yang bersifat peribadi. Pengamatan juga pola-pola bermakna. Sebenarnya tidak berlaku secara automatik, tetapi mengambil masa yang lama iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur. Proses pengamatan dibahagikan kepada dua tahap iaitu pengamatan asas dan pengamatan sekunder. Pengamatan asas merujuk tindakan ingatan kederiaan memegang seketika maklumat yang diterima daripada alam sekitar. Individu cerdas mempunyai tahap pengamatan yang tinggi iaitu ia boleh mendapatkan maklumat secara terus berkaitan alam sekitar. Maklumat yang datang dari organ-organ deria perlulah terlebih dahulu diorganisasikan dan diinterpretasikan sebelum dapat difahami. Tidak semua maklumat yang masuk ke dalam organ panca indera pada suatu masa dirasakan secara sedar (Malcom Hardy dan Steve Heyes, 1985). Secara kesimpulannya, pengamatan berkait rapat dengan interpretasi dan sensasi. Ia juga dikatakan berlaku dalam minda apabila kita memahami apa yang berlaku. Sebenarnya pengamatan setiap individu adalah berbeza. Ini adalah kerana pengamatan adalah proses pencerapan ransangan melalui lima pancaindera.

Kesimpulannya, personaliti yang diperolehi oleh ISFP ialah cenderung menjadi senyap dan terpelihara dan sukar untuk dikenali. Mereka menyimpan idea dan pendapat kecuali pada kenalan rapat. Mereka seorang yang baik, lembut dan sensitif apabila berurusan dengan orang lain. Mereka cenderung memikirkan kebahagian orang lain dan meletakkan usaha untuk setiap tugasan. Berakhirlah penulisan jurnal untuk kursus ini. Terima kasih

No comments:

Post a Comment