Sunday, October 23, 2011

A132363 Halimatus Sa'diah Binti Yusoff LJ05 Personaliti: Aku, Kamu...Serupa@Berbeza??

­­­­­­­­­­­­­­A132363 Halimatus Sa'diah Binti Yusoff LJ05 Personaliti: Aku, Kamu…Serupa @ Berbeza???


Slide-1

Stock Photo - nine personality  types on blackboard.  fotosearch - search  stock photos,  pictures, wall  murals, images,  and photo clipart

PHOTO

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Sihat? Alhamdulillah sedar tak sedar dah sampai dah pada jurnal saya yang terakhir. Sedih atau gembira usah ditanya la ye..apa-apa pun sekarang ini, saya ingin kongsikan kepada anda semua topik yang paling 'best' yang kami belajar pada minggu ini iaitu berkaitan personaliti dan emosi. Terdapat persoalan samada setiap daripada kita ini serupa atau berbeza. Sebenarnya kita semua mempunyai keunikan yang tersendiri, sebahagian daripada kita mempunyai persamaan, perbezaan dan terdapat juga sebahagian daripada kita yang mempunyai personaliti yang hampir sama. Haaa..nak tahu tak apa personaliti anda, kalau nak tahu kena baca dan faham dulu berkaitan teori dan konsepnya. Sebelum saya bongkarkan personaliti saya, jom saya bawa anda memahami terlebih dahulu berkaitan personaliti dan emosi.

            Personaliti ini ialah ciri-ciri pada pemikiran, perasaan dan tingkahlaku yang membuatkan seseorang itu unik dan personaliti ini terdapat dalam diri seseorang dan sentiasa konsisten sepanjang hayat. Menurut Mayer, personaliti dilahirkan menerusi pengaruhnya dalam badan, minda yang sedar dan tingkahlaku sosial seseorang. Tahukah anda, terdapat 16 jenis personality dan setiap satunya dengan empat huruf pertama kecuali iNtuition yang menggunakan huruf kedua iaitu N untuk membezakan dengan Introversion yang menggunaan huruf pertama. Personaliti-personaliti terbentuk daripada beberapa indikator. Mari saya tunjukkan kepada anda tentang indikator-indikator ini.

Bagaimana seseorang itu berinteraksi

ü  Extravert (E)

ü  Introvert (I)

Bagaimana seseorang itu mendapatkan maklumat

§  Sensing (S)

§  Intuitive (I)

Bagaimana seseorang itu membuat keputusan

o    Feeling (F)

o    Thinking (T)

Gaya seseorang dalam memberi keputusan

Ø  Perceptive (P)

Ø  Judgement (J)

     

Setiap daripada kata kekunci ini mempunyai makna yang tersendiri. Saya akan ceritakan secara ringkas berkaitan makna-makna bagi katakunci ini.

Bagaimana Anda Berinteraksi?

Extravert (E)

          Suka berada di hadapan ketika berperanan

          Sanggup ubah rancangan untuk penuhi tuntutan

 

Introvert (I)

          Suka bekerja di belakang tabir

          Agihkan tugas secara berhati-hati

          Sukar untuk ubah perancangan untuk tuntutan luar

 

 

Bagaimana Anda Mendapatkan Maklumat?

Sensing (S)

  • Utamakan matlamat yang boleh dilihat
  • sukakan arahan yang terperinci
  • Kaitkan tindakan sekarang  dengan matlamat jangkamasa pendek

 

iNtuitive (N)

  • Utamakan matlamat yang bersifat konseptual
  • Sukakan arahan yang longgar
  • Kaitkan tindakan sekarang dengan tanggapan masa hadapan (Jangkamasa panjang)

 

 

Bagaimana Anda Membuat Keputusan?

Thinking (T)

v  Utamakan keberkesanan

v  Beri perhatian kepada proses membuat keputusan

v  Tegas dalam memastikan kerja mengikut perancangan

 

Feeling (F)

v  Utamakan kerjasama

v  menyokong pembuat keputusan

v  memberi dorongan untuk memastikan kerja ikut perancangan

 

 

Gaya Anda Membuat Keputusan

Judging (J)

Ø  Merancang kerangka masa

Ø  Buat pemantauan dan mengikut  kerangka yang dirancang

Ø  Tidak sukakan gangguam kerana mengganggu perancangan

 

Perceiving (P)

Ø  Kerangka kerja bersifat umum

Ø  Rancangan asal boleh diubah mengikut keadaan semasa

Ø  Beri perhatian kepada gangguan kerana mungkin boleh bantu meningkatkan pencapaian 

 

 

Setelah melihat kepada semua kriteria dan penerangan diatas ini, anda perlu menilai diri anda dan melihat kecenderungan anda di bahagian yang mana. Selepas itu anda perlu memlih salah satu dari setiap dikotomi ini dan ia akan menghasilkan empat huruf yang mewakili empat dikotomi. Melalui susunan dikotomi ini akan menghasilkan beberapa kelompok atau jenis personaliti. Untuk pengetahuan anda semua, personaliti mempunyai 16 jenis dan setiap daripadanya mempunyai keunikan yang tersendiri dan hasilnya dapat dilihat seperti di bawah:

 

ISTJ

The Duty Fulfillers

ISFJ

The Nurtures

INFJ

The Protectors

INTJ

The Scientist

ISTP

The Mechanics

ISFP

The Artists

INFP

The Idealists

INTP

The Thinkers

ESTP

The Doers

ESFP

The Performers

ENFP

The Inspires

ENTP

The Visionaries

ESTJ

The Guardians

ESFJ

The Caregivers

ENFJ

The Givers

ENTJ

The Exucutives

 

 

 

 



Memang menyeronokan apabila kita dapat mengetahui jenis personaliti kita, seperti juga dan kawan-kawan semasa dalam kuliyah tempoh hari. Dr. Zamri telah menerangkan secara lebih terperinci berkaitan personaliti masing-masing. Apa yang lebih menyeronokan apabila saya bersama kawan-kawan telah diasingkan mengikut jenis atau kelompok personaliti masing-masing. Kami diminta untuk membincangkan persamaan yang terdapat dalam diri setiap ahli kumpulan. Ia amat menyeronokan kerana kami dapat berkongsi dan membongkar rahsia kami yang jelas telah menunjukkan persamaan di antara kami. Setelah itu kami bentangkan segala persamaan yang sempat kami kongsi bersama di dalam dewan kuliyah, kesemua ini amat mengkagumkan dan menunjukkan betapa hebatnya Tuhan yang Maha Mencipta. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengetahui personaliti anda, jangan lupa untuk mencuba..maaf atas segala kekurangan. Sekian terima kasih..=)  

No comments:

Post a Comment