Sunday, October 23, 2011

Siti Salwa Borhan,A132173,LJ05 personaliti manusia......

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang mengunjungi ruangan Jurnal KMK ini.  Alhamdulillah,kita diberi keizinan dari Allah s.w.t. untuk bertemu lagi dalam ruangan ini.Apa khabar semua? Bagaimana pembelajaran sahabat-sahabat sehingga hari ini? Harap-harap pembelajaran anda semua bertambah baik dan dapat memberi semangat untuk terus belajar hingga akhir semester ini. Adakah dalam kalangan sahabat-sahabat yang menghadapi stress kerana banyak assignmen yang perlu dibuat di samping tugasan lain yang perlu dihadapi kerana memegang jawatan sama ada di fakulti, kolej mahupun persatuan  di kampus? Ia adalah perkara biasa yang sering berlaku dalam diri seorang insan yang bergelar pelajar. Namun,menurut  Datuk Dr. Ismail Alias, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia mengatakan seseorang yang menghadapi stress perlu belajar menguruskannya dengan baik kerana stress merupakan masalah awal sebelum ia menjadi kronik kerana kecelaruan fikiran  iaitu penyakit mental dan pelajar  berpotensi mengalamiya. Oleh itu, sahabat-sahabat  sekiranya menghadapi stress cepat-cepat mengatasinya dengan melakukan aktiviti riadah,mendengar muzik atau dengan tidur juga boleh menghilangkan stress. Aku harap sahabat-sahabat tidak stress sekarang kerana aku ingin berkongsi ilmu yang telah aku pelajari pada minggu ini.
            Pada minggu ini aku belajar mengenai topik personaliti. Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Personaliti ialah ciri-ciri pada pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang membuatkan seseorang itu unik. Personaliti berada dalam diri seseorang konsisten sepanjang hidup. Ia amat berkait dengan aspek yang paling penting dan paling ketara dalam psikologi sesuatu individu. Selain itu ia juga berkaitan dengan ciri-ciri sama ada  seseorang itu bergembira atau sedih, bertenaga atau lemah,pintar atau bodoh. Personaliti dilahirkan menerusi pengaruhnya dalam badan, dalam minda sedar dan dalam tingkah laku sosial seseorang. Dalam personaliti terdapat empat perspektif psikologi iaitu psikoanalitik iaitu motif tanpa sedar, tret iaitu dimensi personaliti yang spesifik, humanistik iaitu motivasi dalaman untuk membangun diri  dan akhir sekali sosial-kognitif iaitu pengaruh sosial dan sekeliling.
            Menurut Carl Jung, seorang ahloi psikologi dari Swiss Conton yang juga merupakan penulis dan pencipta Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) kita boleh mengklasifikasikan personaliti seseorang. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat MBTI wujud sejak tahun 1920 an lagi. Beliau berpendapat tingkah laku manusia bukanlah wujud secara rawak,sebaliknya boleh diramal dan diklasifikasikan. Pada masa yang sama Khaterine Briggs juga cuba membangun kaedah untuk mengklasifikasikan personatili manusia. Beliau mencari cara untuk menjadikan kaedah beliau itu sebagai sesuatu yang boleh dijadikan  pengukur personaliti manusia. Oleh itu, beliau menjadi pelajar yang tekun di bawah seliaan Jung. Pada tahun 1942, Isabel iaitu anak kepada Khaterine  membangunkan soal selidik untuk mengukur perbezaan personaliti yang kini dikenali sebagai  Myers-Briggs Type Indicator dan pada tahun 1975 ia digunakan secara meluas.
Untuk mengukur personaliti seseorang adalah melalui soalan  iaitu bagaimana kita berinteraksi,bagaimana kita mendapat maklumat,bagaimana membuat keputusan dan gaya dalam membuat keputusan. Setiap jawapan  akan dinilai berdasarkan pengukuran masing-masing. Bagaimana berinteraksi akan menilai seseorang itu sama ada seorang itu adalah ekstrovert ataupun introvert. Ekstrovert bermaksud orang tersebut suka berada di depan dalam memainkan peranan manakala introvert iaitu orang yang suka kerja di belakang tabir. Untuk soalan bagaimana mendapat keputusan dinilai berdasarkan  seseorang itu menggunakan sensing atau intuitive. Sensing bermaksud orang yang utamakan matlamat yang boleh dilihat, sukakan maklumat terperinci  dan mengaitkan  tindakan sekarang  dengan matlamat jangka pendek. Sensing ini boleh dikatakan orang yang menggunakan kelima-lima deria yang ada dalam dirinya. Intuitive pula ialah orang yang mengutamakan matlamat yang bersifat konseptual ,sukakan arahan yang longgar dan mengaitkan tindakan sekarang dengan kemungkinan di masa akan datang. intuitive ini dikatakan menggunakan deria keenam.
            Selain itu untuk soalan bagaimana membuat keputusan juga dinilai berdasarkan dua perkara iaitu thinking yang bermaksud orang yang utamakan keberkesanan, beri perhatian kepada proses membuat keputusan dan tegas dalam memastikan kerja ikut perancangan. Perkara kedua ialah feeling iaitu utamakan kerjasama, menyokong pembuat keputusan dan memberi dorongan dalam kerja ikut perancangan. Manakala gaya membuat keputusan dapat menilai seseorang sama ada dia seorang judging atau perceiving.  Judging bermaksud  orang yang rancang kerangka masa, membuat pemantauan dan ikut apa yang dirancang. Dia tidak suka gangguan kerana akan mengganggu pencapaian atau hanya fokus kepada satu kerja sahaja. Perceiving pula ialah orang yang mempunyai kerangka kerja bersifat umum,rancangan asal mungkin diubah atau diadaptasi dengan keadaan semasa dan memberi perhatian kepada gangguan kerana mungkin boleh bantu tingkatkan pencapaian atau boleh membuat banyak kerja dalam satu masa. Kesemua soalan di atas akan membaetuk 16 jenis personaliti dan anda dapat mengetahui tentang diri sama ada seorang artis, idealis, inspirasi dan lain-lain. Sahabat-sahabat boleh melayari http://www.teachersrock.net/taksiran_diri.htm.
            Sampai di sini sahaja pertemuan kita pada kali ini.  Minggu ini merupakan minggu terakhir aku menulis jurnal KMK. Jutaan terima kasih diucapkan kepada  Dr. Ahmad Zamri Mansor kerana telah mengajar kami subjek KMK ini. Banyak ilmu yang kami peroleh dan telah menambah pengetahuan dan kemahiran kami dalam membuat keputusan. Barakallau Fik.Aku juga ingin memohon seribu kemaafan dari sahabat-sahabat atas segala salah dan silap yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja sepanjang penulisan jurnal saya dalam ruangan ini.  Aku mendoakan agar sahabat semua berjaya dalam pelajaran dan dipermudahkan dalam segala urusan. Mulakan hari anda dengan kalimah zikrullah agar kita memperolah inayah dari Allah s.w.t. Semoga kita bertemu lagi...wassalam....
I
 
            

No comments:

Post a Comment