Sunday, October 23, 2011

A132932 MUHAMMAD ZULKIFLIE BIN MOHD NAWI LJ05 PERSONALITI DAN EMOSI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam penulisan journal yang kelima ini,dan ini merupakan journal yang terakhir.Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Dr Ahmad Zamri kerana telah banyak member tunjuk ajar dalam menjayakan saya dalam kursus ini,tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang sentiasa membaca journal saya ini,terima kasih saya ucapkan.
Dalam tidak sedar sudah minggu keenam kuliah ini berjalan,dan tajuk yang saya pelajari oleh Dr Ahmad Zamri pada minggu ini ialah personaliti dan emosi. Terlebih dahulu saya ingin utarakan maksud  Personaliti ,personality ialah corak dalam pemikiran , perasaan dan perlakuan yang membentuk diri individu tersebut. personaliti yang ditekankan yang paling penting, bahagian-bahagian yang paling ketara adalah kehidupan psikologi individu. personaliti yang ditekankan ialah  sama ada seseorang itu gembira atau sedih, bertenaga atau acuh tak acuh, pintar atau membosankan. Personaliti juga berkait rapat dengan tindak tanduk seseorang yang ingin menzahirkan cirri-ciri kawalan emosi dan pemikiran. Kadang-kadang personaliti memainkan peranan penting dari sudut luaran kerana dari sudut itu manampakkan  perwatakan diri.Untuk menilai personality,kita perlu mengambil kira dar apek luaran dan dalaman,baru kita dapat menilai seseorang dengan sempurna,setiap sudut kita perlu mengatahui,barulah keputusan yang rasional dapt dibuat apabila berada dalam keadaan menilai personality seseorang
Setiap manusia mempunyai personality,akan tetapi personality seseorang berbeza dengan orang lain,tidak semua personality manusia berbeza. sebagai manusia kita perlu mengetahui apakah personaliti kita. Personaliti telah hadir dalam hidup kita semenjak kita kecil lagi,hal ini tidak boleh dinafikan .Jadi saya rasa tajuk kali ini sangat menarik hati saya untuk mempelajarinya, kerana saya suka mengaitkan sesuatu kejadian atau apa-apa  sahaja dalam personality diri masing-masing. Contohnya daripada warna kesukaan kita juga boleh tahu apa personaliti seseoarang dan daripada makna tarikh lahir kelahiran juga kita boleh tahu makna personality seseorang. Jadi kesimpulannya, jangan lari dari mempunyai personality itu, kerana itulah diri kita. Dan jika personaliti itu tidak baik tentang diri kita, tak salah jika kita ingin memperbaikinya. Dan perkara itu jadi salah jika kita berpura menjadi personaliti diri orang lain, kerana itu akan menjadi tidak selesa dalam urusan seharian dan orang sekeliling juga tidak menyukainya.
 
. Pada kuliah hari selasa hari itu, saya telah menjawab 4 soalan yang perlu dijawab bagi jawapan menentukan personality masing-masing mengikut MBTI (Myers-Briggs Type Indicator) yang telah diperkenalkan pada tahun 1920-an. Soalan pertama berkaitan dengan cara social kita, iaitu interaction atau interaksi. Soalan ini terbahagi antara dua iaitu extrovert(E) dan introvert(I). Extrovert bererti orang yang suka bergaul atau mudah mesra. Maka orang yang extrovert lebih gemar berkawan dan boleh berkerja dalam kumpulan dengan mesranya kerana orang jenis ini bersifat terbuka, dan jika mereka duduk berseorangan mereka akan merasa tertekan atau tidak selesa. Orang yang introvert pula lebih gemar bekerja dibelakang tabir, kerana tidak suka bergaul. Buat kerja sendiri. Dan orang yang introvert ini enggan untuk merubah keputusan untuk memenuhi permintaan atau hasutan orang luar dan berpendirian.
 
Soalan kedua pula ialah berkaitan dengan keutamaan dalam mengurus data. Jawapan kepada persoalan terbahagi antara dua iaitu Sensing(S) dan Intuitive(N). Sensing ialah seseorang yang sangat memberi tumpuan kepada mencapai sasaran yang nyata. Dan orang yang sensing ini, mengikut arahan yang tepat dan berasa terdorong melakukan tindakan sesuatu untuk faedah serta-merta. Dan orang yang intuitive ini ialah mebri tumpuan kepada mencapai sasaran yang nyata sahaja dan hanya mengikut garis panduan sahaja.
 
Soalan ketiga pula ialah tentang keutamaan untuk membuat keputusan. Jawapan perlu pilih antara dua iaitu Feeling(F) dan juga Thinking(T). Jika memilih jawapan F anda merupakan seseorang yang sangat mengutamakan kebaikan bersama dan mengelakkan konflik. Bagi mereka yang memilih Feeling mereka menganggap konflik ialah sangat berbahaya. Manakala bagi yang memilih Thinking, seseorang itu membuat keputusan dengan mengikut fakta kerana boleh mengurangkan risiko jika berlaku apa-apa.mebuat keputusan juga tidak mengikut perasaan dan mengambil fakta sebagai backup.
 
Soalan keempat pula ialah berkaitan dengan decision making, atau bagaimana kita membuat keputusan. Jawapan terbahagi antara dua iaitu Perceptive (P) dan Judgemental(J). Bagi orang yang memilih perceptive mereka ialah golongan yang suka membuat kerja secara last minit. Dan membuat kerja secara tidak teratur, dan tidak sukakan arahan. Manakala judgemental ialah orang yang lebih kepada kearah kehidupan secara teratur, dan membuat kerja dengan satu persatu. Dan mengikut masa.
Sekian saja penulisan saya untuk yang terakhir ini..
Jumpa di kelas nanti.
Assalamualaikum……
 
 

No comments:

Post a Comment