Sunday, October 23, 2011

A132982 MOHD KHAIRUL BIN ROSLI Jurnalku Yang Terakhir!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr Zam dan rakan-rakan sekalian.Jurnal ini merupakan jurnal aku yang terakhir tentang sesi pembelajaran dalam kelas kemahiran membuat keputusan. Kali ini aku didedahkan dengan personaliti  dan emosi.Dari ilmu ini ,aku mempelajari di mana diri kita boleh dikategorikan mengikut huruf-huruf tertentu .Personaliti adalah  definisi ringkas mengenai peribadi yang memepunyai  ciri-ciri pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang membuatkan seseorang itu menjadi unik.  Personaliti mempunyai empat perspektif iaitu dari segi psikoanalitik, sifat , humanistik dan kognitif sosial.
Psikoanalitik merupakan  bentuk motivasi diri yang berlaku dalam keadaan tidak sedar. Sifat pula dinyatakan sebagai definisi khusus keperibadian, humanistik pula adalah kapasiti dalaman kepada pertumbuhan dan manakala kognitif sosial pula adalah pengaruh terhadap persekitaran. Seterusnya aku didedahkan pula dengan teori  MBTI atau Myers-briggs type indicator yang diasaskan oleh Carl Jung.jung  melahirkan  kepercayaan  bahawa manusia  dilahirkan  dengan  kecenderungan  untuk pilihan  personaliti  tertentu, sama  seperti  mereka  yang  dilahirkan   dengan  kecenderungan kepada  tangan kanan atau kiri. Briggs telah mencipta 16 jenis karakter berdasarkn huruf untuk mengenal pasti tingkahlaku manusia. Ia terdapat empat huruf utama kecuali iNtuisi yang menggunakan N untuk menggantikan introrvert yang menggunakan vokal 'I' .Contoh kombinasi huruf ini adalah misalnya ESTJ yang merujuk kepada extrovert,sensing,thinking dan juga judging.
Briggs telah membahagikannya kepada empat petunjuk iaitu jenis interaksi sosial yang mempengaruhi introvert atau extrovert. Cara untuk mengaplikasikan maklumat pula dipengaruhi oleh sensing dan intuitif, cara membuat keputusan pula diklasifikasikan kepada  feeling dan juga thinking. Dan yang terakhir pula adalah jenis keputusan yang dilakukan sama ada bersifat perspectif atau judgmental. Aku menjalankan uijian ini untuk mengenali diri dan personaliti diriku berdasarkan huruf-huruf tersebut dan ternyata aku merupakan seseorang yang berpersonaliti ENTP atau ekstrovert,intuisi ,thinking(berfikir) dan juga percieving
Ini bererti dalam hidupku,jenis interaksi sosial yang berlaku dalam hidupku adalah bersifat ekstrovert di mana aku merupakan seseorang yang memerlukan orang lain dalam hidupku. Misalnya aku memerlukan rakan-rakan sebagai pendorong dan semangat dalam melakukan apa-apa pekerjaan selain daripada ibubapa dan adik beradik. Dari segi  mengaplikasikan maklumat pula aku termasuk dalam kalangan individu yang bersifat intuitif atau berfikiran melebihi deria atau di panggil sixth sense. Dalam hal ini, aku mempunyai pemikiran masa panjang yang merujuk kepada masa depanku. Aku suka berfikir sesuatu perkara yang baru dan biasanya menganggap sesuatu perkara atau benda yang dilihat sebagai sesuatu yang bermakna. Misalnya jika aku melihat sebuah pokok,aku akan melihatnya bukan sebagai pokok sahaja,tetapi aku juga melihat kegunaan dan kelebihan yang ada pada sesuatu pokok itu.
Dari segi membuat keputusan pula aku biasanya merupakan seseorang yang suka berfikir sebelum membuat keputusan. Aku akan mencari logiknya dahulu bagi setiap keputusan yang aku lakukan agar keputusan tersebut adalah yang terbaik. Aku akan mengakaji lebih kepada fakta dan analisis kritikal. Aku akan menerima konflik sebagai natural. Dan seterusnya dari segi jenis keputusan yang dilakukan aku lebih bersifat percieving di mana aku lebih kepada bersifat fleksible. Aku tidak membahagikan masaku untuk melakukan sesuatu kerja kerana bagiku itu hanyalah akan membebankan diriku.
Sampai di sini dahulu penulisan jurnalku yang terakhir.Semoga salah dan silap dalam jurnalku selama ini dapat dimaafi.Aku hanyalah manusia biasa yang akan melakukan kesilapan.Sekian terima kasih.
 

No comments:

Post a Comment