Sunday, October 23, 2011

A134124 MUHAMAD REZWAN JURNAL 5


Asalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan. Dalam tidak sedar, ini merupakan jurnal terakhir yang akan saya tulis untuk kelas Kemahiran Membuat Keputusan ini. Minggu ini merupakan minngu keenam pengkuliahan dan ini merupakan jurnal kelima dan terakhir yang akan saya tulis. Kelas pada minggu kelima ini membincangkan mengenai personaliti dan emosi. Personaliti dan emosi ini adalah jawapan kepada kewujudan persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam diri setiap individu.
Personaliti secara ringkasnya merujuk kepada bentuk karakter daripada pendapat, perasaan dan kelakuan yang membuatkan seseorang itu unik, berbeza daripada orang lain. Personaliti juga dilihat memainkan peranan penting dari sudut luaran kerana dari sudut inilah suatu perwatakkan dapat dilihat pada diri seseorang itu. Personaliti juga boleh dirujuk berdasarkan kecenderungan seseorang kepada sesuatu. Sebagai contoh warna merah jambu sering dikaitkan dengan perwatakan yang lembut.  Sekitar tahun 1942, Isabel iaitu anak kepada Khaterine  membangunkan soal selidik untuk mengukur perbezaan personaliti yang kini dikenali sebagai  Myers-Briggs Type Indicator dan pada tahun 1975 ia digunakan secara meluas.
Pada hari Selasa kami telah diberikan dengan empat set soalan yang membimbing kami dalam mencari personality diri. Soalan yang pertama ialah bagaiamana kami berinteraksi. Terdapat dua bahagian jawapan yang memiliki cirri-ciri yang berbeza. Pertamanya ialah Extravert (E). ciri-cirinya ialah Suka berada di hadapan ketika berperanan dan Sanggup ubah rancangan untuk penuhi tuntutan. Jawapan kedua ialah Introvert (I). cirinya-cirinya ialah Suka bekerja di belakang tabir, Agihkan tugas secara berhati-hati,  Sukar untuk ubah perancangan untuk tuntutan luar. Aku telah memilih Introvert (I). sebagai jawapan.
Soalan yang ketiga pula ialah bagaimana anda mendapat maklumat? Pilihan jawapanya ialah Sensing (S) dan iNtuitive (N). Bagi Sensing. Ciri-cirinya ialah Utamakan matlamat yang boleh dilihat, sukakan arahan yang terperinci, Kaitkan tindakan sekarang  dengan matlamat jangkamasa pendek. iNtuitive pula Utamakan matlamat yang bersifat konseptual, ukakan arahan yang longgar, Kaitkan tindakan sekarang dengan tanggapan masa hadapan untuk Jangkamasa panjang. Aku memilih iNtuitive kerana ia memang sama pedan dengan diriku.
 
Soalan seterusnya pula ialah bagaimana anda membuat keputusan. Ia terbahagi kepada dua iaitu Thinking(T) dan feeling(F). Ciri-ciri Thinking ialah mereka yang mengutamakan keberkesanan, buat perhatian kepada proses membuat keputusan, dan tegas dalam memastikan kerja mengikut perancanagan. Ciri feeling pula ialah mengutamakan kerjasama,menyokong dalam pembuat keputusan dan member dorongan untuk memastikan kerja ikut perancangan. Saya memilih feeling(F) kerana saya sangat mengutamakan kerjasama kerana saya tidak gemar bekerja secara individu.
Soalan yang terakhir ialahj, gaya anda membuat keputusan. Yang pertama ialah judging(J). Ciri-ciri judging ialah merancang masa, bauat pemantauan dan mengikut kerangka yang dirancang, tidak suakakan gangguan kerana menganggu perancangan. Yang kedua ialah perceiving(P). ciri-cirinya ialah kerangka kerja bersifat umum, rancangan asal boleh diubah mengikut keadaan semasa dan beri perhatian kepada gangguan kerana mungkin boleh meningkatkan pencapaian. Dan jawapan saya ialah perceiving(P)
 Jawapan keseluruhan saya ialah (INFP). Jawapan ini dilebal sebagai the idealist. Selepas itu kami diletakkan mengikut kumpulan-kumpulan berdasarkan kriteria jawapan kami. Saya dan beberapa orang yang lain telah dudk di dalam kumpulan the idealist. Kami diminta mencari persamaan yang terdapat dalam diri kami selepas itu kami diminta membentangkanya di hadapan rakan-rakan yang lain. Antgara persamaan yangkami miliki ialah tidak menetapkan secara rigit dalam membuat perancangan kerana kami akan mengubah sesuatu perancangan itu mengikut tuntutan semasa. Saya telah mewakili kumpulan ini membentangkan persamaan yang dimiliki dalam ahli kumpulan kami.
 Kelas pada minggu ini memang membantu saya dan rakan-rakan mengenali personality sebenar diri kami. Perkongsian pengalaman dalam kumpulan juga telah mengeratkan hubungan antara rakan sekelas. Rasa seronok apabila mendengar persamaan yang dikemukakan oleh rakan kumpulan lain. Sememangnya kelas kemahiran membuat keputusan telah membawa saya mengenal diri dengan lebih mendalam. Penulisan jurnal juga telah memberi ruang kepada saya untuk menulis mengenai pemahaman saya dan kekaburan tentang sesuatu topik yang dibincangkan di kelas. Walaupun pada awalnya sangat berat apabila ditugaskan menulis jurnal saban minggu tetapi pada akhirnya saya merasakn ia sangat membantu dalam proses memahami apa yang diajar oleh pensyarah di kelas. Sempena penulisan jurnal yang terakhir ini, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sekiranya penulisan saya ada mengguris hati mana-mana pihak. Saya doakan kita akan Berjaya dengan cemerlang dalam subjek kemahiran membuat keputusan ini. Sekian, wasalam.

No comments:

Post a Comment