Saturday, October 1, 2011

A132948 NOR FARHANA BINTI IDRIS LJ02 SECOND JOURNAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara. Apa khabar rakan-rakan? Semoga kalian semua sihat dan sejahtera. Alhamdulillah syukur saya dapat menyiapkan jurnal yang kedua ini. Untuk jurnal kedua ini, saya akan membincangkan tentang pembelajaran kuliah untuk tajuk dua : Model-Model Membuat Keputusan. Terbahagi kepada tiga model iaitu, (1) Model Klasikal, (2) Model Pentadbiran, (3) Model Politikal.

            Sehubungan dengan itu, untuk memahami ketiga-ketiga model ini kita perlu mengetahui tentang apa itu rationaliti dan rationaliti terikat (bounded rationality). Pertama sekali rationaliti itu adalah kewarasan akal berfikir, kesedaran, fakta dan tidak mempunyai unsur mitos. Hasil pembelajaran kuliah, rationaliti yang dikaitkan adalah pengetahuan kesemua alternatif yang ada serta mengetahui kesan setiap alternatif yang diambil. Selain itu, mempunyai rujukan yang lengkap dan tersusun mengenai sesuatu perkara. Malah, dengan maklumat yang ada boleh dibandingkan untuk pilihan yang terbaik. Langkahnya seperti, mengenalpasti masalah, jangkakan penyelesaian, pilih alternatif terbaik, laksanakan penyelesaian, dan menilai keputusan. Dalam erti kata lain mengikut pandangan Ayn Rand, " The virtue of Rationality means the recognition and acceptance of reasons as one's only source of knowledge, one's only judge of values and one's only guide to action. …It means commitment to the principle that all of one's convictions, values, goals, desires and actions must be based on, derived from. Chosen and validated by a process of thought."

Seterusnya, bounded rationality adalah sudut pandangan Herbet Simon. Jadi mengikut apa yang dikatakan oleh Simon ialah pembuatan keputusan berdasarkan tiga perkara iaitu (1) pemerosesan maklumat yang terbatas, (2) penggunaan jalan pintas, (3) pengguanaan 'satisficing'. Bounded rationality ini dikaitkan dengan tanggapan yang terikat atau kekangan apabila membuat keputusan. Dikaitkan sama ada kekangan yang dihadapi itu merupakan masalah peribadi yang mengurangkan sifatt rationaliti dalam pembuatan keputusan.

Mengenai ciri yang dinyatakan diatas iaitu pemerosesan maklumat yang terbatas. Keputusan dibuat berdasarkan kepada jumlah batasan maklumat yang diperolehi. Tidak terdapat unsur ketepatan secara menyeluruh kerana maklumat yang lengkap tidak diperolehi. Jadi, ia menjadikan pembuat keputusan itu susah untuk mengenalpasti kesemua kesan dari alternatif yang ada dan membuat keputusan yang terbaik.

            Mengikut pandangan Simon yang kedua ialah penggunaan jalan pintas. Pembuat keputusan akan mengurangkan beban untuk memproses maklumat. Selalunya keputusan diambil berdasarkan pengalaman dan mencerminkan pengetahuan mereka tentang sesuatu perkara. Malangnya, jalan pintas selalunya membawa kepada keputusan yang berat sebelah.

            Yang ketiga pula ialah satisficing. Satu konsep yang memilih alternatif pertama dan tidak melihat kepada kesemua alternatif yang ada untuk mencari yang terbaik. Hanya sekadar memuaskan hati. Pembuat keputusan yang menggunakan satisficing adalah kerana mereka tidak mempunyai masa dan maklumat yang mencukupi serta kebolehan untuk menangani masalah yang kompleks. Malah, penyelesaian hanya memenuhi keperluan asas. Contohnya, pemilihan beras jika pembuat keputusan itu menggunakan kaedah satisficing, dia hanya pergi ke ruang beras di pasar raya dan mengambil satu diantaranya. Asalkan dia membeli beras.

            Seterusnya, saya ingin selitkan tentang maximizing. Satu konsep yang menerangkan tertentangan dengan stisficing. Si pembuat keputusan membuat pilihan yang paling terbaik. Melihat kepada semua alternatif yang ada, mengkaji dan membuat penetilian terhadap alternatif-alternatif yang ada dan kemudian baru keputusan dibuat. Contohnya, sambungan daripada pembelian beras tadi. Jika pembuat keputusan tadi menggunakan kaedah maximizing, dia akan membuat perbandingan harga beras, peratusan kehancuran beras, dan jenama. Mungkin juga, pemilihan yang paling terbaik jika beras yang dibeli menyumbangkan sedkit dari penjualan kepada orang-orang miskin. Jadi, sambil membeli sambil menderma.

            Maka, setelah memahami apa itu rationaliti dan bounded rationality, kita pergi pula kepada model pembuatan keputusan. Model yang pertama, Model Klasikal. Dikatakan klasikal kerana berkaitan dengan normatif iaitu menerangkan apa sepatutnya dilakukan oleh pembuat keputusan dan panduan diperlukan untuk mencapai keputusan. Oleh itu, keputusan dilakukan setelah mendapatkan persetujuan dari semua pihak dan bersertakan maklumat yang lengkap. Pembuat keputusan bersikap rational dan menngunakan logical ketika keputusan dicapai.  

Model pembuatan keputusan yang kedua ialah Model Pentadbiran. Dua konsep yang menjadikan ia dipanggil sebagai pentadbiran adalah kerana melibatkan (1) konsep Bounded Rationality dan (2) Satisficing. Ketika itu, pembuat keputusan berada di dalam keadaan sukar seperti tidak pasti (uncertainty) dan kabur (ambiguity).

Model yang terakhir, Model Politikal. Berguna untuk keputusan yang tidak diprogramkan atau yang tidak dirancang. Berlaku mirip dengan sebenar yang dihadapi oleh pembuat keputusan. Tiada persetujuan dari pihak lain dan konfliks dalam masalah dan jalan penyelesaian mungkin berlaku dan ia merupakan perkara yang biasa. Maka, satu keputusan yang hendak dicapai adalah rumit. Oleh itu, pakatan (coalition) iaitu pakatan yang tidak rasmi untuk individu yang mempunyai maklumat tertentu yang sama diperlukan dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Baiklah rakan-rakan sekalian. Sampai sini sajalah pengkosian saya pada kali ini. Diharapkan kita semua berjaya dengan cemerlang dengan kursus ini. Salam.

No comments:

Post a Comment