Sunday, October 23, 2011

A134167 Nor Adinah Mohamad Ali LJ05 Personaliti?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kembali kita di jurnal yang kelima dan yang terakhir ini. Pada minggu ini, kuliah diteruskan dengan membincangkan tajuk Personaliti. Personality adalah terdiri dari corak ciri-ciri pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Personality juga timbul dari dalam individu dan kekal agak kensisten sepanjang hayat. Menurut Mayer,2005. Corak seseorang individu yang timbul daripada motif, perasaan, pemikiran dan lain-lain ialah proses psikologi. Personality dinyatakan melalui pengaruh pada badan, dalam kehidupan mental yang sedar, dan melalui tingkah laku social individu.  Terdapat beberapa inventori yang terlibat dan dibina melalui pendekatan rasional ini, iaitu di antaranya adalah Edward Personal Preference Schedule(EPPS), Myers-Briggs Typer Indicator(MBTI), Tennessee Self-concept Scale(TSCS) dan lain-lain.

Tapi Dr Zamri membincangkan tentang MBTI.  MBTI telah diperkenalkan pada tahun 1920-an. Seorang ahli psikiatri Switzerland, Carl G. Jung, mencadangkan bahawa tingkah laku manusia bukannya secara rambang,tapi pada hakikatnya, ia boleh diramalkan dan dikumpulkan bersama. Pada masa yang sama, Katherine Briggs, telah mewujudkan klasifikasi personality sendiri. Dia mencari satu cara untuk mengira teori beliau. Pada 1942, Isabel(anak Katherine) mula untuk mewujudkan beberapa soalan untuk mengukur perbezaan personality. Ini menjadi pengukur dalam Myers-Briggs Type Indicator.

MBTI merupakan ujian berdasarkan kepada 8 kod penting yang menjurus kepada perlakuan individu. Setiap daripadanya berpasangan, ini bermaksud terdapat 4 pasangan bagi satu set kod ini. Setiap pasangan membawa makna tertentu. Berikut merupakan sedikit gambaran tentang pasangan bagi setiap kod ::
1)      Apakah pusat focus perhatian anda?
-        Ekstrovert (E) ataupun Introvert (I)
2)      Bagaimana anda mengumpul maklumat?
-        Sensor (S) ataupun Intuitif (N)
3)      Bagaimana anda membuat keputusan?
-        Thinker (T) ataupun Feeler (F)
4)      Bagaimana anda berinteraksi dengan dunia luar?
-        Judger (J) ataupun Perceiver (P)
 

Seorang yang mempunyai ciri Extravert biasanya akan merasa selesa bila mengambil sesuatu peranan dan bersedia untuk mengubah keputusan untuk memenuhi permintaan diluar jangkaan. Manakala mereka yang bercirikan introvert ini ialah mereka lebih selesa bekerja dibelakang tabir sahaja. Mereka juga keberatan untuk mengubah keputusan.

Bagaimana pula dengan perbezaan ciri Sensor ataupu Intuitif? Mereka yang bersikap sensor ini sentiasa menumpukan perhatian untuk mencapai sasaran yang nyata. Sentiasa mengikut arahan yang tepat dan bersa bermotivasi dengan menghubungkan tindakan semasa untuk faedah serta-merta. Jenis intuitif pula biasanya menumpukan perhatian semata-mata untuk mencapai matlamat konsep dan hanya mengikut garis panduan sahaja.

Bagaimana anda membuat keputusan? Cara pemikiran atau perasaan? Thinker atau Feeler? Mereka yang membuat keputusan mengikut pemikiran ini biasanya lebih cekap dan menyokong pembuat keputusan dengan menyokong proses membuat keputusan. Mereka akan jadi lebih sukar apabila perlu untuk menjaga perkara-perkara di landasan yang betul. Sedangkan mereka yang membuat keputusan mengikut perasaan ini lebih mengutamakan kerjasama dan menggalakkan apabila perlu untuk menjaga perasaan orang lain.

Bagaimana pula anda berinteraksi dengan dunia luar? Mereka jenis Judger ini mengambil masa yang lama untuk mengenal pasti pencapaian dan sentiasa berpegang teguh pada perancangan. Meminimumkan gangguan dan pertukaran arah dalam mencapai hasil yang diinginkan. Bagi mereka dalam kategori Perceiving pula mempunyai cirri bertentangan dengan Judger. Perceiving sentiasa bertindak balas terhadap gangguan dan pertukaran arah untuk kepentingan mempelbagaikan hasil yang dicapai.

Setelah menjawab beberapa soalan, akhirnya saya mendapat kod saya sendiri. Kod saya ialah ISFJ. Apa itu ISFJ? ISFJ ialah Introvert,Sensing,Feeler,Judger.. apakah personality sebenarnya mereka yang memiliki kod ISFJ ini? Berdasarkan kajian, ciri-ciri ISFJ ini ialah mereka lebih melihat maklumat itu dari segi fakta dan butir-butir. ISFJ lebih tertumpu pada masa sekarang dan bukannya pada masa hadapan. Mereka gemar mengambil pendekatan yang lebih realistic. Daripada hasil soal jawab itu, ternyata memang benar. Saya lebih suka bekerja dibelakang tabir dan sentiasa membuat keputusan berdasarkan perasaan saya dan orang sekeliling.
Saya juga dapat berkongsi pandangan bersama mereka dari kumpulan yang sama dengan saya iaitu kumpulan ISFJ. Ternyata kami banyak persamaan. Antaranya kami lebih selesa bergaul dengan mereka yang betul-betul rapat dengan kami.

Kesimpulannya, daripada beberapa ujian yang boleh kita buat, kita boleh mengetahui personality diri kita sendiri. Sekian sahaja untuk jurnal yang terakhir ini.
 

No comments:

Post a Comment